Monday 19 December 2011

Kaulah Matahariku 1

Angin laut yang sepui-sepui bahasa menyapu lembut kemuka. Walaupun ia membawa seribu cerita dan kisah bersamanya. Tetapi kisah yang satu ini biarlah menjadi buku sejarah yang empunya. Sekali lagi ia lalu membelai muka. Terasa damai seketika walaupun ia tidak dapat membawa pergi semua masalah yang difikirkan. Ia juga tidak dapat membawa pergi rasa hati yang sakit bagaikan dihiris-hiris pisau ketika ini.
Berat hati rasanya memikul rasa yang satu ini. Tidak tertanggung rasanya bila difikirkan. Walaupun sudah beberapa bulan berlalu, namun sakitnya tetap terasa. Padangan dilemparkan paling jauh di hujung dunia. Terasa kosong pemandangan yang dilihat di hadapanya ini. Bukannya kosong kerana tiada orang di situ, malah Pantai Cenang Lagkawi ini penuh sesak dengan manusia ketika petang sebergini.
Ramai yang sedang sibuk membuat perbagai aktiviti riadah bagi mengisi masa lapang yang sedia terluang atau sengaja diluangkan ini. Mungkin semua umat manusia yang berada di sini sedang lari dari kesibukan kota yang menyesakan dan merimaskan.
‘Hishh!! Diaorang ni tak ada masalah ke? Kenapala aku ni banyak sagat masalah dalam otak? Hmmm..’ satu keluhan didalam hati dilepaskan. Eera seorang gadis yang kecil molek yang berada di atas pasir Pantai Cenang ini sekali lagi membuang pandangannya ke laut. Terasa sedih pula bila memikirkan masalah yang satu ini. Walaupun masalah lain juga difikirkannya. Tetapi masalah yang satu ini cukup susah rasanya untuk dilupakan. Inilah penangan masalah hati yang kecewa disebabkan cinta.
Cinta? Disebabkan cintalah yang mengheret Eera ke Pulau Langkawi ini untuk mencari secebis ketenangan yang belum tentu lagi dapat mengubati kisah sedihnya. Keluhan kecil dilepaskan lagi entah untuk kali ke berapa. Pandanganya dialihkan ke sekujur tubuh yang sedang bermain pasir tidak jauh di sebelah kanannya. Sedang membina istana pasir mungkin. Tetapi itu tidak menjadi minatnya untuk mengambil tahu apa yang sedang dilakukan oleh sahabat baiknya itu. Dia melihat Anis bergitu tekun menaikan pasir setinggi yang mungkin.
Pandangannya dilemparkan lagi kearah laut untuk melihat pemandangan matahari terbenam ketika siang melabuhkan tirainya. Bergitu indah sekali ciptaan Illahi. Begitu kerdil sekali kita semua sebagai manusia disamping Penciptanya yang tidak pernah rasa bersyukur atas segala pemberian yang dilimpah kurniakan kepada kita sebagai hambanya. Melihat keindahan ini membuatkan Eera sedikit terubat hatinya yang sakit. Disebabkan cinta sesama manusia dia lalai kepada cintanya terhadap yang maha Esa. Sepatutnya cinta itulah yang kekal abadi dan selamanya.
“Jom Eera kita balik. Dah nak masuk magrib dah nih. Aku nak terjah kedai-kedai kat tepi jalan tu sebelum kita balik bilik” sapa anis lembut yang sudah tegak berdiri di sebelahnya sambil menepuk-nepuk lembut bahunya. Entah bila Anis sudah berada di situ pun Eera tidak pasti.
“Jom” pendek sahaja jawapan yang diberi Eera sambil memandang wajah Anis dan semungkin boleh mengukir senyuman manis walaupun dia tahu senyumnya itu agak tawar.
Anis tahu yang kawannya ini masih bersedih walaupn Eera cuba untuk menyembunyikannya. Sudah tujuh tahun mereka berkawan. Sejak dari tingkatan satu lagi mereka menjadi sahabat baik dan apa sahaja yang dilakukan pasti bersama. Malah segala suka dan duka juga pasti akan turut dikongsi bersama. Tidak pernah ada rahsia diantara mereka berdua.
Eera dan Anis sama-sama mengatur langkah kearah Federal Villa Beach Resort Langkawi sambil meninjau gerai-gerai yang berada di sepanjang perjalanan. Tedongak-dongak Anis memerhati barang-barang cenderamata yang dijual di dalam setipa kedai di situ. Manalah tahu sekiranya ada yang berkenan di hati dan dapat menarik minatnya untuk melangkah masuk ke salah sebuah kedai tersebut. Tetapi Eera pulak tidak langsung menunjukkan minat untuk mencari sesuatu untuk dibawa pulang. Mungkin disebabkan oleh perasaannya yang tidak menentu saat ini lah membuatkan dia hilang teruja untuk menikmati percutian mereka.

