Thursday 22 December 2011

Kaulah Matahariku 2


Hari ini adalah hari terakhir Eera dan Anis berada di Pulau Langkawi. Eera mendesak Anis untuk berkunjung ke Pekan Kuah seketika sebelum mereka bertolak pulang. Tujuan Eera ingin ke sana adalah untuk memenuhi hajat hatinya yang ingin memborong sakan pelbagai jenis coklat dengan harga yang berpatutan. Peluang yang jarang-jarang sekali diperolehi olehnya itu akan digunakan sebaik mungkin supaya dia tidak merasa terkilan kerana melepaskan peluang tersebut. kebanyakkan wang Eera dihabiskan dengan hanya membeli pelbagai jenis coklat berbanding dengan barang-barang yang lain.
Sampai saja di Pekan Kuah, Eera menjadi rambang mata untuk memilih berbagai jenis coklat yang dijual di situ. Banyak betul pilihan. Eera mengambil sebuah bakul yang telah disediakan oleh pemilik kedai untuk mengisi coklat-coklat yang bakal dibeli olehnya nanti. Manakala Anis pula sudah menghilangkan entah kemana ketika ini. Katanya dia ingin melawati kedai-kedai yang menjual minyak wangi sekitar sini sahaja.
Sedang asyik memilih dan memasukkan coklat kedalam bakul, Eera baru sahaja tersedar yang bakul dipegangnya sebentar tadi sudahpun penuh dengan pelbagai jenis coklat. Dia tersenyum apabila melihat bakulnya itu. Kalau orang ramai didalam kedai tersebut memandangnya ketika ini sudah tentu mereka memikirkan yang dia ingin membuat kenduri coklat pula lagaknya. Eera.. Eera..
Eera memandang keadaan sekeliling buat seketika. Kelihatan begitu ramai sekali pengunjung yang sibuk membeli-belah sekitar Pekan Kuah ini. Lagipun setiap percutian ke Pulau Langkawi ini akan terasa tidak lengkap sekiranya pengunjung tidak berkunjung ke Pekan Kuah. Manakala musim cuti sekolah sekarang ini juga merupakan salah satu faktor yang membuatkan Pulau ini menjadi sedikit sesak dengan pelancong luar dan dalam Negara.
Setelah Eera berpuas hati dengan pelbagai jenis coklat yang dipilihnya sebentar tadi, dia terus sahaja mengatur langkah menuju kearah kaunter untuk membuat pembayaran. Eera yang baru tiba di kaunter bayaran terjengah-jengah melihat ke hadapan. Dia sedikit mengeluh sebaik sahaja melihat dua barisan panjang yang telah dibuat oleh pengunjung kedai tersebut untuk membuat bayaran. Nampaknya dia akan lambat lah kali ini. Pasti Anis akan membebel panjang dengannya nanti.
Sedang asyik Eera menunggu gilirannya, tiba-tiba lelaki yang berdiri di hadapannya terundur sedikit kebelakang kerana tertolak dek dua orang kanak-kanak yang bermain kejar-kejar di hadapannya. Lelaki tersebut sedikit hilang keseimbagan badannya dan hampir sahaja terjatuh. Dalam masa yang sama juga, badannya tekena bakul yang dijinjing oleh Eera yang berada di belakangnya itu. Habis berterabut segala isi yang terdapat didalam bakul tersebut ke lantai apabila Eera terlepas bakul tersebut.
“Ma... Maafkan saya” Lelaki tersebut memohon maaf lalu terus menunduk untuk mengutip segala coklat yang sudah berterabur itu. mungkin dia berasa bersalah agaknya.
Manakala Eera yang masih tercengang dengan kejadian tersebut juga baru tersedar apabila mendengar suara lelaki tersebut memohon maaf. Selepas itu Eera juga turut menundukan badan untuk turut sama megutip bungkusan coklat diatas lantai sambil tangan kanannya mencapai pemegang bakul.
