Thursday 22 December 2011

Kaulah Matahariku 6


Bab 6
Haikal sudahpun melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang disediakan. Terasa letih pula kakinya untuk mengatur langkah. Dengan tubuh yang sedikit menunduk pelahan-lahan dia memicit-micit perut betisnya untuk menghilangkan rasa sengal di kaki. Selepas sengal-sengal di kaki terasa sedikit menghilang dia mencari wajah Eera yang berada di sebelahnya. Kelihatan Eera sedang mengipas-ngipas wajahnya dengan topi yang digunakan untuk melindunginya daripada terkena sinaran mentari.
“Kau ni tak ada tempat lain ke yang kau teringin sangat nak pergi? Kenapa tempat ni juga yang kau pilih?” Dengan wajah yang kebosanan Haikal meluahkan rasanya kepada Eera.
“Alah Encik. Ok apa tempat macam ni. Boleh tenangkan fikiran.” Jawab Eera sambil tangan kanannya menyeka peluh di dahi .
“Tenang la sangat. Hati aku ni yang tak tenang sebab datang tempat-tempat macam ni.” Haikal sudah mula tidak senang duduk. Serba tidak kena apa yang dilakukannya di sini. Mana mungkin dia boleh tenang ketika berada di tempat-tempat sebergini.
“Encik tak suka ke datang sini? Bukan kawan-kawan Encik pun ramai juga di sini?” sambil memerhati keadaan sekeliling Eera mengajukan soalan.
“Ha? Kawan aku? Mana kawan aku?” Haikal sudah mula kehairanan. Dia juga turut memandang keadaan sekeliling mereka. Tetapi tidak pula kelihatan orang yang dikenalinya.
“Alah ramai tu kawan Encik. Tak kan tak perasan pulak kot? Mesti Encik buat tak kenal kan? Maklumlah dah lama tak jumpa.” Dengan ketawa kecil Eera menjawab pertanyaan Haikal tersebut. Wajah Haikal sudah kelihatan makin keliru dengan jawapannya itu.
“Awak ni cakap betul-betul lah. Yang mana satu kawan saya? Lagipun mana awak tahu yang tu kawan saya?” Suara Haikal sudah mula sedikit keras kerana merasakan Eera seakan-akan mahu mempermainkannya.
“Lah... betul la saya cakap ni. Tu ha.. kawan Encik. Yang kat dalam tu.” Jawab Eera sambil jarinya menunjuk ke arah sangkar yang dihuni oleh sekumpulan orangutan di dalam Zoo Negara ini.
Mata Haikal sudah membutang memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Eera sebentar tadi. ‘Mana mungkin itu kawan-kawan aku! Berani betul dia permainkan aku ye? Bukan main suka pulak tu ketawakan aku.’
Menyedari pandangan tajam Haikal terarah kepadanya, Eera mula terasa gerun. ‘Ish dia ni kalau boleh pandang orang macam nak terkeluar biji mata tu. Aku cuma lawak je lah.’ Gumam Eera di dalam hati. Takut juga dia lihat pandangan tajam dari Haikal tu.
“Err.. Sa.. saya cuma lawak ja lah Encik. Encik jangan la ambil hati.” Dengan tergagap-gagap Eera cuba menenagkan hati Haikal yang mendidih.
“Banyak la kau punya lawak? Berani kau kata saya ni orangutan ye?”
“Eh.. bukan saya kata Encik orangutan. Tapi saya cuma kata Encik kawan dengan orangutan tu ja.” Eera membetulkan ayatnya.
“Apa-apa lah kau ni. Kalau cakap dengan kau tu kira nak menang ja. Baik aku cakap dengan kawan-kawan aku tu lagi bagus. Cakap dengan kau ni buat aku sakit hati ja.” Dengan perasaan geram pada Haikal melangkah meninggalkan Eera yang masih terkulat-kulat di situ.
Dengan tergesa-gesa Eera mencapai tas tangannya dan berlari-lari anak mengejar langkah Haikal. Tetapi malangnya kelibat Haikal sudahpun tidak kelihatan. ‘Aik? Cepatnya dia jalan? Sekejap je dah hilang.’ Rungut Eera di dalam hati.
Eera merasakan Haikal betul-betul marah padanya kali ini. Sudah hampir seluruh ceruk zoo ini dia mencari lelaki tersebut tetapi masih belum ketemu. Dia mula rasa gelisah sendirian. Kalau buatnya Haikal tinggal dia di situ seorang diri bagaimana ye? Sudah tentu dia tidak tahu untuk pulang sendiri. Mahu jugak dia pun berkawan dengan binatang-binatang di sini.
