Thursday 22 December 2011

Kaulah Matahariku 9


Bab 9
Sudahlah semalam punya kehairanan bin ajaibnya masih belum hilang lagi. Hari ini pula bertambah-tambah lagi tahap kehairanannya. Dah macam buat subjek matematik pulak dengan tambah tolak ni. Yang membezakan  cuma sekarang ni membabitkan perasaannya.  Itulah hakikat yang Eera rasakan saat ini. Mana tidaknya. Haikal hari ini betul-betul lain dari sebelumnya. Pagi-pagi lagi dia sudah mendapat hadiah senyuman paling menawan daripada lelaki itu. Mungkin dia nak buat iklan ubat gigi fresh and white kot. Ganti beruang kutub dalam iklan tu la katakan. Lagipun rupa dia dengan beruang kutub itu lebih kurang sahaja. Tambah-tambah bila dia tengah marah.
Tapi betul! Gigi dia memang putih bersih dan tersusun elok. Sempat lagi Eera menilik gigi bosnya itu. Mana tidaknya. Sampai dekat meja makan pun masih tersengeh-sengeh lagi.  Kalau boleh nak sahaja lelaki seorang ini kunyah karipap sambil tersengeh menampakkan giginya itu. Buang tabiat betul! Dah la senyum tu dia rasa pelik semacam aja. Terlebih manis mengalahkan gula.
‘Ish! Ni yang buat aku muskil nih. apa dah jadi dengan bos aku? Tak kan kena sampuk dengan hantu pulak kut malam tadi?’ gumam Eera dalam hati tanpa dia sedar yang mulutnya juga turut terkumat-kamit mengutuk haikal.
“Apa dia Sya?” Tanya Haikal tiba-tiba.
“Ha? Apa dia apa encik? Encik tanya saya ke?” Eera menjadi gelabah. Mana tidaknya. Tiba-tiba sahaja soalan itu dituju untuknya.
“Ye lah. Tadi aku nampak kau macam tengah bercakap sesuatu. Kau cakap apa tadi?” Haikal cuba mengambil tahu apa yang diomelnya Eera tadi.
“Err.. Errr.. Tak ada apa-apa lah encik. Saya buat senaman mulut tadi.” Jawab Eera tidak jujur. Mulut ni pun satu. Boleh pulak dia bergerak diluar kawalan. Yang Haikal pun satu. Nampak aja mata dia ni.
“Owh bagus la buat senaman banyak-banyak sikit. Nanti tak la muka kau tu nampak tua. Sekarang ni pun aku tengok dah berkedut sana sini.” Kutuk Haikal yang sengaja untuk membangkitkan suasana panas diantara mereka. Dia tidak tahu kenapa hatinya suka melihat gadis ini apabila mukanya kemerah-merahan menahan marah sejak dua menjak ini.
Ambik kau Eera! Kan dah kena sedas dengan mulut laser mamat sorang ni. menipu lagi kerja kau. “Muka saya nampak dah banyak kedut ke encik? Ni mesti berjangkit dengan encik la ni.” jawab Eera tak mahu mengalah pada Haikal. Senang-senang sahaja mamat ni kata aku dah berkedut. Ini sudah lebih.
“Aik? Aku yang kena balik?” Haikal sudah tersenyum meleret. Kali ini dia terasa terhibur pulak. Tidak seperti sebelum-sebelum ini kerana cepat sahaja darahnya naik. Hai hati! Kenapa dengan kau ni?
‘Sah! Bos aku kena sampuk dengan Hantu Beruang kutub ubat gigi Fresh and white ni. Aku kutuk dia pun boleh senyum lagi. Selalu cepat sahaja dia marah.’ Eera sudah merasa seram sejuk. Dia merasa perubahan Haikal yang ini memang pelik. Tak tercapai akalnya saat ini.
Selepas itu mereka berdua menghabiskan sisa-sisa makanan yang masih berbaki didalam pinggan tanpa berbicara lagi. Eera sedar yang Haikal asyik menjeling kearahnya. Tetapi sengaja dia tidak mahu ambil tahu. Dia malas nak fikir lagi tentang perubahan bosnya itu. Usai sahaja bersarapan mereka berdua bergerak beriringan ke kereta milik Haikal di luar rumah. Mak siah yang memerhati sejak tadi hanya menggeleng kepala melihat telatah anak majikannya itu dengan dengan Syazeera.
