Thursday 22 December 2011

Kaulah Matahariku 13


Bab 13
Pagi itu Eera bangun awal untuk membantu Mak Siah menyiapkan sarapan dan menyediakan bekal ke tempat kerja. Bolehlah dia berjimat cermat sebelum gaji pertamanya diperolehi. Tak sabar rasanya dia hendak merasa gaji pertamanya itu. Setelah berpenat lelah melalui hari-harinya di bandaraya metropolitan ini.
Untuk berkalannya ke tempat kerja dia hanya menyediakan beberapa keping roti bakar dan nasi goring sahaja. Teringat dia semasa hendak membakar roti sebentar tadi. Selalunya dia membakar menggunakan dapur gas sahaja. Tapi kali ini dia terpaksa menggunakan alat pembakar roti. Nasib baik Mak Siah sudi memberi tunjuk ajar cara menggunakan alat pembakar tersebut. Tetapi yang lawaknya Eera pasti terkejut sehinggakan terlompat-lompat apabila setiap kali roti yang siap dibakarnya melompat dari alat pembakar. Tekeluar air mata Mak siah kerana ketawakan telatah Eera yang asyik melatah itu.
Setibanya Eera dan Haikal di lobi banggunan pejabat, mereka berjalan beriringan menuju ke pintu lif. Semasa dalam mereka mengatur langkah ada seorang lelaki memanggil nama Haikal dari berlakang. Mereka berdua menoleh serentak memandang kearah suara tersebut untuk mengetahui empunya suara tersebut.
Setelah pasti siapa yang memanggil namanya, Haikal mengarahkan Eera naik ke atas terlebih dahulu. Mungkin ada hal penting yang bakal dibincangkan oleh mereka. Tanpa berfikir panjang Eera terus meneruskan langkah kearah pintu lif yang sedang terbuka dan pantas meloloskan dirinya. Setelah sampai ditingkat empat Eera pantas mendapatkan meja kerjanya dan duduk berehat seketika.
“Krokkk...” tiba-tiba perut Eera berbunyi.
“Aduh lapar la pulak.” Rungut Eera seorang diri. Ini semua salah Haikal kerana tergesa-gesa hendak keluar rumah sebentar tadi. Tak sempat dia hendak sarapan roti lompat yang dibuatnya sendiri. Eera memberi nama roti yang dibuatnya itu roti lompat kerana semasa membuat roti tersebut dia terlompat-lompat kerana terkejut disebabkan alat yang tidak biasa dia gunakan.
Eera membuka bekas makanannya yang sempat disediakan pagi tadi. Dia mengambil roti bakar yang siap disapu dengan Planta dan dimakan dengan penuh berselera. Mana tidaknya. perut tengah lapar la katakan. Sambil-sambil itu sempat lagi dia berangan duit gaji yang bakal dia perolehi tidak lama lagi.
“Amboi! Sedap-sedap aja kau makan kat sini ye?” Tiba-tiba suara seorang lelaki menyergahnya dari sebelah sisi mejanya. Suara tersebut memang dikenalinya. Siapa lagi kalau bukan bosnya Haikal.
“Opocot Sedapnya roti ini bergula lagi berplanta!” Latah Eera apabila disergah begitu. Terasa bagaikan mahu luruh jantungnya. Roti yang dipegangnya tadi sudah terpelanting kearah Haikal. Kelihatan Haikal menyambut roti tersebut apabila terkena dada bidangnya.
“Ish Bos ni! lain kali bagi la salam.” Marah Eera dengan beraninya. Sudah terkejut seperti ini semua rasa takut terhadap Haikal pun menghilang entah kemana.
Haikal tersengeh sambil menggelengkan kepalanya. Tangannya masih memegang roti yang dimakan separuh oleh Eera sebentar tadi. Asalnya dia cuma hendak menegur Eera. Tetapi bila teringat yang gadis didepannya itu suka melatah apabila terkejut terus sahaja Haikal menyergahnya. Apa yang berlaku tepat seperti jangkaannya.
Haikal sengaja membuat muka serius. “Kau nak makan tu tak reti pergi makan di ruang makan ke?” Tanya Haikal tegas. Sengaja nak gertak Eera yang tiba-tiba menjadi berani marah padanya.
“Err.. Err.. saya ingat waktu kerja tak mula lagi tadi. Perut lapar sangat la bos..” Takut-takut Eera menjawab. Haikal sudah tergelak di dalam hati. Tadi berani sangat dengan dia.
“Banyak la kau waktu kerja tak start lagi. Cuba kau tengok jam tu.” Tunjuk Haikal pada jam yang terlekat di dinding pejabat.
Eera tertunduk. Dia sudah tidak tahu lagi hendak berkata apa. memang salah dia pun.
