Sunday 4 March 2012

Kaulah Matahariku 22

Entah kenapa, sejak mendapat panggilan dari sepupunya, Zakuan petang tadi membuat Haikal berasa gelisah sendiri. Tidak senang duduk jadinya apabila ada bisikan-bisikan nakal yang bermain-main didalam fikiran. Hendak dikatakan dia cemburu itu tidak mungkin kerana akalnya menafikan. Tetapi kalau tidak cemburu, apakah perasaan ini? Dengan perasaan yang bercelaru dan perlbagai bisikan menghantui, Haikal kelihatan seperti kucing kehilangan anak sahaja. Temundar-mandir seketika didalam biliknya sambil memikirkan perasaan yang tidak tahu hujung pangkalnya itu. Ahhhh!! Ini semua hasutan belaka.
Selepas puas berfikir, Haikal membuat keputusan untuk turun ke aras bawah sahaja. Mungkin di sana nanti boleh juga dia menenangkan sedikit perasaannya yang sudah tersimpul dengan pelbagai simpulan itu.
Sebaik sahaja kakinya menjejak anak tangga yang terakhir, anak matanya dapat menangkap kelibat Dato Azrul dan Datin Fauziah yang turut berada di ruang tamu yang bakal ditujuinya ketika ini. Mungkin mereka sedang menonton televisyen agaknya, fikir akal waras Haikal sambil kakinya mula mengatur langkah mendekati kedua orang tuanya itu.
“Hai pa, ma.. Tak tidur lagi ke?” Tegur Haikal sambil melabuhkan punggung diatas sofa berangkai dua bertentangan dengan papa dan mamanya itu. Mata pula memandang kearah Dato Azrul dan Datin Fauziah seketika sebelum beralih kearah peti televisyen.
“Belum lagi lah. Awal lagi ni nak tidur pun.” Dato Azrul memandang jam yang elok tergantung di dinding seketika. Baru masuk pukul 9.30 malam. Selalunya pukul sepuluh barulah dia dan isteri masuk ke dalam bilik untuk beradu walaupun waktu bergitu masih awal. Maklumlah di usia yang makin meningkat ini, badanpun cepat sahaja letih.
Selepas mendengar jawapan dari Dato Azrul itu, masing-masing hanya mendiamkan diri sambil menonton rancangan yang ditayangkan dikaca televisyen. Haikal pula sudah malas lagi untuk menyoal mama dan papanya dikala hati dan perasaannya yang masih lagi tidak tenteram ketika ini kerana memikirkan seseorang. Takut nanti terburai pula rahsia hatinya di hadapan keluarganya sendiri walaupun sekarang ini itulah yang difikirkan oleh mereka disebabkan penipuannya.
Sambil menonton cerita di kaca televisyen yang satu pun dia tidak faham hujung pangkalnya itu, Haikal kerapkali asyik menjeling sahaja kearah pemukaan jam di dinding. Dia gelisah setiap kali jarum jam itu berdetik tanpa henti. Makin lama, makin jauh pula masa menjauhi mereka tanpa menghiraukan sesiapa. Manakala orang yang ditunggu oleh Haikal sejak tadi lagi tetap masih belum pulang juga.
“Kal ni kenapa? Dari tadi lagi mama lihat asyik pandang jam tu aja. Ada yang tak kena ke?” Tanya Datin Fauziah kuatir apabila sejak dari tadi lagi dia melihat anak bujangnya itu seperti gelisah semacam sahaja.
Haikal tercengang seketika apabila disoal bergitu. Tidak sangka pula yang mamanya sedar akan pelakuan yang cuba disembunyikan sejak tadi lagi. “Err… tak ada apa-apa lah mama. Cuma Kal rasa macam lambat aja Sya balik malam ni.” Haikal memberi jawapan yang kiranya bernas di fikirannya ketika ini. Lagipun biarlah mama dan papanya fikir perkara yang sebetulnya.
