Thursday 22 December 2011

Kaulah Matahariku 4


Bab 4

        Sekejap-sekejap kepalanya tertoleh ke kanan. Kemudian ke kiri. Berseorangan di ruang menunggu telah membuatkannya terasa gelisah. Terasa duduknya tidak selesa saat ini. Sudah hampir dua jam dia menunggu. Tetapi orang yang ditunggu masih lagi belum tiba.
Eera menggenggam telefon bimbitnya dan dipusing-pusingkan menggunakan jari-jemari runcingnya. Kakinya pula sudah mula terhinjut-hinjut seolah mengikut rentak muzik walaupun tiada langsung muzik yang didengari. Sebenarnya dia berasa sedikit gusar kerana barangkali tiada sesiapa yang akan datang menjemputnya di Pudu Central ini. Matanya kembali terarah pada paparan telefon bimbit miliknya untuk melihat jam. Sudah lewat petang ketika ini. Dia merasakan matanya sudah mula terasa panas. Mungkin hanya tunggu masa empangan air matanya akan pecah.
Bagaimana sekiranya tiada orang yang akan menjemputnya? Wang sudah habis digunakan untuk tambang ke sini. Tiada lagi wang yang tinggal untuk tambang balik ke kampung sehinggalah minggu hadapan. Maksu juga sekarang ini di kampung. Apa yang perlu dia lakukan sekarang?
Dalam masa yang sama kelihatan seorang pemuda tercari-cari seseorang berpandukan gambar yang diberi. Dalam keterpaksaan satu Pudu Central dia terokai. Ikutkan hati tidak ingin dia jejakkan kaki ke sini. Sejak kecil lagi tidak pernah dia datang ke sini. Geram pula bila mama memaksanya ke sini. Selalunya kalau ingin kemana dia biasa menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara ataupun kenderaan sendiri sahaja. Lebih mudah dan cepat.
Walaupun dia sedar dia sudah terlewat hampir dua jam. Itu tidak menjadi kudis di dalam hati disebabkan kerisauan. Kerana sebelum dia ke sini sempat lagi dia keluar berpeleseran bersama gadis-gadis yang sentiasa mendampingnya tak kira ke mana dan di mana dia berada. Semuanya dituruti dengan rela hati.
        ‘Ish! susah pula nak cari budak nih. Kenapalah aku bengap sangat tadi sebab tak minta nombor telefon dia dengan mama. Sekarang kan dah menyusah diri sendiri nak cari.’ Gumam Haikal dalam hati sambil melabuhkan punggung di salah sebuah kerusi yang kosong di hadapannya.
Menyedari ada seorang lelaki yang melabuh punggung di sebelahnya. Eera cepat-cepat memanggungkan kepala. Rasa tidak selesa pula duduk terlalu hampir dengan lelaki yang tak dikenali. Sebab sebelum-sebelum ini pun dia tidak pernah duduk begitu hampir dengan mama-mana lelaki selain ayah dan adiknya.
Degan mata yang masih berkaca-kaca dia merenung wajah laki itu. Kelihatan lelaki itu sedang memicit-micit butang di telefon bimbitnya. Mungkin ingin membuat panggilan. Dia sedikit tersentak apabila lelaki tersebut turut memandangnya. Wajah yang sudah lama dia cuba lupakan kembali lagi dalam fikirannya. Tidak mungkin dia berhadapan lagi dengan lelaki itu.
