Thursday 22 December 2011

Kaulah Matahariku 12


Bab 12
Mata Eera masih terpaku menatap lantai. Tiba-tiba pula dia terasa lantai yang berlapikkan permaidani gebu ini lagi cantik dari muka wanita tersebut. Hanya terpandang wajah wanita tersebut pun boleh membuatkan seluruh bulu romanya menegak. Seram...
“Mana kau kutip budak ni? selekeh macam orang kampung aja mak tengok?” Kata wanita tersebut kepada Datin Fauziah yang duduk di sebelah Eera. Datin Fauziah menepuk lembut lengan Eera supaya gadis tersebut tidak mudah terasa dengan kata-kata ibu mentuanya itu.
“Nama dia Syazeera Mak. Dia kerja dengan Haikal sekarang ni. Saya ambil dia jadi pembantu peribadi Haikal.” Terang Datin Fauziah kepada ibu mentuanya itu.
“Aku tak tanya pun nama dia. Elok sangat la tu kau bagi kerja dengan Haikal. Budak tu dah la teruk. Bertambah menjadi la sebab budak ni kerja dengan dia. Dah la tadi mak datang pun tak reti-reti nak jemput masuk.” Marah Puan Sri Azizah pada menantunya. Datin fauziah terdiam apabila mendegar suara ibu mentuanya itu semakin meniggi. Tetapi dia tidak kisah kerana dia tahu mulut ibu mentuanya itu memang sedikit lancang. Bila kenal dengan rapat barulah dia tahu hati wanita tersebut tidak la seburuk apa yang disangka.
“Ye lah nenek. Memang saya teruk pun. Tapi mulut saya ni tahu la jugak nak jaga hati orang.” Tiba-tiba suara Haikal agak kuat menjawab. Kelihatan Haikal dan Dato Azrul sudah berada dihadapan pintu. Semua mata memandang kearah mereka. Dato Azrul menepuk-nepuk lembut bahu anaknya itu supaya bersabar.
‘Eh ye ke dia tahu jaga hati orang? Hati aku dia tak pernah jaga pun. Secukup rasa aja dia nak kutuk dan marah-marah aku. Cucu dengan nenek sama aja.’ Gumam Eera didalam hati. Tengah ramai-ramai macam ni manalah dia berani nak bersuara meluahkan perasaannya yang sudah lama terbuku.
“Eh salah ke apa yang nenek cakap ni? kau pun dah mengaku kan tadi?” Mencerlung mata Puan Sri Azizah memandang pada cucunya yang seorang ini. Suka sangat melawan cakapnya. Sudahlah masuk rumah pun tidak tahu hendak memberi salam terlebih dahulu. Nasib baik dia tidak ada sakit jantung. Kalau tak dah lama terkujur kaku di sini.
“Sudah la tu Mak. Tak usah fikir sangat tentang ni. nanti darah tinggi mak tu naik lagi pula.” Ujar Dato Azrul pula untuk menenangkan ibunya. Kalau dibiarkan memang perang mulut dua orang ini. Satu keras kepala manakala yang satu lagi panas baran.
“Tu lah kau Rul. Manjakan sangat anak tu. Tengok apa dah jadi sekarang. Dah besar melawan cakap orang tua pula.” Tambah Puan Sri Azizah lagi. Dia merasakan makin hari makin biadap pula Haikal padanya.
“Tengok tu. Dah nenek datang pun tak reti-reti nak salam. Apa la punya cucu seperti dia ni.” Kali ini sindiran pula diberikan kepada Haikal. Kan dah kena sebiji dengan nenek dia. Eera ketawa dalam hati.
Haikal merengus dan memuncungkan mulutnya. Dengan tidak ikhlasnya dia bangun dan menyalami orang tua itu. Kalau tidak dengan jelingan tajam dari mamanya, tidak ingin dia menyalami neneknya yang bermulut cabul itu.
