Thursday 22 December 2011

Kaulah Matahariku 15


Bab 15
Eera memandang kearah luar tingkap kereta yang dipandu oleh Haikal apabila kenderaan tersebut membelok memasuki kawasan deretan rumah-rumah mewah yang tersergam indah sepanjang perjalanan mereka. Selepas agak lama menyusuri jalan-jalan yang terdapat di kawasan tersebut, akhirnya mereka sampai juga ke destinasi yang dituju. Haikal memberhentikan keretanya dibahu jalan bertentangan sebuah rumah yang dipagari dengan tembok tinggi sehinggakan tidak kelihatan stuktur binaan rumah tersebut. Dari situ mereka cuma kelihatan cahaya lampu sahaja yang menerangi ruang di sebalik tembok tersebut.
Sepanjang perjalanan mereka untuk ke pintu pagar utama, kelihatan banyak deretan kereta-kereta mewah turut tersadai di sepanjang jalan. Eera yang sejak tadi hanya membisu sudah tertanya-tanya majlis apakah yang bakal dia hadiri bersama Haikal pada waktu-waktu sebegini. Semasa mereka bersama-sama melangkah melepasi pintu pagar rumah tersebut mata Eera sempat menangkap tulisan yang tertera pada tembok rumah tersebut. Rupanya sekarang ini mereka berada di sebuah vila yang diberi nama vila permai. Tetapi milik siapakah vila tersebut? Kenapakah mereka harus ke sini? Semua persoalan itu ligat bermain-main didalam kotak fikirannya.
Langkahan kaki Eera terhenti seketika kerana dia benar-benar terpegun melihat keluasan kawasan luar vila tersebut yang begitu luas sekali. Mungkin lebih besar dari padang bola agaknya. Tidak pernah lagi dia melihat kawasan luar rumah yang begitu luas sebegini sepanjang hidupnya. Setiap pelusuk kawasan vila tersebut telah diterangi dengan sorotan lampu yang bertujuan untuk memberi pencahayaan yang cukup sempena belangsungnya majlis tersebut.
Dari jauh kelihatan ramai hadirin yang asyik berbual antara satu sama lain. Pekara yang agak menghairankan Eera, kenapakah semua hadirin lebih selesa berdiri dari duduk diatas kerusi yang disedikan? Masing-masing memegang gelas yang dipenuhi air di tangan dan mengambil makanan didalam dulang yang dibawa oleh pelayan yang ditugaskan. Manakala pelayan-pelayan tersebut pula asyik berjalan sana sini sambil membawa dulang melintasi setiap tetamu di situ. Mungkin inilah cara majlis bagi golongan-golongan orang berada, fikir Eera didalam hati.
Menyedari dia agak ketinggalan di belakang, cepat-cepat Eera megatur langkah mengejar Haikal yang sudah berada di depannya. Terasa susah pula untuk dia bergerak dengan kasut tumit tinggi yang tersarung pada kakinya ketika ini. Mereka bedua menghampiri para hadirin yang turut serta memeriahkan majlis tersebut. Kelihatan Haikal bersalaman dengan orang-orang yang Eera sendiri tidak mengenali mereka. Biarlah! Itu bukan urusannya pun. Tetapi yang menjadi urusannya sekarang ini adalah mata lelaki-lelaki yang turut berada di majlis tersebut. Kenapa harus memandangnya dari atas ke bawah berulang-ulang kali? macam tidak pernah tengok orang pula lagaknya. Cucuk biji mata tu baru tau!
“Sayang!” suara seorang wanita menegur mereka dari belakang.
“Sara..” Haikal sedikit terkejut dengan kehadiran tunangnya itu sebaik sahaja dia menoleh ke belakang.
Kelihatan Sara sedang memaut erat lengan Haikal sambil menjeling tajam kearah Eera. Eera kelihatan serba salah ketika ini. Mana tidaknya. Buatnya tunang si Haikal ini berfikir bukan-bukan nanti, muncul pula cerita yang tidak enak dan tidak sedap telinga mendengarnya walaupun dia tidak bersalah dalam hal ini. Dia Cuma mengikuti Haikal untuk menghadiri jemputan majlis sahaja.