“Oh.. Patutlah nampak macam tu. Rupanya ada orang tengah tanggung rindu kat sini.” Sakat Dato Azrul sambil memandang Haikal. Dia tahu pasti anak bujangnya itu sudah merindui kekasih hati yang sejak tadi masih belum pulang.
“Eh! Mana ada papa..” Jawab Haikal pantas untuk menyangkal usikan papanya itu. Lagipun dia sendiri tidak pasti apakah sebenarnya jenis perasaannya ketika ini. Hendak dikatakan rindu, akalnya membantah keras kerana dia tidak ingin merindui gadis kampung seperti Eera itu. Tetapi sekiranya tidak rindu, apakah perasaan itu?
“Ya ke tak ada? Habis tu kenapa nampak macam gelisah semacam aja?” Dato Azrul meneruskan usikannya itu. Lagipun dia berasa senang hati apabila melihat Haikal sudah mula berubah kembali kepada sikapnya yang asal sejak kebelakangan ini. Peristiwa setahun yang lepas benar-benar memberi kesan kepada anaknya itu.
“Kal Cuma risau dia sesat aja kat KL ni. Dia tu bukan pandai sangat selok belok di KL ni” Haikal memberi alasan yang ternyata tidak tercapai logik akal langsung. Mana tidaknya. Bukan Eera keluar bersendirian pun.
“Lah Kal ni.. Kan Wan yang bawa Sya tadi. Takkan boleh sesat pula kut. Mengarut betul lah.” Datin Fauziah memprotes alasan yang diberi oleh Haikal. Dia rasakan Haikal bercakap seperti tidak berfikir terlebih dahulu sahaja. Sedangkan tadi petang, Zakuan siap menelefonnya lagi untuk meminta kebenaran. Lagipun Zakuan telah berjanji dengannya untuk memastikan Eera sentiasa berada dalam keadaan selamat.
Haikal mencebik. Sebenarnya, sebab itu jugalah yang membuatkan dia tidak sedang duduk sekarang ini. Terfikir juga kemanalah Zakuan membawa Eera sampai lewat bergini dan masih belum pulang lagi. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul sepuluh malam. Tetapi bayang-bayang mereka pun masih belum nampak lagi sampai sekarang.
“Dah la tu. Tak payah risau sangat. Kejap lagi sampai lah tu. Tadi Wan dah janji dengan mama yang diaorang akan pulang dalam pukul sepuluh. Lagipun tadi siap dia merayu-rayu dengan mama nak minta keluar dengan Sya. Katanya cuma nak bawa Sya jalan-jalan pusing KL aja. Bukan ada apa-apa pun.” Terang Datin Fauziah yang bertujuan untuk menenagkan Hati Haikal. Bukan dia tidak perasan akan wajah kerisauan anaknya itu. Takut sangat kekasih hatinya akan dibawa lari orang. Haikal.. Haikal…
“Diorang pergi mana mama?” Tanya Haikal ingin tahu.
“Mana mama tahu. Tadi masa Wan telifon Kal, kenapa tak tanya?” Soal Datin Fauziah kembali kepada anaknya itu.
“Saja malas.” Jawab Haikal pendek. Sebenarnya Tadi selepas mendapat panggilan dari Zakuan yang menyatakan untuk membawa Eera keluar, tiba-tiba sahaja hatinya menjadi panas membara. Sebab itu jugalah dia lari balik tanpa pengetahwan Eera dan tidak memaklumkan langsung tentang Zakuan yang akan menjemputnya nanti.
Datin Fauziah dan Dato Azrul saling berpandangan sesama sendiri seketika sebelum menggelengkan kepala beberapa kali selepas mendapat jawapan daripada Haikal itu. Mereka seolah-olah dapat membaca apa yang berada dalam fikiran anak mereka itu. Sudah tentulah perasaan cemburu berdasarkan nada pecakapan Haikal sebentar tadi.
Sedang asyik mereka berbual-bual pelbagai topik termasuk hal-hal berkaitan peniagaan, tiba-tiba pintu utama rumah terkuak dari luar berserta dengan suara orang memberi salam. Pelahan-lahan kepala Eera terjengul di situ memberitahu semua orang yang berada di ruang tamu ketika ini bahawa dia sudah pun pulang.