Eera hanya memerhati sahaja telatah kerluarga itu berbual. Sebenarnya bukan berbual sangat pun. Tetapi lebih kepada berperang mulut antara Puan Sri Azizah dengan Haikal. Muka Haikal usah dikatakanlah. sudah kelihatan tegang menahan geram dan mungkin menunggu masa sahaja untuk meletus memuntahkan lahar amarahnya.
Mata Eera memerhati pula telatah anak kecil yang datang dengan Puan Sri Azizah sebentar tadi. Kelihatan kanak-kanak tersebut berjalan terkedek-kedek menuju kearahnya sambil tersenyum dan menampakkan dua batang gigi yang baru tumbuh di bahagian gusi bawahnya. Comel sungguh anak kecil tersebut dengan sepasang mata yang berwarna coklat cair menghiasi wajahnya. Indah sungguh ciptaan yang dianugerahiNya itu. Begitu beruntung kanak-kanak tersebut. Eera terasa bagaikan hendak dicubit-cubit sahaja pipi anak kecil tersebut.
“Aiman... mari dekan opah.” Panggil Puan Sri Azizah pada cicitnya itu. Tetapi kelihatan Aiman tidak endahkan panggilan itu langsung. Dia terus berjalan menghampiri Eera. Tanpa berlenggah lagi Eera mengangkat Aiman keatas ribanya.
‘Comel betul budak ni’ puji Eera didalam hati. Puan Sri Azizah pula mencebik apabila Aiman sudah berada didalam ribaan gadis tersebut.
“Mak datang dengan siapa ni?” Tanya Dato Azrul kepada ibunya. Semasa dia dan Haikal di luar tadi tidak pula mereka melihatan kereta milik ibunya itu.
“Mak datang dengan Zakuan tadi. Dia tinggal Mak dekat sini kejap. Katanya ada urusan tadi. Mungkin kejap lagi sampai lah tu.” Kata Puan Sri Fauziah dengan mimik muka yang seakan tidak mempunyai perasaan. Matanya masih lagi terpaku kepada Aiman dan Eera.
Haikal memerhati telatah Eera yang asyik bermain dengan Aiman. Aiman sudah ketawa mengekek apabila diagah oleh Eera dan tanpa sedar ketawa Aiman itu telah menarik minat Puan Sri Azizah untuk meneruskan pandangannya kearah mereka berdua. Semua berasa hairan kerana Aiman sebelum ini susah benar hendak mesra dengan orang lain melainkan Puan Sri Azizah dan ayahnya sahaja. Tetapi dengan Eera siap boleh bergelak ketawa lagi nampaknya.
“Eh mak. Jemputlah minum dulu.” Pelawa Datin Fauziah kepada ibu mentuanya itu setelah air sudah dihidangkan oleh Mak Siah diatas meja kopi dihadapan mereka semua. Kelihatan mata Puan Sri Azizah masih lagi terpaku pada Eera dan Aiman.
“Ha? Err..” Puan Sri Azizah tersentak. Tak sangka pula dia boleh terleka melihat ketawa riang Aiman bermain dengan gadis kampung tersebut. Dengan pantas dia mencapai cawan yang sudah terhidang di hadapannya dan menyisip perlahan air teh yang masih panas itu.
Dato Azrul mengeleng kepala melihat telatah ibunya. Mana tidaknya, ibunya itu adalah seorang yang terlalu ego. Tetapi dia tahu hati ibunya itu mudah dilentur kalau kena pada gayanya. Lagipun kasih sayang dan perhatian yang diberi oleh ibunya itu tidak pernah kurang. Cuma ibunya sedikit tegas apabila mendidik.
“Assalamualaikum..” Kedengaran suara seorang lelaki memberi salam. Lima pasang mata memandang kearah suara tersebut kecuali Aiman. Kelihatan lelaki tersebut sedang membuka kasutnya sebelum melangkah masuk dan berjalan menuju kearah mereka yang berada di ruang tamu.
“Waalaikummussalam” jawab semua serentak.