It Ok... bukan salah awak pun.” Eera tahu yang kejadian tersebut bukan salah lelaki tersebut. semua itu berlaku secara tidak sengaja. Lagipun yang bersalah dalam hal ini adalah dua orang kanak-kanak yang berlari sebentar tadi. Tetapi takkanlah dengan kanak-kanak pun hendak dimarah-marah. Hal kecil sahaja tu.
Selepas selesai mengutip kesemua coklat yang bertaburan, mereka berdua mengankat muka serentak untuk berpandangan wajah masing-masing. Kelihatan kedua-duanya melopong apabila melihat satu sama lain. Eera merasakan kali ini rohnya bagaikan melayang dari jasadnya apabila melihat muka lelaki tersebut buat kali kedua. Setelah apa yang berlaku, Eera merasakan di tidak ingin lagi berjumpa dengan lelaki tersebut.
“Err... Eera. awak buat apa kat sini?” Tergagap-gagap mulut lelaki tersebut mengajukan soalan. Eera yang mendengar soalan tersebut terus sahaja berasa jelik. Sebelum ini tidak pula lelaki itu ingin ambil tahu tentangnya. Selepas itu siap disindir-sindirnya lagi tempoh hari. Konon dia ini seorang yang suka mengikis hartanya dan pelbagai lagi. Tetapi pada pengamatan Eera, wajah lelaki tersebut kelihatan sedikit kusut berbanding wajahnya beberapa hari yang lepas.
“Tak buat apa-apa. Saja buat bodoh kat sini.” Jawab Eera kasar. Bila hati sudah sakit, segala pekataan kasar pun boleh terkeluar dari mulut ketika ini. Walaupun sebelum ini Eera dikenali sebagai gadis yang lemah lembut dan bersopan, tetapi kali ini tidak lagi apabila berdepan dengan lelaki yang telah dibencinya sejak beberapa hari yang lepas. Masakan tidak. Ini juga adalah disebabkan lelaki di depannya itu telah mencaci dan menghinanya. Maruah dirinya diletak paling rendah oleh lelaki tersebut.
Selesai semua bungkusan dimasukkan ke dalam bakul, mereka sama-sama berdiri. Eera sudah berdiri tegak dang menghalakan pandangannya kearah lain. Tidak akan sama sekali dia memandang wajah lelaki tersebut. Sudah orang membenci kita, kenapa perlu lagi terhegeh-hegeh dengannya kan?
“Err.. Bayak awak beli coklat?” sengaja lelaki tersebut mengajukan soalan tersebut untuk mencari topik perbualan antara mereka. Eera yang mendengar pula sudah mula mencebik kerana terasa menyampah dengan soalan yang diajukan itu. Dah tak ada soalan lain ke yang ingin diajukan? Sempat lagi Eera mengutuk didalam hati.
“Saya nak buat kenduri di kampung nanti.” Jawap Eera laju dan sinis. Dia merasakan pekara yang dilakukannya sekarang ini sudah tiada kaitan langsung dengan lelaki itu. Diantara mereka sudah tiada apa-apa! Lagipun apa yang dilakukan Eera sekarang ini tidak mengganggu gugat langsung harta orang yang telah menuduhnya sebagai perempuan pengikis hartanya ini.
 “Owh... macam tu.” Lelaki tersebut menghadiahkan senyuman paling manis buat Eera. Dia tahu Eera tidak berminat untuk menjawab setiap pertanyaannya itu. Tetapi tidak mengapalah. Walaupun dalam tidak rela, Eera masih sudi menjawab setiap pertanyaannya.
Eera yang terlihat senyuman lelaki tersebut terus sahaja terasa panas hatinya. Dia merasakan lelaki itu seolah-olah sengaja untuk mempermainkan perasaannya yang telah sedia sakit ini. Kalau ikutkan hati, hendak sahaja Eera mencapakkan lelaki tersebut kedalam gaung. Tetapi kuatkah dia untuk mengangkat tubuh sasa lelaki tersebut? memang tidak terdayalah jawabnya.