Semasa didalam kereta yang meluncur laju kearah destinasi yang dituju Eera masih lagi dapat melihat senyuman menawan  Haikal. Dia merasakan yang bosnya itu benar-benar terkena sampukan hantu.
“Err.. Encik. Boleh saya tanya sikit tak?” Tergagap pulak dia rasakan untuk bertanya saat ini. Itu lah fasal. Tadi sebelum bersuara tak la pula hendak berfikir habis-habis dahulu.
“Ha? Apa dia?” Haikal memandang sekilas ke arah Eera yang berada disebelahnya. Dia merenung wajah manis gadis itu sebelum dia kembali memberi tumpuan pada pemanduannya.
“Encik pakai ubat gigi jenama apa ye?”  Eera menutup mulutnya. Lain yang hendak ditanya lain pulak yang keluar. sebenarnya soalan ini tadi cuma bermain di dalam kotak pemikirannya sahaja. Dia cuma ingin bertanya kenapa mood bosnya pada hari ini bergitu baik sekali. Itulah soalan yang patut dia ajukan pada bosnya itu.
“Ha? Kenapa kau nak tahu? Aku pakai jenama Colgate. Kenapa?” Kening Haikal kelihatan berkerut saat ini walaupun dia telah menjawab soalan tersebut. Mungkin hairan kerana tiba-tiba sahaja Eera bertanyakan soalan ubat gigi. Buang tabiat ke apa minah ni.
“Tak.. tak.. tak.. bukan soalan tu saya nak tanya tadi. Tapi dah alang-alang encik dah jawab ni saya nak bagi tahu lah kenapa saya tanya soalan tu.” Cepat sahaja Eera mencari idea nak menutup keterlanjurannya tadi. Terlajak perahu boleh diundur, kalau terlajak kata buruk padahnya. Tapi lurus jugak ya Haikal ni.
“Apa dia?” Tanya Haikal lagi.
“Saya ingat encik nak jadi maskod menggantikan beruang kutub untuk ubat gigi jenama fresh and white sekarang ni sebab suka tersenyum nampak gigi. Tapi encik pakai jenama colgate la pulak.” Sakat Eera sambil menjeling wajah Haikal. Kelihatan senyuman Haikal terus mati selepas itu.
“Oh.. kau kata aku beruang kutub ye? Ni dah lebih.”  Haikal mula sedar yang dia dipermainkan oleh Eera. Tetapi yang peliknya kali ini dia tak terasa ingin cepat melenting seperti biasa. Mungkin tidak mahu merosakkan mood baiknya pada pagi ini.
“Bukan.. bukan maksud saya macam tu Encik. Maksud saya sebenarnya hendak mengatakan gigi encik putih macam beruang dalam iklan tu sahaja”. Sengaja Eera memuji Haikal kerana tidak mahu lelaki itu berang pada waktu-waktu pagi sebergini. Dia sempat menjeling lagi untuk melihat riak wajah bosnya itu. Sudah! Dia buat balik iklan uabt gigi dia tu. Pantang kena puji sikit. ‘Tolong lah encik jangan tersengeh macam tu. Nanti hati saya tak kuat nak berdepan dengan encik. Mahu jatuh hati ni.’
“Ada-ada je lah kau ni.” Haikal bersuara dengan sengihan yang masih bersisa.
“Ye lah encik. Hari ini saya tengok encik asyik tersenyum aja memanjang. Selalu bukan main lagi masam mencuka.” Eera menutup mulutnya sekali lagi. Ya Allah! Mulut kau Eera. kalau nak cakap asyik terlepas memanjang.
“Oh selama ni kau kutuk aku masam memanjang lah ye? Kenapa? Aku nak senyum pun dah tak boleh ka?” Haikal menyoaal gadis di sebelahnya itu. Mana tidaknya. Dia merasakan Eera sudah bijak berkata-kata sekarang ini.
