Thursday 22 December 2011

Kaulah Matahariku 7


Bab 7
Hari ini adalah hari permulaan Eera berkerja di syarikat milik keluarga Haikal. Di sinilah titik pemulaannya untuk mengubah nasib keluarganya di kampung. Walau apa pun dugaan yang akan datang pasti dia akan tempuhi dengan penuh sabar demi sumber rezeki yang halal. Eera menjeling wajah Haikal yang tekun memberi sepenuh perhatian pada pemanduannya. Kelihatan pagi-pagi lagi wajahnya sudah kelat bagaikan tertelan biji durian.
“Apa jeling-jeling? Ada hutang?” Tegur Haikal apabila menyedari Eera yang asyik menjeling kearahnya.
Eera hanya tersenyum. Dia sedar yang dia sudah tertangkap. Tetapi  dia tidak merasakan untuk membalas pertanyaan Haikal tersebut. Lelaki di sebelahnya ini moodnya sentiasa berubah-ubah tak kira masa. Dia tidak dapat mengagak setiap tingkah Haikal. Mungkin memerlukan lebih banyak masa lagi untuk memahaminya.
Selepas pertanyaannya tadi tidak berbalas Haikal mula berfikir lagi. Dia merasakan kali ini mamanya sudah menukar strategi baru untuk memerangkapnya. Mungkin kali ini strategi mamanya itu mengena dan dia tidak dapat mengelak lagi.
Mama sudah memutuskan yang pergi dan balik gadis di sebelahnya ini hanyalah dengan dia seorang sahaja. Tidak mungkin dia dapat mengelak lagi untuk masuk ke pejabat dan melencong ke arah lain. Sekiranya dia mengelak, Eera juga turut tidak dapat masuk ke pejabat. Tiada lagi alasan untuk dia berikan kepada mama sekiranya Eera mengadu padanya. Fikiran Haikal mula berserabut memikirkan hal ini.
****
Langkah mereka berdua beriringan menuju ke dalam ruang pejabat. Kelihatan pekerja-pekerja di syarikat tersebut semuanya memandang ke arah mereka. Ada yang kelihatan sedang berbisik-bisik antara satu sama lain. Tidak kurang juga diantara mereka ada yang hanya menjeling dengan muka seakan-akan jelik melihat mereka berdua. Eera merasa sedikit hairan apabila merasakan dirinya dipandang sebegitu rupa.
Apa yang dah dia lakukan? Rasanya baru kali ke dua dia menjejakkan kaki ke sini selepas berjumpa dengan Datin Fauziah tempoh hari. Tetapi bilik Datin Fauziah bukan pada aras ni. Adakah pakaian yang dipakainya tidak sesuai ataupun ada sesuatu yang pelik melekap pada tubuhnya? Sempat lagi Eera menilik dirinya tetapi tiada yang pelik dimata. Baju kurung yang dipakai pun kelihatan biasa sahaja.
Haikal menolak pintu bilik pejabatnya dengar kasar. Dia melangkah masuk dan diikuti oleh Eera di belakang. Dia berjalan menuju kearah meja kerjanya dan lalu tubuhnya itu di hempaskan ke kerusi . Dia bersandar seketika sebelum menekan intercom yang terletak di atas meja.
“Kak lin. Masuk bilik saya kejap” Suara malas Haikal memecah suasana seketika apabila bercakap dengan seseorang di sebelah sana yang dipanggil kak lin tersebut.
Eera hanya memandang gelagat Haikal yang langsung tidak kelihatan ceria. Tidak sepertinya yang kelihatan begitu teruja untuk memulakan hari pertama bekerja. Tidak lama kemudian kedengaran pintu bilik Haikal ditolak oleh seseorang. Eera berpusing ke belakang untuk memandang gerangan siapa yang datang ke ruang bilik tersebut. Kelihatan seorang wanita yang dalam lingkungan 30-an itu sedang melangkah menghampiri mereka.