“Ok la. Aku masuk dulu. Roti ni aku ambil.” Kata Haikal sambil menayangkan roti yang sudah dimakan separuh oleh Eera sebentar tadi. Selepas itu kelihatan Haikal menggigit roti tersebut sambil berjalan menuju kearah pintu biliknya. Sambil berjalan sempat lagi lelaki tersebut melambai kearahnya menggunakan belakang tapak tangan tanpa memandang kearahnya.
Eera tengaga. Mana tidaknya. Bosnya itu makan roti bekasnya tadi. Biar betul Haikal ni. Hati Eera bersuara kerana tidak percaya dengan tindakan Haikal itu.
****
Sedang asyik Eera menaip surat-surat yang diminta oleh Haikal, tiba-tiba ada seseorang sudah berdiri tegak di hadapan mejanya. Dia mendongak untuk melihat empunya badan orang tersebut. Kelihatan seorang wanita yang bergitu bergaya dengan pakaiannya itu berdiri di hadapan Eera. Memang lah bergaya, tetapi sayang. Pakaian yang dikenakan wanita tersebut begitu menjolok mata sekali. Eera merasakan sarung nangka ayahnya di kampung pun lagi elok dari pakaian wanita tersebut yang menonjol di sana sini.
“Dah puas kau tilik aku?” Sinis suara wanita tersebut menyapa telinga Eera.
“Err... Boleh saya bantu Cik?” Tanya Eera sekadar berbahasa dengan wanita yang tidak dikenalinya itu.
“Haikal ada? Aku nak jumpa dia” Kata wanita tersebut kasar. Hanya jelingan sahaja yang diberikan kepada Eera. Tak ada budi bahasa langsung rungut Eera didalam hatinya.
“Oh. Encik Haikal ada. Kejap saya bagi tahu dia. Cik ni siapa ye?” Eera kelihatan ingin menekan intercom diatas mejanya untuk memberitahu Haikal.
“Tak payah bagi tahu dia! Aku masuk sendiri.” Kata wanita tersebut sambil melangkah menuju ke bilik Haikal.
“Cik! Cik!” panggil Eera kepada wanita tersebut. Dia mengejar dari belakang supaya dapat menghalang hasrat wanita itu. Kalau dibiarkan mahu Haikal mengamuk sakan. Tetapi teryata yang Eera sudah terlewat untuk menyelamatkan keadaan. Wanita tersebut lebih pantas menolak pintu bilik Haikal.
Selepas pintu bilik Haikal terbuka pantas wanita tersebut melangkah masuk dan diikuti Eera dibelakangnya. Kelihatan Haikal sedang terbaring diatas sofa biliknya sambil membaca buku.
Haikal terkejut atas terjahan dua wanita tersebut lalu dengan pantas dia bangun dari pembaringan dan duduk.
“Maaf Encik. Saya cuba menghalang tadi” Kata Eera dengan wajah takut-takut. Kalau Haikal marah ni memang masak lah dia. Sempat lagi mata Eera menjeling apa yang dilakukan oleh Haikal. Lah! Dia sedang baca novel rupanya. Ingatkan dia tengah buat kerja tadi. Cis! Dekat aku dia bagi kerja bertimbun-timbun. Saja nak buli aku lah tu. Protes Eera didalam hati
Apabila Haikal sedar akan pandangan mata Eera yang jatuh pada novel yang dipegagnya itu dengan pantas dia menyorokkan novel tersebut di belakang badannya.
“Sara.. awak buat apa kat sini?” Tanya Haikal kepada wanita tersebut yang bernama Sara. Mendegar nama itu dari mulut Haikal barulah Eera tahu yang wanita tersebut adalah tunangnya.
“Aik? Sejak bila pula Sara tak boleh datang sini?” tanya Sara pula kepada Haikal dengan nada yang pelik dan terllebih menggedik itu. Selalu boleh sahaja dia datang sini melawat Haikal.
“Eh bukan tak boleh sayang. Tapi awak tak cakap pun yang awak nak datang sini dulu.” Haikal terasa cuak pula apabila ditanya seperti itu. Risau sekiranya rahsia hatinya akan terbongkar. Mana tidaknya. sekarang ini dia lebih selesa mengelakkan diri daripada tunangnya itu. Eera Hanya memasang telinganya untuk mendengar butir-butir perbualan Haikal dengan tunangnya tanpa sengaja. Nak jadi penyibuk sekejap lah katakan.
Haikal menyedari yang Eera masih disitu. Sangkanya gadis itu sudah keluar dari biliknya tadi. “Kau tunggu apa lagi tu Sya? Dah tak ada apa-apa urusan kau kat sini. Kau boleh keluar sekarang. Dia ni tunang aku, Sara.” Kata Haikal tegas sambil memperkenalkan Sara kepada Eera dan menerangkan situasi sebenar.