“Eh bukan tak boleh la encik. Tapi saya rasa pelik sikit aja. Encik jangan la terasa pulak.” Eera cuba untuk menenagkan hati Haikal. Mana lah nak tahu kalau bosnya itu tiba-tiba sahaja menjadi panas.
“Hmmm.. tak apa. Aku tak kisah pun.” Jawab Haikal pelahan tetapi masih lagi boleh didengar oleh telinga Eera.
Eera dapat merasakan yang nada suara Haikal sekarang ini pun sudah berubah terhadapnya. Walaupun masih menggunakan kata ganti nama seperti aku dan engkau. Tetapi tidak kedegaran lagi kekerasan nada suaranya itu. Tambahan lagi dengan hobi baru bosnya itu yang suka tersengeh tak kira masa. Pelik-pelik betul manusia ini. Tambah-tambah lagi orang seperti Haikal.
Sepanjang perjalanan ke pejabat, begitulah sikap Haikal. Jangan kata Eera sahaja yang kehairanan sebab melihat Haikal asyik tersenyum sana sini. Malah perkerja-pekerjanya juga turut kehairanan melihat wajah Haikal yang suka tersenyum itu. Mananya tidak. Sebelum ini jangan kata senyuman yang hendak diberikan oleh Haikal kepada perkrjanya. Cakap dia pun tidak pernah nak elok-elok.
“Hai Sya. Selamat pagi.” Tegur Azman. Selepas kelihatan kelibat Eera memasuki bangunan A&F Holding sebentar tadi bersama Haikal terus sahaja dia mengikuti gadis itu ke tempatnya.
“Selamat pagi abang man. Awal datang sini pagi-pagi begini?” Eera menjawab ala kadar setakat memanis mulut dan berbahasa. Azman adalah seorang perkerja yang berkerja sebagai jurutera syarikat.
“Saja saya datang sini awal sikit. sebab rindu sangat dengan Sya.” Sambil tersengih-sengih azman menuturkan perkataan rindu tersebut. Terasa meremang bulu roma Eera ketika ini mendengar perkataan keramat itu. Ini yang paling dia tak suka tentang azman ni. mengatal tak pernah bertempat.
“Haha.. pagi-pagi lagi abang man dah buat lawak ye?” Eera sengaja ketawa paksa untuk menutup perasaan jeliknya itu. Kenal pun baru sangat-sangat tapi dah pandai nak rindu-rinduan pulak mamat ni.
“Eh mana saya buat lawak. Betul ni sayang!” Muka Azman kelihatan sedikit sirius. Tetapi tetap kelihatan gatal di mata Eera.
“Ada-ada je lah abang man ni.” hah sudah! Dia dah siap bersayang-sayang pulak. Lelaki ni bukan boleh bagi muka sangat walaupun tadi dia tersentak dengan panggilan Azman. Geram pulak rasanya. Eera dapat merasakan mukanya sudah mula membahang. Bukan sebab malu. Tetapi sebab tahan marah.
“Ye lah. siapa la kita orang tu nak layan kan?” Nada suara Azman sudah berubah menjadi sayu. Sengaja dibuat bergitu untuk meraih simpati gadis didepannya. Mana tidaknya. Sejak gadis ini berkerja di sini dia telah menjadi kegilaan ramai jejaka bujang. Jangan kata yang bujang. Yang sudah berkahwin pun masih tidak mahu ketinggalan mencuba nasib.
        “Dah la tu abang man. Abang man datang sini pagi-pagi macam ni nak buat apa? nak jumpa bos kan? Nanti saya bagi tahu bos.” Sengaja Eera mengubah tajuk. Malas nak melayan lelaki yang seorang ini. Makin lama makin menjadi pulak.
“Eh tak-tak. Saya datang sini nak bagi ini aja. Untuk awak.” Kelihatan Azman menghulur sepapan coklet Cadbury black forest yang diikat dengan rebin berwarna merah. Selepas agak lama hulurannya tidak bersambut azman meletakkan coklet tersebut di atas meja gadis tersebut.
Tiba-tiba intercom di atas meja Eera berbunyi dan mengejutkan Azman dan Eera.
“Ye bos.” Pantas Eera menjawab. Tidak mahu berlenggah. Nasib baik la bunyi intercom ni menyelamatkannya daripada Azman.
