Thursday 22 December 2011

Kaulah Matahariku 10


Bab 10
Sudah beberapa kali dia cuba memejamkan matanya itu. Entah kenapa matanya malam ini terasa begitu degil pula untuk terpejam. Rasanya petang tadi habis sengal-sengal satu badan disebabkan terpaksa menemani papanya berjoging. Sudah hampir 10 tahun jugalah dia tidak pernah melakukan aktiviti seperti ini. Terasa malu pula dengan papanya yang lebih bertenaga daripadanya walaupun sudah berumur.
Sekejap-sekejap dia mengalihkan badannya mengadap ke sebelah kiri katil. Agak lama dia begitu dia beralih pula mengadap sebelah kanan. Matanya terkebil-kebil di dalam samar-samar cahaya lampu jalan yang menembusi ruang biliknya. Kenapa potret wajah gadis itu sentiasa bermain di dalam kotak fikirannya sekarang ini? Susah benar dirasakan untuk memadam setiap perkara yang berlaku melibatkan gadis tersebut.
“Ahhhh!!! Kenapa susah sangat nak tidur ni?” Haikal menjerit didalam kamar tidurnya. Dia bangun dari baringannya dan bersila diatas katil. Beberapa kali dia meraup mukanya. Mungkin untuk menghilangkan wajah yang dirasakan selalu bermain-main didalam ruang pemikirannya.
‘Kenapalah aku selalu memikirkan tentang gadis yang kerap menyusahkan aku tu ye?’ Soalan itu hanya bermain-main didalam benaknya sahaja. Dia terasa hairan dengan dirinya sendiri. Adakah dia sudah mempunyai tanda-tanda untuk menjadi gila atau tekanan perasaan ketika ini?
Selepas lama dia bermonolog berseorangan dia bangun dari katilnya. Langkahnya diatur kearah pintu bilik. Baik dia basahkan sedikit tekaknya yang sudah sedia meminta untuk dibasahkan. Mungkin selepas ini dia dapat tidur dengan aman tanpa sebarang gangguan wajah gadis itu lagi.
Semasa Haikal menuruni anak tangga terdetik seketika perasaan ingin melihat keadaan bilik Eera ketika ini. Adakah gadis itu telahpun tidur dibuai mimpi indah ataupun dia juga belum tidur sepertinya juga?
Sesampainya sahaja dia di depan pintu bilik Eera, matanya tertangkap cahaya lampu dari dalam bilik gadis itu yang tebias keluar di celah bawah pintunya. Sah dia belum tidur lagi ni fikir Haikal. Lama dia berdiri di situ sambil merenung pintu bilik Eera. Hendak diketuk apa alasannya pula yang perlu dia berikan kepada gadis tersebut?
Entah berapa lama dia di hadapan pintu bilik Eera pun Haikal tidak menyedarinya. Mungkin naluri lelakinya yang membawa dia ke sini. Nak dikatakan dia sudah jatuh kasih pada Eera itu tidak mungkin. Kerana dia tahu cirri-ciri pilihan hatinya tidak sama sekali seperti gadis ini. Ah! Serabut fikirannya sekarang ini.
Sedang asyik dia memandang kosong pintu bilik Eera ketika ini tiba-tiba Haikal terdegar pintu bilik dibuka dari dalam. Dia menggelabah saat ini. Dirasakan jantungnya seolah-olah berhenti dari berdenyut. Matilah kalau Eera perasan dia berada di sini tanpa sebab. Matanya terpandang gubahan bunga yang terletak diatas meja kecil betul-betul bertentangan dengan bilik itu. Akalnya pantas berfikir.
Eera terperanjat apabila melihat susuk tubuh Haikal berada di hadapan pintu biliknya. Hajat untuk dia keluar membasahkan tekaknya itu serta merta terbantut. Mana tidaknya. Disebabkan lelaki inilah yang membuatkan matanya tidak dapat dipejam sehingga sekarang. Hendak tidur pun susah. Selalunya letak kepala sahaja dia terus hilang dialam mimpi.