“Dah balik dah Sya?” Tanya Datin Fauziah sebaik sahaja menjawab salam yang diberikan oleh Eera sebentar tadi.
Eera hanya menjawab dengan anggukan sahaja kerana dia tidak tahu jawapan apa yang harus dia berikan kepada Datin Fauziah yang sedang memerhatinya sejak dia masuk tadi lagi. Manakala dua pasang mata lagi hanya memerhatinya tanpa niat untuk mengalihkannya kearah lain. Tambah-tambahan lagi yang seorang itu. Sudahlah pandang orang macam hendak ditelan sahaja. Apa? Dia tidak inggat ke yang petang tadi aku ditinggalkan di pejabat berseorangan sahaja. Sekarang ni renungan orang seolah-olah hendak di ajak bergaduh pula.
Langkahan kakinya diatur menghampiri Datin Fauziah dan yang lain-lain lalu tangan wanita itu disalamnya sebagai tanda hormat. Kalau tidak dilakukan bergitu nanti dikatakan biadap pula. sudahlah wanita itu menjaganya dengan baik sepanjang dia berada di sini.
“Sya pergi mana tadi?” Tanya Datin Fauziah lagi lalu menarik tangan Eera supaya gadis tersebut duduk di sebelahnya.
“Tak pergi mana pun tadi. Cuma pergi makan dekat menara Kuala Lumpur sahaja tadi.” Beri tahu Eera kepada Datin Fauziah seolah-olah tiada apa yang menarik pernah berlaku. Padahal dia berasakan bergitu teruja sekali untuk menceritakan pengalaman menariknya itu sehinggakan dia tidak sedar matanya sudah kelihatan bercahaya sahaja untuk menceritakan.
Haikal yang mendengar terus sahaja mencebikkan mulutnya. ‘Alah. Setakat Menara Kuala Lumpur tu ada apa lah sangat. Kalau aku nak bawa pergi tiap-tiap hari pun boleh.’ Kutuk Haikal didalam hati. Tiba-tiba sahaja hatinya terasa panas dengan cerita Eera itu.
“Wah.. bestnya. Mama sendiri pun tak pernah naik lagi ke sana. Sibuk sangat sampai tak ada kesempatan langsung.” Beritahu Datin Fauziah jujur. Sememangnya dia juga berkeinginan hendak kesana. Tetapi apa boleh buat. Dia merupakan seorang wanita berkerjaya dan sentiasa sibuk.
“Eh? Mama pun tak pernah naik juga ke? Ingat Sya seorang ja yang belum.” Eera berasa sedikit terkejut dengan kenyataan Datin Fauziah itu. Dia sangkakan orang KL ni semuanya sudah merasa naik ke menara Kuala Lumpur itu. Rupanya sangkaannya silap. “Jangan kata mama sahaja. Tu yang seorang tu pun belum pernah naik lagi tu. Cuma Papa seorang saja yang pernah naik.” Beritahu Datin Fauziah sambil mulutnya dimuncungkan menunjukkan kearah Haikal.
“Eh mama ni. Kal pula yang kena. Bukan Kal saja tak mahu naik. Tapi rasa buang masa sahaja pergi sana. Bukan ada apa-apa pun.” Dengan angkuh Haikal menjawab. Dia tidak mahu nampak kurang di mata Eera. Lagipun setakat menara Kuala Lumpur itu apa lah sangat.
Eera mencebik. Begitu berlagak sekali lelaki itu menjawab. Tahulah dia membesar di sini dan tidak hairan langsung sekiranya tidak naik ke atas sana sekali pun. Tetapi sekurang-kurangnya tunjukkanlah sedikit perasaan berbangga dengan pencapaiyan kemajuan Negara kita sendiri. Tak salah pun.
“Alah Kal tu. Bukan mama tak tahu yang dia tu takut tinggi.” Kutuk Datin Fauziah kepada anak lelakinya yang seorang ini.
