Saturday 12 May 2012

Kaulah Matahariku 26


Bab 26

Sebaik mereka tiba di banglo mewah Dato Azrul, Eera disambut meriah oleh kedua mertuanya itu. Tidak lepas juga Mak Siah yang turut sama meneyertainya. Padahal sebelum ini macamlah tidak pernah jumpa pun. Siap dia duduk serumah lagi dengan mereka semua ini. Tapi mungkin situasinya sekarang sudah berbeza. Yang pasti dia gembira dengan layanan yang telah diberikan.

“Kenapa sekejap sangat di kampung?” Tanya Datin Fauziah kepada Eera. Dia berasa hairan apabila kedengaran enjin kereta memasuki perkarangan rumah banglonya itu pada waktu malam sebegini. Selalunya jarang sekali mereka sekeluarga menerima pelawat diwaktu malam kecuali ada hal penting.

“Err..” terkelu lidah Eera untuk menjawab. Dia tidak tahu jawapan apakah yang harus diberi kepada soalan Datin Fauziah itu.

“Haikal yang ajak Sya balik. Esok ada kerja sikit nak buat.” Potong Haikal apabila dia melihat Eera seperti susah hendak menjawab pertanyaan mamanya.

Mata Datin Fauziah membulat seperti orang terkejut. Pantas dia memandang kearah Haikal. “Kerja? Kerja apa lagi yang nak dibuat? Sepatutnya kamu tu tengah cuti sekarang ni kan?” Nada Suara Datin Fauziah kedengaran seperti tidak berpuas hati dengan keputusan Haikal. Kesian menantunya itu kerana tidak dapat berlama-lama di kampung.

“Tadi siang, Nizam ada telefon. Dia kata ada projek baru nak masuk. kalau lambat risau dapat pada orang lain.” Haikal mencipta alasan. Padahal Nizam tidak pernah menghubunginya langsung dalam masa terdekat ini. Biarlah. Asalkan dia terlepas dari leteran mamanya pun sudah cukup.

“Ish kamu ni. Masa macam-macam ni pun nak fikir kerja. Dulu masa tak kahwin, tak hendak pula nak rajinnya.” Datin Fauziah mengeluh. Dia seolah-olah dapat melihat sikap Haikal setahun yang lalu seperti sudah kembali. Rajin bekerja sehingga tidak fikir keadaan sekeliling. Tapi kenapa harus sekarang? Sedangkan dia baru sahaja menikahi seorang gadis yang baik seperti Eera ini.

“Kal ni pun satu. Kalau apa-apa pun tunggulah sampai majlis sebelah kita selesai dahulu. Lagipun papa dah luluskan cuti kan?” Dato Azrul pula menegur sikap anaknya itu. Dia tidak senang apabila mendengar yang Haikal lebih mengutamakan kejaya daripada keluarga. Sikap Haikal itu mengingatkan akan masa mudanya dahulu. Silap ini jugalah yang telah membuatkan hati anaknya itu menjadi keras dari sikap adiknya yang lebih mendengar kata. Tetapi apa boleh buat. Masa yang berlalu tidak dapat diundur kembali. Lagipun Haikal sudah berkeluarga sekarang ini.

“Maaf pa, ma. Kal teruja sangan nak dapatkan projek tu.” Jawab Haikal malas. Padahal dia sebenarnya malas hendak berbahas akan hal tersebut. Lagipun badannya yang letih perlu direhatkan. Letih memandu tadi masih belum hilang lagi.

“Hmm.. lain kali kamu tu fikir dulu yang kamu tu sudah beristeri. Apa-apa pun bawa berbincang dulu. Sempat Datin Fauziah menasihati anaknya itu. “Dah. Pergi naik atas. Bawa isteri kamu ni sekali. Dah lewat ni. Mesti kamu berdua letih jalan jauh tadi.”

“Baiklah ma, pa. selamat malam.” Ucap Haikal sebelum melangkah mendaki anak tangga. Beg pakaiannya dibawa bersama tanpa membantu Eera yang terkial-kial mengangkat beg pakaiannya.

Datin Fauziah yang melihat hanya mengeleng-gelengkan kepalanya sehinggalah kelibat anak dan menantunya menghilang dari pandangan. “Saya risau lah bang. Saya tak yakin yang Haikal ni mampu nak galas tanggunjawab sebagai seorang suami. Tengok cara dia pun saya naik risau.” Luah Datin Fauziah kepad suaminya itu.