Sedang asyik Eera mengelamun entah kemana, tiba-tiba tangan lelaki tersebut turut mengengam pemegang bakul yang berada didalam gengaman Eera sekarang ini. Kelihatan lalaki itu menarik bakul tersebut dengan kasar kearahnya dan memberi isyarat mata supaya Eera melepaskannya. Eera yang tergamam dengan tindakan pantas sebentar tadi akhirnya akur juga dengan tindakan lelaki itu dan terus sahaja melepaskan genggamannya dari bakul tersebut. Selepas itu kelihatan lelaki tersebut meletakkan bakul yang berisi coklat-coklatnya diatas kaunter bayaran.
“Buat macam ni senang sikit. Tak payah tunggu lama-lama kat sini. Kesian org kat belakang nak beratur lama-lama.” Lelaki itu cuba menerangkan akan tindakkannya sebentar tadi supaya Eera tidak salah faham terhadapnya. Selepas sahaja selesai menerangkan kepada Eera, kelihatan lelaki tersebut mengeluarkan beberapa keping wang kertas berjumlah 50 Ringgit Malaysia untuk diserahkan kepada penjaga kaunter dihadapan mereka.
Dalam masa yang sama juga, pantas Eera mengeluarkan sejumlah wang dari tas tangannya untuk diberikan kepada lelaki tersebut. Tidak mahu lagi nanti dituduh sengaja hendak mengikis wangnya pula. Namun sebaik sahaja wang tersebut sudah terhidang di hadapan mata lelaki itu, dengan pantas dia menolaknya. Sudah dibayar tidak mahu pula. nanti macam-macam pula akan dituduhnya.
Selepas membuat bayaran, Lelaki tersebut terus sahaja membuka bungkusan plastik yang masih didalam pegangannya dan mencari-cari sesuatu di dalambungkusan tersebut. Eera pula hanya mampu memerhati sahaja tingkah laku lelaki tersebut. Yang pasti dia telah bertekad untuk membayar kembali kesemua harga coklat tersebut. Tidak kiralah lelaki itu mahu menerima ataupun tidak. Kalau tidak mahu menerima sekalipun, dia akan pastikan lelaki itu terima juga.
Setelah agak lama lelaki itu menyelongkar bungkusan plastik di tangannya, kelihatan dia mengeluarkan beberapa bungkus coklat yang dipegangnya sebelum membuat bayaran tadi. Selepas itu barulah dia menyerah bungkusan plastik tersebut kepada Eera.
“Yang ini semua saya belanja awak. Kan awak kata nak buat kenduri. Jadi tak salah la kalau saya pun nak bantu awak buat kenduri.” Kata lelaki tersebut sambil tersenyum. Eera yang mendengar sudah membahang wajahnya kerana menahan marah. Dia rasakan sepeti lelaki tersebut sengaja ingin menyindirnya sahaja. Tak guna punya Adnan!
“Terima kasih kerana sudi belanja saya. Tapi..” Sengaja Eera membiarkan ayatnya sedikit tergantung sebelum dia menyambungnya kembali. “Nah! Ambil balik duit awak. Saya tak terasa langsung untuk mengambil apa yang awak belanja saya ni.” Eera memasukkan beberapa keeping wang kertas kedalam kocek baju kemeja lalaki tersebut dengan kasar. Dia tidak mahu lagi lelaki tersebut memikirkan yang bukan-bukan tentangnya. Lagipun dia tidak hadap langsung duit lelaki tersebut.
Kelihatan wajah lelaki tersebut sedikit tergamam. Mungkin kerana terkejut dengan tindakan Eera itu. mulutnya terkumat-kamit seperti ingin menyebut sesuatu. Eera sedar akan itu. tetapi dia sudah tidak perduli. Biarlah lelaki itu hendak berkata apa sekalipun tentang dirinya. Yang pasti dia tidak mahu mengganggu hidup lelaki itu lagi. Lantas itu Eera terus sahaja mengatur langkah meluru pintu keluar kedai tersebut. dia sudah tidak betah berlama-lama di situ lagi. Mungkin kejap sahaja lagi empangan air matanya akan pecah bila-bila masa sahaja.
