Thursday 22 December 2011

Kaulah Matahariku 8


Bab 8
‘Huh! Penat juga jadi kuli Orang tua ni rupanya. Ada sahaja benda yang tak kena.’ Gumam Eera sendirian di dalam kamar tidurnya.
Sudah seminggu dia berkerja dengan Haikal. Sudah seminggu juga dia rasakan hidupnya kini sudah tidak aman. Setiap kali balik kerja pasti dia merasakan keletihan yang teramat sangat. Bukan setakat letih fizikal sahaja, malah mental juga sudah parah dibuatnya. Haikal seolah-olah sengaja mencari kesalahannya walaupun sedikit. Tetapi tidak pula di rumah. Lelaki itu lebih banyak mendiamkan diri daripada bercakap dan mereka hanya bertembung sekiranya waktu makan malam. Manakala sekiranya hari cuti sabtu dan ahad Haikal lebih banyak menghabiskan masanya dengan aktiviti-aktiviti luar.
“Aduh! Kenapa la aku asyik fikir tentang mamat ni pulak? Bikin sakit otak aja.” Rungut Eera lagi. Kali ini suaranya kedengaran memenuhi ruang bilik itu.
Tiba-tiba tekaknya terasa haus pulak di tengah-tengah malam begini. Dia bangun dari pembaringan dan niatnya untuk mendapatkan air di dapur. Eera mengatur langkah longlai kerana rasa letih di pejabat siang tadi masih belum hilang. Dia yakin pada waktu lewat sebegini seluruh penghuni rumah ini sudahpun dibuai mimpi-mimpi indah.
Eera melalui lorong yang suram dan melintasi bilik Mak Siah untuk ke dapur. Apabila sampai di permukaan pintu dapur dia melihat ruang tersebut hanyalah diterangi dengan samar-samar lampu jalan dari luar rumah. tangannya meraba-raba suis lampu untuk membukanya. Sebelum sempat jarinya memetik suis lampu telinganya terlebih dahulu menangkap bunyi geseran kaki kerusi dengan lantai. Matanya menghala kearah meja makan yang terletak di tengah-tengah ruang tersebut. Kelihatan satu lembaga hitam yang mula berdiri berhampiran meja tersebut. Dia tergamam dan merasakan semua darahnya sudahpun turun kekaki. Terasa kecut perutnya ketika ini.
“Han... Hantu!!!” Jerit Eera sekuat hati. Dia sudah mengangkat Kakinya untuk berlari sepantas yang mungkin kearah biliknya. Sampai saja di dalam bilik dia menutup pintu dan menguncinya. Terasa nafasnya sudahpun turun naik dan tidak teratur. Wajahnya pula usah lah diceritakan. Sudah tentu pucat tidak berdarah kerana ketakutan yang teramat sangat.
Beberapa ketika berlalu dia tersentak apabila telinganya sekali lagi terdengar bunyi tombol pintu biliknya dipulas beberapa kali. Terasa lembut lututnya kali ini seperti hendak pitam. Dia melompat naik keatas katil dan menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya yang sedang mengigil. Selepas itu kedengaran bunyi ketukan pula kali ini. Makin lama makin kuat. Bunyi ketukan itu berhenti seketika. Tetapi tidak lama apabila daun pintu biliknya itu diketuk kembali. Kali ini kedengaran suara Mak Siah memanggil namanya. Hatinya sudah mula merasa sedikit tenang. Mungkin wanita itu terdengar jeritannya sebentar tadi. Dengan teragak-agak dia melangkah turun dari katil dan menuju ke arah pintu. Dengan pelahan-lahan dia membuka daun pintu dan menjeguk sedikit kepalanya kearah luar. Apabila wajah Mak Siah kelihatan sahaja terus dia meluru keluar dan memeluk tubuh wanita tersebut. Empangan air matanya sudahpun pecah saat ini.
