Thursday 22 December 2011

Kaulah Matahariku 5


Bab 5
Setelah kereta Haikal memasuki perkarangan rumah banglo tiga tingkat milik Dato Azrul mata Eera ligat memerhatikan suasana sekeliling. Banglo tersebut kelihatan menarik sekali di matanya. Dengan berkonsepkan ala-ala inggeris telah menyerlahkan lagi ketenangan halaman banglo tersebut. Begitu teruja sekali dia memerhati kawasan sekeliling.
Setelah kereta yang dinaiki mereka sebentar tadi diberhentikan berhadapan dengan pintu masuk banglo tersebut, Pandangannya jatuh pada sebuah kolam air pancutan yang berbentuk bulat menghiasi halaman banglo tersebut. Kolam tersebut tidaklah terlalu besar dan dikelilingi dengan taman yang dihiasi dengan pohon-pohon bunga mawar merah. Hiasannya juga tidaklah terlalu keterlaluan ataupun padat. Ianya cukup untuk menarik perhatian sesiapa sahaja yang mengunjungi banglo tersebut.
Perhatian Eera terhadap taman buatan tersebut sedikit terganggu apabila telinganya menangkap bunyi  ketukan pada pemukaan tingkap di bahagian pemandu. Kelihatan Haikal sudahpun berada di luar kereta.
“Kau tak mahu keluar ke ataupun nak aku angkat kau masuk dalam rumah?” tegur Haikal dari arah luar kereta.
Perlahan-lahan Eera membuka pintu dan melangkah keluar. Setelah pintu kereta ditutup kembali, kakinya melangkah menuju kolam air pancutan tersebut. Walaupun tidaklah sebesar mana, tetapi begitu sesuai sekali kedudukannya di tengah-tengah taman yang menghiasinya. Kelihatan di dalam kolam tersebut pokok kiambang berterapungan dan ikan gapi pelbagai warna berenang berkejar-kejaran.
“Hoi Mak cik! Masuk dulu lah. Yang kau pergi dekat situ buat apa?” pekikan Haikal yang sudah berada di hadapan pintu masuk banglo milik keluarganya itu.
Mak cik? Eera sudah membutangkan matanya apabila mendegar Haikal memanggilnya ‘mak cik’. Dengan pantas dia megorak langkah menuju ke arah Haikal yang menunjukkan riak muka yang tidak bersalah.
“Amboi. Suka-suka hati Encik panggil saya ‘mak cik’ ye? Saya muda lagi tau. Encik tu yang muka dah berkedut.” Balas Eera pada Haikal tanda tidak mahu mengalah.
“Huh? Kau kata muka aku dah berkedut? Ni dah lebih ni.” Suara Haikal sudah sedikit meninggi. Tidak dapat dia menerima kutukan dari gadis kampung seperti Eera. Terasa kecil sahaja Eera di depannya. Kalau dia boleh telan dah lama dia telan.
 “Aah... tambah lagi satu kedut tu sebab Encik marah-marah. Hehe..”  sengaja Eera ingin kenakan Haikal lagi untuk lihat tahap kemarahan lelaki itu.
“Dah la. Malas aku nak layan kau. Lagi aku layan, lagi menjadi pulak kau ni.” Suara Haikal sudah sedikit mengendur tanda dia malas untuk bertekak dengan Eera. Dia melangkah masuk ke dalam banglo tersebut selepas menanggalkan kasut kulitnya.
“Masuk la. Jangan buat macam rumah sendiri pula ye.” Dengan bernada sinis Haikal menjemput Eera masuk.
Dengan muka sedikit mencebik Eera melangkah juga masuk ke dalam ruang dalam banglo tersebut.
‘Sombong betul orang tua ni.’ Eera hanya mengutuk didalam hati.
“Assalammualaikum.”
Kali ini Haikal pula tersentak apabila mendegar kalimah salam yang diucapkan oleh gadis yang baru dikenalinya itu. Sudah lama rasanya dia tidak mengungkapkan kalimah itu walaupun di mana sahaja dia berada. Terasa janggal pula tika ini.