Eera memerhati muka lelaki tersebut. Segak benar lelaki tersebut dengan siap berpakaian kemeja lagi. Muka lelaki tersebut kelihatan tidak seperti muka melayu tulen. Mungkin ada campuran darah orang putih. Hidungnya mancung dan tingginya lebih kurang seperti Haikal juga. lelaki tersebut menyalami semua yang berada di situ dan berhenti betul-betul didepan Eera. Kelihatan lelaki yang tidak dikenali itu tersenyum manis kearahnya. Oh manisnya! Gugur jantungnya sekejap.
Lelaki tersebut menundukkan sedikit badan dan mendepa dua belah tangan untuk mengambil Aiman diatas ribaan Eera. dia berbisik perlahan yang diyakini hanya boleh didengari oleh mereka berdua sahaja. “tutup lah mulut tu sikit. Saya tau la saya ni kacak”.
Eera tergamam. Oh tidak! Nampak sangat ke dia macam nampak artis Hollywood di depan mata? Adoi malunya. Mana nak sorok muka ni.
“Mari sini anak babah.” Sambung lelaki itu lagi sambil mengambil Aiman didalam pangkuan Eera. Lelaki tersebut melabuhkan punggungnya di sebelah Haikal setelah Aiman berada didalam kendongannya.
“Kau pergi mana tadi Zakuan?” Tanya Dato Azrul ramah kepada anak saudaranya itu.
“Jumpa rakan niaga kejap tadi uncle. Ada masalah sikit tadi.” Jawab Zakuan jujur sambil mengeluarkan sapu tangan dan mengelap air liur Aiman yang meleleh keluar. kelihatan Aiman meronta-ronta untuk turun dari pangkuan babahnya itu. Zakuan memperkukuhkan pegangannya pada susuk tubuh kecil Aiman supaya tidak jatuh. Aiman menangis kerana kemahuannya tidak dituruti olah babahnya. Zakuan kehairanan. Kerana sebelum ini Aiman tidak pernah meronta seperti ini untuk berada jauh darinya.
Dengan segera Zakuan membiarkan Aiman bergerak bebas. Aiman mengesot pelahan turun dari pangkuan babahnya dan mengibangkan badan sebelum memulakan langkahnya menuju kearah Eera semula. Situasi ini mengundang perhatian Puan Sri Azizah sekali lagi. Zakuan turut berasa hairan kerana anaknya itu lebih senang berada dengan Eera berbanding dengan dirinya sendiri. Sebelum ini susah benar Aiman hendak mesra dengan orang lain.
“Jemput makan semua. Makanan sudah siap saya hidangkan diatas meja makan.” Mak siah bersuara setibanya dia di ruang tamu tersebut.
“Mari lah semua kita makan dulu. Perut pun dah berbunyi macam-macam lagu dah ni.” Dato Azrul pula menjemput tetamunya ke ruang makan sambil mengusap-usap perutnya. Zakuan tergelak kecil dengan lawak sepontan bapa saudaranya itu.
Mereka semua bangun dan hanya Eera sahaja masih leka bermain dengan Aiman di ruang tamu tersebut. Haikal hanya memandang seketika kearah Eera sebelum melangkah pergi ke ruang makan.
“Awak tak mahu makan sekali ke dengan mereka semua? Aiman ni biar saya saja yang jaga.” Zakuan bersuara. Dia berdiri di sebelah sofa yang diduduki oleh Eera. Eera tersentak mendengar suara itu. Ingatkan sudah beredar lelaki tersebut ke ruang makan.
“Eh encik. Encik pergi lah dulu makan. Saya boleh jaga Aiman ni.” Kata Eera menolak. Lagi pun dia masih belum puas bermain dengan si kecil yang comel ini.
“Ye ke? Tak susahkan awak ke? Aiman ni nakal sikit tau.” Tanya Zakuan lagi.
“Tak ada susahnya Encik. Lagipun saya dah biasa dah dengan budak-budak ni. Tambah-tambah budak yang comel macam Aiman ni.” Jawab Eera sambil mengusap-usap pipi gebu Aiman. Tak berani dia hendak memandang muka Zakuan. Takut nanti dia jadi tidak keruan pula.