“Mak siah.. Sya takut!” Eera meluahkan rasanya ketika ini dalam esakkan tangisannya. Memang benar dia betul-betul ketakutan pada saat ini.
“Sya takut apa?” Tanya Mak Siah dengan penuh Kehairanan.
“Sya takut benda tu. Tadi Sya Nampak kat dapur.” Eera menjawab pertanyaan Mak Siah tersebut dan tidak berani menyebut perkataan ‘hantu’ ketika ini. Seram sejuk pula bila diingatkan kembali.
“Ish Sya ni. Mengarut betul la. Mak Siah ingat benda apa la yang dah jadi tadi.” Marah Mak Siah pada Eera. Nasib baik apa yang difikirkannya tadi tidak betul.
“Ha Mak Siah.. betul kan apa yang kal cakap tadi?” Tiba-tiba suara Haikal kedegaran. Entah bila lelaki tersebut berada di situ. Siap tersenyum sinis pula kearah mereka berdua.
“Ye lah kal. Mak Siah ingat apa la yang dah jadi tadi sampai Sya ni menjerit macam kena rasuk hantu.” Jawab Mak Siah cuba mempertahankan dirinya pula kali ini.
Kelihatan Eera sudah terpingga-pinga memandang wajah dua orang manusia ini. Dia tidak faham apa yang sedang dibahaskan oleh mereka. ‘Aku tengah takut ni boleh pulak dia orang ni bersembang lagi ye? Mamat ni pun satu. Dia buat apa kat sini?’ gumam Eera dalam hati sambil memandang wajah Haikal dan Mak Siah silih berganti.
“Huh! Tu la.. Dia ni penakut sangat. Sampai orang pun boleh dia kata hantu.” Keras suara Haikal memberi tahu Mak Siah sekali lagi.
“Kau tengok muka aku ni macam hantu ka ha?!” Sambung haikal lagi dan kali ini matanya menikam wajah Eera pula.
Eera hanya menjawab pertanyaan Haikal tadi dengan hanya gelengan kepalanya sahaja. Dia tertunduk kerana tidak merani menentang pandangan mata lelaki itu lagi. Gerun pula dirasakannya.
“Ha.. tahu pun kau. Yang kau lihat kat dapur tadi tu aku lah lembab” Herdik Haikal pada Eera. marah benar dia kali ini. Ada ke patut minah ni kata dia hantu. Lepas itu ditambahkan lagi dengan Mak Siah yang fikir dia buat benda tak senonoh pula pada gadis tersebut.
Selepas mendengar penjelasan Haikal tersebut, Eera sedikit melopong dan mengangkat mukanya memandang mata Haikal untuk mendapatkan kepastian. Mak siah hanya mendiamkan diri mendengar kemarahan Haikal tersebut.
“Kenapa? Kau tak percaya?” Tanya Haikal lagi dengan nada yang masih keras.
“Tak.. tak.. saya percaya.” Jawab Eera dalam kekalutan.
Haikal sedikit sejuk mendengar jawapan Eera itu. Tadi dia pun terkejut mendegar jeritan gadis tersebut. Rasa macam hendak pecah sahaja gegendang telinganya. Dia memandang lagi wajah gadis tersebut. Dia merasakan sedikit kelainan pada gadis tersebut. Tetapi apa ye? Hatinya mula rasa satu perasaan yang aneh kali ini bila melihat gadis tersebut.
Sedar akan renugan Haikal yang tiba-tiba menjadi redup Eera menjadi sedikit hairan dengan majikannya itu. Tiba-tiba sahaja Haikal boleh menjadi kaku. Dia meraba kepalanya dan baru tersedar yang dia tidak memakai tudung ketika ini. Dengan pantas dia meluru masuk ke dalam bilik dan meninggalkan Haikal dan Mak Siah yang masih berdiri tegak di situ. Dia menutup rapat daun pintu dan menguncinya.
