Saturday 4 August 2012

Kaulah Matahariku 31


 Bab 31

Kepala didonggak ke atas memandang langit biru yang luas terbentang. Kepulan awan berarak perlahan merentasi pandangan. Sungguh damai rasanya angin yang bertiup kencang ketika ini. Namun semua itu masih lagi tidak mampu menghilangkan resah dihati. Sekali lagi Eera melepaskan keluhan berat. Terasa sesak otaknya memikir pekara yang dilaluinya. Lepas satu, satu masalah yang datang menimpa dirinya. Selepas ini entah apa pula yang bakal berlaku pada dirinya.

Kedudukan diatas kerusi dibetulkan. Sejak diperkenalkan lelaki tersebut oleh bapa mertuanya sebentar tadi, Eera terus menghilangkan diri ke sini. Waktu kerja juga sudah tidak dihiraukan lagi. Tingkat paling atas bangunan pejabatnya itu dinaiki walaupun ia merupakan kawasan larangan bagi pekerja-pekerja biasa sepertinya. Eera terfikir sejenak. Kenapakah mereka harus berjumpa lagi? Eera rasakan pertemuan ini bukanlah sesuatu yang menggembirakan. Malah luka lama datang kembali.

Haidar Adnan. Itulah nama jejaka yang sudah lama ingin dilupakan olehnya. Walaupun setahun lebih masa berganjak, Eera masih lagi belum mampu membuang nama itu terus dari ruangan hatinya. Berkali-kali dicuba, namun hati ini tetap degil. Rupanya masih ada sedikit rasa yang masih bersisa di situ. Apakah yang harus dia lakukan? Sungguh. Dia betul-betul keliru.

Sekali lagi Eera membuang pandang kearah hadapan sambil memandang bangunan-bangunan pencangkar langit yang terdapat di sekelili bangunan yang didudukinya ketika ini. Dia masih teringat bagaimana Dato Azrul mengenalkannya kepada Haidar sebentar tadi. Fikiran Eera mula mengerawang terhadap peristiwa itu.

****

Muka Eera kelihatan pucat sebaik sahaja memandang muka lelaki dihadapannya itu. Dia begitu terkejut akan pertemuan tersebut sehinggakan seluruh badan terasa kaku dan dahinya mula berpeluh. Bagaikan mimpi sahaja yang mereka akan bertemu lagi dan yang lebih penting, ketika ini.

Kedengaran suara Dato Azrul memecah kesunyian. “Sya. Ini papa hendak kenalkan Sya dengan anak papa Haidar.” Muka Eera dipandangnya sebaik sahaja menyebut nama anaknya itu tanpa sebarang syak. Sudah lama rasanya dia ingin kenalkan Haidar kepada menantunya itu. Tetapi semasa Haikal dan Eera berkahwin tempoh hari, Haidar masih tiada di Malaysia. Kalau ada pun, sudah pasti Haidar tidak akan menghadirinya. Kerana hubungan Haidar dan Haikal masih belum pulih lagi.

Eera masih lagi kaku berdiri di situ sambil memandang wajah lelaki di hadapannya yang persis wajah Haikal. Sungguh. Dia kenal wajah tersebut walaupun hanya mempunyai sedikit perbezaan dengan wajah Haikal. Lelaki itu mengenakan kaca mata dan wajahnya sedikit cengkung. Tambah mengukuhkan lagi adalah nama yang baru disebut oleh Dato Azrul sebentar tadi.

“Sya?” Dato Azrul kehairanan apabila Eera seolah-olah berkhayal sehinggakan tiada langsung tindak balas darinya. Apa yang dicakapkan sebentar tadi hanya dibiar sepi begitu sahaja. Wajah itu kelihatan pucat berbanding sebentar tadi.
Dalam masa yang sama, Haidar yang baru terpandang wajah Eera juga tergamam. Ditenungnya wajah bujur sirih itu dengan perasaan yang tidak menentu. Benarkah apa yang dipandangnya ketika ini? Adakah wanita yang di hadapannya itu adalah orang yang sama?