“Ya Encik Haikal? Ada apa-apa Encik panggil saya?” wanita tersebut bersuara.
“Kenalkan ini cik Syazeera. Dia yang akan ganti tempat budak yang baru berhenti minggu lepas tu.” Haikal memperkenalkan Eera kepada wanita tersebut.
Wanita tersebut menghulurkan tangan tanda perkenalan. “Saya Syazlin. Pangil aja kak lin. Selamat memulakan kerja di sini.” Ucap wanita tersebut yang senang dikenalinya dengan panggilan kak lin.
Eera tersenyum dan menyambut salam kak lin tersebut. “panggil saya Sya aja.”
“Kak lin boleh tolong tunjukkan Sya ni tempat dia tak? Kenalkan pada staf-staf di sini jugak ye.” Haikal memintas perbualan mereka berdua dalam nada yang malas.
“Boleh Encik Haikal. Ada apa-apa lagi pesanan tak?” Tanya kak lin lagi pada Haikal.
“Rasanya dah boleh keluar.” Jawab Haikal. Tenyata tiada langsung budi bahasa mamat seorang ni. “Oh ya. Tolong ajar dia ni cara-cara nak buat kerja ye. Saya tak suka orang yang tak reti buat kerja ni.” Dengan angkuh Haikal memberi arahan.
‘Mak ai! Sombongnya dia ni. Tak pernah belajar cara berbudi bahasa ka?’ gumam Eera di dalam hati. Kelihatan Kak lin hanya tersenyum.
“Mari Sya ikut akak.” Kak lin bersuara selepas mendengar arahan daripada Haikal.
Mereka berdua melangkah keluar dari bilik Haikal. Selepas pintu dipastikan tertutup rapat. Kak lin pun bersuara. “Kak lin Harap Sya banyak-banyak bersabar ye dengan bos tu. Perangai dia memang macam tu. Kira nak sembur kerjanya walaupun silap sikit.”
Glup! Eera sudah telan liur. Biar betul perangai Haikal macam tu? Dia ingat tak lah teruk sangat perangai mamat ni. Tapi dengar cara dia cakap tadi pun dah boleh tahu dah cara dia. Muka sahaja hansome. Tetapi perangai boleh dikatakan Ting Tong! Apalah azab yang bakal dia terima ni ye? Minta-mintalah Allah permudahkan segalanya sepanjang dia berkerja di sini.
****
Pada Hari ini tiada apa sangat kerja yang boleh dilakukannya. Ini adalah disebabkan dia hanyalah perkerja baru dan tidak punyai langsung pengalaman dalam bidang ini. Bidang terjun la katakan. Semuanya yang dilakukan hanyalah berdasarkan apa saja yang telah diajarkan oleh Kak lin sebentar tadi. Manakala Haikal pula seolah-olah ingin menderanya melakukan kerja yang entah apa-apa. Dalam baru beberapa jam berlalu sudah entah berapa cawan kopi yang dia terpaksa sediakan pada bosnya itu. Ada saja yang tak kena. Padahal bancuh air kopi aja kot. Dia terimbau kembali keadaan sebentar tadi.
“Awak cuba rasa dulu kopi yang awak buat ni.” Kata Haikal sambil memandang kearah cawan yang baru diletak Eera di atas meja kerjanya.
“Kenapa Encik? Ada masalah ke?” Tanya Eera dengan penuh kehairanan.
“Ish awak ni. Tak payah banyak tanya boleh tak? Rasa la kalau saya suruh rasa tu.” Kata Haikal lagi dengan nada sedikit keras.
Dengan perasaan yang pelik Eera akur juga dengan arahan Haikal itu. Perlahan-lahan dia mengangkat cawan tersebut kemulutnya dan menyisip pelahan kopi tersebut. Biasa saja rasanya. Tak ada apa yang pelik pun. Dia meletak kembali cawan tersebut di atas piring.
“Rasa biasa saja pun Encik. Kenapa Encik suruh saya rasa?” Tanya Eera lagi dengan penuh kehairanan sambil memandang kearah wajah Haikal yang sedang menanti jawapan daripadanya.