“Kau tolong buat kopi kat aku sekarang. Se..ka..rang!” jawab Haikal di talian dengan tegas sekali. Hai bos ni dah mula balik ke perangai lama dia?
“Baik bos kejap ye.” Jawap Eera dengan sedikit menggelabah. Dengar nada suara Haikal sebentar tadi macam nak telan orang aja jawabnya.
“Ok lah Abang man. Saya ada kerja ni. saya minta diri dulu.” Eera meminta diri dan malas berlama-lama dengan lelaki itu. Nasib Haikal menyelamatkannya sebentar tadi.
Dalam tidak sedar rupanya ada mata yang sedang memerhati mereka berdua. Tiba-tiba sahaja Haikal merasa hatinya panas melihat Eera berbual dengan lelaki lain. Dia tidak tahu apa sebabnya. Tetapi dia merasakan hatinya tidak dapat lagi menahan daripada melihat Eera berbual mesra dengan salah seorang pekerjanya itu. Cemburukah dia? Tetapi kenapa perlu cemburu?
Selepas siap menyediakan secawan kopi, Eera melangkah menuju kearah bilik Haikal. Semasa melintasi meja kerjanya dia sudah tidak melihat kelibat Azman lagi. Dilihatnya di atas meja masih terdapat sepapan coklet yang diberi azman tadi. Dia mencapai coklet tersebut dan membuang ikatan rebinnya dan dibawa bersamanya ke dalam bilik Haikal.
Selepas kedengaran arahan masuk Eera menolak pintu bilik Haikal dan dia melihat Haikal sedang asyik membaca sesuatu didalam file diatas mejanya.
“Airnya Encik.” Eera meletak cawan kopi yang dibawanya tadi diatas meja Haikal. “Ni ada coklet untuk Encik. Tadi ada orang bagi dekat saya. Tapi saya tak makan coklet pagi-pagi macam ni.” sambung Eera lagi dan meletakkan coklet tersebut disebelah cawan kopi tadi.
“Hmm.. Kau lain kali waktu berkerja jangan asyik nak bersembang aja. Buat kerja dulu.” Haikal meluahkan rasanya. Terdegar nada suara sedikit keras dan mukanya sedikit tegang.
“Baik la Encik. Ada apa-apa lagi yang saya kena buat?” Tanya Eera. sebenarnya dia tergamam kerana tidak sangka pula yang Haikal tahu dia tengah bersembang dengan Azman sebentar tadi. Tapi bukan salahnya pun. Azman yang datang mencari dia untuk diajak berbual.
“Dah tak ada apa-apa. kau boleh keluar.”
Eera melangkah keluar dari bilik haikal dengan rasa sebal. Ni semua sebab Azman. Sebab lelaki tu lah dia mendapat amaran dari Haikal. Menyampah betu. Yang Haikal pulak tadi mood baik sahaja. Alih-alih sekarang ini balik kepada perangai asalnya. Betul orang cakap yang hari panas jangan disangkakan sampai petang.
Didalam bilih pula kelihatan Haikal sedang memerhati coklet yang diletakkan oleh Eera diatas mejanya sebentar tadi. Ini coklet yang lelaki itu bagi tadi ni. boleh pula dia bagi dekat aku pulak ye? Tapi tak kisah la. Benda percuma jangan membazir. Hehehe..
Sedang asyik dia mengunyah coklet yang diberikan oleh Eera tadi tiba-tiba intercom diatas mejanya berbunyi.
“Opacot coklet sedap!” Haikal melatah sebab terkejut dengan bunyi intercom itu. Huh nasib tak luruh jantung aku. Tengah baik punya layan coklet ni boleh pulak menatang ni berbunyi. Nasib tak ada orang dalam bilik dia. Kalau tak mesti orang tu ketawa sampai berguling-guling atas lantai sebab dapat tengok dia melatah. Mana tidaknya. Tak pernah-pernah dia melatah. Ni mesti berjangkit dengan budak kat luar tu.
“Ya ada apa Sya?” Tanya Haikal dengat mulut yang masih penuh dengan coklet. Pelahap pulak dia pagi ini.
“Ni Dato nak cakap dengan Encik ni. nak saya sambungkan?” tanya Eera di sebelah sana.