Sambil mengatur langkah kearah katilnya Eera sempat membayangkan renungan Haikal sebentar tadi. Tidak pernah pun lelaki itu memandangnya sebegitu rupa. Selalunya hanya pandangan seperti seekor harimau yang lapar sahaja yang dihadiahkan padanya. Tekaknya yang terasa haus tadi sudah pun hilang entah kemana. Eera membaringkan badannya diatas katil. Terasa lucu pula bila difikirkan perkara yang berlaku tadi. Bukan main marah lagi haikal bila dia menganggap bosnya itu hantu.
Haikal masih tercegat di hadapan pintu bilik Eera yang sudah tertutup rapat. Dia masih memikirkan perasaannya ketika ini yang masih bercelaru. Kenapa sebentar tadi dia merasakan dadanya seperti berdebar-debar bila terpandang wajah gadis tersebut bila tidak bertudung? Pelik betul perasaan ini.
“Ehemm!”
Lamunan Haikal terhenti apabila Mak siah berdehem lembut. Baru dia sedar yang wanita tersebut masih lagi berada di situ. Haikal sedikit mengelabah apabila menyedari pandangan Mak Siah yang seolah-olah boleh membaca apa yang sedang bergolak di dalam hatinya ketika ini.
“Eh Mak Siah tak tidur lagi ka?” Tanya Haikal cuba menutup kelakuannya yang diluar kawalan sebentar tadi.
“Mak Siah nak tidur la ni. Tapi Kal pulak tak nak naik atas lagi ka? Dah lewat sangat dah ni.” Mak Siah bertanya apabila melihat Haikal seperti tidak mahu hendak berganjak dari situ.
“Err.. Saya nak naik tidur lah ni. Selamat malam ye Mak Siah.” Ucap Haikal sebelum dia berlalu dari situ.
Mak Siah hanya menganggukkan kepalanya walaupun berasa sedikit hairan apabila Haikal mengucapkan selamat malam kepadanya. Sebelum ini anak majikannya itu jarang-jarang sekali nak berbudi bahasa seperti ini.
Semasa Haikal sampai pada anak tangga terakhir di tingkat atas, dia bertembung dengan mamanya yang baru keluar dari bilik dan ingin turun ke bahagian bawah. Datin Fauziah mematikan langkahnya dan memandang wajah anaknya yang sedikit kusut ketika ini.
“Kenapa dengan kamu ni Kal?” Tanya Datin Fauziah keada Anak lelakinya itu. Pelik pula bila kelihatan anaknya itu seperti dalam kekeliruan.
“Tak ada apa-apa lah mama. Kal baru nak masuk tidur ni.” Jawab Haikal sambil tergaru bahagian belakang kepalanya yang tidak gatal.
“Hmm.. Tadi mama macam dengar ada orang menjerit kat bawah tu. Apa yang berlaku?” Datin Fauziah ingin mendapatkan kepastian sama ada dia bermimpi ataupun benar-benar berlaku.
“Orang menjerit? Tak ada lah mama. Mama mimpi aja kot tadi.” Dalih Haikal supaya perkara tadi tidak dibesar-besarkan.
“Mungkin kot” Datin Fauziah mempercayai cakap anaknya itu tanpa sebarang syak wasangka. Dia menyambung kembali langkahnya untuk turun ke bawah.
“Selamat malam mama. Kal masuk tidur dulu” Haikal menuju kearah biliknya tanpa berfikir apa-apa lagi. Dia ingin merehatkan tubuhnya yang kelesuan selepas bertekak dengan Sara sebentar tadi. Selepas dia pulang ke rumah sebentar tadi terus dia meluru ke dapur untuk membasahkan tekak yang terasa kekeringan. Sengaja dia tidak membuka lampu di ruangan tersebut kerana merasakan hanya sekejap sahaja dia akan berada di situ. Tak sangka pula disebabkan kecuaiannya itu boleh menyebabkan gadis yang menumpang di rumahnya itu ketakutan dan menganggap dirinya sebagai hantu. Dia tersenyum bila memikirkan hal tersebut. Lucu pula minah seorang ni. Penakut juga rupanya.