“Sya? Kenapa ni? Muka Nampak pucat.” Dato Azrul menegur menantunya itu dengan risau. Sebentar tadi elok sahaja pada pandangannya. Kenapa dalam sekelip mata boleh berubah pula? Risau pula kalau-kalau ada yang tidak kena dengan Eera.

“Hai! Saya Haidar Adnan. Selamat berkenalan.” Haidar cuba memecah kebisuan yang tercipta. Sebaik mungkin dia tidak mahu papanya menyedari apa yang berlaku diantara mereka. Belum tiba masanya lagi. Lagipun dia perlu menerangkan apa yang sepatutnya kepada Eera supaya semuanya terungkai. Masih ada yang belum selesai.

“Haidar. Ini papa hendak kenalkan kakak ipar kamu. Syazeera.” Dato Azrul pula mencelah apabila melihat tiada tanda-tanda yang Eera akan bersuara. Terus sahaja Eera diperkenalkan.

Kali ini Haidar sekali lagi terkejut mendengar perkataan yang keluar dari mulut papanya itu. Rasanya dia tidak silap dengar. Pantas wajah Dato Azrul dipandang meminta kepastian. Benarkah Eera merupakan kakak iparnya? Isteri Haikal? Biar betul. Anggukkan dari Dato Azrul mengukuhkan lagi tafsirannya sebentar tadi. Sungguh dia terkejut akan berita tersebut.

“Kakak ipar?” Perkataan itu meniti di bibir Haidar pula kali ini untuk meminta kepastian dari papanya walaupun sebentar tadi Dato Azrul telah memastikannya dengan anggukan. Dia mengharapkan semua itu adalah tidak benar.

“Yelah. Inilah kakak ipar kamu.” Dato Azrul kehairanan. Sudah diberitahu masih ingin bertanya lagi. Apa yang tidak kena pun dia tidak tahu dengan anaknya yang seorang ini. Sudahlah Eera dari tadi hanya membisu sahaja. Muka pula kelihatan pucat sahaja. Adakah menantunya itu sakit? Tetapi bila ditanya tidak pula berjawab.

“Sudah lah. Mari duduk sana. Sudah lama papa tidak berjumpa dengan anak papa ini.” Dato Azrul ingin menamatkan persoalan yang berlegar didalam kotak fikirannya. Bikin serabut sahaja. Langkah diatur kearah sofa lalu dilabuhkan punggung di situ. Manakala Haidar pula mengikuti papanya dari belakang. Sebaik sahaja melintasi Eera, riak muka serba salah dan penuh persoalan dipamerkan.

“Sya.. kenapa berdiri di situ lagi? marilah duduk sini.” Dato Azrul menegur Eera sebaik sahaja sedar akan Eera yang masih berdiri kaku di situ.

“Hah?” Eera tersentak dengan teguran Dato Azrul itu. Jauh sungguh dia mengelamun sebentar tadi. “Err... tak apalah papa. Papa sembanglah dulu dengan Haidar. Sya ada kerja sedikit hendak diselesaikan. Sya minta diri dahulu.” Eera memberi alasan. Harap-harap Dato Azrul mempercayainya. Lagipun secepat mungkin dia ingin lenyap dari sini.

“Hmmm... Kalau macam itu, tak apalah. Nanti kalau ada apa-apa yang Sya perlu, Sya carilah papa di sini.” Dato Azrul memberi kebenaran. Mungkin Eera masih belum bersedia untuk berbual mesra dengan Haidar agaknya.

“Baiklah papa. Sya pergi dahulu. Assalammualaikum.” Tanpa berlenggah dan menunggu balasan salam, terus sahaja Eera melangkah keluar dari bilik kerja Dato Azrul dengan diiringgi padangan dari sepasang mata yang masih tertancap padanya. Siapa lagi kalau bukannya Haidar. Bagi Haidar, segala-galanya perlu dirungkaikan dengan segera.

“Ehem!”

Kedengaran ada suara lelaki berdehem dari arah belakang dan mengejutkan Eera dari lamunan terhadap pertemuannya dengan Haidar sebentar tadi. ‘Ish! Siapa pula yang mengganggu ni?’ rungut Eera didalam hati. Hatinya sudah berdongkol geram.