“Dah la tu. Insya-Allah dia boleh. Pelahan-lahan lah dia belajar. Lagipun saya bersyukur sangat yang dia bernikah dengan Sya ni. Buat dia hendak menikah dengan bakal menantu hantu awak tu macam mana?” Dato Azrul cuba meyakinkan isterinya walaupun dia sendiri turut berasa benda yang sama.

“Ish abang ni. Tak mahulah saya menantukan Sara tu. Tak berkenan langsung. Sebab tu la sebelum ni pelbagai syarat saya letakkan pada anak kita tu bila dia hendak kahwin dengan Sara.” Datin Fauziah tekenang kembali akan syaratnya itu sehinggakan terpaksa mencari pembantu peribadi untuk Haikal. Tidak sangka pula orang yang dicari itu adalah jodoh anaknya. Lagipun dia tidak mahu Haikal membuat keputusan tergesa-gesa kerana mengikutkan kata hati yang kecewa.

“Dah la. Abang dah mengantuk ni.” Dato Azrul menarik lembut tangan isterinya kearah anak tangga untuk ke bilik mereka. Sejak usia yang makin meningkat ini, mudah sangat badannya terasa letih.

****

Eera memerhatikan keadaan sekeliling bilik suaminya itu. Luas benar berbanding biliknya di tingkat bawah rumah banglo ini semasa dia masih menjadi pekerja keluarga tersebut. Manakala penghiasan bilik tersebut ringkas sahaja. Sedap mata memandang. Manakala katil pula begitu besar sekali. ‘King size’ lah katakan. Patutlah Haikal selalu sahaja lewat bangun.

Sambil menunggu Haikal yang sedang mandi, Eera menuju kearah sofa yang terdapat didalam bilik tersebut. Dihadapan sofa tersebut terdapat sebuah meja yang dipenuhi dengan majalah yang tidak tersusun langsung. Berserabut dengan majalah-majalah peniagaan dan kereta. Ringan sahaja tangan ini hendak mengemasnya. Satu persatu majalah tersebut ditarik dan disusun sehinggalah telinganya menangkap bunyi sesuatu terjatuh ke lantai. Bunyi yang dihasilkan oleh benda yang berbentuk segi empat dan nipis tersebut tidak kuat mana kerana jatuh diatas lantai yang beralaskan karpet tebal.

Bingkai gambar rupanya. Pantas sahaja Eera mengalihkan bingkai gambar tersebut untuk melihat pemukaan yang bertentang. Dia sedikit tergamam apabila melihat gambar Haikal yang sedang mencium pipi seorang wanita. Tiba-tiba sahaja Eera merasakan hatinya sakit. Sakit yang teramat. Dia sedar yang dia tidak mencintai Haikal. Tetapi hati isteri mana yang tidak sakit apabila memandang suami sendiri mencium perempuan lain?

“Kau buat apa ni?” Tanya Haikal kasar. Suaranya yang meninggi sebentar tadi mengejutkan Eera sehinggakan bingkai gambar yang dipegang sebentar tadi terlepas dari pegangan lalu jatuh menimpa kaki. Terasa ngilu juga kerana bingkai gambar yang bersaiz 4R yang diperbuat daripada seramik tebal menimpa kakinya. Entah bila Haikal sudah berada di belakangnya pun dia tidak tahu. Sedar-sedar sudah kena sergah sebegitu sekali.

Haikal mendegus kasar. “Lain Kali jangan memandai sentuh barang aku.” Sedikit tinggi nada suaranya. Dia paling pantang kalau ada orang yang menyentuh barang peribadinya tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu. Pantas Haikal mengutip kembali bingkai gambar tersebut dan menuju kearah almari pakaian. Dicampaknya masuk gambar tersebut kedalam almari tersebut.

“Lain kali kau usik barang aku, siap kau.” Haikal memberi amaran. “Orang dah kongsi bilik ni pun dah kira cukup baik.” Omel Haikal sendirian. Walaupun sedikit perlahan, tetapi Eera masih mampu mendengarnya. Terasa hatinya mendengar perkataan tersebut. Tidak sangka disebabkan gambar tersebut, dia dilayan sehingga sebegitu rupa. Baru sahaja malam ketiga selepas akad nikah, dia sudah ditengking. Siapakah wanita tersebut kepada Haikal? Kenapa harus dia dimarah sampai begitu sekali?