****
Pada keesokan harinya apabila Eera bertembung dengan Haikal sebelum ke ruang makan untuk bersarapan dia menundukan mukanya disebabkan malu atas apa yang telah berlaku. Terasa bahang mukanya saat ini disebabkan termalu sendirian. Apa tidaknya. Bukan main kuat lagi semalam dia menjerit sampai bergegar seluruh ruang rumah ini. Tambah-tambah lagi orang yang menyaksikan semua itu adalah Haikal. Kenapalah mamat ni boleh duduk dalam gelap ye semalam? Buang tabiat ke apa bos aku ni?
Eera menjeling wajah Haikal selepas dia melintasi lelaki tersebut. Kelihatan wajah lelaki tersebut hanya serius memandang ke depan. Tapi apa nak dikisahkan. Memang wajah dia selalu serius pun. Kedekut sangat nak senyum. Padahal kalau dia senyum bukan main cair lagi hati aku tengok.
Selesai sarapan mereka bertolak ke pejabat bersama-sama seperti biasa. Dalam perjalanan tiada langsung perbualan diantara mereka yang boleh memecahkan kesunyian. Entah kali ke berapa Eera mengeluh lagi. Susah benar lelaki ini untuk berbicara dengannya. Sepatah ditanya sepatah dijawab. Itupun nasib baik Haikal hendak juga menjawab. Kalau tidak hanyalah dibiarkan seolan yang diajukan dibawa angin lalu sahaja. Mahal sungguh suara dia kecuali marah. Kalau bab marah tak pernah pula nak simpan suara emas dia tu. Vokal dia sahaja boleh buat gelas pecah berderai. Kuat sungguh!
“Kau tak nak turun ka?” Suara Haikal mematikan lamunannya. Baru dia sedar yang dia dah lama mengelamun.
“Err.. Nak.” Jawab Eera dengan mengelabah dan memandang sekeliling. Dah sampai rupanya. Jauh benar dia mengelamun. Mengelamun pasal orang tua kat sebelah dia pulak tu. Tak ada sebab langsung.
“Dah tu? Tak reti nak turun?” Kata Haikal lagi sambil memandangnya kearah hadapan. Haikal merasakan dia tidak boleh pandang wajah gadis di sebelahnya pada waktu sekarang. Rasa lain sangat. Dia pun tidak pasti sebab apa.
Eera menarik muncung. ‘Huh! Tak reti nak cakap elok-elok langsung la mamat ni. Kalau ya pun tak payah la nak halau aku keluar dari kereta mahal dia ni. Aku boleh keluar sendiri!’ gumam Eera didalam hati. Terasa panas pula hatinya kala ini.
Eera membuka pintu kereta dan menutup dengan sedikit kasar. Sedikit aja tau kasar tu. Tak berani nak buat lebih-lebih sebab takut kena telan dengan singa lapar.
Dari jauh Haikal hanya memandang Eera melangkah laju masuk ke banggunan pejabat lima tingkat milik keluarganya. Dia sedar yang gadis itu sentiasa terasa dengan kata-katanya yang pedas belaka. Dia memang sengaja begitu. Tetapi kali ini dia rasa bersalah pula. ‘Kenapa dengan Aku ni? Dah tak betul agaknya?’ Hanya dalam hati sahaja keluhan tersebut terluah sambil dia mengetuk pelahan kepalanya yang disangkakan sudah tidak betul.