‘Apa yang bos aku ni buat ye? Siap membelek-belek bunga hiasan dihadapan bilik aku pulak tu. Dah buang tabiat ke apa?’ Eera bertambah kehairanan apabila melihat Haikal seolah-olah tidak sedar akan kewujudannya di situ. Apa yang ada pada bunga-bunga hiasan itu sampai membuatkan begitu asyik Haikal merenungnya? Tengah-tengah malam pula tu.
“Encik buat apa dekat sini encik?” tanya Eera sekadar ingin memberitahu lelaki itu atas kehadirannya. Sebenarnya sebentar tadi dia agak terkejut juga melihat susuk tubuh Haikal di hadapan biliknya.
“Kau tak nampak ke aku tengah buat apa sekarang ni?” Haikal menjawab sedikit kasar. Soalan Eera tersebut dijawab dengan soalan juga. Mana mungkin Haikal mengaku apa sebenarnya yang berlaku.
Eera menjegulkan sedikit kepalanya untuk melihat apa yang dilakukan oleh Haikal. Kelihatan tangan lelaki itu menyentuh-nyetuh bunga yang elok digubah dan dibeleknya satu persatu. Kelihatan seperti dia sedang menggubah bungga pulak. Biar betul Haikal ni?
“Err.. Encik tengah menggubah bungga tu ke?” Tanya Eera dalam takut-takut. Risau pulak tekaannya itu salah dan membuatkan Haikal marah.
“Ya.. eh tidak! Mana ada aku gubah bunga ni pula. Kau ingat aku ni apa nak gubah-gubah bunga ni?” Haikal mengelabah lagi. Tak sangka itu pula yang difikirkan oleh Eera.
“Habis tu apa yang encik tengah buat tu?” Tanya Eera lagi. Dia betul-betul dalam kehairanan. Pelik betul Haikal kebelakangan ini.
“Aku tengah tengok bunga-bunga ni. Rasanya dah lama dah tak tukar. Dari dulu sampai sekarang pun tetap macam tu jugak.” Jawab Haikal bersahaja. Nasib baik otaknya cepat memikirkan jawapannya. Tapi sejak bila pula dia ambil tahu tentang hiasan dalam rumah ini? Tambah-tambah lagi tentang bunga-bunga hiasan. Jangan kata ambil tahu, kewujudan bunga-bunga ni pun dia tak pernah sedar.
“Ya ke Encik? Saya rasa macam elok lagi bunga-bunga ni. macam masih baru aja. Boleh pakai lagi ni.” Eera member pendapatnya sambil memerhati bunga-bunga tersebut. Kelihatan seperti masih baru. Habuk pun masih belum berkepul hinggap pada gubahan itu.
“Ish kau ni. aku dah kata buruk tu buruk la. yang kau nak lawan cakap aku ni apa hal?” Sengaja Haikal meninggikan sedikit suaranya supaya kelihatan seperti marah. Sedangkan hati terasa terubat pula dapat melihat wajah bersih gadis tersebut. Begitu ayu sekali tanpa sebarang solekan.
Eera mencebik. Cakap orang semua salah. Cakap dia pula semua betul. Buat apa hendak membazir kalau benda masih boleh digunakan lagi. Inilah sikap orang berada. Tak pernah nak menghargai langsung barang yang masih boleh digunakan. Padahal waktu sekarang ni barang-barang terbuang pun boleh dikitar semula untuk dijadikan hiasan.
“Kau tak tidur lagi ka? Dah lewat ni?” Tanya Haikal tiba-tiba apabila dia melihat Eera sedang asyik mengelamun. Sempat lagi ye dia mengelamun?
Eera tersentak. “Err... belum lagi. Tiba-tiba aja saya terasa dahaga pula.” Mukanya sudah terasa seperti membahang disebabkan termalu sendiri. Mana tidaknya. Sempat lagi dia mengelamun saat ini.