Talian lelefon yang masih belum bersambung diputuskan oleh Haikal. Dia melihat gambar dan wajah gadis di sebelahnya itu silih berganti. Tidak salah lagi. Ini lah gadis yang dia cari. Sempat lagi dia memerhati dan menilik cara pemakaian gadis tersebut. Teruknya cara pemakaiannya. Gadis kampung mana pula yang mamanya cari untuk dijadikan pembantu peribadinya kali ini? Terus hilang mood petang-petang begini. Tengok dalam gambar boleh la tahan lagi. Tak sangka kat luar macam ini pula jadinya.
“Ini Cik Syazeera kan?” Haikal memulakan bicaranya.
Sekali lagi Eera tersentak mendengar suara lelaki itu menegurnya.
“Err... err... ya saya.” Sedikit gagap Eera menjawap persoalan lelaki tersebut. ‘Hish! Sejak bila aku jadi gagap pulak nih? Ni semua sebab laki ni. Geram pulak aku rasa. Takkan dia dah tak kenal aku kot?’ sambungnya lagi didalam hati.
“Saya Haikal Adam. Datin Fauziah yang suruh saya jemput awak di sini.” Haikal memperkenalkan dirinya secara tidak rela dan menerangkan serba sedikit sebab musabab dia berada di sini.
“oh... ya Datin Fauziah. Kenapa awak lambat sangat?” Jawab Eera sambil bertanyakan sebab lelaki itu lambat menjemputnya. Nama dia lain la dari yang aku kenal tetapi macam pernah aku degar nama ni. Di mana ye? Tapi yang paling penting muka dia sebijik macam Adnan. Mungkin pelanduk dua serupa. Anis rakannya di kampung selalu bagi tahu yang manusia ni ada tujuh orang yang mukanya hampir serupa. Tapi tak tahu la betul atau salah teori Anis tu. Kadang-kadang kawan aku yang sorang ni otak dia ting tong jugak. Mengarut ja lebih. Tapi kali ni mungkin aku kena guna jugak kepala otak Anis ni.
Mamat ni pula nampak macam sombong sikit. Tengok dia lihat aku ni pun dah tahu. Macam tengok orang minta sedekah pulak aku rasa. Atas bawah dia tilik aku.Tapi kalaw dia tak jemput tadi sudah pasti aku memang minta sedekah di sini untuk buat tambang bas balik kampung. Cuak jugak dia tadi.
Dengan angkuh Haikal menjawab. “Jalan jam tadi. Sebab tu lambat sikit” Satu pembohongan telah dibuat oleh Haikal bagi menutup kesalahannya. Banyak soal pula budak ni. Ni pun kira untung juga dia rasa hendak datang ambil. Kalau tak sebab mama jangat harap lah nak lihat muka aku di sini.
“Oh ok” balas Eera pendek sambil menilik wajah lelaki itu pula. Lama pula tu.
“jom ikut saya ke kereta.” Haikal bersuara selepas kelihatan gadis di sebelahnya ini tak sudah-sudah merenung mukanya. Dah la tenung muka aku macam nak tembus. Tahu la aku ni kacak. Lelaki idaman semalaya tau! Di kampung tu tak jumpa la muka kacak macam aku ni. Tapi muka dia aku rasa macam pernah jumpa la. Tapi dimana? Biar la. Tak penting pun.
“Ha... hah?” sedikit terkejut Eera dibuatnya selepas Haikal bersuara. Mukanya terasa membahang kerana menanggung malu. Macam mana boleh tak sedar aku tengah tenung dia sampai tak berkedip mata ni. Malunya. Mana nak sorok ni? Rasa macam nak masuk sekali ja dalam beg aku ni. Nasib beg ni kecil.
Kelihatan Haikal sudah berdiri dan mula melangkah meninggalkan Eera di belakang. Cepat-cepat dia mencapai beg pakaiannya dan berlari-lari anak mengejar Haikal dari belakang. ‘Huh! Bukan nak tolong aku angkat beg nih. Berat tau. Harap saja lelaki. Tapi tak guna satu sen pun. Kesian aku yang lemah lembut ni.’ Gumam Eera di dalam hati.
****