“I ingatkan you dah tak berminat nak ikut I ke majlis ini tadi. Sebab tu I bawa pembantu I aja datang ke majlis ni.” Haikal merasa hairan pula sekarang ini. Pada pagi tadi Sara bergitu marah padanya sehinggakan beberapa kali dia menelefon pun tidak berangkat. Dia cuma ingin bertanyakan sama ada Sara ingin mengikutinya ke majlis ini ataupun tidak. Tak sangka pula dia yang Sara boleh muncul di sini.
“Oh! Pagi tadi memang I tak berminat sebab marah I pun belum reda lagi. Tapi sekarang ni I dah berminat kembali nak joint you di sini.” Sara menjawab persoalan Haikal itu dengan gaya yang begitu mengada-ngada sekali sambil mengesel-geselkan badannya seperti kucing parsi. Eera yang melihat adegan itu terasa berbulu biji matanya memandang dua insan di hadapannya itu. Kalau dialah mengantikan tempat mereka berdua ini, jangan haraplah dia ingin menonjolkan aksi sebegitu rupa. Tambah-tambah lagi pada khalayak ramai.
“I ingatkan you masih marah lagi. Kalau I tahu you dah tak marah, tentu I ajak you terlebih dahulu datang ke sini.” Kata Haikal sambil tidak putus-putus dia memandang wajah Sara. Eera yang mendengar luahan Haikal tersebut sedikit terasa kecil hati. Mana tidaknya. Rupanya dia cuma menjadi penganti tunang bosnya itu sahaja. Menyesal pula dia rasakan kerana mengikuti Haikal ke sini.
“Taa apa. I tak kisah pun. Jom kita ke sana.” Sara sudah menarik tangan Haikal menuju kearah sekelompok hadirin yang berada di tepi kolam milik vila tersebut. Eera yang berdiri kaku di situ hanya ditinggalkan terkulat-kulat bersendirian tanpa sedikit pun belas kasihan. Sudahlah dia merasakan yang dia cuma orang asing sahaja di majlis tersebut. Ditambah pula dengan pandangan mata-mata lelaki yang tidak putus-putus memandang kearahnya membuatkan Eera menjadi janggal pula dia rasakan.
Sedang asyik dia memerhati keadaan sekeliling dan memikirkan cara untuk menyesuaikan diri di dalam majlis tersebut, tiba-tiba bahunya dicuit dari belakang. Dengan pantas Eera menoleh ke belakang untuk melihat gerangan empunya tangan yang mencuit bahunya itu. Kelihatan Zakuan sudah tersenyum manis kearahnya. Rupanya lelaki ini juga turut berada di sini. Eera terasa hatinya sedikit lapang kerana ada juga orang yang dia kenal di sini rupanya. Tidaklah dia merasa kekok sangat sepanjang majlis ini berlangsung. Tak sangka rupanya Zakuanlah penyelamatnya saat ini. Oh Zakuan!
“Awak datang sorang aja ke ni?” Tanya Zakuan kepada Eera. Dia merasa hairan apabila melihat gadis tersebut hanya berseoranggan di majlis yang berlangsung di rumah neneknya itu.
“Aa.. sekarang seorang la. Tadi datang dengan encik Haikal. Tetapi lepas sahaja jumpa tunang dia kat sini terus dia hilangkan diri.” Eera terus bercerita kepada Zakuan seperti mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain pula lagaknya. Padahal baru sekali sahaja mereka bersua muka sebelum ini.
“Oh. Saya ingat awak datang seorang sahaja tadi. Ni kira kes kena tinggal lah ye?” Zakuan cuba berseloroh dengan gadis tersebut dan dia tergelak kecil apabila melihat wajah gadis itu betukar menjadi sedikit kelat apabila diusik sebegitu. Terasa comel pula wajah Eera sebegitu pada pandangan mata lelakinya.