“Ok sambungkan saya dengan Dato.” Haikal memberi arahan. Dia menggagahkan diri menelan coklet yang masih penuh didalam mulutnya itu. Sampai tersedak pula dibuatnya. Uhuk! Uhuk! Gelojoh betul kau ni Haikal.
“Ya papa? Ada apa papa cari Kal? Ok.. ok.. kejap lagi Haikal pergi bilik papa. Uhuk! Uhuk! Ok pa. Bye.” Terasa perit pulak tekaknya. Mana tidaknya. Tersedak coklet kot. Mesti ada orang tengah rindu ni. Syazeera rindu aku kot. hehehe..
Haikal bangun dari kerusi dan melangkah keluar dari biliknya. Dia berhenti sekejap di meja Eera untuk memberi tahu yang dia hendak berjumpa dengan papanya. Kelihatan gadis itu sedang menulis sesuatu didalam buku nota kecilnya.
Menyedari ada orang yang mendekati mejanya itu cepat-cepat Eera menyimpan buku nota kecilnya itu. Malu kalau orang tu lihat apa yang sedang dia lakukan. Dia mendongakkan kepala untuk melihat siapa gerangan pemilik tubuh itu. Oh Encik Haikal rupanya.
Tetapi secara tiba-tiba dia rasa hendak terburai ketawanya saat ini apabila melihat wajah Haikal. Haikal sudah memandang pelik gadis didepannya yang sedang menekup mulut menahan tawa. Mana tidaknya. Mulut Haikal sudah comot dengan coklet. Macam budak-budak pula dia makan coklet. Comel!
“Kau kenapa?” Tanya haikal dengan dahi yang berkerut.
“Emm.. tu dekat mulut encik tu” Eera menunjuk mulutnya sendiri untuk memberi tahu tempat yang terkena coklet di mulut Haikal.
“Ha? Kenapa dengan mulut aku?” Haikal mengelap mulutnya dengan tangan. Tetapi tadi Eera menunjukkan di sebelah kiri mulutnya. Yang Haikal pula mengelap mulutnya di sebelah kanan.
“Ada coklet kat mulut encik” cakap Eera lagi sambil ketawanya sudah terburai. Tak dapat nak tahan lagi dah. lantak lah kalau Haikal nak marah pun. Sebab muka dia sekarang ni sebiji macam budak umur 10 tahun. Hehe..
Haikal gelabah. Cepat-cepat dia mengelap mulutnya itu. Tetapi tetap tak kena pada tempat yang betul. Kantoi la macam ni. Habis hilang terus semua kemachoan yang dia jaga selama ini. Dah la kantoi makan coklet yang diberi oleh gadis tersebut pulak tu. Ini mesti kes terkejut tadi ni.
Eera menarik tisu yang berada didalam kotak diatas mejanya itu. Cepat-cepat dia menyuruh Haikal menunduk sedikit supaya dia dapat mencapai tempat yang terkena coklet di bahagian mulut bosnya itu. Bukan tak tahu yang Haikal ni tinggi orangnya. Memang tidak sampai la jawabnya. Tambah-tambahan lagi jarak mereka dipisahkan dengan meja kerjanya.
Haikal menunduk sedikit mengikut arahan Eera sebentar tadi. Sebaik sahaja tangannya mendarat ke mulut Haikal, seperti ada renjatan elektrik yang membuatkan seluruh badannya menjadi kaku. Mana pernah lagi dia buat begini kepada lelaki dewasa walaupun ayahnya sendiri.
Haikal pun seolah merasakan benda yang sama. Matanya terpaku pada wajah Eera yang tiba kemerah-merahan disebabkan termalu sendiri.
Sesaat, dua saat, tiga saat.... 10 saat mereka bergitu. Tiba-tiba Eera tersedar akan kesilapannya. Dia cepat-cepat ingin menarik tangannya kembali. Tetapi Haikal lebih pantas mengengam tangannya. Sekali lagi mereka terkaku dalam keadaan sebegitu. Pandangan mata Haikal menikam tepat kedalam anak matanya. Bagaikan ada aura asing yang menyelinap ke hati mereka berdua saat ini. Begitu indah sekali.