Ketika asyik Eera melayan perasaan, dia tidak menyedari langsung yang dia hanya berjalan mengikuti lagkah kakinya sahaja. Sepanjang menyusuri jalan untuk ke bilik penginapan yang disewa olehnya dan Anis, mata Eera bergitu asyik sekali memandang ke bawah merenung tanah. Hendak dikatakan ada sesuatu di permukan tanah tersebut pun tidak juga. Namun apa yang pasti Eera merasakan sedikit tenang apabila berbuat bergitu.

Sedang asyik fikirannya melayang entah kemana, tiba-tiba sahaja bahu Eera dirempuh oleh seseorang dari arah bertentangan. Disebabkan rempuhan yang sedikit kuat itu, Eera hilang keseimbangan lalu jatuh terjelopok dibahu jalan. Bohonglah kalau dia katakana tidak sakit. Lihat sahaja cara dia jatuh pun sudah cukup. Sebiji seperti nangka busuk jatuh ke tanah. Itulah, orang kata kalau sedang berjalan tu perlu lihat ke hadapan. Kan sudah mendapat sakit percuma.

“Aduh...” Eera mengaduh kesakitan. Rasa macam hendak tercabut sahaja pinggangnya akibat terhentak kuat diatas tanah sebentar tadi. Sudahlah tubuh orang yang melanggarnya itu terasa keras seperti tiang lampu sahaja. Entah-entah memang dia yang terlanggar tiang lampu kot. Eera membuat andaiyan sendiri.

“Kau tak apa-apa ke?” Suara seorang lelaki menyapa cuping telinga Eera. Manakala Eera pula saat ini merasakan seperti suara lelaki tersebut seolah-olah tidak ikhlas menanyakan soalan itu. Kalau sudah tidak iklas, usahlah ditanyakan lagi. Pergi sahajalah. Lagipun Eera menganggap lelaki itu seolah-olah buta kerana tidak dapat melihatnya yang sedang terduduk menanggung kesakitan. Tetapi apa boleh buat? Dah memang salahnya pun.

“Tu lah akibat jalan tak tengok depan. Pakai redah aja. Lain kali jalan tu guna mata. Jagan guna hidung” Kedengaran suara wanita pula yang menegurnya kali ini. Eera yang mendengar sindiran itu, tiba-tiba sahaja terasa panas cuping telingganya. Kalau dah marah pun, tidak bolehkah dia bercakap dengan sopan? Kita sebagai orang Malaysia kan mempunyai budi bahasa budaya kita apabila bercakap. Sempat lagi Eera mengutuk pemilih suara sebentar tadi.

Eera yang sejak tadi lagi asyik menundukkan kepalanya kerana menahan sakit terus sahaja mendogakkan kepalanya untuk melihat muka-muka manusia yang masih berada di hadapannya itu. tambah-tambahan lagi muka yang menyindirnya sebentar tadi. Tahulah dia yang salah. Tapi jaganlah sampai hendak sakat-menyakat bagai ni. Tak nampak ke orang tengah sakit. Paling kurang tolong hulurkan bantuan pun jadi lah. Eera merungut didalam hati.

Sebaik sahaja Eera mengangkat wajahnya, terus sahaja dia terpandang seraut wajah seorang lelaki yang teramat dikenali olehnya. Ini tidak mungkin! Wajah Eera saat ini terus sahaja mengelopong. Seperti ternampak hantu pun ada juga. Dalam masa yang sama baru Eera menyedari Anis sudah menghilang entah kemana. Sebentar tadi ada sahaja di sebelahnya. Sejak bila Anis menghilangkan dirinya pun Eera tidak menyedarinya. Yang pasti dia sudah keseoranggan saat ini.

“Kau ok ke tak ni? Kenapa lihat aku macam lihat hantu pulak ni?” Tanya lelaki tersebut yang masih berdiri tegak di hadapan Eera dengan muka yang beku. Dia seolah-olah tersenyum sinis apabila melihat Eera dalam kesusahan untuk berdiri. Kelihatan lengan sebelah kiri lelaki tersebut pula dipaut kejap oleh wanita yang bermulut laser sebentar tadi. Bukan main kejap lagi wanita itu memeluk tangan kiri lelaki tersebut seolah-olah tidak mahu melepaskannya. Sudahlah berpakaiyan ala-ala sendat sana sini. Naik berbulu pula Eera melihat gelagat mereka. Tiba-tiba dia terasa perasaan cemburu menerjah ke dalam sanubarinya. Eera tahu yang lelaki tersebut sengaja ingin menyakitkan hatinya. Huh!