****
Hari ini Eera benar-benar merasakan teramat pelik bin hairan. Kenapa senang sangat kerjanya hari ini? Tak perlu mengadap tingkah haikal yang entah apa-apa saban hari. Ada sahaja yang tak kena. Tetapi hari ni Haikal langsung tak memarahinya. Malah kerjanya pun tak banyak seperti hari-hari yang lain. Mana tidaknya. Hari ni cuma secawan kopi sahaja yang dibuat untuk Haikal. Itupun awal pagi tadi sahaja. Kerja lain pula tidak perlu dia lakukan berulang-ulang kali. Adakah dia sudah makin cekap ataupun Haikal sudah malas hendak melayannya dengan salah yang sering dia lakukan? Eera kebosanan. Terasa tiada kerja pula dia hari ini.
Eera menegakkan badannya di atas kerusi pejabat. Dia mendogak sedikit kepalanya dan menyondongkan badannya ke belakang dan rapat pada penyandar kerusi supaya boleh mengintai Haikal melalui dinding cermin yang memisahkan mereka. Kelihatan Lelaki tersebut sedang asyik meneliti kertas-kertas kerja. Ya ke kertas kerja? Bukan lelaki itu selalu malas untuk melakukan sebarang kerja ke? Seperti tidak percaya pula dia kali ini.
Eera mengintai sekali lagi kedalam bilik Haikal.
“Owh Mak!” Eera terkejut dan sedikit melompat. Kakinya diangkat ke atas kerusi secara tak sengaja. Bagaikan mahu gugur jantungnya saat ini. manakan tidak. Dia terkejut kerana Haikal sudah bediri tegak di sebalik dinding kaca tersebut sambil merenungnya. Kantoi! Mengintai lagi kau Eera. kan dah tertangkap. Terang-terang pula tu. Padan muka kau.
‘Huh! Nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalau tak dah lama aku keras kat sini. Tak guna betul Orang tua ni.’ Rungut Eera di dalam hati sambil menghadiahkan jelingan mautnya kepada Haikal. Kali ini dia terpana pula. Sungguh dia tak percaya apa yang dia lihat. Biar betul! Aku mimpikah sekarang ini? Soal Eera di dalam hati kerana melihat Haikal sudah tersengeh macam kerang busuk dan memegang perutnya. Mungkin kerana dia baru lepas ketawa sebentar tadi.
Sungguh selama dia mengenali Haikal tidak pernah lagi dia melihat lelaki itu seceria begini walaupun baru bebeberapa minggu mereka mengenali. Manis pula dia melihat wajah lelaki itu. Kalau selalu macam ini sudah pasti ramai gadis-gadis yang tersangkut padanya. Termasuklah diriku ini. Oh hati! Janganlah kau buat hal sekarang ini. Dia tu tunang orang.
Tangan Eera ligat menyusun barang-barang di atas mejanya. Dia menjadi mengelabah kerana Haikal tidak henti-henti merenungnya dengan sengihan yang masih bersisa. Tidak tentu arah pula dibuatnya.
Haikal masih lagi memegang perutnya yang terasa sedikit sengal kerana terlalu banyak ketawa sebentar tadi. Mana tidaknya. Dia dah tak boleh lagi untuk menahan tawanya walaupun seminit lagi sebab melihat gadis itu terkejut. Boleh pula dia melompat sampai macam tu sekali. Siap naik atas kerusi pula tu. Tak pernah lagi dia melihat orang terkejut sampai begitu sekali. Terasa terhibur pula dia ketika ini.
Dia bukan berniat untuk mengejutkan gadis tersebut. Tetapi dia perasan yang ada orang sedang mengintainya dari luar bilik sebentar tadi. Tetapi bila dilihat kearah luar tiada siapa pula di situ. Disebabkan itulah dia melangkah kearah dinding cermin ini untuk mendapatkan kepastian dan secara tak sengaja dia dapat melihat pertunjukan percuma orang terkejut. Tambahan lagi dia melihat gadis tersebut mengelabah apabila menyedari dia masih di situ. Hatinya tercuit saat ini.