“Oh ya ke? Bagus la kalau macam tu. Aku pun sekarang ni terasa dahaga juga. Boleh kau tolong buatkan aku air?” Haikal berkata sambil menyembunyikan senyumannya. Boleh juga dia berlama-lama sedikit dengan Eera. Seperti pucuk dicita ulam mendatang lah pulak kan?
“Encik pun nak joint saya jugak ke?” Eera kehairanan. Boleh pula Haikal cakap baik-baik dengannya. Kan bagus kalau macam ini selalu. Dapat juga dia berbual-bual tika sunyi sepanjang berada di rumah besar ini.
“Kenapa? Tak boleh ke?” Duga Haikal. Sengaja dia bertanya kembali. Sekirannya Eera megatakan tidak sekalipun dia tetap akan menyertai gadis tersebut.
“Eh tak-tak. Boleh aja Encik. Encik hendak air apa? kopi boleh?” Tanya Eera pantas. Tak mahu mood Haikal berubah pada asal. Letih dia nak melayan marah orang tua seorang ini.
“Kopi? Kau gila ke apa malam-malam macam ni minum kopi? Kau tak mahu bagi aku tidur sampai pagi esok ye?” Haikal terkejut. Biar betul! Tak kan tengah-tengah malam macam ni nak minum kopi pula kot?
Eera menepuk dahi. Macam mana dia boleh lupa. “Err... saya lupa la Encik. Selalu kan saya buat kopi aja kat encik. Sebab tu saya terikut sikit tu.” Jawab Eera dalam sesal kerana tidak berfikir terlebih dahulu.
“Kau buat aku Milo panas aja lah.” Haikal bersuara seakan tidak kisah apabila dia melihat Eera seperti serba salah sahaja.
“Ok siap!” Eera menjawab persis seorang pelayan kedai mamak sambil tersenyum manis.
Mereka berjalan meriringan ke ruang dapur. Haikal memetik suis lampu dapur terlebih dahulu. Dia tersenyum apabila teringatkan kejadian yang berlaku beberapa hari yang lepas disebabkan dia minum di dalam gelap dan berjaya menakutkan Eera. Haikal menarik salah satu kerusi dan melabuhkan punggungnya di situ. Manakala Eera pula terus melakukan kerja-kerja membancuh minuman untuk mereka berdua.
Mata Haikal tidak lepas dari memerhatikan pergerakkan Eera melakukan kerja membancuh air untuk mereka berdua. Dia cuba untuk melarikan pandangannya tetapi bagaikan ada magnet yang menarik supaya pandangannya sentiasa memerhati gadis tersebut. Apa sudah jadi dengan dirinya ini?
Eera menyedari yang Haikal sedang memerhatinya membuat kerja. Dia menjadi sedikit kekok untuk meneruskan kerja-kerjanya. Sudah seperti robot pula dirasakan pergerakkannya itu. Setelah siap dia membancuh dua gelas air milo panas, Eera meletakkan salah satu gelas dihadapan Haikal.
“Encik. Kita minum di depan ajalah. Dekat ruang rehat.” Eera mengusulkan pendapatnya. Terasa kekok pula dia hendak berdua-duaan dengan Haikal di dapur ni. Kalau di ruang rehat tu boleh juga dia menonton televisyen sambil menhirup air. Tidak la terasa janggal sangat.
“Ok.” Jawab Haikal pendek tanpa sebarang bantahan.
Setelah sampai di ruang rehat tersebut Haikal terlebih dahulu mencapai alat kawalan jauh televisyen. Dia membuka siaran sukan untuk menonton pelawanan bola sepak antara manchester united menentang Liverpool. Eera mencebik. Huh! Tak habis-habis tengok bola. Bosan betul.