Dengan perasaan tidak berpuas hati, Eera mengalihkan pandangannya untuk mencari pemilik suara tersebut. Sangkanya tempat ini sudah cukup tenang untuk lari dari sebarang gangguan. Tetapi ternyata tidak. Masih ada lagi orang yang dapat mengganggunya.

Sebaik sahaja mata Eera tertacap pada wajah pemilik suara tersebut, hatinya semakin bertambah geram. Puas sudah dia cuba melarikan diri dari lelaki tersebut. Tetapi wajah itu tetap hadir lagi dalam pandangannya. Siapa lagi lelaki tersebut kalau bukan Haidar Adnan. Lelaki yang pernah melukakan hatinya dengan menghilangkan diri tanpa berita.

“Jauh termenung? Sudah sampai mana?” Haidar memulakan bicara untuk memecah kesunyian. Dia tahu, sekiranya dia tidak memulakan, Eera pasti tidak ingin bercakap dengannya.

Eera mencebik. Dia tahu yang lelaki itu sedang memerlinya. ‘Kalau aku hendak mengelamun pun apa salahnya?’ bisik Eera didalam hati. Lagipun dia merasakan dia tidak menganggu sesiapa pun di sini.

Disebabkan malas untuk bersoal jawab, Eera terus berdiri dan ingin berlalu dari situ. Risau pula pergaduhan bakal tercetus sekiranya dia masih di sini. Apa-apa pun boleh berlaku sekiranya kita sentiasa mengikuti hati yang sedang marah.
Baru sahaja ingin mengorak langkah, lengannya sudah dicengkam kemas oleh Haidar. Dia tersentak. Berani betul Haidar bertindak seperti itu terhadapnya. Pantas sahaja darah mendidih menyerbu naik ke kepala menandakan dia sedang marah.

“Ish! Lepas la!” Suara Eera sedikit lantang memarahi Haidar sambil merentap kuat lengannya dari pegangan lelaki tersebut. Walaupun suaranya sebentar tadi tidaklah sekuat mana, tetapi cukuplah dengan menunjukkan ketidak puasan hatinya di situ.

“Please Eera. Anan minta Eera dengar dulu penjelasan dari Anan terlebih dahulu.” Terus sahaja Haidar merayu. Wajah itu kelihatan mendung sahaja sambil matanya merenung tajam kedalam anak mata Eera untuk memohon simpati.

“Apa lagi yang Anan nak? Antara kita sudah tidak ada apa-apa.” Eera melarikan anak matanya dari pandangan Haidar. Dia tidak mahu termakan dengan pujuk rayu lelaki tersebut. Badannya dialihkan membelakangi Haidar dan memandang bangunan-bangunan yang berada di hadapnnya.

“Harap Eera sudi dengar dulu penjelasan Anan ni.” Sekali lagi Haidar merayu. Dia teramat berharap supaya Eera sudi mendengar penjelasannya ini.
Eera menghembuskan nafas yang panjang. Dia cuba menenangkan dirinya. “Baiklah. Apa penjelasan yang Anan hendak berikan?”

“Err.. sebenarnya...”

Belum sempat Haidar memulakan bicara Eera sudah memintas percakapannya. “Tengok! Bila orang dah beri peluang dia pula tergagap-gagap hendak bercakap. Kalau susah sangat nak bercakap, baik tak payah cakap apa-apa.”

“Nanti dulu!” wajah Haidar sudah mula kelihatan tegang. Dia geram kerana Eera seolah-olah sengaja mencari alasan untuk beredar dari situ tanpa mendengar penjelasannya terlebih dahulu. “sebenarnya masa tu Anan menghilang disebabkan sesuatu perkara telah berlaku. Pekara yang Anan sendiri tidak jangka. Anan diperangkap.”

“Pekara apa?” pantas sahaja Eera menyoal seolah-olah tidak mahu membuang masa di situ. Senyuman sinis terpamer di hujung bibirnya bagi tatapan Haidar. Dia rasakan ini semua hanyalah alasan belaka.