“Hmmm... kalau macam tu saya pergi makan kejap lah. dah habis nanti giliran awak pula makan ye. Kejap aja ni saya makan.” Kata Zakuan sambil memandang wajah bersih milih Eera yang tertunduk. Nampak naif sahaja gadis ini.
“Ok Encik. Encik pergi la makan elok-elok. Jagan tergesa-gesa sangat. Nanti tercekik susah.” Eera menjawab dan mengangkat mukanya memandang Zakuan. Zakuan tersenyum manis kearahnya. Serta merta darah merah menyerbu ke muka Eera apabila mata mereka bertemu. Malunya dia dengan Zakuan.
Zakuan tergelak kecil apabila melihat muka gadis itu sudah kemerah-merahan menahan malu kerana memandang wajahnya. Dia megatur langkah kearah ruang makan meninggalkan Eera bersama dengan Aiman yang masih berada di ruang tamu. Dia tidak mahu mengganggu ketenteraman gadis tersebut lagi buat sementara ini.
****
Setelah letih bermain, Aiman tertidur diatas sofa. Eera menilik wajah si comel milik Aiman. Comelnya Aiman ni. ‘Kan bagus kalau dia ada anak secomel ini’ Kata hati kecilnya. Tapi itu semua hanya angan-angan sahaja. Mana mungkin dia akan punyai anak sendiri sedangkan teman lelaki pun dia tak ada.
Wajah Aiman ada sedikit iras-iras muka Zakuan. Hidung dia yang mancung dan bibir yang merah sebiji macam Zakuan. Ish! pandai pula dia padankan muka Aiman dengan Zakuan sedangkan dia baru sekali memandang wajah lelaki itu. Hehehe..
“Aik dah tidur pulak dia? Senang pula dia tidur ye. Kalau tidak nak opah dia dodoikan dahulu.” Tiba-tiba suara Zakuan kedengaran. Eera tersentak. Entah kali ke berapa Eera tersentak dengan lelaki itupun dia tidak tahu. Dia memperbetulkan duduknya yang sedikit mengelongsor dari sofa kerana megantuk. Kelihatan Zakuan menjegulkan sedikit kepalanya untuk melihat muka Aiman yang sedang nyenyak tidur mengadap penyandar sofa.
“Aa.. dia baru aja tidur. Mungkin letih sangat kot.” Jawab Eera sambil turut memandang Aiman yang sedang tidur.
“Ye ke? Awak pergi la makan sekarang. Lagipun Aiman dah tidur dah ni.” Kelihatan Zakuan sudah melabuhkan punggungnya di hujung sofa yang sama diduduki oleh Eera dan dihujung kepala anaknya itu.
“Tak apa lah Encik. Saya masih kenyang lagi ni. sekejap lagi saya terasa lapar saya pergi lah makan.” Eera menolak pelawaan Zakuan itu. Terasa malas pula hendak makan semeja dengan Puan Sri Azizah. Jelingan wanita itu sahaja boleh membuatkan dia terasa gerun.
“Hmm... nanti masuk angin perut tu baru tahu. Ada jugak orang yang tak senang duduk sebab susah hati” Zakuan merenung wajah anaknya yang nyenyak tidur dengan penuh kasih.
“Tak apa lah encik. Saya dah biasa macam ni. ada orang susah hati dengan saya? Sapa dia?” Tanya Eera hairan. Dahinya sudah berkerut kerut kerana tidak memahami kata-kata Zakuan itu.
“Ye lah. cik abang tersayang la maksud saya. Boyfriend ke.” Jelas Zakuan dengan lebih teperinci kepada Eera.
“Hahaha...” Eera ketawa mendengar alasan itu. “Siapa lah nak risau kat saya ni Encik. Gadis kampung aja pun. Tak ada orang yang nak.” Sambung Eera lagi dengan sisa tawanya.