“Ye lah. Kalau saya tahu jadi macam ni, tak hingin saya ikut encik Haikal tu.” Rungut Eera pula kali ini kepada Zakuan. Dia terasa geram pula dengan tindakan Haikal yang meninggalkannya berseorangan di tempat yang agak asing bagi dirinya.
“Alah.. awak tak payah la marah-marah. Kan sekarang ni saya dah ada. Jom kita ke sana.” Zakuan cuba menenangkan hati Eera yang sedang panas atas tindakan sepupunya itu. Dia turut mempelawa Eera supaya menyertai majlis tersebut.
Tanpa banya soal Eera hanya bersetuju dengan ajakan Zakuan tersebut. Kelihatan Zakuan mengambil beberapa ketul ayam panggang dan diletakkan didalam dua biji pinggan sebelum dihulurkan kepada Eera. Selepas itu diambilnya pula dua gelas air buat mereka berdua. Mereka bersama-sama melangkah ke sebuah taman yang berada didalam pekarangan vila tersebut. Eera dan Zakuan memilih kerusi serta meja batu yang terdapat didalam taman tersebut dengan tujuan menjamu selera dan berbual-bual kosong sahaja.
“Sedap?” Zakuan bertanya sebaik sahaja ayam panggang yang diambilnya tadi menjengah masuk kedalam mulut Eera.
Laju sahaja gadis tersebut mengganggukkan kepalanya. Eera tidak dapat menjawab persoalan Zakuan itu kerana mulutnya sudah penuh dengan isi ayam ketika ini.
‘Tak nampak ke orang tengah makan ni?’ Marah Eera sekadar didalam hati. Ye lah! Dah tengah makan takkan hendak bercakap pula kan?
“Makan tu pelahan-lahan la sikit. Nanti habis saya pergi ambil lagi. Tak lari punyalah ayam tu. Lain la kalau ayam yang belum disembelih. Mesti la dia lari. Hehe..” Sakat Zakuan sambil tergelak kecil apabila melihat Eera begitu gelojoh menikmati ayam panggang tersebut. Terasa comel pula dia rasakan Eera saat ini. Selepas itu Zakuan sudah tersenyum riang melihat gelagat Eera menikmati hidangannya.
Tersedak Eera dibuatnya apabila disakat begitu. Cepat-cepat Zakuan menghulurkan gelas berisi air kepada Eera apabila melihat gadis itu sudah terbatuk-batuk. Setelah tekak yang perit tadi terasa sedikit lega, Eera merasakan mukanya makin membahang kerana malu atas tingkah lakunya yang begitu gelojoh sekali menjamah makanannya. Harap sahaja memakai pakaian yang cantik-cantik, tetapi perangai memang hancur. Gumam Eera didalam hati memarahi dirinya sendiri. Tetapi apa boleh buat. Perutnya yang kosong sejak petang tadi perlu juga diisi.
“Err encik.. boleh saya tanya tak?” Eera Cuba mengubah tajuk. Lagipun sejak tadi lagi dia ingin bertanyakan tentang perkara ini.
“Hmm.. apa dia?” Zakuan sudah merenung tepat wajah Eera untuk memberi laluan kepada soalan yang bakal diajukan gadis tersebut.
“Ini majlis apa ye?” terluah juga soalan itu dari mulutnya. Ingin juga dia tahu majlis apakah ini. Dari tadi lagi dia bertanya kepada Haikal. Tetapi jawapan yang dipintanya tetap tidak diperolehinya.
“Oh.. yang itu aja ke? Ingat apa lah tadi yang nak ditanyakan. Ni majlis menyambut hari ulang tahun nenek saya, Puan Sri Azizah yang ke-67.” Jawab Zakuan tanpa berselindung. Ingatkan soalan apalah yang bakal ditanyakan tadi.
“Ooooo... “ panjang sekali ‘o’ Eera itu menandakan dia baru sahaja mendapat jawapan yang diingininya. Harapkan jawapan dari mulut Haikal? Alamatnya tahun depan ajalah baru dia boleh tahu tentang majlis ini.
Zakuan sudah tergeleng-geleng kepalanya melihat tingkah laku Eera itu. Gadis ini memang mampu membuatkannya terasa riang seketika dan melupakan segala masalah.