“Hmm.. Bagus. Awak pergi buat lagi satu macam ni juga. Yang ni awak minum sampai habis.” Kata Haikal sambil tangannya menolak cawan tersebut kearah Eera yang sedang berdiri tegak di hadapan meja kerjanya itu.
Eera mula rasa bertambah hairan dengan sikap Haikal tersebut. Makin pelik pula mamat sorang ini.
“Kenapa Encik suruh saya rasa dulu kopi yang saya buat ni?” Tanya Eera untuk kepastian.
“Saja..” Jawab Haikal pendek.
“Dah! Pergi buat yang baru.” Sambung Haikal lagi dan memberi arahan supaya dia membuat air yang baru.
Disebabkan malas bertekak Eera cuma mengikuti sahaja arahan Haikal tersebut. Lagipun ini hari pertama dia berkerja. Tidak mahulah tunjuk sikapnya yang satu ini iaitu suka menjawab. Dia melangkah keluar dengan muka yang sedikit masam untuk menyediakan kopi yang baru. Cawan yang mengandungi air kopi tadi diletakkan di atas mejanya untuk dihabiskan selepas ini. Tak baik membazir. Itulah pegangannya selama ini.
Setelah siap menyediakan kopi yang baru Eera melangkah semula ke arah bilik Haikal.
“Nah Encik kopi yang Encik minta tadi.” Kata Eera kepada Haikal sambil meletakkan cawan yang mengandungi kopi di atas meja Haikal.
“Hmm..” Jawab Haikal sambil menarik cawan tersebut kearahnya. Dia mengangkat cawan tersebut ke arah mulutnya dan menyisip sedikit dan meletak kembali cawan tersebut.
“Kenapa sejuk ni? Tak mahu yang ni. Awak buat yang lain.” Kata Haikal sambil menolak kembali cawan tersebut kearah Eera.
Eera mula mencebik mukanya. Geram pula dengan perangai Haikal ni. Mengada pulak mamat seorang ni. ‘Sabar Eera sabar! Dia saja nak kenakan kau tu.’ Eera cuba menenangkan hatinya yang sudah mula terasa makin panas.
“Apa awak tunggu lagi tu? Pergi buat yang lain.” Kedengaran suara Haikal member arahan lagi.
“Baiklah Encik. Sekejap ye.” Kata Eera dengan malas. Terasa malas pulak nak melayan perangai Orang tua seorang ni.
Setelah siap menyediakan secawan kopi yang baru buat bosnya yang tersayang. Eera kembali lagi ke bilik Haikal.
Eera menghulurkan cawan kopi tersebut terus ke depan muka Haikal yang tertunduk dan kelihatan lelaki itu sedang membaca sesuatu di dalam file di atas mejanya.
“Nah Encik” Eera sengaja bercakap sedikit kuat kerana dia tahu Haikal tidak menyedari kehadirannya di situ.
Kelihatan Haikal sedikit terkejut dengan suaranya itu. Dia mengangkat muka dan memandang cawan yang dihulurkan Eera yang betul-betul berada di hadapan mukanya.
“Ish awak ni. Nak bagi saya sakit jantung ke?” Kata Haikal sambil menyambut huluran cawan tersebut daripada Eera dan meletak cawan tersebut di atas mejanya.
“Opsss.. Maafkan saya Encik. Saya sengaja tadi. Eh.. silap! Saya tak sengaja tadi.” Jawap Eera dengan sambil menutup mulutnya kerana tersasul.
“Ye lah tu. Awak memang segaja pun kan?” Serkap Haikal sambil memandang wajah Eera.
“Eh mana ada Encik! Saya betul-betul tak segaja tadi” Eera cuba untuk menutup rasa serba salahnya. Risau jugak kalau Haikal naik angin. Tadi Kak lin kata kalau Haikal marah suara dia boleh buat satu bangunan ni bergegar.