Zakuan tersenyum. gadis ini cepat mesra rupanya. Nampak sahaja senyap. “Kalau macam tu awak boleh jadi teman wanita saya lah ye?” Sengaja Zakuan menyakat gadis tersebut. Tetapi kalau jadi pun apa salahnya kan? Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Hehehe..
Tawa Eera yang masih bersisa it terus mati. Ekk? Biar betul Zakuan ni. dengar ayat itu pun dah buat Eera tergamam. Tak boleh, tak boleh. Dia dah kahwin la. mana mungkin dia akan rosakkan rumahtangga orang lain. Dah ada anak dengan isteri pun masih nak menggatal lagi Zakuan ini. Tapi kalau masih single memang dia kebas. Hehehe..
“Err.. Isteri Encik tak datang sekali ke?” Tanya Eera mengubah tajuk. Biar Zakuan sedar sikit yang ada orang yang sedang menantinya di rumah.
Senyum Zakuan tadi terus hilang sirnanya. Dia menatap Aiman seketika sebelum memandang wajah Eera yang masih merenungnya. “Hmmm.. arwah ibu Aiman meninggal semasa melahirkannya.” Sayu sahaja suara Zakuan menuturnya.
Eera sekali lagi tergamam. Dia terasa serba salah pula atas apa yang didengarnya itu. “Maaf Encik. Saya tak bermaksud...” tutur Eera dengan nada serba salah sambil memandang aiman yang sedang tidur. Kesian Aiman. Kecil-kecil lagi sudah terputus kasih dari seorang ibu. Simpati Eera melimpah ruah melihat wajah polos si kecil itu. Tetapi apa boleh buat. Memang hidup kita di sini hanya sementara sahaja dan semua itu hendaklah kita terima dengan hati yang terbuka. Bagi yang masih hidup kita perlu teruskannya juga hidup ini.
“Eh tak apa. Lagipun awak tak tahu pun.” Zakuan menceriakan wajahnya seolah-olah tiada apa pun yang berlaku. Selepas itu mereka lebih banyak mendiamkan diri melayan perasaan. Eera sudah tidak tahu apa lagi yang perlu dibualkan oleh mereka berdua.
“Oh kat sini rupanya kau. Aku ingat kau dah balik rumah tinggalkan monster tua tu kat rumah aku.” Tiba-tiba Haikal muncul menyapa Zakuan tampa memberi salam terlebih dahulu. Dia menjeling seketika kearah Eera.
Terkejut Eera dibuatnya apabila mendengar suara Haikal secara mengejut seperti ini. Haikal ni! Suka sangat bagi orang terkejut. Marah Eera didalam hati.
Zakuan tergelak dengan telatah Haikal. Boleh pula pak cik seorang ni gelar nenek mereka monster. Tetapi itu semua hanyalah perkara biasa kerana dia sudah tahu sejak kecil lagi Haikal dengan neneknya itu tidak pernah sebulu.
“Macam mana business? Ada perkembangan ke?” Tanya Haikal lagi kepada Zakuan.
“Boleh la. Sekarang ni tengah rancak sikit. Sebab tu hari sabtu macam ni pun kena bekerja juga.” Zakuan memberi tahu sepupunya itu.
Eera mencebik. Masa cuti-cuti macam ni pun masih nak bersembang pasal kerja. Bosan betul lelaki dua orang ini. Dia bendiri dan berlalu dari ruang itu. Terasa malas pula nak menyertai perbualan itu. Lagipun siapalah dia di mata lelaki dua orang itu? Hanya pekerja dengan majikannya sahaja.
Mata Zakuan tidak lepas dari memandang Eera yang sedang mengatur langkah meninggalkan mereka. Haikal sedar akan pandangan itu. Tiba-tiba sahaja dia terasa seperti perasaan cemburu. Cemburukah dia? Tidak mungkin sama sekali. Haikal cuba menenangkan hatinya yang entah apa-apa itu.

No comments:

Post a Comment