“Anan diperangkap . Anan di tangkap khalwat ketika itu dengan tunang Haikal.” Walaupun susah untuk meluahkan, namun Haidar terpaksa juga meluahkan bagi pengetahuan Eera. Walaupun dia terpaksa membuka aibnya sendiri.

Eera tercengang. Dia seolah-olah tidak mempercayai akan pekara yang baru didengarinya itu. Sampai begitu sekali lelaki itu mengkhianatinya setahun yang lepas? Sangkanya Haidar Cuma sudah tidak mencintainya sahaja. Rupanya lelaki itu siap mempunyai hubungan dengan perempaun lain lagi.

“Huh! Sudah kena tangkap khalwat pun masih hendak merayu untuk diberi peluang?” Eera menyindir. Nasib baiklah rasa cintanya kepada lelaki tersebut sudah berkurang. Kalau tidak entah bagaimanalah dia harus menerimanya.

“Ini bukan salah Anan. Tetapi kami diperangkap. Ada orang yang mempunyai hasad dengki sehinggakan sanggup melakukan begitu.” Anan cuba mempertahankan dirinya. Sungguh. Apa yang diceritakan olehnya itu adalah benar belaka.

“Sudahlah Anan. Kalau sudah silap itu mengaku sahajalah. Usah lagi menegakkan benang yang sudah basah.” Eera sudah malas ingin melayan kata-kata lelaki tersebut. Sesungguhnya perasaan marah dan jelik terhadap lelaki tersebut semakin bertambah. Dia ingin berlalu dari situ.

“Oh ya. Tadi ada sebut kena tangkap khalwat dengan tunang Haikal kan?” Eera mematikan langkahnya sebaik sahaja teringatkan akan penjelasan Haidar sebentar tadi. Kelihatan Haidar hanya menganggukan kepalanya sahaja dengan mata yang kelihatan sayu seolah meminta simpati. Ahhh!! Belakon sahaja semua itu.

“Eera hendak ucapkan tahniah dan terima kasih. Terima kasih atas sumbangan Anan yang menyebabkan Eera berada di sini sekarang. Kalau bukan bantuan Anan, Eera mungkin tidak akan berkahwin dengan Haikal. Rupanya sanggup Anan merampas tunang saudara kandung sendiri. Sungguh kejam.” Panjang lebar Eera meluahkan rasa. bukan dia ingin menyalahkan takdir yang menyebabkan dia terpaksa berkahwin dengan Haikal. Tetapi dia terkilan dengan perkara yang berlaku menimpa-nimpa keatasnya. Langkah diatur meninggalkan Haidar keseorangan di situ. Dia sudah malas lagi untuk berfikir.
Haidar terkebil-kebil memandang tubuh Eera yang semakin menghilang. Sungguh dia tidak tahu apa lagi yang perlu dijelaskan kepada Eera. Kelihatan Eera tidak mahu langsung mempercayai cakapnya. Beberapa kali diraup wajahnya dengan telapak tangan bagi menghilangkan perasaan kecewa. Dia sungguh kecewa kerana setakat ini tiada siapa pun yang mempercayai bahawa peristiwa tersebut bukan salahnya. Semuanya telah dirancang.

****

Sebaik sahaja pintu lif terbuka, dengan pantas Eera mengatur langkah tanpa memandang keadaan sekeliling. Fikirannya sedang berkecamuk. Apakah maksudnya Haidar ditangkap khalwat dengan tunang Haikal? Siapa tunang Haikal itu? Persoalan itu berlegar-legar didalam kotak pemikirannya.

“Aduh!!” Eera terlanggar seseorang. Kedengaran orang itu menjerit lantang sebelum turut jatuh terduduk seperti Eera juga. Pantas dia memandang orang yang dilanggarnya sebentar tadi. Terus sahaja wajahnya bertukar menjadi pucat.

“Kau ni apa hal?! Jalan tu dah tak reti nak tengok depan ka?” Sara menghaburkan marahnya. Dia berdiri dari tempat jatuhnya sebentar tadi dan merenung tajam kearah Eera. Geram pula bila melihat wajah dihadapannya ini. Sesuka hati sahaja melanggar orang.

