Monday 9 April 2012

Kaulah Matahariku 23

Bab 23
Angin petang menyapa lembut kewajah empunya diri yang sedang menikmati pemandangan petang yang teramat dirinduinya. Dalam tidak sedar, sudah hampir sebulan lebih juga dia telah meninggalkan kampung halaman yang tercinta ini. Siapa tidak rindu akan tempat kelahirannya sendiri? Baik buruk pasti ada juga kenangan yang terpahat di sini.
Eera melabuhkan punggungnya diatas pangkin yang diperbuat daripada papan terpakai dan berada betul-betul dibawah pohon mempelam yang rendang. Ini semua adalah hasil kerja ayahnya untuk mereka sekeluarga menikmati suasana petang di sini sambil menikmati juadah petang apabila cuaca mengizinkan.
Rambut yang sudah panjang melepasi bahu dibiarakan lepas berterbangan ditiup angina. Selalunya bergitulah Eera menikmati angina petang ditepi sawah tampa bertudung. Sekiranya dia berada dikampung, Eera tidak perlu risaukan akan rambutnya yang terdedah kerana rumahnya memang terletak jauh di hujung kampung. Lagipun, pangkin yang diduduki ini pun terletak di belakang rumahnya. Tak mungkin ada yang nampak melainkan ada yang datang untuk bersawah.
Akhirnya terlepas juga rindunya terhadap kampung halaman walaupun dia meninggalnya tidaklah lama mana pun. Tetapi itulah sifatnya yang tidak boleh berlama-lama ditempat orang. Entah macam manalah nanti bila dia sudah berkahwin kelak. Harap-harap Haikal benarkanlah dia kerap pulang ke kampungnya nanti.
Ish! Sedap-sedap menikmati suasana kampung yang dah lama ditinggalkan ini, boleh pulak dia teringgatkan si mamat yang macam lalang itu. mana tidaknya. Sepanjang dia berkerja dengan bosnya itu, sampai sekarang pun masih belum boleh membaca rentak lelaki tersebut. kadang-kadang mood lelaki itu kelihatan baik sahaja. Dalam masa yang lain pula dia akan berubah menjadi beku tak terhingga. Tapi yang paling pelik sekali adalah ketika dia meminta ingin pulang ke kampung awal seminggu dari tarikh mereka akan diijab qabulkan nanti. Ketika itu Haikal nampak keberatan sangan hendak melepaskannya pulang awal. Mugkin tidak mahu dia cuti lama-lama lah tu. tak habis-habis nak menderanya ketika di pejabat. Tapi kalau sudah macam itu, kenapa pulak lelaki itu menghadiahkan telefon bimbit yang mahal ini kepadanya? Bila ditanya, alasan yang diberikan oleh Haikal adalah kerana nanti senang dia hendak menelefon dan bertanyakan tentang kerja-kerja pejabat. Alasan! Macamlah telefon lamanya yang sebelum ini tidak boleh hendak dihubungi langsung. Kalau sudah kedekut nak beri cuti tu cakap sahajalah.
Semalam semasa dia hendak pulangpun, Haikallah yang menghantarnya sehingga ke stasyen bas. Pada mulanya Pak Samat yang akan menghantarnya. Tetapi entah mengapa dan silapnya, Haikal berkeras juga untuk menghantarnya. Jadi, dia pun sudah tidak terkata apalah. Orang sudah hendak hantar takkanlah hendak menolak pulak kan? Janji boleh sampai kampung sudah.
Sedang asyik dia mengelamun, tiba-tiba telefon bimbit yang dihadiahkan oleh Haikal beberapa hari lepas berbunyi. Luruh jugak jantungnya kalau bergini selalu. Cepat-cepat Eera mencapai telefon tersebut dan memandang kearah paparannya. Kelihatan nombor yang tidak dikenali di situ. Nombor siapa ye? Rasanya dia sudah memindahkan kesemuanya nombor kenalannya kedalam telefon ini.
Dengan teragak-agak, ditekannya juga butang menjawab. Manalah tahu mungkin panggilan penting. “Hello?”
Talian sepi seketika walaupun telah berjawab dari pihak Eera. Dia membetulkan kedudukan supaya agak selesa. Tiba-tiba sahaja terasa panas punggungnya dan tidak senang duduk. Manalah tahu sekiranya panggilan ini dari seseorang yang ingin mengganggu ketenteraman hidupnya.