Eera menahan sebak. Dia mencapai tuala lalu berlalu kedalam bilik air sebaik sahaja kelibat Haikal menghilang disebalik pintu bilik. Air pancuran dibuka kuat dan dibiarkan membasahi tubuh yang masih dibaluti pakaian. Apakah nasibnya kelak? Sedangkan ketika ini pun Haikal langsung tidak melayannya dengan baik. Bukan dia ingin menuntut cinta dari lelaki tersebut. Tetapi cukuplah kalau sekadar dapat melayannya dengan baik.

Sudah lama air membasahi badan, barulah Eera merasakan sedikit ngilu di kakinya. Kelihatan ada sedikit luka pada kakinya. Manakala kulit disekeliling luka tersebut sudah bertukar warna kepada kebiru-biruan. Ini pasti sebab kakinya terkena bingkai gambar sebentar tadi.

Agak lama didalam bilik air akhirnya Eera melangkah keluar juga. Hampir setengah jam dia di dalam sana meratapi nasib yang bakal ditempuhinya. Biarlah segala duka yang bakal tercipta dapat dicuci dengan air paip yang melalui tubuhnya itu. Tetapi itu tidak mungkin terjadi.

Sebaik sahaja melangkah keluar, Eera terintai-intai kelibat Haikal untuk mengetahui kedudukannya. Ternyata suaminya itu tiada didalam bilik tersebut. Marah benar Haikal padanya kerana silap yang kecil. Lagipun mana dia tahu yang lelaki tersebut pantang orang usik barang peribadinya.

Sebaik sahaja mengenakan pakaian tidur usai menunaikan solat pada sang pencipta, Eera pelahan-lahan merebahkan tubuhnya diatas katil king size milik Haikal. Matanya sudah letih untuk berjaga lagi. Dia perlukan rehat. Haruman yang selalu dipakai Haikal menusuk kedalam ruang rongga hidungnya. Pasti haruman tersebut melekat pada cadar katil tersebut. Lagipun katil ini kan milik Haikal. Tetapi entah mengapa dia selesa dengan haruman tersebut sehinggakan membuatkannya terbuai dan mudah sahaja terlelap.

****

“Hoi! Bangun lah..” Sayup-sayup Eera mendengar ada seseorang yang mengejutkannya dari tidur. Bahunya terasa digoncang kasar oleh orang tersebut. kelopak mata yang masih berat dipaksa buka juga. Pelahan-lahan figura Haikal kelihatan pada ruang matanya dan diproses oleh otak.

“Err.. ada apa encik?” soal Eera lemah dengan suara serak-serak basah akibat baru bangun dari tidur.

“Kau tanya aku ada apa? Sedap-sedap kau sahaja kan tidur atas katil aku?” Soal haikal kasar. “Siapa bagi kebenaran?” Tanya Haikal sambil menjegilkan matanya kepada Eera. Renungannya itu ditajamkan tanda tidak berpuas hati.

Eera yang masih berbaring diatas katil termanggu seketika. Silap diakah tidur disini? Setahunya memang di sinilah tempat tidurnya. Kalau tidak di sini, dimana lagi?

“Dah.. dah.. Bangun!” Haikal mencengkam kasar lengan Eera sehinggakan terasa ngilu pada pergelangan tangan tersebut. Direntapnya lengan tersebut sehingga Eera terdiri tegak disebelah katil. Mata yang mengantuk sebentar tadi terus sahaja hilang akibat terkejut dan rasa ngilu pada tangannya. Apa masalah Haikal ni sebenarnya? Soal Eera didalam hati. Dipandangnya wajah lelaki tersebut. Tetapi tidak lama kerana terasa gerun dengan renungan tajam milik suaminya itu.

“Err.. kalau saya tak tidur di sini, kat mana saya hendak tidur?” Soal Eera dalam keadaan menunduk. Dia tidak berani bertentang mata lagi dengan Haikal.

“Ikut suka kau lah nak tidur dekat mana. Tapi tolong jaukan diri dari katil aku. Kau tak layak tidur kat sini.” Suara kasar Haikal itu bergema lagi. Terkejut benar Eera dengan kata-kata Haikal tersebut. “Lagipun perempuan kampung seperti kau ni sememangnya tak layak bagi aku. Kita kahwin ni pun disebabkan nenek aku tu yang paksa. Kalau bukan disebabkannya, muka kau pun aku tak ingin hendak pandang.” Tutur kata dari Haikal itu bagaikan belati yang menghiris hati Eera yang mendengar. Kenapa sampai begitu sekali Haikal melayannya? Tidak layakkah dia beradu diatas katil tersebut? Lagipun apa kurangnya orang kampung sepertinya sehinggakan hendak dihina sampai begitu rupa?