“Encik. Buka la cerita lain. Bosan la tengok bola ni. saya tak minat.” Kata Eera kepada Haikal. Memang betul pun dia tidak meminati bola sepak walaupun ayah dan Syafiq di kampung amat meminati bola sepak. Setiap pelawanan yang melibatkan pasukan hijau kuning pasti Ayah dan syafiq telebih dahulu berada di hadapan televisyen. Yang perlu beralah nampaknya dia dan ibu lah jawabnya.
“Kau nak tengok cerita apa?” Tanya Haikal dan kelihatan dia mencapai kembali alat kawalan jauh yang telah diletakkan diatas meja berhadapan dengannya sebentar tadi.
“Tengok cerita melayu la Encik. Baru la best sikit. Lama dah saya tak tengok cerita melayu. Masa di kampung tiap-tiap malam saya tengok cerita melayu.” Kata Eera dengan penuh bersemangat. Memang hobinya di kampung dahulu adalah menonton televisyen pun. Sampai nak mandi pun terpaksa diseret oleh ayah sampai ke bilik air disebabkan enggan meninggalkan rancangan menarik di televisyen.
“Kau nak tengok cerita melayu tengah-tengah malam macam ni? biar betul? Semua artis Malaysia dah tidur la waktu-waktu macam ni.” Kata Haikal. Kelihatan jarinya telah menekan butang siaran untuk STAR movie. Siaran berbayar tu.
Eera mencebik lagi. Memang la artis Malaysia dah tidur waktu-waktu macam ni. Tapi semua cerita dalam kaca telivisyen ni adalah rakaman sahaja. Haikal ni memang kaki menipu lah. Ingat dia ni budak-budak hingusan lagi ke?
“Memang la mereka semua tu dah tidur Encik. Tapi yang saya nak tengok ni cerita rakaman aja. Bukan siaran langsung pun.” Jawab Eera dalam nada tidak berpuas hati.
“Dah-dah. kita tengok cerita ni aja.” Haikal bersuara dengan tegas. Eera memuncungkan mulutnya geram. Semua nak orang dengar cakap dia. Tau la dekat pejabat tu dia yang bos. Tapi kat rumah ni pun jangan la terbawak-bawak. Tapi ini pun rumah dia jugak. Sedih betul!
Eera mencapai gelasnya tadi dan menghirup air milo dengan gelojohnya. Niat dihati untuk menyejukkan hati yang tengah panas sekarang ini. Tetapi benda lain pula yang terjadi. Burrrr...
“Panas!” habis tersembur semua air yang dihirupnya sebentar tadi. Eera menjulurkan lidahnya yang kepanasan dan mengibas-ngibas dengan tangannya. Terasa seperti melecur lah pula. Pasti seminggu juga dia akan kehilangan deria rasa ni.
“Ish kau ni! gelojoh betul. Minum elok-elok tak boleh ke?” Marah Haikal. Dengan pantas dia mengambil kotak tisu dan menghulurnya kepada Eera. Dia tahu yang gadis itu marah terhadapnya sebentar tadi. Tetapi dia sengaja hendak membuatkan Eera terasa panas hati dengannya.
Eera menarik beberapa helai tisu dan mengelap mulutnya yang basah dengan air milo. “Ni semua sebab Encik lah ni.” Eera menjeling tajam kepada Haikal. Geram pula pada lelaki seorang ni.
“Aik? Aku pula yang salah?” tanya Haikal kembali. Mereka berpandangan seketika sebelum kedua-dua mereka ketawa bersama. Entah sebab apa mereka ketawa  pun mereka berdua tidak tahu. Tetapi yang pasti hati masing-masing tersentuh dengan gelagat mereka sendiri. Terasa lawak barangkali.
Pada malam itu mereka berbuat seolah-olah seperti mereka berkawan rapat. Haikal pun kelihatan lebih mesra dari sebelum ini. Sikapnya itu berubah sama sekali. Walaupun cakapnya masih bernada kasar tetapi wajahnya sudah kelihatan sedikit ceria. Satu perubahan yang agak positif di mata Eera.

No comments:

Post a Comment