“Hmmm.. dah! awak dah boleh keluar sekarang.” Keras suara Haikal menyuruhnya keluar sambil tangannya diangkat dan jari-jemarinya digamit beberapa kali seolah-olah menghalaunya keluar.
“Sya!!!”
Eera tersentak dan lamunannya hilang entah kemana. Terkejut dengan jeritan tersebut yang memanggil namanya. Kelihatan Kak lin sudahpun tersengih seperti kerang busuk di hadapannya sambil melambaikan tangan beberapa kali di depan mukanya.
“Ish akak ni. Bikin terkejut saya ajalah.” Marah Eera kepada wanita tersebut. Nasib baik dia tak ada lemah jantung. Kalau tidak dah lama dia pengsan di sini.
“Ha.. biarkan. Dah penat akak panggil tadi. Boleh pula dia buat tak tahu ye? Asyik betul dengan lamunan dia.” Kata Kak lin sambil melabuhkan punggung di atas kerusi yang terletak di hadapan mejanya itu.
“Eh mana ada saya mengelamun akak.” Kata Eera sambil ingin menutup kekalutan di dalam dirinya ini. ‘Kantoi! Kenapalah aku boleh mengelamun pasal mamat kat dalam tu ye? Buang masa aja.’ Sambung Eera lagi di dalam hati.
“Lepas tu kalau tak mengelamun yang tadi tu apa? Tidur sambil duduk dan mata celik ye?” Kak lin sudah mula menyakatnya.
“Ada-ada je lah akak ni. Akak buat apa kat sini?” Eera mula mencebik dan cuba mengubah tajuk perbualan mereka.
“Cuba Sya tengok jam tu dah pukul berapa? Sekarang ni waktu rehat la. jom kita pergi makan.” Kak lin menunding jari pada jam dinding yang terletak pada dinding pejabat mereka.
Mata Eera turut memandang pada jam yang ditunjukkan oleh kak lin tersebut. Betullah. Dah pukul satu sekarang ni. Memang waktu rehat sekarang.
“Aah la. Sya tak perasan pula tadi.” Kata Eera sambil memandang wajah kak lin yang berada di depannya itu.
“Mana nak perasan kalau asyik mengelamun ja tadi.” Sakat Kak lin lagi sambil tergelak kecil.
“Ish akak ni! Jom la kita pergi makan.” Eera kelihatan sudah malas ingin melayan usikan kak lin tersebut. Menjadi-jadi pulak kalau dilayan.
Eera mengemas mejanya terlebih dahulu sebelum dia bergerak turun menjamu selera. Sebelum dia keluar rehat sempat dia menjengah ke bilik Haikal dan memberi tahu terlebih dahulu kepada lelaki tersebut. Kelihatan Haikal sudahpun terbaring di atas sofa di dalam bilik pejabatnya itu. Tak keluar makan ka bos aku ni? Eera malas ingin memikirkan lagi tentang lelaki tersebut dan terus berlalu mendapatkan kak lin.
****
Semasa menjamu selera bersama kak lin di warung tepi jalan yang terletak tidak jauh dari pejabat mereka itu. Eera sempat berbual-bual tentang hal-hal berkaitan syarikat dan mengorek sedikit tentang sikap Haikal yang pelik di matanya itu.
“Sya nak tahu tak? Sebelum Sya berkerja di sini. Dah lima orang yang berkerja di tempat Sya sekarang ni berhenti tau.” Kak lin memulakan bicaranya.
Eera yang tengah menyedut jus oren mengangkat muka dan memandang raut wajah kak lin dengan penuh tanda tanya. Hairan pula dengan berita yang baru didengarinya itu.
“Kenapa pula akak?” Tanya Eera dengan perasaan ingin tahu.
“Hmm.. ni semua sebab perangai bos Sya tu lah” Jawab kak lin sambil membetulkan tudungnya yang mungkin dirasakan sedikit senget tu.
“Kena pulak dengan Encik Haikal tu akak?” Tanya Eera lagi.