“Ha Encik.. Mana Aiman ye? Dari tadi saya tak nampak dia pun.” Mata Eera seperti bersinar-sinar apabila teringgatkan akan kanak-kanak yang comel itu.
“Owh Aiman ke? Tadi dengan opah dia dekat depan sana. Mungkin dah tidur kot sekarang ni. Maklumlah siang tadi tak mahu nak tidur sebab asyik nak main sahaja.” Zakuan menjawab pertanyaan Eera itu, sebelum dia menjamah baki makanan yang masih ada didalam pinggannya.
Eera terasa kecewa pula dengan jawapan yang diberi oleh Zakuan itu. Dia terasa rindu pula untuk bermain-main dengan si kecil yang comel seperti Aiman.
“Alah! baru aja ingat nak lepas rindu dengan Aiman.” Rungut Eera kepada Zakuan yang kelihatan asyik sekali memberi perhatian pada makanannya.
Zakuan memanggungkan kepalanya dan merenung tepat pada wajah Eera. “Aik? Takkan rindu Aiman aja kot? Dengan papa Aiman awak tak rindu sekali ke? Hehehe..” sengaja Zakuan ingin menyakat Eera dan melihat riaksinya.
“Err...” Eera sudah tergamam dengan soalan itu. Tak terfikir langsung yang Zakuan akan bertanyakan padanya soalan sebergitu. Mukanya terasa panas pula kerana menahan malu.
“Saya lawak aja lah. Jangan lah ambil serius sangat” Pujuk Zakuan apabila dia menyedari yang muka Eera sudah kemerah-merahan. Mungkin menanggung malu agaknya. Kasihan pula dia melihatnya.
“Eh tak la.. saya tak kata apa-apa pun.” Dia cuba menyembunyikan perasaan malu sebentar tadi kerana tidak mahu Zakuan salah sangka pula dengannya.
“Lepas tu kenapa muka awak nampak merah sangat ni?” Zakuan bertanya pelik.
“Eh tak ada apa-apa lah encik. Saya Cuma rasa nak ke tandas aja. Tandas kat mana ye encik?” Eera cuba mengelak dengan memeberi alasan. Cuma itu sahaja alasan yang terlintas di fikirannya sekarang ini.
“Oh.. kenapa tak cakap tadi. Tandas dalam rumah. Mari saya tunjukkan.” Zakuan menawarkan diri untuk menunjukkan arah letaknya tandas di dalam vila milik neneknya itu. Bagi orang yang tidak pernah datang ke sini mungkin boleh sesat dibuatnya.
Eera hanya mengikuti langkah Zakuan menuju ke pintu masuk vila tersebut. Kelihatan zakuan sedang menggamit seorang wanita separuh umur yang asyik melakukan kerja-kerja menghidangkan makanan tidak jauh dari tempat mereka berdiri.
“Ada apa tuan?” Tanya wanita tersebut apabila menghampiri mereka berdua.
“Mak tun tolong tunjukkan tandas kejap kat cik ni. Dia nak ke tandas. Saya nak ke sana kejap jumpa kawan.” Zakuan memberi arahan kepada pembantu rumah kesayanngan neneknya itu sebelum meminta diri untuk berjumpa dengan rakan-rakannya.
“Mari cik saya tunjukkan arahnya.” Eera dijemput dengan pernuh hormat sekali oleh wanita tersebut.
Sebaik melangkahkan kakinya kedalam vila tersebut sekali lagi Eera tergamam. Besarnya vila ni! Dah macam istana pula Eera rasakan. Ye ke macam istana? Sedangkan mana-mana istana pun belum pernah lagi dia menjejakkan kakinya ke sana.
Tapi sungguh! Memang besar vila ini. Siap ada lif lagi didalamnya. Entah berapa tingkat vila ini pun dia tidak tahu. Lihat jalan untuk ke tandas pun sudah cukup baginya. Boleh sesat juga sekiranya tiada orang yang tolong menunjukkan arah.