“Err.. Kau.. kau duduk dulu di situ. Sekejap lagi mama aku turun.” Dalam cuba menutup kejanggalan yang menerpa dalam benaknya Haikal menuding jari ke arah sofa yang terletak di ruang tamu yang tidak jauh dari tempat mereka berdiri.
Tanda faham Eera menganggukkan sedikit kepalanya dan mencapai beg pakaian yang diletakkan di atas lantai sebentar tadi. Dia melangkah ke arah sofa yang ditunjukkan oleh Haikal. Dia melabuhkan punggungnya di salah sebuah sofa yang terletak di ruangan tersebut. Manakala Haikal pula sudah mendaki selang dua anak tangga untuk naik ke tingkat atas. Dengan langkahnya yang panjang membolehkannya naik ke tingkat atas dengan lebih pantas.
Eera mengapai majalah yang terletak di atas meja kaca di hadapannya. Diselak satu-persatu mencari topik yang menarik tanpa menghiraukan suasana sekeliling.
“Awak dah lama sampai ke?” Teguran Datin Fauziah telah membantutkan bacaan Eera. Majalah yang berada dalam pegangnya tadi ditutup kembali. Kelihatan Datin Fauziah sudah pun berada di anak tangga yang terakhir dan melangkah ke arahnya.
“Tak la Datin. Saya baru sampai aja ni. Punggung pun tak sempat panas lagi.” Sambil tersenyum dia sudahpun bangun dari sofa yang didudukinya dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Datin Fauziah
“Awak pasti letih kan sebab perjalanan yang jauh? Sebentar lagi saya suruh Mak Siah tunjukkan bilik awak.” Sambil berkata mata Datin Fauziah memerhati langkah orang gajinya itu membawa segelas air buat tetamu mereka.
“Jemput la minum dahulu.” sambung Datin Fauziah lagi setelah segelas air dihidangkan di hadapan Eera.
Eera hanya mengangguk tanda faham dan mencapai gelas yang berisi air tersebut. Pelahan-lahan dia meneguk air sampai habis. Terasa segar kembali tekaknya yang sudah kering. Sepanjang berada di atas bas dalam perjalanannya ke sini tadi, dia tidak sempat meneguk walaupun setitis air kerana risau akan perutnya meragam.
“Mak Siah tolong tunjukkan bilik untuk Syazeera ye.” Kata Datin Fauziah kepada pembantu rumahnya yang kelihatan umurnya sudah mencecah setengah abad itu.
“Lepas ni kita makan malam  sama-sama ye. Syazeera rehat lah dulu dalam bilik” sambungnya lagi kepada Eera pula kali ini.
“Err... Datin. Boleh tak datin panggil saya Sya atau Eera saja? Rasa kekok pula bila datin sebut nama penuh ni.”
“Oh.. kalau macam tu awak pun kena panggil saya mama boleh?”
Eera sedikit tersentak. Dia bagaikan tidak percaya. Kenapa perlu panggil mama? Sedangkan mereka baru dua kali sahaja berjumpa. Lagipun wanita ini kelihatan lebih merendah diri daripada anaknya yang seorang tadi. Sombongnya tak bertempat langsung.
“Tapi Datin. Datin tak kisah ka?”
“Panggil mama please. Tak ada sebab pun perlu saya kisah”
“Oh.. ok lah kalau macam tu ma.. mama.” Balas Eera dengan sedikit gagap dan perasaan yang sedikit terharu.
“Dah. Sya boleh ikut mak Siah ke bilik dahulu. Sekejap lagi kita makan malam sama-sama ye. Mak Siah tolong tunjukkan bilik Sya kat mana ye.” Satu arahan pula yang ditujukan buat pembatu rumahnya itu.
“Baik puan. Marilah cik saya tunjukkan biliknya.” Mak Siah pula bersuara selepas lama mendegar perbualan antara Datin Fauziah dengan Eera sebentar tadi.
Sambil berjalan beiringan sempat lagi Eera berbual-bual dengan Mak Siah. Mak Siah banyak bercerita serba sedikit tentang latar belakang keluarga Dato Azrul dan Datin Fauziah. Berdasarkan apa yang diceritakan oleh Mak Siah, sifat Datin Fauziah sememangnya selalu bergitu. Datin Fauziah tidak pernah meninggi diri dan dia juga seorang yang penyayang. Manakala Dato Azrul pulak seorang yang tegas dan kuat berkerja. Walaupun Eera belum mengenali lelaki itu tetapi dia dapat membayangkannya berdasarkan cerita Mak Siah.