Muka Sara sudah bertukar seperti seekor singa yang lapar. Kecut Eera jadinya. Air liur ditelan berkali-kali. “Maa.. maaf cik. Sa.. saya tak sengaja.” Tergagap-gagap Eera memohon maaf. Gerun jadinya melihat wajah Sara yang tegang ketika ini. Matanya pula sudah bertukar menjadi merah tanda yang dia sedang marah.

“Senangnya kau hendak minta maaf? Habis tu, baju aku yang dah kotor ni macam mana? Pekerja macam kau ni mampu ke hendak ganti balik?” soal Sara dengan suara yang lantang. Dia terasa teramat marah saat ini. Sudahlah sakit hatinya kepada Haikal belum lagi reda. Sekarang ini wanita di hadapanya ini pula mencari fasal. Pantas sahaja Sara menghampiri Eera dan mencengkap rambut Eera yang tersembunyi disebalik tudung. Dia akan melepaskan segala kemarahannya kepada wanita tersebut.

“Sa.. sakit cik. Ma.. maafkan saya.” Air mata Eera sudah berjuraian gugur dari tubir matanya. Sesungguhnya dia berasa sakit dan malu diperlakukan begitu. Sudahlah dihadapan orang ramai pula. Pasti maruahnya seolah-olah dipijak-pijak oleh Sara ketika ini.

“Hey perempuan! Orang kampung macam kau ni tak layak langsung berada di bangunan ini. Kau tak layak langsung hendak bersentuh dengan aku walaupun berlanggar sekalipun. Tengok dari pemakaian kau pun aku tahu yang kau ni orang miskin.” Sara berkata perlahan dihadapan muka Eera seolah-olah berbisik tetapi suaranya ditekan kasar. Kelihatan rahangnya bergerak-gerak menahan marah. Cengkaman pada rambut Eera dikuatkan.

“Ahhh...” Eera terjerit kerana di rasakan seolah-olah kulit rambutnya seperti hendak tercabut sahaja. Dalam keadaan begini, tiba-tiba sahaja wajah Haikal terlayar diruang matanya. Disaat ini, cuma Haikal sahaja yang berada dalam fikirannya.

Sara melepas kasar rambut Eera. Eera sedikit terdorong ke belakang. Nasib baiklah dia tidak terjatuh kerana sempat mengimbangkan badannya. Mata Eera sudah terpejam rapat dan tangan diangkat untuk melindungi wajahnya sebaik sahaja telihat Sara sudah bersedia ingin menampar pipinya. Ya Allah! Apalah dugaanmu ini. Air mata sudah laju berjuraian membasahi pipinya.

Setelah merasakan tiada apa-apa yang berlaku terhadap dirinya. Eera membuka matanya pelahan-lahan. Dia dapat melihat wajah Sara sudah bertukar pucat. Tangan yang ingin menamparnya sebentar tadi rupanya sudah dicengkam oleh seseorang lelaki yang membelakangi dirinya ketika ini.

“Haikal...?” Suara Sara perlahan sahaja menyebut nama itu. Eera terpana seketika. Benarkah Haikal yang menyelamatkannya?

“Apa yang kau buat ni? Kenapa hendak buat kecoh dekat sini?” Suara Haikal bergema memarahi Sara. Tangan Sara dilepas kasar lalu dirapatkan dirinya mendekati Eera. Bahu Eera dipeluk dan menariknya kedalam pelukan.

“Aku minta kau pergi dari sini dengan cara baik. Kalau kau tidak pergi, aku akan buat cara yang paling memalukan supaya kau pergi.” Haikal mengarahkan Sara dengan penuh tegas. Wajahnya kelihatan tegang sahaja.

“Ta.. Tapi.., I”

“Tak ada tapi-tapi lagi! Sekali lagi aku Nampak kau sakitkan isteri aku, siap kau. Aku cari kau sampai ke lubang cacing.” Pantas Haikal memintas percakapan Sara dengan suara yang lantang. Pasti semua yang berada di situ dengar akan apa yang baru sahaja disebutkan oleh Haikal sebentar tadi. Semua kelihatan sudah berbisik-bisik diantara satu sama lain.