“Mama!” Haikal sudah menarik muka kerana tidak berpuas hati apabila dikutuk oleh mamanya sendiri. Walaupun kenyataan itu adalah benar, tetapi untuk dia mengakui kebenarannya ketika ini adalah tidak mungkin sama sekali. Mana tidaknya. Mahu jatuh air mukanya nanti.
Datin Fauziah hanya ketawa sahaja apabila melihat anak bujangnya itu sudah menarik muka. Sudah besar-besar pun masih hendak merajuk seperti kanak-kanak lagi. Manakala Dato Azrul pula sudah tidak mengambil bahagian diantara mereka. Kelihatan dia lebih senang melayan cerita yang ditayangkan di kaca televisyen ketika ini.
“Err.. Mama.. Sya ingat nak masuk bilik dulu lah. Badan ni rasa macam melekit sangat dah ni.” Eera meminta diri terlebih dahulu. Dia rasakan malas sahaja ingin menyertai anak beranak ini yang sering usik mengusik. Bukan dia tidak suka. Tetapi dia risau ketawanya bakal terburai bila-bila masa sahaja apabila melihat wajah mencuka bosnya yang macho itu.
“Ha.. Elok sangat lah tu. mesti Sya dah letih sangat kan. Pergi lah rehat dulu.” Datin Fauziah memberi kebenaran. Dia sedar yang Eera pasti letih ketika ini. Lihat pada mukanya pun sudah tahu yang gadis tersebut memerlukan rehat secukupnya.
Eera mengangkat punggung dari sofa yang didudukinya sebentar tadi lalu terus sahaja mengatur langkah pergi. Kalau boleh hendak cepat-cepat sahaja dia meluru masuk kedalam biliknya dan menghempaskan badannya diatas katil empuknya yang sudah tersedia didalam bilik.
Dari kedududkannya, Haikal hanya memerhati langkah Eera yang sedang menjauhinya. Sebenarnya dia ada benda yang ingin diperkatakan kepada gadis tersebut. Lagipun sudah acap kali neneknya menelefon untuk mengingatkan akan hal tersebut.
Setelah mmembuat keputusan, Haikal rasakan dia perlu juga memberitahu Eera akan hal tersebut. Lagipun masa inilah dia perlu untuk melihat wajah yang asyik dirisaukannya semenjak petang tadi lagi. Padahal bukan lama sangat pun dia tidak melihat wajah tersebut.
“Tu nak pergi mana pula tu?” Tanya Datin Fauziah sebaik sahaja melihat Haikal sudah mengangkat punggung untuk beredar dari ruanggan yang mereka sekeluarga duduk ketika ini. Dato Azrul juga turut memandang kearah anak bujangnya itu sebaik sahaja mendengar soalan yang diajukan oleh isterinya sebentar tadi.
“Err… Kal nak jumpa Sya sekejap. Ada hal sikit nak bagi tahu.” Jawab Haikal jujur. Lagipun memeng disebabkan itu jugalah dia ingin berjumpa dengan Eera.
“Hmm… pergi cepat sikit. Lagipun dah lewat ni. Kesian dengan Sya yang nak rehat sekarang ni.” Datin Fauziah memberi kebenaran. Dia hanya mampu mengeleng sahaja apabila melihat Haikal mencicit pergi meninggalkannya dan suami.
****
Sebaik sahaja Haikal tiba di hadapan pintu bilik Eera, terus sahaja pintu tersebut diketuknya. Tidak lama selepas itu kelihatan pintu dibuka dari dalam dan terjengul keluar kepala Eera yang sudah siap diletakkan tuala diatas kepalanya bagi menggantikan tudung yang sudah dibukanya sebentar tadi. Niat Eera sebentar tadi hendak terus ke bilik air menyucikan diri dari peluh selepas letih keluar dengan Zakuan. tetapi niatnya itu terbantut seketika sebaik sahaja kedengaran ada bunyi ketukan pada pintu biliknya itu.