Interkom diatas meja eera tiba-tiba berbunyi. Mereka berdua tersentak. Cepat-cepat Eera merentap kasar tanggannya daripada gengaman Haikal. Ini dah lebih. Sesuka hati dia sahaja nak pegang-pegang tangan anak dara orang.
Haikal tekejut atas tindakkan Eera tadi. Tidak sedar pulak yang dia masih memengenggam tanggan gadis tersebut. Cepat-cepat dia ingin berlalu dari situ. Entah mengapa hatinya saat ini terasa lain sangat. Selalunya dengan perempuan-perempuan lain tidak pula dia merasakan sebegini rupa.
“Err.. encik. Tu ada lagi bekas coklet kat mulut encik tu.” Eera menegur Haikal yang kelihatan sudah hendak mengatur langkah pergi dari situ. Dia menghulurkan tisu tadi kepada Haikal.
Haikal menyambut huluran itu. Terasa malu seketika. Itu lah tadi. Makan lahap sangat sampai comot. “Thanks Awak. Kalau ada siapa cari saya kata saya tak ada di pejabat ye”
Awak? Eera terasa Haikal seperti berubah 360 darjah ketika ini sampaikan kata ganti nama pun sudah berubah. Selepas itu suara pun sudah tidak sekeras seperti sebelum-sebelum ini. Dia suka begitu kerana perasaannya terbuai seketika.
Selepas susuk tubuh Haikal hilang dari pandangan, Eera terduduk diatas kerusinya. Terasa sesak nafasnya. Dia memegang tangan kananya yang masih terasa bahang disebabkan gengaman dari Haikal tadi. Dia keliru dengan perasaannya sendiri. Aneh! Nak kata marah tapi hatinya seolah-olah suka. Nak kata suka tetapi akal fikirannya menidakkan. Apa dah jadi dengan engkau ni Eera?
Bunyi intercom diatas mejanya kembali lagi mengganggu kenteramannya. Dia menjawab dan mencatat beberapa pesanan yang ditujukan untuk Haikal. Selesai sahaja dia kembali mengimbau kejadian sebentar tadi.
“Ehem.. ehem” kedengaran suara seseorang berdehem mematikan lamunannya.
Eera mamandang Jaja rakan sepejabatnya. Jaja ni boleh dikatakan rakan baiknya jugalah selain dengan kak lin. Kerap juga mereka berbual apabila masa terluang. Tambahan lagi mereka berkerja pada aras yang sama.
“Eh kau jaja. Kau buat apa kat sini? Cari aku ka?” Tanya Eera berbahasa.
“Asalnya tadi memang aku nak cari kau. Tapi tak tahu lah pulak hari ni ada wayang percuma. Sempat jugak aku tengok. Cerita romantik lagi tu.” Jawab jaja dengan ketawa kecilnya.
Eera mengerutkan dahinya. Wayang percuma? Kat sini ada wayang ka? Pelik-pelik betul la jaja ni. ini pejabat kot.
“Wayang percuma? Apa kau cakap ni? aku tak faham.” Tanya Eera kehairanan.
“Alah kau ni. buat-buat tak faham pulak. Ke kau nak aku jelaskan kat sini?”
“Betul lah aku tak faham. Cuba kau cakap berterus terang sahaja dengan aku.” Eera sudah panas dengan sikap jaja yang suka main-main. Silap-silap dia nak perkenakan aku lah tu.
“ye lah. Tadi aku boleh tengok cerita pecuma kat office ni. siap boleh pegang-pegang tangan pulak tu. Itu tak apa lagi. Yang lebih tu siap boleh main lap-lap mulut lagi tu.” Dengan sengihan Jaja menerangkan kepada Eera. Maklumlah Eera ni kadang-kadang otak dia lembab sikit.
Serta merta darah menyerbu naik ke muka. Malunya dia rasa saat ini. Rasa macam nak terjun bangunan aja sekarang ni. Nasib iman di dada masih kuat. Lupa pulak dia yang ketika ini bukan waktu rehat. Sudah tentu-tentulah semua yang berada dalam pejabat dapat melihat adengan sebabak sebentar tadi. Tambah-tambah lagi pelakonnya pula adalah dirinya sendiri. Malunya!