Dengan ketawa yang masih bersisa Haikal melangkah kearah meja pejabatnya. Tidak pernah dia merasakan seceria ini sejak setahun yang lepas. Segala-galanya berubah apabila perkara yang tak disangka berlaku padanya tanpa kerelaan. Segala keceriaannya diragut pergi begitu sahaja.
****
“Wah.. Ramai pulak orang hari ni. Macam mana ni akak?” Tanya Eera kepada Kak lin. Mereka sudah terpacak di hadapan warung yang selalu dikunjungi oleh mereka berdua. Sejak Eera bergelar perkerja di A&F Holding, di sinilah tempat dia menjamu selera setiap kali waktu rehat.
“Ye lah. Kita lambat sebab Sya lah ni. Lambat sangat keluar tadi. Selalu kan kita awal je datang sini” Kak lin merungut atas kelewatan mereka hari ini. Mana tidaknya. Setengah jam dia tunggu Eera selesaikan kerjanya tadi.
“Alah.. Ni semua salah Encik Haikal. Dia tengok Sya nak keluar tadi cepat aja dia bagi kerja suruh siapkan segera.” Runggut Eera pula kali ini. Dia merasakan yang Haikal sengaja nak memendekkan masa rehatnya. Itu tak ada kerja lain la tu. Hendak mendengki aja kerjanya.
“Ha! Tu ada kosong. Ada orang dah bangun.” Kak lin menjerit dan terus menarik lengan Eera kearah meja yang telah dikosongkan oleh sepasang pasangan yang berada dimeja itu sebentar tadi. Meja tersebut mempunyai empat buah kerusi kosong.
Sambil menunggu pekerja gerai tersebut mengemas meja dan mengambil tempahan Eera sempat memerhati sekeliling. Betul-betul ramai pelanggan pada waktu ini. Nasib dapat juga meja kosong untuk mereka ketika ini.
“Sya perasan tak kebelakangan ni?” Kak lin memulakan bicara selepas kelihatan pelayan gerai tersebut beredar dari meja mereka.
“Sedar? Sedar apa kak?” Dahi Eera sudah mengerut. Mana tidaknya. Tiba-tiba aja soalan macam itu ditanya padanya.
“Alah Sya ni. Buat tak tahu pula. Encik Haikal tu. Sejak Sya kerja kat sini, kerap pula dia masuk pejabat. Tak macam dulu. Kejap-kejap hilang. Dah macam biskut chips more pulak akak tengok.” Kak lin menjelaskan pada Eera yang sedang kekeliruan.
“Entah la kak. Sya rasa biasa aja pun. Dari awal Sya mula kerja sampailah sekarang, rasanya tak ada beza pun. Tetapi tabiat suka marah-marah dia tu rasanya dah makin berkurang sekarang ni.” Eera memberi pendapatnya. Sebab dia merasakan Haikal sudah kurang melolong sana sini tak tentu pasal. Dah tak ada suara agaknya mamat tu.
“Betul jugakkan. Sebelum peragai dia berubah Sya pun tak kerja kat sini lagi. Yang marah-marah itu pun satu hal lagi.” Kak lin berhenti sekejap dari menyambung kata-katanya apabila persanan mereka sudah tiba.
“Sekarang ni dia dah kurang sikit mengaum macam singa lapar kat office tu. Akak rasa mungkin peti suara dia dah pecah kot.” Sambung kak lin sambil mengutuk anak bos meraka yang sorang itu. Siap ketawa mengejek lagi tu.
“Assalammualaikum” Tiba-tiba ada suara lelaki memberi salam dari belakan Eera. secara sepontan dia menoleh ke belakang sebelum menjawab salam.
“Waalaikum.... salam” Jawab Eera terputus panjang sebelum menyambung kembali. Mana tidaknya. Sekarang ini dia tengah merasakan tiga kali ganda perasaan terkejut. Dia melopong.