“Hello? Sapa di sana?” Soal Eera lagi bertujuan untuk mengenal pasti siapakah gerangan manusia di sebalik sana. Sekiranya tidak berjawab juga, akan diputuskan sahaja talian yang tidak bermakna ini.
“Hello… Err..” Kedengaran suara garau seorang lelaki menjawab di sebalik sana. Eera terkaku seketika. Dia seolah-olah kenal akan suara tersebut. tetapi dimana dan siapa ye? Seolah-olah terlalu familiar dengan pendengarannya.
“Ya? Encik nak cari siapa?” Terus diajaukan soalan kepada si pemanggil. Manalah tahu kemungkinan orang tersebut tersalah mendail, mungkin.
“Saya nak cari awak lah.” Jawab lelaki tersebut dengan pantas. Kalau tidak mendengar betul-betul ini boleh terlepas gerabak keretapi. Masakan tidak. Pantas sangat sebutannya sebentar tadi.
Eera kehairanan dan sedikit cuak apabila mendengar lelaki itu berkata dia mencarinya. Manalah tahu sekiranya dia ada buat salah tanpa sedar sehinggakan lelaki itu mencarinya. Aduh parah!
“Errr.. kenapa encik cari saya? Saya ada buat salah ke?” Dengan suara sedikit bergetar, Eera menyoal.
“Yup! Awak ada buat salah besar dengan saya.” Jawab lelaki tersebut dengan tegas sekali. Bederau darah Eera sebaik sahaja mendengar kata-kata lelaki tersebut. Seumur hidupnya tidak pernah lagi dia membuat salah besar dengan orang lain. Tambah-tambah lagi dengan orang yang tidak di kenalinya.
“Aa.. apa salah saya yang dah saya lakukan kepada encik?” tersekat-sekat suara Eera hendak mengajukan soalan.
“Oh… Salah awak ni bukan salah kecil-kecil aja tau. Kalau dibiarkan boleh bawa penderitaan kepada saya. Awak nak tahu salah apa yang awak dah lakukan kepada saya?” Soal lelaki itu seolah-olah ingin bermain tarik tali dengan Eera sahaja. Sengaja dibiarkan perkara tersebut tergantung.
“Apa dah saya lakukan?” Dengan pantas Eera menyoal. Dia sudah tidak senang duduk.
“Emmm.. macam ni. Sebenarnya..” Eera bersabar menanti ayat seterusnya apabila tiba-tiba sahaja lelaki tersebut mendiamkan diri agak lama. Didalam hati sudah berasa pelbagai perasaan yang sudah bercampur baur. Dalam masa yang sama juga terasa geram pun ada juga dengan lelaki tersebut yang seolah-olah ingin mempermainkannya sahaja.
“Err.. nanti kita cakap lain boleh tak? Tiba-tiba saya ada kerja penting nak buat ni.” Sambung lelaki tersebut selepas dia mendiamkan diri seketika sebentar tadi. selepas itu talian terus diputuskan tanpa sebarang persetujuan.
Eera tercengang. Eh? Lelaki ni nak cakap ke tidak? Dipandangnya telefon bimbit yang dipegangnya itu beberapakali dan kemudian diletakkan kebali pada telinganya. “Hello? Hello?”
Eera merengus kasar apabila dia pasti yang talian memeng sudah diputuskan oleh lelaki tersebut. Terasa sakit hati pula apabila diperlakukan bergitu. Bila difikirkan kembali, dia rasakan seperti dipermainkan sahaja. kenapalah dia bergitu lurus sangat sebentar tadi kerana mempercayai lelaki yang tidak dikenali itu? buang masa sahaja!
Dengan perasaan yang geram bercampur marah kerana ditipu hidup-hidup, nombor telefon lelaki tersebut disimpan sebagai ‘Orang Gila’. Manalah tahu sekiranya lelaki tersebut menelefonnya lagi dengan tujuan untuk mengganggu.
****
Eera yang asyik membaca novel yang baru dibeli oleh Syafiq petang tadi diatas lantai di ruang tamu rumahnya sekali lagi mengalihkan pandangannya kearah object itu. Masuk kali ini sudah empat kali ia berbunyi seolah-olah tidak serik langsung. Kalau diikutkan, mahu sahaja dibaling ke dinding sehingga berkecai. Tetapi itu tak mungkin terjadi, kerana dia bergitu sayang telefon bimbit barunya itu. Tambah-tambahan lagi telefon tersebut adalah hadiah daripada bosnya Haikal.