Setelah melangkah memasuki bilik yang dikatakan kepunyaannya itu, Eera memerhati keadaan sekeliling bilik tersebut. Hanya kelihatan beberapa bingkai gambar pemandangan yang tergantung di muka dinding. Bilik ini dilengkapi dengan sebuah katil bujang dan sebuah almari solek. Manakala bilik airnya pula bersambung dengan bilik Mak Siah di sebelah bilik ini. Di aras bawah rumah banglo ini hanya terdapat dua bilik sahaja.
“Cik rehat lah dulu ye. Mak Siah ada kerja sikit. Kalau ada apa-apa cari Mak Siah kat dapur.” Mak Siah memberi tahu Eera yang dia tidak boleh berlama di bilik ini.
“Mak Siah. Panggil saya Sya saja. Tak payah nak bercik-cik ni. Segan pula saya.” Kata Eera sambil perbetulkan panggilan Mak Siah itu.
“Baik la Sya. Ada apa-apa Mak Siah kat dapur ye.”
“Baiklah Mak siah. Maaflah kalau saya susahkan Mak siah.”
“Eh.. Tak ada apa yang susahnya pun. Dah memang tugas Mak Siah. Mak Siah pergi dulu ye. Jangan lupa Mak Siah ada kat dapur.” Mak Siah meminta diri untuk ke dapur.
Eera menganggukkan kepalanya tanda membenarkan Mak Siah berlalu.
Selepas Mak Siah menutup pintu Eera membaringkan badannya di atas katil bujang yang tersedia dalam bilik tersebut. Matanya terasa berat dan badannya sedikit sengak-sengal. Mungkin disebabkan terlalu lama dia duduk semasa perjalanannya ke Kuala Lumpur sebentar tadi. Entah bila matanya terpejam pun dia tidak sedar.
****

Haikal menilik wajahnya menggunakan cermin meja solek di dalam biliknya. Tercari-cari sekiranya terdapat kedutan yang tidak sepatutnya. Risau juga jika apa yang dikatakan oleh ‘mak cik’ dari kampung itu betul. Boleh buat dia mimpi ngeri sepanjang malam ni.
‘Huh! Nampak sangat dia tu tipu ja lebih. Muka aku bukan main tegang lagi. Umur pun baru aja masuk tiga puluh. Muda lagi tu.’ Gumam Haikal di dalam hati bersertakan perasaan marah yang berbuku-buku kepada Eera sebab berjaya mengenakannya.
Dia melangkah longlai kearah katil dan menghempas tubuhnya di situ. Kedua-dua belah lengannya didepakan luas di atas katil. Terasa malas pula untuk menyalin pakaian yang sedikit lembab dibasahi peluh. Biarlah seketika dia merehatkan tubuh sebelum dia masuk ke dalam bilik air untuk menyegarkan diri.

****
Setelah siang berganti malam. Seluruh penghuni banglo tersebut telahpun bersiap-siap untuk berkumpul makan malam bersama-sama. Semua ini seolah-olah tiada sebarang perbezaan pun bagi seisi banglo tersebut melainkan Eera yang baru sahaja memulakan hari-harinya di sini.
Walaupun dia merasakan sedikit kekok bila berada di dalam linkungan keluarga ini. Tapi itu semua terpaksa dia lalui untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan hariannya yang akan mendatang bersama-sama dengan wajah-wajah yang baru dikenalinya. Dia juga hendaklah banyak bersabar dan cepat belajar dalam menempuhi segala dugaan sepanjang dia berkerja di sini.
Semasa di meja makan, Eera mengambil tempat yang bertentangan dengan Datin Fauziah. Manakala Haikal pula mengambil tempat di sebelah mamanya itu. Manakala Mak Siah yang baru muncul dari dapur juga dijemput makan sekali dengan mereka dan dia mengambil tempat bersebelahan dengan Eera.