Tak sangka orang yang bagi salam itu adalah Haikal. Sebelum ni mana pernah Haikal bagi salam. Tambahan lagi dia buat apa dekat sini? Dalam gerai yang tidak ada kelas dan hanya dilewati oleh perkerja-pekerja bawahannya sahaja. Mamat ni tengah demam ke apa?
“Boleh saya duduk sini? Meja lain dah penuh la” Haikal meminta izin dan melabuhkan punggungnya disebelah Eera walaupun belum lagi menerima jawapan dari mereka.
Sekali lagi Eera terkejut dengan pemintaan Haikal itu. Dia menjeling kak lin yang berada di hadapannya. Sudah tenganga macam terowong kereta api. Ini jangan kata lalat. Kelawar yang silap terbang pun boleh masuk ni.
“Err.. Encik Haikal buat apa kat sini?” Eera serba salah hendak bertanya pada Haikal tentang apa tujuannya di sini.
“Saya nak tidur kat sini.” Sakat Haikal apabila soalan itu yang diajukan padanya.
“Mesti la saya nak makan kat sini. Kenapa? Tak boleh ke saya makan kat sini? Lagi satu kenapa muka kak lin dengan awak macam nampak hantu?” sambung Haikal lagi. Terasa lucu pula tengok wajah dua perkerjanya saad ini. Tambah-tambah lagi wajah Eera yang mengingatkannya pada kejadian semalam.
Kak lin dengan Eera tertunduk malu atas teguran Haikal tadi. Tidak sedar pula tingkah mereka tadi diperhati oleh Haikal. Haikal kelihatan sudah memanggil pelayan gerai tersebut untuk membuat pesanan.
“Aik? Kenapa diam pulak ni? tadi bukan main lagi rancak bersembang. Siap ada sebut-sebut nama saya lagi tu. Awak berdua kutuk saya ye?” Haikal cuba serkap jarang perkerjanya itu. Sebentar tadi semasa dia sampai di meja ini, dia sempat mendengar dengan jelas namanya disebut. Tetapi tak pula dia menangkap topik perbualan mereka berdua.
“Mana ada!” Jawab Kak lin dan Eera serentak. Mana tidaknya. Tekaan Haikal itu memang seratus peratus tepat.
Haikal mengangkat kedua belah kening atas jawapan itu. Kalau tak kenapa pula nak mengelabah mereka berdua ni?
“Err.. kami Cuma berborak tentang hal kerja aja encik. Tak ada langsung niat nak kutuk-kutuk encik ni.” Kak lin berbohong untuk menutup keterlanjuran mereka mengumpat tadi. Itu lah. kalau Allah nak tunjuk kejap aja pun dah cukup.
Kelihatan Haikal sudah tidak menyoal banyak lagi. Mereka menjamu selera dalam suasana senyap sepi. Kak lin dan Eera tidak tahu lagi nak berbual apa depan bos mereka ini. Terasa kekok pula saat ini. Terasa bagaikan bos mereka telah mencemar duli kerana sanggup makan di gerai yang tak ada kelas langsung. Tambah-tambah bagi orang berada.
Eera merasakan bagaikan dia menelan pasir apabila menyedari mata Haikal asyik menjeling kearahnya sahaja. ‘Kenapa bos aku ni? tak sedap sangat ka nasi tu? Kalau tak sedap kenapalah dia sanggup makan kat sini? Sah malam ni aku suruh mak siah bagi dia makan penadol cepat-cepat. Risau pula dari demam terus jadi tak betul lelaki sebelahnya aku ni.’ Gumam Eera didalam hati.
Dalm diam-diam tingkah Haikal tersebut diperhatikan oleh kak lin. Terasa pelik pula anak majikannya yang seorang ini. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan pula. Siap sanggup makan kat gerai depan pejabat ni lagi tu. Sebelum ni jangan harap la. Nak pandang pun jangan sesekali.

No comments:

Post a Comment