Seperti tadi juga, Eera membiarkan bunyi deringan yang mengganggu tumpuannya itu berhenti sendiri. Malas hendak melayan ‘Orang Gila’ yang dia tidak kenali itu. Terasa tepat pula sangkaannya petang tadi yang lelaki tersebut pasti akan mengganggunya lagi.
Selepas deringan telefon berhenti, sekali lagi ia berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk. Ini adalah pesanan ringkas yang pertama masuk sejak diterimanya telefon bimbit tersebut daripada Haikal. beruntung betul orang yang menghantar pesanan ringkas tersebut kerana berjaya merasmikan peti simpanan telefon bimbit ini.
“huh!” Eera merengus kasar apabila nama ‘Orang Gila’ tertera di skrin telefon bimbitnya itu. Walaupun dalam perasaan yang kurang senang, dibukannya juga pesanan tersebut. Perasaan ingin tahu akan isi pesanan ringkas tersebut tetap ada walaupun dia membenci lelaki tersebut.
‘Saya tahu yang awak sengaja tak mahu angkat telefon ni. Kalau awak baca SMS ni, pleas lah angkat. Saya ada benda nak cakap dengan awak ni. Penting sangat.’ Satu-persatu bait-bait tulisan digital pada skrin telefon bimbitnya itu dibaca. Eera tahu yang lelaki tersebut sengaja ingin memancingnya supaya mengangkat ganggang. Kali ini dia tidak mudah lagi terperdaya. Diletaknya kembali telefon tersebut berhampiran dengan dudukkannya sekarang yang sedang bersandar pada dinding papan rumahnya itu.
Tidak lama selepas itu kedengaran lagi deringan menandakan pesanan ringkas masuk. dijelingnya sekejap sebelum mencapai telefon lalu membaca isi yang tertulis. Sebaik sahaja habis membaca ayat-ayat dari orang yang sama, Eera tergamam sendiri. Kenapa lelaki ini betul-betul gila? Kenal pun tidak, tetapi bergitu berani sekali meluahkan ayat seperti itu.
‘Awak ni dah gila ke? Saya tak kenal awak pun. Macam mana awak boleh suka saya? Sedangkan sebelum ini kita tidak pernah jumpa langsung. Lagipun hujung bulan ni saya dah nak kahwin!’ Dengan pantas Eera membalas Pesanan ringkas tersebut. kalau boleh tidak mahu lagi perkara itu berlarutan.
‘Hmmm.. dah nak kahwin ye? Tapi ada saya kisah? Hati saya ni dah sukakan awak. Saya nak awak bertanggungjawab. Saya tak kira!’ Meremang bulu roma Eera membaca ayat lelaki tersebut. siap suruh bertanggungjawab lagi tu. Ingat ini kes apa agaknya? Kalau tak kuat iman boleh ketawa berguling-guling ni. Tapi apa kaitan iman dengan ketawa pula?
Engan melayan lagi lelaki yang dianggapnya gila itu, Eera mematikan telefon bimbitnya itu dan melatakkannya dengan kasar di sebelah. Mukanya pula usah dikatakanlah. Sudah masam seperti mangga muda sahaja. Mood untuk membaca novel pun sudah hilang entah kemana. Ini semua disebabkan lelaki yang entah datang dari planet mana itu.
“Kenapa tu kakak? Masam semacam aja?” Terkejut Eera apabila diajukan soalan tersebut dengan tiba-tiba sahaja. Nasib dia tidak ada sakit jantung. Kalau tidak dah lama kojol agaknya.
“Eh ibu. Tak ada apa-apa lah bu. Dah lama ke ibu duduk kat situ?” Eera menjawab pertanyaan ibunya sebentar tadi dengan bersahaja. Lagipun rasa terkejut dengan sapaan ibunya sebentar tadi pun masih belum hilang lagi. Entah sudah berapa lama ibunya itu memerhatikannya pun dia tidak tahu.
“Ish! Ibu kat sini dah dekat setengah jam pun kakak tak sedar? Tu lah.. asyik sangat berangan tadi. Ingat dekat siapa tu?” Sengaja Halimah ingin menyakat anak sulungnya itu sambil tangannya ligat melipat kain baju. padahal sebentar tadi dia tahu yang anaknya itu begitu khusyuk membaca novel yang baru dibeli oleh adiknya petang tadi. Cuma selepas telefon bimbit anaknya itu berbunyi sahaja Halimah dapat melihat perubahan pada wajahnya.