Kelihatan Eera sudah berkira-kira untuk melangkah kearah pintu keluar. Mungkin Haikal sudah menunggunya dia di tempat meletak kereta. Baru hanya dua tiga langkah dia merasakan ada orang menepuk pelahan bahunya. Dia menoleh ke belakang untuk melihat siapa gerangan orangnya itu.
Dia merasakan sedikit tenang apabila melihat wajah Haikal yang berdiri tegak di belakangnya sambil tangannya memegang dua batang aiskrim.
“Laju kau jalan. Nak ke mana ni? Letih aku kejar kau tadi.” Tanya Haikal apabila melihat wajah Eera yang sedikit kerisauan.
“Encik tanya saya ke mana? Encik tu yang ke mana sebentar tadi? Penat saya mencari. Ingat saya dah kena tinggal dah.” rungut Eera sambil mukanya sudah mencuka.
Kelihatan Haikal sudah tergelak kecil. Tak terfikir pula dia sampai ke situ. Sebenarnya dia ke tandas sebentar tadi. Tiba-tiba sahaja dia merasakan perutnya memulas-mulas.
“Saya pergi tandas la tadi. Ada kecemasan.” Jawab Haikal dengan sisa tawanya.
‘Tahu jugak ye mamat ni senyum. Ada lesung pipit pulak tu. Bukan main manis lagi muka dia. Kan nampak kacak sikit kalau macam ni. Ni tak. Serius ja memanjang. Macam nak telan orang.’ Dalam puji ada juga kutukan darinya di dalam hati. Apa-apa pun dia sudah berasa sedikit tenang apabila dah bertemu dengan Haikal kembali.
Menyedari Eera sedang melihat dia ketawa Haikal cepat-cepat menyuakan salah satu aiskrim di tangannya itu. ‘Kantoi beb. Kantoi! Baru ja nak belagak serius dengan minah ni.’ Dia merungut di dalam hati sambil memperbetulkan rentaknya kembali.
“Terima Kasih ye Encik. Susah-susah aja.” Eera menyambut aiskrim yang dihulurkan kepadanya itu. Dia tersenyum simpul melihat gelagat Haikal yang sedikit mengelabah untuk melindungi tingkahnya sebentar tadi.
“Sama-sama. Lepas ni kau nak pergi mana pulak ni?” Tanya Haikal pada Eera untuk memastikan destinasi mereka seterusnya.
Eera menjongketkan kedua belah bahunya tanda dia pun tidak pasti. “Ikut Encik lah nak pergi mana. Saya ikut saja kali ni.”
“Hmm.. kalau ikut aku dah tentu la aku nak balik terus. Tapi apa pula kata mama kalau cepat sangat balik.” Haikal mengusap-usap dagunya tanda berfikir.
Eera hanya memerhati gelagat Haikal yang sedang berfikir. Gayanya nampak seolah-olah perdana menteri memikirkan masalah negara pula.
“Jom lah” akhirnya haikal bersuara selepas lama memikirkan destinasi mereka seterusnya. Dia sudah mula megorak langkah dan diikuti Eera di belakangnya.
“Encik nak pergi mana ni?”
“Kau ikut aja lah. Jangan banyak tanya boleh tak?”
****
Apabila kakinya melangkah memasuki perkarangan bangunan tersebut perasaan kagum serta-merta menerpa dirinya. Sudah la di luar tadi pun dia belum puas lagi menghayati ketinggian bangunan ini. Kini dia dikejutkan lagi dengan keluasannya di bahagian dalam pula. Sudah lama juga dia merasakan ingin menjejakkan kakinya ke sini. Tapi belum lagi ada kesempatan.
Kelihatan Eera seperti baru pertama kali datang ke sini. Ya! memang inilah kali pertama dia menjejakkan kakinya ke sini. Dia begitu teruja sekali untuk melewati setiap sudut dalam bangunan membeli-belah Suria KLCC ini.
Haikal di sebelahnya sudahpun mula tergeleng-geleng kepalanya melihat tingkah Eera. ‘Memang dasar orang kampung masuk bandar. Buat malu aku sahaja bawak dia ke sini. Janganlah buat aku terjumpa siapa-siapa yang aku kenal sudah la. Malu tu!’ gumam Haikal di dalam hati.
“Ish kau ni. Kalau ya pun jangan la sampai tenganga mulut tu. Malu la sikit orang tengok.” Haikal menunduk sedikit kepalanya supaya sama paras dengan Eera dan dia membisikan ayat tersebut.
Eera baru tersedar dari tingkahnya yang di luar kawalan itu. Dia meraba-raba mulutnya untuk memastikan samada apa yang dikatakan Haikal itu betul ataupun tidak. Memang ternyata mulutnya sedikit terbuka. Serta-merta mukanya terasa membahang dek akibat malu sendirian.