Cepat-cepat Eera cuba mengubah riak mukanya. Dia cuba berbuat sepeti tiada apa yang berlaku diantara mereka berdua. Eera juga tidak mahu kelihatan lemah di mata lelaki tersebut walaupun hatinya saat ini hanya Allah sahaja yang tahu bertapa terlukanya dia kerana melihat adengan di hadapannya itu.

“Saya tak apa-apa. Awak tak perlu risau.” jawap Eera kasar. Malas sudah dia ingin memohon belas kasihan dari lelaki di hadapannya itu. Yang pasti, dia akan membenci lelaki itu kerana sanggup mempermainkan perasaannya. Eera ingatkan lelaki ini seorang yang baik. Rupanya selama ini dia menghilang kerana ingin menagih cinta dari perempuan lain. Menyesal Eera rasakan kerana masih setia menunggu lelaki ini untuk merungkaikan segala persoalan antara mereka. Tidak sangka pula jawapan yang diterima akan menggores hatinya sampai bergini sekali. Namun Eera berasa teramat bersyukur kerana berjumpa lelaki tersebut di sini. Kalau tidak sampai ke sudah dia tidak mengetahui akan hal tersebut.

“Betul Kau taka apa-apa ni?” Tanya lelaki itu kasar dan seolah-olah jelik untuk melayan Eera. Lelaki tersebut menanggalkan kaca mata hitamnya dan disangkut di leher baju sambil merenung tajam kearah Eera dari atas ke bawah. Apa yang ingin dilihatnya pun Eera tidak tahu. Sudahlah lihat orang seperti hendak ditelan hidup-hidup. Kalau perasaan sayang suatu ketika dahulu sudah bertukar menjadi benci sekali pun, tidak perlulah lihat orang sampai macam itu sekali.

“Betul la saya taka pa-apa. Sikit aja ni.” Kata Eera tegas. Mana tidaknya. Dia tidak menyangka lelaki yang pernah dia sayang dahulu sudah berubah sampai bergitu sekali. Mana pergi sifat penyayang yang dahulu? Mana pergi sifat ambil beratnya suatu ketika dahulu? Tiada! Yang tinggal cuma perasaan bongkak, sombong, belagak, beku dan banyak lagi lah. Sudahlah mata Eera terasa sakit apabila melihat lelaki tersebut sengaja berkepit dengan perempuan lain. Bukan main mesra pulak tu. Eera merasakan lelaki tersebut sengaja ingin menyakiti hatinya ketika ini. huh!

“Nah. Ni kad nama aku. Kalaw kau nak tuntut apa-apa, telefon nombor dalam kad ni. Mana lah nak tahu kot kau sengaja nak mintak ganti rugi atau nak kikis harta aku.” Tajam lelaki itu memerli. Terasa seperti bilah pedang yang menyiat hati Eera saat ini. Rupanya selama iini, itulah tanggapannya lelaki tersebut terhadap diri dan perasaannya yang tidak pernah berbelah bahagi. Terasa pilu apabila mengingatinya kembali.

Dengan berat hati Eera mengambil juga kad yang telah dihulurkan untuknya. Walaupun empangan air matanya terasa akan pecah bila-bila masa sahaja, Eera cuba juga gagahkan dirinya untuk bertahan. Dia sudah bertekat supaya tidak lagi akan menangis kerana lelaki tersebut. Dalam keadaan mata yang berkaca-kaca menahan air mata dari gugur, sempat juga Eera terpandang nama yang tertulis di kad tersebut. ‘Haikal Adam’ berkerut kening Eera apabila melihat nama tersebut. Kenapa lain nama lelaki tersebut dari yang dia kenal? Huh! Ini mesti salah satu lakonan lelaki tersebut untuk mengaburi matanya. Dia ingat aku bodoh ke apa? Pandai sungguh dia hendak berlakon sampai nama pun hendak ditukar-tukar. Tak guna punya Adnan!!