“Eh ibu ni. Mana ada ingat sapa-sapa pun. Kakak tak sedar sebab baca novel ni ha tadi.” Penuh semangat sekali Eera menyangkal telahan ibunya tadi sambil menunjukkan novel yang dipegangnya itu. kalau boleh tidak mahulah sampai pada pengetahuan ibunya akan gangguan sebentar tadi.
Halimah hanya menggelengkan kepalanya apabila melihat gelagat anaknya itu. Dalam nakal-nakalnya pun, masih ada juga lurusnya. “Ibu tahu kakak tengah baca novel. Saja lah ibu nak sakat kakak. Maklumlah tinggal beberapa hari sahaja lagi dah nak jadi milik orang. Nanti dah tak boleh nak gurau-gurau lagi dah dengan kakak.” Kedengaran sedikit nada sedih di penghujung ayatnya itu.
Eera sedikit tersentak apabila mendengar ayat dari ibunya itu. dengan pantas dia bangun dan menghampiri ibunya itu lalu duduk disebelahnya sambil memeluk bahu ibunya itu. “Jangan lah cakap macam tu bu. Walaupun kakak dah kahwin, tapi kakak janji tak akan abaikan ibu, ayah dan Syafiq. Kakak janji!”
Terharu Halimah mendengar ayat anaknya itu. Dia tahu anaknya itu adalah seorang anak yang baik. Tidak pernah sekalipun menghampakan dirinya dan suami. Pelahan-lahan tangan tuanya mengenggam erat jari-jemari Eera seperti menyatakan yang dia percaya akan kata-kata anaknya itu.
“ibu jangan fikir bukan-bukan lagi ye? Nanti Kakak janji akan kerap balik jenguk ibu, ayah dan adik di kampung.” Sambil berkata. Eera memandang tepat kedalam anak mata ibunya itu. Kelihatan ada air jernih yang mula bertakung di tubir mata tua tersebut. Pelahan-lahan Eera mencium pipi ibunya dengan pernuh kasih sayang. Baginya kasih ibu tidak akan ada penghujungnya.
Halimah mengelus pelahan rambut anak sulungnya itu. “Sudahlah kakak. Ibu tahu kakak takakan pernah lupakan kami di kampung. Tapi satu sahaja ibu nak pesan. Apa-apa tindakkan kakak kelak, pastikan jangan belakangkan suami. Hendak buat apa pun, mintak izin dia dulu. Kalau dia tidak benarkan, jagan buat. Ikut cakap dia selagi tidak melangar hukum dan syarak.”
Eera hanya mampu menganggukkan kepalanya sahaja mendengar pesanan ibunya itu. Dia faham apa yang dimaksudkan ibunya itu. Sekali lagi Eera memeluk erat tubuh tua ibunya itu.
“Dah-dah.. habis busuk badan ibu ni bau peluh kakak.” Sempat Halimah mengusik anaknya lagi. Dia cuba menceriakan kembali suasana yang sudah mula suram di antara mereka. Terjerit Eera mendengar usikan ibunya itu. “Mana ada! Kakak dah mandi lah tadi. Saja je ibu ni nak kenakan kakak.” Sudah sedepa muncung ditarik seolah-olah merajuk. Padahal hanya merajuk-merajuk sayang sahaja. Hehe..
“Dah.. Dah… tak payah nak buat-buat merajuk kat sini. Pergi hidangkan makan malam kat dapur sana. Kejap lagi ayah dengan Syafiq balik dari Masjid nak makan pulak. Ibu nak lipat Kain ni sikit lagi.” Halimah mengarah Eera supaya menyiapkan hidangan buat suami dan anak bujangnya yang akan pulang sebentar lagi.
“Alah ibu nih. Tak sempat nak merajuk lebih-lebih dah kena buat kerja. Oklah.. Oklah.. kakak pergi dululah mem besar!” Mencicit Eera berlari ke dapur sambil ketawa apabila ibunya membesarkan matanya apabila dipanggil ‘mem besar’.
Tergeleng-geleng Halimah melihat perangai anak gadisnya itu. Sudah hendak menjadi isteri orang pun masih nakal lagi. Jagan nanti dah kahwin pun masih tak berubah-rubah sudahlah.
p/s: Sorry lambat update. bz sangat kebelakangan nih dengan final year project. mungkin episod seterusnya pun lambat juga update. bagi sesiapa yag setia menunggu dan membaca cerita ini, saya harap dapat teruskan dan memberi sokongan kepada saya. InsayaAllah akan saya habiskan cerita ini sehingga penghujungnya :)