“Mereka semua tu berhenti sebab tak tahan dengan perangai dia tu lah.” Kak lin member jawapan atas pertanyaan Eera tersebut.
“Ha? Kenapa dengan perangai dia tu akak? Dia buat apa sampai jadi macam tu? Teruk sangat ka perangai dia?” Soalan bertubi-tubi keluar dari mulut Eera untuk mendapatkan kepastian dari kak lin. Risau pula bila kak lin bercakap seperti itu.
“Yang mana satu akak nak jawab dulu ni? Satu-satu la nak tanya pun.” Kak lin sudah mula ketawa kecil bila lihat Eera sudah mula panas punggung dan sedikit mengelabah.
“Mana-mana satu lah akak. Cepat la cakap.” Gesa Eera tidak sabar.
“Bukan akak nak takutkan Sya. Tapi nak bagi tahu supaya Sya lebih bersedia esok-esok hari. Takut nanti terkejut beruk pulak kan?” Kata kak lin terhenti seketika dan dia kelihatan sedang mengambil nafas.
Kak lin menyambung kembali kata-katanya itu. “Encik Haikal tu jenis panas baran sikit. Lepas tu cakap pun lepas-lepas ja. Tak pernah nak jaga hati orang langsung. Lepas tu bila dia marah suara macam singa jantan mengaum. Kuat nak mampus sampai satu office boleh dengar.” Kak lin senyap seketika.
Eera kelihatan sedang memberi tumpuan sepenuhnya pada setiap bait-bait kata dari mulut kak lin. Dia benar-benar ingin tahu semua tentang majikannya itu. Kalau boleh tak mahu tertinggal satu pun.
“Lepas tu dia punya perangai kaki perempuan tu tak payah cakap la. tu tak masuk lagi dengan perangai tunang dia yang dua kali lima tu.” Cerita kak lin terhenti seketika bila Eera memintas cakapnya.
“Tunang dia dua kali lima?” Eera makin ingin tahu. Sebelum ni dia pernah juga dengar Datin Fauziah bercerita yang Haikal anak lelakinya itu sudah bertunang. Tetapi tak pula dia pernah berjumpa dengan wanita tersebut.
“Ya.. Cik Sara nama dia. macam singa bertina. Sombong pula tu. Kalau datang lawat Encik Haikal ada saja yang tak kena pada staff-staf di office tu. Padahal dia bukan ada kena mengena pun.” Kata Kak lin sambil membayangkan wajah wanita bengis tambah sombong itu. Geram pulak dia rasa.
“Dia selalu datang sini ka akak?” Tanya Eera dengan perasaan risau. Susah jugak rupanya berkerja dengan Haikal ni.
“Tak jugak. Sebab Encik Haikal jarang masuk office pun. Tapi sekali dia datang macam ribut, taufan, tsunami semuanyalah ada.” Kak lin menjawab soalan Eera tersebut.
“Hish! Takut pula saya dengar kalau macam ni.” Kata Eera meluahkan rasa risaunya pada kak lin.
“Alah Sya. Buat tak tahu ja dengan mereka tu. Akak dah lama pun kerja kat sini. Boleh aja pun bertahan. Cuma jangan ambil pusing sangat dengan mereka tu. Nanti hati pun sakit kalau kita pikir banyak sangat.” Kak lin cuba memberi semangat pula kali ini.
“Hmm.. Harap-harap saya boleh tahan la.” Eera cuba meyakinkan diri sendiri pula.
“Dah la Sya. Jom kita masuk. Dah nak habis pun waktu rehat ni.”
“Ok. Jom lah” Eera sudah berdiri dan mencapai tas tangannya.
Kak lin pun turut berdiri apabila melihat Eera sudah melangkah ke kaunter pembayaran. Dalam perjalanan pulang ke office fikiran Eera makin tidak tenang apabila memikirkan hari-hari yang bakal mendatang sepanjang dia berkerja di sini.

No comments:

Post a Comment