“Eera! Sekejap Eera..  Anan ada benda yang ingin dibincangkan dengan Eera.” Rayu Adnan apabila melihat Eera sudah melangkah laju meninggalkannnya. Dia sudah mengelabah. Pantas sahaja dia mengejar langkah Eera tanpa memperdulikan orang ramai yang memerhati gelagat mereka. Selepas dia dapat mengejar langkah Eera, terus sahaja dia menghalang perjalanan gadis tersebut.
Pleas Eera.. Anan nak bincang dengan Eera ni. Tolong lah dengar dahulu.” Rayu Adnan lagi. Selagi dia tidak merungkaikan kekusutan ini, selagi itulah hubungannya dengan Eera tidak akan menjadi jernih semula. Tetapi apa boleh buat? Itu semua bukan kehendaknya.
“Anan nak bincang apa lagi? Antara kita sudah tiada apa-apa lagi. Anan nak hina Eera lagi ke? Tak puas lagi ke Anan dah hina Eera beberapa hari yang lepas? Lagipun baru sekarang Eera faham apa perasaan Anan kat Eera selama ni.” Terus sahaja segala rasa yang terpendam didalam hati Eera terhambur keluar. dia sudah malas untuk memendam rasa lagi. Biarlah antara mereka berakhir sampai sini sahaja.
“Anan Hina Eera? Bila?? Mana pernah Anan hina Eera sebelum ni? Lagipun sejak beberapa bulan yang lepas, inilah kali pertama kita ketemu.” Betubi-tubi soalan yang diajukan Adnan kepada Eera. Eera yang mendengar setiap soalan yang diajukan oleh Adnan itu terus sahaja menjadi semakin panas. pandai sungguh lelaki tersebut berlakon.
“Sudah lah tu Anan. Berhentilah dari segala lakonan ini. Eera sudah letih menghadapi segalanya. Biarlah antara kita tiada apa-apa lagi. Lagipun Eera tak hadap langsung harta Anan tu. Eera masih ada maruah diri.” Air mata yang ditahan-tahan sejak tadi akhirnya gugur juga. Eera rasakan hatinya seperti dirobek-robek saat ini. Dengan air mata yang masih bercucuran di pipi, Eera memulakan langkah yang lemah. Dia sudah tidak kuat bersemuka dengan lelaki itu lagi.
“Tapi kenapa Eera? Tapi kenapa?? Anan tahu Anan ada buat silap kerana menghilang tanpa sebarang berita. Tetapi Anan buat semua tu ada sebab. Tapi bagilah Anan masa untuk terangkan segalanya terlebih dahulu.” Masih belum berputus asa lagi Adnan merayu kepada Eera supaya mendengar segala penjelasannya. Dia tidak mampu lagi menaggung segala beban yang terasa berat untuk dipikul olehnya seorang diri.
“Sudah! Eera dah tak mahu dengar apa-apa lagi dari Anan. Cukuplah sampai sini sahaja Anan meletak maruah Eera paling rendah sekali. Tapi usahlah sampai dipijak-pijaknya pula. Eera tahu Eera orang kampun dan tak berharta. Tapi usahlah sampai dihina lagi. Lagipun Eera rasa Ananlah pelakon lelaki yang paling hebat sekali sehingga Berjaya mengaburi mata Eera.” Segala kemarahan terhambur juga akhirnya. Biarlah lelaki tersebut menghormati orang lain walaupun mereka tidak berharta sekalipun. Jangan sampai dihina sebergitu sekali.
Adnan Kelihatan hampa. Nampaknya Eera tidak mahu mendengar langsung segala penjelasan yang akan diberi olehnya. Dia sudah berputus asa. “Hmmm.. Kalau Eera tak mahu dengar penjelasan Anan tak apa lah. Tapi Anan cuma nak bagi tahu sahaja. Mungkin selepas ini kita tak akan berjumpa lagi. Anan akan cuba pergi sejauh yang mungkin dari hidup Eera. Harap Eera juga boleh melupakan Anan selepas ini.” Adnan kelihatan tertunduk selepas menuturkan kata-kata tersebut. Terasa panas sahaja tubir mata lelakinya.