“Ha.. tau pun kau malu kan? Tadi tu tak nak fikir. Tah dah berapa ramai tengok kau ternganga tah la. Silap-silap masuk lalat pun kau tak sedar.” Saja Haikal ingin menambahkan lagi malu gadis tersebut. Biar dia rasa. Tadi dia perkenakan aku kan?
“Ya ke Encik? Luas sangat ka mulut saya ternganga tadi? Saya tak sedar la.” Tanya Eera untuk kepastian.
“Boleh tahan jugak la luas. Ha... macam tu la kau tadi.” Kata Haikal sambil menunding jarinya ke arah kanak-kanak yang tidak jauh dari tempat mereka berdua berdiri. Kebetulan pula kanak-kanak tersebut sedang menangis dan mulutnya dibuka seluas-luasnya.
Eera sudah mula ketawa apabila memandang budak itu. ‘Ada ke patut dia kata aku ternganga macam budak tu? Tapi tak apa lah. Comel jugak apa kalau aku macam budak tu.’
Aik? Ketawa pula minah ni. Ada aku buat lawak ka? “Kenapa kau ketawa?” tanya Haikal mula kehairanan.
“Kalau saya macam budak tu mesti saya comel jugak kan Encik? Hehe..” Kata Eera sambil mukanya membuat gaya-gaya comel.
“Huh! Perasan la kau ni.” Haikal sudah mula mencebikkan mukanya. ‘Comel ka kau tu? Dah macam muka mak cik pun aku tengok.’ Kutuk Haikal di dalam hati.
Eera menyambung ketawanya lagi apabila melihat muka Haikal yang makin kelat.
Sedang asyik mereka melangkah melewati setiap kedai yang berada di situ kaki Eera terpaku di hadapan kedai jam tangan. Dia sempat melihat-lihat jam yang dipamirkan di dalam almari pameran kedai tersebut. Teringat jam tangan yang dihadiahkan oleh ayahnya semasa keputusan cemerlang SPM yang diperolehinya dahulu. Tetapi sekarang ini jam itu sudah berubah milik kepada adiknya Syafiq. Ini adalah kerana jam itu mungkin lebih berguna sekiranya berada bersama dengan Syafiq. Lagipun dia sudah menpunyai telefon bimbit yang baru dibeli hasil daripada duit jualan sayur-sayuran yang ditanam di belakang rumahnya.
Eera sedikit teperanjat melihat harga yang dipamirkan. ‘Mahal betul! Ni kalau aku berkebun sepuluh tahun pun belum tentu lagi mampu beli ni. Tak kan sepuluh tahun duit tu aku nak beli jam tangan aja kot. Melampau la.’
Haikal memerhati Eera yang sedang berfikir sesuatu. “Kau kenapa?”
“Ha? Kenapa Apa?” Soalan itu dijabaw dengan soalan juga.
“Ye lah. Aku tengok kau tengah fikir sesuatu. Kau fikir apa?” Haikal menyoal kembali. Kali ini dengan lebih jelas lagi.
“Ha! Tak ada apa-apa la. Hehe..” Jawab Eera sedikit menjerit seolah-olah memperolehi jawapan. Tetapi sebenarnya tidak apa-apa yang perlu dia ceritakan pada Haikal.
“Ish kau ni. Banyak main-main betul la. Ni pasti masa kecil-kecil dulu tak puas nak bermain lagi ni.” Rungut Haikal dengan perangai Eera yang tak pernah ambil serius dengan pertanyaannya.
“Alah Encik. Jangan la cakap pasal main-main ni. Dulu masa kecil memang pun saya tak puas nak main. Asyik kena bekerja ja nak cari duit.” Jawab Eera dengan suara yang sedikit bergetar. Mungkin kesempitan kehidupannya itulah telah banyak mengajar dia menjadi seorang yang lebih tabah.
Haikal dapat mengesan perubahan riak muka Eera menjadi sedikit sedih. Dia tersalah cakap ke? Rasanya tak. Tapi ada dia kisah?
“Lah... kau nak main ke? Kenapa tak cakap tadi? Kalau tak boleh aku bawa kau pergi playground.” Sakat Haikal lagi.
Eera sudah mula memuncungkan mulutnya. Dia sedar yang Haikal sedang memerlinya. ‘Biarlah. Bukan semua orang boleh rasa apa yang kita rasa. Tambah-tambah lagi orang seperti Haikal ni yang tak pernah rasa susah.’
Setelah letih berjalan mereka berdua mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Haikal merasakan cuti minggunya pada kali inilah yang paling membosankan. Dia terpaksa membatalkan semua temujanjinya semata-mata untuk menziarahi ‘kawan-kawan’nya di Zoo Negara dan hanya berjalan-jalan di pusat membeli-belah Suria KLCC. Tetapi tidak pula kepada Eera kerana peluang yang diperolehi kali ini benar-benar bermakna pada dirinya.

No comments:

Post a Comment