“Ha.. tau pun kau malu. Tadi tak nak fikir masa nak buat ye? Hehe..” sakat jaja lagi. Seronok pula dia lihat wajah Eera yang terkulat-kulat menahan malu itu.
“Tadi tu aku tak sengaja lah. Tindakan luar kawalan. Semua orang nampak ke tadi?” Tanya Eera pelahan. Risau pulak orang lain dengar. Takut cerita-cerita yang tak enak didengar keluar nanti.
“Aku rasa orang lain tak perasan kot tadi. Sebab Zakuan minta semua berkumpul utuk bagi sedikit briefing tadi tentang project baru tu. Cuma aku aja lambat sikit. Ada kerja nak kena siapkan segera. Tak sangka pulak boleh tengok orang bercekarama.” Panjang lebar Jaja menerangkan situasi sebenar sebentar tadi. Memang kebetulan. Kalau tidak mau kecoh satu pejabat ni.
Eera menarik nafas lega. Sebentar tadi dia sudah rasa macam nak pitam sahaja. Nasib jaja seorang sahaja yang melihat kejadian tadi. Lagipun kawannya itu pandai menyimpan rahsia.
“Aku harap kau tak cerita kat siapa-siapa ye tentang tadi tu. Aku betul-betul tak segaja.” Eera cuba meraih simpati pada jaja supaya dia menyimpan rahsia ini. Seram sejuk pula dia bayangkan kalau hal ini diketahwi ramai.
“Alah kau ni. macam tak kenal aku pulak kan? Tapi tadi aku lihat korang memang sepadan la. sama cantik sama kacak. Sekali tengok macam pasangan kekasih. Tak sangka Encik Haikal tu dalam garang-garang pun romantik jugak ye? Hehehe..” Jaja suba memberi pendapatnya apabila melihat adegan tadi. Manalah tahu kalau jodoh mereka berdua ada.
“Kau Gila! Encik Haikal tu tunang orang kot. kalau nak cari pasangan pun kalau boleh aku nak la yang masih single.” Gila ke apa jaja ni. Tak sanggup dia menjadi perampas hak orang. Pendapat jaja tu memang tak boleh pakai langsung.
“Alah.. Baru tunang kot. bukan kawin lagi. Lagipun aku tak suka la perangai Sara tu. Mengada-ngada tambah gedik dia tu buat aku menyampah. Lepas tu garang macam orang gila kuasa pun ada gak. Padahal ni bukan syarikat bapak dia pun nak lebih-lebih” Jaja meluahkan rasan bencinya pada sara tunang Haikal. Sudah lama dia pendam. Dah la semua perkerja di sini dilayan bagaikan kuli.
“Dah la tu jaja. Tak baik kutuk orang. Lagipun dia ada cara dia sendiri. Lagipun kan dia bakal jadi isteri bos kita.” Eera cuba menenagkan hati Jaja yang tengah panas sekarang ni.
“Ye lah tu. Kau ni baik sangat. Mungkin kau tak pernah jumpa dia lagi kot.”
“Mungkin jugak la. Ok lah. kau pergi lah buat kerja kau tu. Aku tak mahu kejap lagi bos nampak pulak. Parah kita kalau tertangkap.” Dia sudah malas untuk berbicara lagi tentang hal-hal yang tidak berkaitan.
“Ok lah. Aku balik tempat aku dulu. Kejap lagi rehat kita keluar sama-sama ye. Krim salam kat bos kesayangan kau tu.” Sempat lagi jaja menyakatnya.
“Ish kau ni. nak jugak aku baling kasut kat kepala kau tu.” Terasa geram pula dengan sahabat dia yang seorang ni. suka-suka hati sahaja nak kenakan orang.
Selepas Jaja berlalu akal fikiran Eera kembali pada kejadian sebentar tadi. Tak sangka pula boleh berlaku padanya. Nasib tak ada orang lihat melainkan jaja seorang. Bagaimanakah dia akan berdepan dengan Haikal bila hati ini sudah berasa lain? Sudahla setiap hari dia akan mengadap muka lelaki itu. Risau pulak jadinya.

No comments:

Post a Comment