“Ye? Ada apa Encik?” Tanya Eera sebaik sahaja matanya menangkap susuk tubuh Haikal yang berdiri di hadapan pintu biliknya itu. Kuatir juga dia akan kemunculan lelaki tersebut ketika ini. Selalunya kalau ada benda nak kenakannya sahaja Haikal akan mengetuk pintu biliknya.
“Aku ada hal sikit nak cakap dengan kau ni.” Haikal memulakan bicaranya. Eera kehairanan. “Hal apa Encik?” Tanya Eera selepas seketika memerhatikan wajah Haikal yang kelihatan sirius.
“Kita cakap kat luar lah.” Haikal memeberi cadangan.
“Errr.. kita cakap kat sini ajalah Encik. Lagipun saya dah letih sangat dah ni.” Eera beralasan. Lagipun dia memang malas untuk keluar dari bilinya itu disebabkan nanti dia perlu mengenakan tudungnya kembali. Padahal sebentar tadi dia sudah berangan untuk melayari mimpi diatas katil empuknya itu.
Haikal kehampaan. Ingatkan bolehlah dia berlama-lama sedikit dengan Eera malam ini sambil berbual-bual. Tapi apa boleh buat. Takkan hendak memaksa pula kalau orang sudah tidak sudi. Nampaknya dia perlu bercakap benda penting sahajalah ketika ini.
“Bukan apa. Aku cuma nak cakap yang tadi nenek ada call. Dia suruh kita daftar kursus kahwin secepat mungkin. Takut tak sempat nanti.” Beritahu Haikal berdasarkan arahan neneknya siang tadi. Lagipun sebentar tadi neneknya juga ada cakap yang Eera juga belum pernah menghadiri kursus kahwin sepertinya juga.
“Oh.. ingatkan hal apalah tadi. Encik nak kita pergi bila?” Soal Eera kembali selepas berfikir seketika. Tidak terfikir pula dia sebelum ini yang mereka perlu mendaftar kursus kahwin. Sebelum ini adalah juga dia dengar dari mulut Anis yang orang hendah kahwin perlu menghadiri kursus.
“Hmm.. Nanti Aku uruskan. Kita ambil hari sabtu atau ahad ni lah.” Cadang Haikal. Lagipun masa mereka berdua sudah suntuk.
“Ikut Encik lah bila-bila pun. Saya ok sahaja.” Jawab Eera dengan yakin. Lagipun Haikal kan bosnya. Sudah tentu lelaki itu lebih arif akan kelapangan mereka berdua untuk menhadiri kursus tersebut walaupun waktu kerja.
Haikal kelihatan mengangguk-anggukkan kepalanya seperti bersetuju akan jawapan Eera itu sebelum mendiamkan diri. Dia tidak tahu lagi apa yang perlu diungkapkan olehnya selepas itu. Hanya matanya sahaja yang asyik meratah seraut wajah milik Eera yang ditutupi sedikit juntaiyan tuala yang berada diatas kepalanya.
“Err.. ada apa-apa lagi ke yang Encik nak cakap?” Tanya Eera selepas menyedari pandangan anak mata Haikal yang tidak lepas dari memandang wajahnya.
Haikal tersentak dengan soalan yang diajukan oleh Eera sebentar tadi. Tidak sedar pula yang dia terleka kerana asyik memandang wajah gadis di hadapannya itu tanpa berselindung langsung. Tergeleng-geleng kepala Haikal untuk menutup rasa malunya serta memberitahu bahawa tiada apa lagi yang ingin dia perkatakan ketika ini.
“Kalau macam tu saya masuk dulu lah. Selamat malam Encik.” Terus sahaja Eera menutup pintu lalu menguncinya. Tiba-tiba sahaja dia merasakan sedikit debaran yang tidak pernah dia rasakan sebelum ini. Dia memegang dadanya seketika sambil memikirkan apa yang telah berlaku akan dirinya itu.
“Selamat malam…” Jawab Haikal pelahan dan hanya didengari oleh telingganya sahaja sambil memandang pintu yang kaku tidak bernyawa di hadapannya itu.