Dalam asyik Eera menyumpah seranah lelaki yang telah melukakan perasaannya didalam hati, tiba-tiba pantas sahaja tangan gadis yang berkepit dengan lelaki tadi merampas kad nama tersebut. Dalam sekelip mata sahaja kad tersebut sudah beralih kedalam tangan gadis itu. selepas itu dia terus sahaja menarik tangan lelaki tadi supaya meneruskan perjalanan mereka. “Jom sayang. Jagan mengada-ngada bagi nobor phone you kat orang lain. Lagipun takkan you masih percaya perempuan macam ni lagi? Mesti dia Cuma nak kikis harta you sahaja. Siap berlakon berlanggar lagi tu.” berdesing telinga Eera mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut yang berbau longkang milik wanita tersebut. Sedap-sedap mulutnya sahaja hendak mengatakan yang dia ini seorang yang suka mengikis harta orang lain. Kalau diikutkan hati mahu diganyang sahaja perempuan tersebut. nasib baik dia masih waras ketika ini. Yang lelaki itu pula siap menjeling tajam seolah-olah mengiyakan sahaja kata perempuan tersebut. tak guna punya Adnan!!! Sekali lagi Eera menjerit didalam hati.

Selepas pemergian dua manusia yang berdiri dihadapannya sebentar tadi, terus sahaja air mata Eera mengalir laju jatuh ke pipinya. Dia tidak menyangka yang Adnan sanggup melakukannya sampai bergitu sekali. Sekiranya tidak suka sekalipun, usahlah sampai sebergitu sekali dikejinya. Lagipun selama ini mana pernah langsung Eera melukakan hati lelaki tersebut. sungguh kejam sekali insan yang bernama Adnan sehinggakan sanggup menghancurkan hatinya sehingga lumat.

“jom Eera. Napa kau tercegat kat sini lagi ni? Aku ingat dah jauh dah kau jalan tinggalkan aku.” Tiba-tiba Anis menegur Eera dari belakang dan datang menghampirinya. Kelihatan Anis menjinjit beberapa beg plastk di tangannya itu.

“Eh! Ni kenapa pula kau menangis ni? Ada apa-apa yang tak kena ke?” Tanya Anis dengan nada yang cemas sebaik sahaja dia melihat air mata Eera bercucuran membasahi pipi gebu sahabatnya itu. dengan pantas Anis mengelurakan tisu dari dalam tas tagannya dan diserahkan kepada Eera.

“Ad... Adnan” tergagap-gagap Eera menuturkan nama tersebut kepada Anis. Walaupun masih dalam keadaan sedih, dia gagahkan juga menyebut nama tersebut. Kalau ikutkan hati, tidak mahu lagi dia mengingati nama tersebut. Apatah lagi menyebutnya.

“Ha? kenapa dengan Adnan?” Anis kehairanan apabila mendengar nama lelaki tersebut disebut oleh Eera. Lagipun Anis sudah mengetahui akan kesedihan yang ditanggung Eera apabila lelaki itu menghilangkan diri tanpa sebarang berita. Tetapi rasanya Eera sudah semakin pulih dalam beberapa bulan ini.

“Aku ada terserempak dengan dia tadi. Dia dengan perempuan lain. Lepas tu siap berlakon seolah-olah tak kenal dengan aku langsung. Siap nama pun dia sanggup tukar kerana takut terkantoi dengan aku.” Adu Eera dengan sedu yang semakin menjadi-jadi kerana mengenangkna hati yang sudah hancur ini. Kalaulah dia tahu semakin sakit macam ni, lebih baik dia tidak tahu kemana menghilang lelaki itu pun lagi bagus.

 “Sudah-sudah la tu Eera. Kau lupakan sahaja lelaki jenis macam tu pun taka pa. aku yang dengar ni pun sakit hati. Ni kan pula kau. Dah la. Jom kita balik bilik dulu.” Anis cuba menenangkan hati Eera yang sedang kacau sekarang ini. Dia tahu Eera teramat sedih. Tambah-tambahan lagi apabila orang yang disayangi melakukannya.

Selepas agak lama mereka berdiri di situ, Anis menarik tangan Eera supaya mereka meneruskan pejalanan menuju ke bilik hotel tempat penginapan mereka sepanjang berada di Pulau Langkawi ini. Dia tahu Eera masih bersedih, tetapi apa boleh buat kerana siang pun sudah mula hendak melabuhkan tirainya. Lagipun dia tidak mahu lewat sampai ke bilik kerana ingin menunaikan solat magribnya apabila masuk waktunya nanti. Sambil melangkah Eera hanya mendiamkan diri dan melayan perasaannya yang masih berduka akan hal yang baru diketahuinya itu.

No comments:

Post a Comment