Sambil menjamu selera mereka bertukar-tukar cerita di meja makan. Pelbagai cerita dibangkitkan termasuklah tentang hal-hal perniagaan syarikat. Tidak lepas jugak pelbagai persoalan tentang latar belakang Eera juga turut diajukan kepadanya. Terkial-kial juga dia menjawabnya.
“Sya selalu ke datang Kuala Lumpur ni?” tanya Datin Fauziah pada Eera.
“Tak jugak mama. Baru berapa kali saja saya datang sini. Itu pun setakat datang tolong maksu untuk jaga anak-anak dia lepas saya tamat SPM dan STPM. Sebelum ni memang saya tak pernah datang sini.” Jawab Eera bagi soalan Datin Fauziah tersebut. Kelihatan Haikal sudah memandangnya dengan wajah yang sedikit hairan. Mungkin disebabkan Eera memanggil mamanya ‘mama’.
“Oh... Kira Sya jarang datang sini lah ye. Mesti banyak tempat lagi yang Sya berlum pernah pergi kan?” Tanya Dato Azrul pula kali ini.
“Aah.. sebelum ni saya datang sini pun cuma ke rumah Mak Su ajalah. Dia pun sibuk nak bawa saya pergi jalan-jalan.” Sambil terangguk-angguk kepalanya menjawab soalan itu.
“Kalau macam tu pasti Sya teringin nak pusing-pusing Kuala lumpur kan? Sebab sebelum ni pun Sya tak pernah datang sini. Lagipun esok cuti hujung minggu. Boleh Haikal tolong bawa Sya pusing-pusing Kuala Lumpur. Betul tak Kal?.” Tanya Datin Fauziah sambil menjeling ke arah Haikal di sebelahnya.
Kelihatan Haikal tersedak air kosong yang sedang diminumnya itu. Datin Fauziah cepat-cepat menepuk lembut belakang anak lelakinya itu sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Tak boleh mama. Kal dah janji dengan Nizam nak keluar esok. Ada kerja sikit.” Balas Haikal selepas dia mengambil nafas seketika sebelum menjawab pertanyaan mamanya.
“Alah anak awak ni ma, tak habis-habis dengan kerja dia. Tapi office pun jarang jugak masuk. Asyik ponteng ja memanjang.” Adu Dato Azrul pula kepada isterinya kali ini.
“Alah pa, Kal selalu apa masuk office. Cuma papa ja yang tak perasan bila kal datang.” Jawab Haikal sambil melindungi dirinya dari tuduhan papanya yang ternyata tepat itu.
“Ya lah tu. Entah bila dia masuk pun papa tak tahu. Syazlin selalu adu dekat papa yang awak tu jarang masuk office.”
Haikal sudah mati kutu untuk menjawab telahan papanya itu. Dia cuma memandang wajah mamanya dengan penuh harapan supaya dia tidak perlu keluar dengan Eera ataupun lebih dikenali dengan nama ‘mak cik’.
“Dah.. Mama tak nak dengar lagi alasan dari kal. Esok tolong bawa Sya ni jalan-jalan KL. Bukan selalu pun kal boleh ada masa lapang. Memanjang dengan kawan-kawan yang entah apa-apa tu.” Jawab Datin Fauziah pula mematikan harapan anak terunanya itu.
“Tapi mama...”
“Tak ada tapi-tapi lagi. Keputusan mama muktamat. Titik!” Tegas sekali suara Datin Fauziah kali ini.
Haikal sudahpun menarik muka masam tanda protes. ‘Buruk betul orang tua ni tarik muka bila merajuk.’ kutuk Eera dalam hati.
Makan malam meraka diakhiri dengan muka masam Haikal yang tanda tidak ada penghujungnya pada malam ini. Dia melangkah longlai mendaki anak tangga untuk ke biliknya tanpa menghiraukan lagi mata-mata yang sedang memerhatinya tika ini. Hatinya terasa rawan sekali kerana terpaksa membatalkan temujanji yang telah dirancangnya dengan Nizam sejak dua minggu lepas. Mereka akan berpesta sepanjang hari semperna hari jadi Nizam yang akan berlangsung keesokan harinya.

No comments:

Post a Comment