Eera tergamam apabila mendengar Haikal mengaku yang dia adalah isterinya. Dirasakan bagaikan mimpi sahaja saat ini. Air mata yang laju mengalir ke pipi, secara automatik boleh terhenti.

Sara mendegus kasar. Rupanya wanita itulah isteri Haikal. Tidak sangka kehadirannya ke sini hari ini telah memaksa Haikal membongkarkan rahsianya sendiri. “Baiklah! I akan pergi dari sini. Tetapi you kena ingat, I akan pastikan perempuan ini terima balasannya disebabkan merampas you daripada I.” Kaki dihentak kuat meninggalkan bangunan A&F Holding. Hati Sara berdongkol geram. Dia akan balas dendam terhadap perempuan tersebut. Lihat sahajalah nanti.

“Kau tak apa-apa?” Tanya Haikal kepada Eera sebaik sahaja kelibat Sara sudah hilang dari pandangan. Dagu Eera disentuh lembut lalu dipusing- pusing wajah Eera untuk melihat pipi isterinya itu. Risau juga sekiranya ada kecederaan yang berlaku. Sekiranya dia terlambat sedikit, sudah pasti pipi gebu tersebut telah menjadi habuan penampar Sara sebentar tadi. Nasib baiklah hari ini dia tergerak hati untuk datang ke sini untuk mengambil barang yang tertinggal.
Pipi Eera sudah kemerah-merahan menahan malu apabila diperlakukan begitu. Dia menjadi keliru seketika. Adakah Haikal sudah lupa akan penjanjian mereka sebelum ini? Adakah dia sudah diterima dalam hidup suaminya itu?

“Err.. Err.. saya tak apa-apa.” Eera tertunduk sambil menahan perasaan halus yang tiba-tiba sahaja menjengah hatinya. Apakah maksud perasaan tersebut? Sebelum ini dengan Haikal dia tidak pernah berasa seperti itu.

Tiba-tiba pelukan pada bahu Eera dilepaskan. Haikal tersedar. Rupanya ego yang dipertahankannya selama ini sudah menghilang entah kemana. Dia telah terlepas laku sebaik sahaja terlihat Eera diserang oleh Sara sebentar tadi. Sifat melindunginya tiba-tiba sahaja menggunung sampaikan perkataan isteri terluah dari bibirnya sendiri. Dipandangnya keadaan sekeliling. Rupanya orang ramai sudah mula berbisik-bisik diantara satu sama lain. Mungkin sedang bercerita akan perihal dirinya dan Eera.

“Ehem..” Haikal berdehem bagi menutup keegoannya yang sudah tercalar sebentar tadi. “Aku datang ni nak ambil barang yang tertinggal. Kau tolong aku kemaskan sekejap.” Pantas sahaja tangan Eera ditarik lalu menuju kearah bilik kerjanya. Dia tahu yang mata para pekerjanya ketika ini masih lagi dituju kearah mereka berdua.

Sebaik sahaja kelibat Eera dan Haikal menghilang disebalik pintu bilik kerjanya, suasana ruang tersebut menjadi gamat dengan suara-suara orang bercakap-cakap diantara satu sama lain. Pasti berita yang baru didengari mereka sebentar tadi menjadi perbualan hangat diantara mereka.


p/s: huhu.. lama sudah tak mengarang. sibuk betul kebelakangan ni. entah apalah dah jadi dengan Haikal dan Eera ni. :)

Thursday 21 June 2012

Kaulah Matahariku 30


Bab 30

Meja kerjanya dipandang kosong. Hari ini merupakan hari pertama Eera memulakan kerjanya selepas status diri dari bujang bertukar kepada isteri orang. Tetapi itu cuma keluarga terdekat kedua belah pihak dan Haikal sahaja yang tahu. Manakala seluruh warga syarikat milik mertuanya tiada siapa yang tahu. Untuk apa diberi tahu? Sedangkan orang yang mengahwininya pun tidak mahu mengaku dia adalah isterinya.