“Memang itulah yang akan Eera lakukan. Sebaik sahaja Eera melangkah dari sini, Eera harapkan segala memori kita bersama akan terkubur. Biarlah diantara kita, tiada seorang pun yang akan mengigatinya.” Akhirnya Eera membuat keputusan bagi hubungan mereka ini. Walaupun pedih untuk mengatakannya, tetapi ia tidak sepedih apabila dihina oleh lelaki itu tempoh hari.
Selepas yakin dengan keputusan yang telah dibuatnya, Eera terus sahaja mengatur langkah meninggalkan Adnan yang masih berdiri di situ. Sebaik yakin yang tubuhnya sudah tidak kelihatan dari pandangan lelaki itu lagi, pantas Eera memandang ke belakang. Air matanya yang yang membasahi pipi semakin laju mengalir. Dia tahu kisah cintanya dengan lelaki yang bernama Adnan sudahpun berakhir di sini.
Selamat tinggal Adnan!
Di tengah-tengah orang ramai yang membanjiri Pekan Kuah tersebut terdapat seorang lelaki yang terduduk lemah di salah sebuah kerusi batu sambil merenung permukaan tanah dengan mata yang berkaca-kaca. Sudah tentu lelaki tersebut terasa hatinya seperti di siat-siat kerana terpaksa memutuskan hubungan dengan sang kekasih pujaan. Dia tidak menyangka yang semua kisah cintanya akan berakhir sampai di sini sahaja. Sungguh dia benar-benar menyayangi gadis tersebut tampa berbelah bahagi. Tetapi apa lagi yang mampu dia lakukan? Dia sendiri pun teraniaya dengan keadaan. Tetapi bolehkah dia menyalahi takdir? Itu tidak mungkin! Ya. Mungkin semua ini sudah ditentukan. Dia reha.
Manakala di dalam sebuah bilih hotel yang bertaraf lima bintang yang terdapat di Pulau langkawi pula terdapat seorang lalaki dengan muka yang bengis sedang terjerit-jerit seperti orang gila. Dia tidak dapat menerima berita yang telah membuatkan hatinya hancur berkecai ketika ini. Tidak guna punya adik. Sanggup adiknya sendiri memusnahkan masa depannya yang baru sahaja ingin dibina dengan kekasih hati.
“Sudah lah tu Haikal. Benda yang dah jadi biarkan lah terjadi. Lagipun you kan masih ada I yang masih sudi menemani you di masa-masa akan datang. Lagipun dari dulu lagi I dah beritahu yang perempuan tu tak pernah ikhlas mencintai you. Dia Cuma nak kikis harta you aja.” Seorang gadis cuba untuk memujuk kekasih hati yang sudah lama didambakannya sejak dahulu lagi. Sesungguhnya peluang ini tidak akan disia-siakan tanpa melakukan apa-apa.
Lelaki tersebut kelihatan merenung tajam gadis yang berkata-kata sebentar tadi. Dia tidak senang dengan kehadiran wanita tersebut didalam biliknya. Entak bagaimana gadis itu meloloskan dirinya kedalam bilik ini pun dia tidak tahu. “Kau buat apa dalam bilik aku ni? Kau jangan biar benda yang pernah berlaku akan berulang lagi.” Tengking lelaki tersebut  sambil berdiri dan melulu kearah gadis tersebut. Ditolaknya kasar tubuh wanita tersebut sehingga keluar dari pintu biliknya lalu pintu dihempas kuat. Gadis tadi sersentak. Nasib baik tidak terkena batang hidungnya yang mancung ini. Bila difikirkan kembali, dia sudah tidak kisah pun akan hal ini. Lagi dia suka adalah kalau hal itu berulang lagi. dia sudah mula kertawa lantang apabila mengingati akan hal tersebut. Orang ramai yang memandangnya tidak dihiraukan langsung.

No comments:

Post a Comment