Apabila sudah sampai di depan pintu tandas, wanita yang dikenali sebagai Mak tun itu meminta diri terlebih dahulu. Katanya risau nanti Puan Sri Azizah mencarinya pula. Eera hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Lagipun dia masih boleh ingat selok belok untuk ke pentu utama vila tersebut. Macam duduk dalam istana pula Eera rasakan. Maklumlah dia berlum pernah lagi menjejakkan kaki ke rumah sebesar inilah katakan. Hehe..
*****
Selepas Eera keluar dari tandas dia melihat-lihat keadaan sekeliling ruang dalam vila tersebut. Pelbagai perabut mahal yang menghiyasinya. Hiyasannya juga cukup cantik bila mata memandang. Terleka sekejap Eera memerhati suasana itu. Maklumlah dia orang kampung lah katakan. Sebab itulah jakun sikit. Hehehe..
Dalam asyik memerhati, telinganya menangkap bunyi sesuatu. Bila dihayati betul-betul dia dapat merasakan yang itu adalah suara orang yang sedang bertekak antara satu sama lain. Pada mulanya dia seperti tidak mahu ambil tahu akan hal tersebut. Tetapi makin lama makin nyaring pula suara-suara ini merombos masuk mengetuk gegendang telinganya. Yang menarik perhatiannya lagi apabila kedangaran nama bosnya Haikal juga disebut sekali dalam pergaduhan itu.
‘Sekali sekala jaga tepi kain orang apa salahnya kan?’ ketawa Eera didalam hati apabila mengingatkan tindakannya itu. Tak sangka pula yang dia pun berminat untuk mengasah bakat menjadi wartawan segera rupanya.
Eera mendekatkan lagi dirinya kearah datangnya suara-suara tersebut. Dia bersembunyi di sebalik dinding tidak jauh dari situ. ‘Ha! Baru lah jelas sikit kat sini. Hehehe..’ sekali lagi dia ketawa jahat. Tetapi hanya didalam hati sahajalah.
“Hey perempuan! Sedar la sikit diri tu dah tua! Ada hati nak kacau aku tu apa hal?” marah salah satu suara yang didengari oleh Eera tadi.
“Kau ingat kau dah menang? Jangan belagak sangat! Banyak benda lagi aku boleh buat bagi kau tersungkur. Ingat aku tak tahu niat kau selama ini?” Balas suara yang satu lagi pula. Boleh dikatakan sama tinggi juga nadanya dengan suara yang sebelum ini pada pendengaran Eera.
“Apa yang kau boleh buat? Yang pasti aku dah dapat..” kedengaran sinis pula jawapan itu sambil diiringgi dengan ketawa mengejek.
“Sapa kata kau dah dapat? Kau belum kahwin lagi pun dengan cucu aku tu! Masih banyak benda lagi aku boleh buat. Macam kau tak kenal aku pula kan? Kau dah lupa ke yang rancangan kau sebelum ini pernah gagal?” soal sura yang lagi satu pula dengan sinis sekali ketika membalas.
“Kau?! Kau... arhhh!!!” kedengaran pekikan pula seperti tengah berang.
“Arhhhhhh!!!!” Satua jeritan kuat kedengaran berserta dengan bunyi seperti kaca pecah di sebalik dinding tempat persembunyian Eera itu.
Eera menjadi cuak seketika mendengar jeritan yang terakhir itu. Tetapi dia masih belum keluar lagi dari persembunyiannya kerana khuatir akan dimarahi kerana mencuri dengar perbualan tersebut yang lebih kepada pergaduhan itu. Dia menjadi serba salah apabila terdengar seperti erangan orang yang sedang menahan sakit.
‘Nak keluar ke tak? Tapi kalau tak keluar pun aku tetap kena guna jalan ni juga untuk ke pintu utama.’ Gumam Eera didalam hati. Selepas lama berfikir dia membuat keputusan untuk redah sahaja.
“Ya Allah Puan Sri!” Eera terkejut apabila matanya menyapa susuk tubuh Puan Sri Azizah yang sudah terjelopok diatas lantai sambil memegang kakinya. Manakala di kepalanya pula sudah megalir laju darah merah tanpa henti.