Setelah sampai di tempat paking kereta Haikal terus meloloskan dirinya ke dalam kereta. Ditinggalkan Eera yang terpinga-pinga di luar kereta. Haikal merasakan sedikit lucu melihat riak muka Eera yang sedikit ternganga menilik keretanya. Barangkali terkejut ataupun kagum mungkin.
‘Mak ai! Ni sepisis kereta apa pulak ni?’ Eera hanya bersuara sekadar di dalam hati. Tak pernah lagi dia tengok jenis kereta mewah seperti ini sepanjang hayatnya. Hayat orang lain dia tak pasti lah. Di kampung cuma Pakcik Saad dan Pakcik Dolah sahaja yang mempunyai kereta. Itupun kereta buatan Malaysia. Tapi bagus jugak begitu. Menyokong industri pemotoran Malaysia sendiri. Ayah di kampung pun hanya sekadar menggunakan motosikal uzur sekiranya ingin kemana-mana.
Haikal menurunkan cermin kereta di bahagian kiri pemandu sambil menundukkan sedikit wajahnya bagi dapat melihat wajah Eera. “Hai kau tak rasa nak naik kereta aku ni ke? Atau kau nak jalan kaki aja balik rumah? Kalau kau lambat aku gerak dulu.”
Selepas memproses kata-kata Haikal tadi dengan sedikit menggelabah cepat-cepat dia membuka pintu bahagian belakang kereta tersebut dan megambil tempat di bahagian kiri. Eera menghadiahkan sengihan tidak bersalah kepada Haikal kerana sedar dengan kelekaannya sebentar tadi. Dia merasakan sedikit mengelabah apabila melihat tenungan tajam daripada Haikal. Dia menunduk untuk mengelak daripada renungan itu.
“Hai mem besar? Nak pergi mana nih? Ingat aku driver kau ke sekarang ni?” sedikit keras suara Haikal menegur Eera yang sedang menunduk memandang lantai keretanya miliknya itu.
Eera terkulat-kulat di tempat duduknya tanda tidak faham dengan maksud kata-kata Haikal tadi.
“kau ni betul-betul buat aku sakit hati la. Dah cepat keluar duduk kat depan ni. Aku bukan driver kau pun. Banyak cantik muka kau?” sambung Haikal lagi supaya lebih jelas. Lembab pulak minah seorang ni.
‘Ish malunya aku. Kenapalah aku tak terfikir tadi. Aku ni kalau dah gelabah memang tak boleh nak fikir apa-apa dah’ gumam Eera di dalam hati mengutuk diri sendiri selepas jelas dengan kata-kata Haikal sebentar tadi.
Dengan sedikit kekalutan Eera mengubah tempat duduknya ke bahagian depan sebelah kiri pemandu. Perasaan malu yang teramat telah membuatnya tidak senang duduk. Cepat-cepat dia cuba memasangkan tali pinggang keledar.
“Tup! Tup!” Tali pinggang keledar tersebut tersangkut kerana direntap.
‘Hai... tak kan kereta mahal pun boleh rosak kot? Baik buang dalam sungai ja lah kalau tak boleh nak guna. Membazir duit ja beli kereta mahal-mahal kalau tak boleh nak guna tali pinggang keledar dia.’ Eera mengutuk-ngutuk kereta milik Haikal di dalam hati.
Dengan tidak disangka Haikal telebih dahulu memberi bantuan  memasangkan tali pinggang keledar buatnya. Tubuhnya yang sasa itu merentangi badan Eera. Disebabkan terlalu terkejut, Eera menegakkan badannya dan terasa mukanya membahang kerana terasa malu dan marah menjadi satu diperlakukan sebegitu rupa.
Setelah selesai memasangkan tali pinggang keledar tersebut Haikal sempat menyindir gadis tersebut. “Lain kali kalau tak tahu sangat macam mana nak guna naik saja kereta kuda. Tak payah guna tali pinggang keledar. Menyusahkan aja.”
Begitu pedih sindiran Haikal yang ditujukan kepadanya. Kelihatan Eera meramas-ramas jari jemarinya sambil wajahnya tertunduk memandang ke bawah.
Sepanjang perjalanan mereka hanya melayani fikiran masing-masing. Hanya bunyi lagu-lagu dari corong radio sahaja yang memenuhi ruang kereta tersebut. Masing-masing tidak terasa untuk berbual ataupun memecahkan kesunyian di antara mereka.

No comments:

Post a Comment