Ambil kau Eera sedas. Menyibuk lagi kerja kau. Marah Eera pada dirinya sendiri didalam hati. Sepatutnya dia sudah lama keluar dari bilik ini apabila mengetahui yang wanita tersebut bukan siapa-siapa kepada Haikal. Kelihatan Sara sudah menjeling kearahnya dengan pandangan yang tajam dan menjengkelkan.
“Errr... Err.. baik bos. Kalau ada apa-apa yang boleh saya tolong Encik panggil lah saya kat luar.” Eera memberi tawaran kepada Haikal sebelum melangkah keluar. kelihatan Haikal hanya menganggukkan kepalanya dan mengarah dia keluar.
Setelah hampir setengah jam berlalu tiba-tiba pintu bilik Haikal terkuak dengan kasar dari dalam. Kelihatan Sara keluar dengan muka yang bengis dan matanya kelihatan merah bagaikan biji saga. Gerun pula Eera melihat wajah wanita tersebut. Mungkin tengah marah kot agak Eera didalam hati.
Sara melintasi meja Eera. kemudian dia berhenti seketika sebelum berpatah kembali. Dia menepuk kuat meja Eera dan mengakibatkan Eera betul-betul terkejut. Rasa bagaikan hendak teputus sahaja nyawanya ketika ini. Nasib baik dia tidak melatah tadi dan berjoget-joget di hadapan Sara.
“Kau tahu siapa yang selalu keluar dengan Haikal sekarang ni?” Tanya Sara dengan kasar. Eera hanya menggelengkan kepalanya dalam keadaan takut-takut. Sungguh dia tidak tahu siapa gerangan orang yang ditanya oleh Sara itu. Sara mendegus dengan kasar apabila melihat gelengan daripada Eera. Dia tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dengan perasaan geram yang berbuku-buku dia melangkah pergi dari bangunan pejabat tersebut. Dia pasti akan mencari jawapan sehingga ke lubang cacing sekalipun.
Eera sudah mengurut dadanya apabila terasa seperti tangkai jantungnya seolah-olah ingin putus disebabkan terlampau terkejut sebentar tadi. Jaja yang memerhati sejak tadi sudah melulu datang memhampiri tempat Eera.
“Akhirnya kau jumpa juga dengan Cik Sara kita. Tapi kenapa dengan Cik Sara tu?” Jaja bertanya dengan perasaan hairan. Mana tidaknya. selalu memang lah dia kerap tenggok Sara marah-marah bergitu. Tetapi kali ini marahnya lain benar sehinggakan siap bertepuk tampar meja segalanya.
“Entah la.” Jawab Eera pelahan. Rasa terkejutnya tadi belum hilang sepenuhnya. Patutlah seluruh perkeja di sini selalu mengatakan yang Sara itu garang orangnya. Kali pertama dia berjumpa dengan wanita itu pun dah mengerikan.
“Pelik ni. Selalu kalau keluar dari bilik Encik Haikal tu mesti tersenyum sana sini. Tapi kali ni lain pula caranya.” Terang Jaja tanpa dipinta.
Eera sudah malas untuk memikirkan hal tunang majikannya itu yang boleh dikatakan pelik padanya. Lagipun tiada faedah langsung untuk dia mengambil tahu tentang hal orang lain.
“Dah la.. Malas aku nak fikir. Kau balik la kat tempat kau. Nanti Encik Haikal nampak nanti susah pula.” Pujuk Eera kepada Jaja yang masih bertenggek di hadapan mejanya supaya balik ke tempat sendiri. Dia rasa ingin berseorangan saat ini akibat terkejut sebentar tadi.
“Alah kau ni. aku nak melawat kau sekejap pun tak boleh. Kesian aku tenggok kau terkejut tadi. Dah macam beruk terkena sambal belacan aja aku tengok.” Jaja tergelak besar dengan perumpamaan yang direka olehnya sendiri untuk menggambarkan keadaan Eera sebentar tadi. Bantal ajalah Jaja!
Eera menjegilkan matanya. Apa? Jaja Kata aku beruk? Ini sudah lebih. “Oh! Kau kata aku beruk ye Jaja? Nanti kejap kau! Meh sini aku nak ajar sikit cara beruk macam mana.” Kata Eera yang sudah berdiri dan mengacah seperti mahu menangkap Jaja. Kelihatan dengan pantas Jaja sudah belari kearah tempatnya semula tanpa menoleh kebelakang lagi. Dari jauh Eera melihat Jaja sudah berlanggar dengan Khairul salah seorang pekerja di pejabat itu juga. Eera hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah sahabatnya itu. ‘Seronok lah tu berlanggar dengan kekasih gelap pujaan hati’ kata Eera hanya sekadar didalam hati.

No comments:

Post a Comment