“Dah! Berambus kau. Aku nak tidur. Menyusahkan betul.” Haikal menolak tubuh Eera kasar. Marahnya pada gadis itu masih bersisa. Lagipun egonya mengatasi segalanya. Tidak mungkin dia akan mengaku yang Eera ini sebagai isterinya. Selepas kejadian tadi, dia telah membulatkan tekat untuk tidak jatuh hati pada isterinya itu. Dia akan sentiasa menyakitkan hati Eera sehinggakan gadis tersebut tidak tahan lagi untuk hidup bersamanya.

Disebabkan tolakkan kasar dari Haikal tersebut, tubuh Eera hilang keseimbanggan lalu terjatuh terduduk dan pinggangnya terkena bucu meja yang terletak tidak jauh dari situ. “Aduh!” Eera mengaduh kerana kesakitan.

Haikal yang mendengar hanya buat tidak perduli sahaja. Manja betul. Terkena sedikit pun sudah hendak mengaduh. Terus sahaja dia merebahkan tubuhnya diatas katilnya tanpa memperdulikan Eera lagi. Comforter yang dilipat dihujung katil ditarik sehingga menutupi separuh badannya lalu Haikal mengiring membelakangi Eera yang sedang menahan sakit.

Akhirnya air mata yang ditahan sejak tadi mengalir juga. Mungkin dia kecewa. Mungkin dia sakit. Tetapi air mata ini mengalir adalah disebabkan hatinya terasa sakit atas layanan buruk Haikal padanya. Sampai hati Haikal melayannya begitu. Sedangkan apalah salah yang telah dia lakukan sehinggakan lelaki itu baran sebegitu rupa.

Walaupun rasa ngilu masih terasa pada pinggangnya, Eera mengagahkan juga diri untuk berdiri. Pelahan-lahan dia berjalan kearah sofa lalu dibaringkan tubuhnya di situ. Lututnya ditarik sehingga rapat kedada dalam keadaan mengiring. Mungkin sofa inilah yang bakal menjadi katilnya pada hari-hari yang bakal mendatang. Bila mengenangkan itu, air matanya makin laju mengalir ke pipi. Mungkin inilah pengorbanan yang harus dia lakukan untuk keluarga yang tersayang.

Sakit pada pinggangnya itu sudah tidak dihiraukan lagi. Akhirnya matanya terlelap semula diatas sofa tersebut tanpa beralaskan apa-apa. sedangkan selimut pun tiada untuk menutup tubuhnya bagi mengelak kesejukan penghawa dingin dari menjamah tubuhnya.

****

“Ma, pa. Kal ingat lepas majlis nanti kami hendak pindah rumah la.” Tiba-tiba Haikal bersuara ketika mereka sekeluarga sedang bersarapan. Eera yang mendengar hanya mendiamkan diri sahaja. Sememangnya itulah yang telah dirancang oleh Haikal sebelum mereka menikah lagi.

“Ha? Kenapa pula nak pindah? Mama ingat Kal dengan Sya nak duduk sini dengan kami semua.” Datin Fauziah seolah-olah tidak bersetuju sahaja dengan apa yang telah dirancangkan oleh Haikal.

“Err.. Kal ingat, Kal dengan Sya nak cuba berdikari. Kami nak bina kehidupan kami sendiri.” Dalih Haikal. Padahal awal-awal lagi dia hendak menyingkirkan Eera dari hidupnya. Kalau mereka sentiasa berdua, entah apa yang terjadi pun dia tidak tahu. Pasti segala hal peribadinya akan dicampuri wanita tersebut. Sedangkan Eera bukan siapa-siapa padanya walaupun hitam putih secara terang-terang menyatakan yang Eera itu adalah isterinya.

“Hmm.. papa rasa pun bagus juga macam tu. Boleh la Kal belajar erti tanggungjawab nanti.” Sokong Dato Azrul pula. Haikal yang mendengar pendapat dari papanya itu terus mengukir senyum. Nampaknya rancangannya telah dipermudahkan.

“Kalau papa kamu pun dah cakap macam tu, mama dah tak boleh nak kata apa. Tapi mama risau lah kal dengan Eera ni. kalau duduk di sini kan senang. Lagipun Eera tu muda lagi.” Terluah juga akhirnya apa yang dirisaukan oleh Datin Fauziah. Lagipun mesti Eera perlu banyak belajar untuk menguruskan rumah tangganya kelak.