“Apa dah jadi ni? Kenapa sampai macam ni sekali.” Tanya Eera lagi apabila melihat keadaan wanita tersebut yang masih menggerang kesakitan. Dia menjadi cemas seketika. Apa yang jadi sebenarnya ni? Eera memerhati keadaan sekeliling. kelihatan serpihan-serpihan pasu bunga yang sudah pecah berselerakkan di atas lantai membuatkannya bertambah risau lagi saat ini.
Tanpa berfikir panjang dan menunggu jawapan dari mulut Puan Sri Azizah, Eera berlari menuju kearah luar. Dia mencari kelibat orang-orang yang dia kenali untuk meminta bantuan. Nasib baik Haikal berada tidak jauh dari situ bersama dengan tunangnya Sara.
“Encik... Enc..cik.. tolong Pu..an Sri kat dalam. Dia cedera.” Terputus-putus Eera menghabiskan ayatnya kerana tercungap-cunggap disebabkan berlari sebentar tadi.
“Kenapa dengan nenek?” Haikal mengerutkan keningnya kerana hairan dengan berita yang baru didengarinya itu.
Cepat-cepat Eera menggelengkan kepalanya menandakan yang dia sendiri pun tidak tahu sebabnya. “Tadi saya lihat dahi puan sri berdarah. Banyak pula tu. Cepat lah Encik kita ke dalam.” Tanpa berlengah lagi, Eera terus menarik tangan Haikal. Dia sudah gelisah bila memikirkan keadaan Puan Sri yang kelihatan agak parah tadi. Risau pula dibuatnya. Sara yang berada di sebelah Haikal sebentar tadi sudah kelihatan pucat mukanya.
“Ya Allah! Kenapa ni nenek?” terus soalan itu yang teluncur dari mulut Haikal apabila melihat keadaan Puan Sri Azizah ketika ini. Walaupun dia tidak begitu suka dengan neneknya itu, tetapi tidaklah sampai membencinya. Haikal menggeluarkan sapu tangan dari poket seluar dan dilekapkan di dahi neneknya bagi menghalang pengaliran darah. Dia cuba membantu neneknya berdiri tetapi gagal apabila Puan Sri Azizah menjerit kesakitan sambil memegang kakinya.
“Kaki nenek ni kenapa pula ni?” Soal Haikal dengan perasaan yang risau. “Awak tolong tengokkan nenek kejap. Saya nak panggilkan papa dengan mama kat luar.” Selepas memberi arahan Haikal mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor seseorang sebelum dia berlari-lari anak kearah pintu utama.
Eera melihat tubuh Puan Sri Azizah kian lemah saat ini. Mungkin terlalu banyak pendarahan agaknya. Terus dia memangku tubuh tua itu dan tangannya mengelap darah yang masih tidak putus-putus mengalir di dahi Puan Sri Azizah. Janganlah apa-apa terjadi pada wanita ini, doa Eera didalam hati.
Tidak lama selepas itu kelihatan Haikal, Zakuan, Dato Azrul dan Datin Fauziah muncul. Haikal meluru kearah neneknya yang sudah kelihatan begitu lemah dan terus dicempungnya wanita tersebut kearah pintu utama. Rupanya ambulan sudah bersiap sedia di luar. manakala keadaan majlis di luar vila pula kelihatan sedikit kucar-kacir. Ramai hadirin tertanya-tanya apakah yang telah berlaku sehinggakan terpaksa memanggil ambulan ke sini.
Datin Fauziah dan Dato Azrul mengiringi Puan Sri Azizah menaiki ambulan tadi untuk ke hospital. Manakala Haikal dan Eera pula menggiringi ambulan tersebut dari belakang dengan menaiki kereta sahaja. Zakuan yang masih di vila pula terpaksa bertolak sedikit lewat kerana terpaksa menguruskan majlis yang masih belum selesai dan memerlukan seseorang menguruskannya. Kasihan pula sekiranya hanya membiarkan Mak Tun seorang sahaja untuk menguruskan majlis tersebut. Lagipun anaknya Aiman masih tidur sekarang ini.

No comments:

Post a Comment