“Yang tu mama tak payah la risau. Kami berdua akan saling tolong menolong.” Terus sahaja bahu Eera dipeluk untuk menunjukkan kemesraan mereka dihadapan Datin Fauziah dan sekaligus meyakinkan ibunya itu. Eera yang masih terperanjat dengan tindakan Haikal itu hanya membatukan diri. Dia tahu yang Haikal sekarang ini sedang melakonkan satu watak.

Datin Fauziah tersenyum. Bahagia dia melihat anak menantunya mesra sebegitu. Hatinya yang risau sebentar tadi pelahan-lahan beransur pergi. “tapi nanti kal dengan Sya kena kerap datang melawat mama tau.” Pemintaan dibuat oleh seorang ibu. Lagipun Datin Fauziah pasti yang rumah ini pasti akan menjadi sunyi dengan ketiadaan anak menantunya itu. Memanglah sebelum ini tiada banyak perbezaan sangat. Tapi dia senang hati apabila orang yang disayangi sentiasa berada dekat dengannya.

“Baiklah ma. yang tu mama dengan papa tak perlu risau. Kan Sayang kan?” Haikal mencuit hidung Eera yang masih dalam pelukannya. Dia dapat lihat wajah itu kian betukar warna. Pasti malu. Pelahan-lahan kelihatan Eera mengangguk seolah-olah menyokong kata-kata Haikal.

“Dah la. Mama nak pergi pejabat dah ni. Ada mensyuarat penting kejap lagi.” Datin Fauziah mencapai beg kerjanya untuk beredar dari ruang makan tersebut. Tangan suaminya disalami sebelum beredar. “Abang pun ada mesyuarat kan kejap lagi?” Soal Datin Fauziah pada suaminya Dato Azrul.

“Aa. Tapi lambat sikit. Ingat nak masuk pejabat dulu sebelum ke Puncak Maju Holding”

“Hmm.. kalau macam tu saya gerak dululah. Dah lambat dah ni.” terus sahaja tubuh Datin Fauziah menghilang di sebalik pintu ruang makan.

“Ok lah Kal, Sya. Papa pun nak gerak dulu.” Dato Azrul pula yang menyusuli isterinya. Haikal dan Eera hanya menganggukkan kepala masing-masing sahaja sambil memerhati langkah Dato Azru yang kian menghilang.

“Kau ingat kan perjanjian kita sebelum ni? Lepas ni kita duduk asing-asing.” Selepas pasti tiada siapa diruang itu, terus sahaja Haikal memulakan bicaranya. Dia ingin mengingatkan Eera kembali. Manalah tahu yang isterinya itu sudah lupa barangkali.

Perlahan-lahan Eera menganggukkan kepalanya. Dia sekarang sudah tidak kenal lagi akan sikap Haikal yang sebenar. Rupanya lelaki tersebut memang susah untuk difahami. Banyak kejutan yang telah dipamerkan kebelakangan ini. Yang pasti tiada satu pun yang dapat menggembirakannya.

“Bagus kalau kau ingat. Lepas ini kita buat hal masing-masing. Jangan sekali-kali kau mencampuri urusan aku. Dan apa yang kau hendak lakukan pun aku tidak akan peduli. Itu hak kau.” Tutur Haikal dingin. Selepas itu terus sahaja dia bangun dari kerusi lalu mengatur langkah menuju kearah bilik mereka. Eera termanggu lagi akhirnya.


P/S: Huhu.. sila-silalkan lah tingalkan commen. Baik buruk saya terima. Janji ada feedback dari pembaca sekalian. plsss ye :)

6 comments:

  1. eee kejamnya haikal,kesian Eera....huhuhu....writter kasi sekolah skit haikal ni,hihihi....best3.....nak lg....

    ReplyDelete
  2. adamsaarah: Haikal memang nk kena sekolah pun nanti. tapi lambat sikit lah. sebab nak sekolahkan orang dewasa ni kena ada pengajaran sikit. hehehe..

    ReplyDelete
  3. X suka ngan cara Haikal layan Eera...

    ReplyDelete
  4. Atiza: hehe.. nampaknya Haikal dah tunjuk perangai dia tu.

    ReplyDelete
  5. eeeeeeeeeeeeeeeee nyampahnye aku ngan haikal tuuu....rasa macam nak cekik je mamat ego tu...cepat sikit sekolah kan dia tu...

    ReplyDelete
  6. haah!cepat ikit tau! kesian eera...

    ReplyDelete