Hari ini Eera datang ke pejabat dengan menumpang Jaja. Nasib baik sahabat baiknya itu mempunyai kenderaan. Tambahan lagi tempat kerja mereka adalah sama. Teringat kembali semasa dia tinggal di rumah Dato Azrul sebelum ini. Setiap pagi hendak ke tempat kerja, pasti dia dan Haikal akan bertolak bersama. Malahan di tempat kerja juga mereka pasti akan berjumpa. Senang kata tiap-tiap harilah dia mengadap wajah suaminya itu. Terasa lain pula apabila tidak dapat memandang wajah itu lagi. Eera dimaklumkan oleh papanya yang Haikal sudah mula menjalankan tanggunjawabnya keatas syarikat yang telah diamanatkan kepada beliau. Mungkin selepas ini mereka tidak akan bertemu lagi.

Eera memandang kearah bilik yang pernah diduduki oleh Haikal sebelum ini. Kosong. Kosong tanpa penghuni. Kalau tidak hari-hari dia dapat melihat gelagat malas suaminya itu ketika berkerja. Kadang-kadang dia dapat lihat Haikal terbaring diatas sofa didalam bilik tersebut ataupun lelaki itu akan bersandar malas diatas kerusi kerjanya. Semua itu seolah-olah bermain kembali dimata Eera.

Sedang asyik mengelamun, Eera dikejutkan dengan bunyi intercom diatas mejanya. Dengan malas dia menjawab juga. Pasti ini adalah panggilan penting kerana talian dari bapa mentuanya sedang menyala lampunya.

“Ye, Saya Syazeera disini. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Sebaik sahaja ganggang diangkat, pantas sahaja Eera mengenalkan diri dan menanyakan apa yang dapat dia membantu gerangan orang yang berada di seberang sana.

“Sya.. ni kak Lisa ni. Bos, Dato Azrul nak jumpa. Sekarang..” Lisa yang sebagai pembantu bapa mentuanya menyampaikan pesanan yang ditugaskan kepadanya. Berkerut dahi Eera mendengarnya. Untuk apa bapa mentuanya ingin berjumpa dengannya? Sebelum ini tidak pernah-pernah mereka berjumpa diwaktu pejabat. Ada hal pentingkah?

“Err.. ada apa Dato Azrul hendak jumpa Sya?” Eera cuba merisik khabar. Manalah tahu kalau-kalau Lisa tahu sesuatu.

“Akak tak tahu lah Sya. Dato cuma suruh beritahu Sya supaya datang kebiliknya sekarang.” Lisa tidak dapat memberi sebarang jawapan ketika ini. Sungguh dia sendiripun tidak tahu sebabnya.

“Emmm… kalau begitu, sekejap lagi Sya naik ke sana.” Eera memberi kata putus. Terpaksalah dia berjumpa dengan bapa mertuanya itu di tingkat atas yang terletak satu aras lagi dari arasnya sekarang.

Selepas meletakkan ganggang kembali kepada tempatnya, Eera mengemas-ngemas sedikit meja yang berselerak dengan pen dan kertas. Selepas siap dia mula mengatur langkah kearah lif untuk naik ke tingkat atas. Kalau boleh, dia tidak mahu Dato Azrul menunggunya lama walaupun itu adalah bapa mertuanya sendiri. Kerja tetap kerja. Itu adalah prinsip Eera sendiri. Orang hendak mengajikannya ini pun sudah kira cukup baik.

Butang lif untuk ke tingkat atas ditekan. Tidak lama harus dia tunggu kerana pintu lif cepat sahaja terbuka. Tanpa membuang masa, terus sahaja Eera melangkah masuk kedalamnya. Butang aras yang ingin dituju ditekan. Sambil-sambil menunggu pintu lif terbuka kembali, sempat Eera memerhati biasan dirinya pada permukaan pintu lif yang sudah dianggap seperti cermin. Tudung dibetulkan sedikit. Padahal bukan ada apa-apa yang tidak kena. Cuma dia tidak betah hanya duduk diam sahaja didalam lif tersebut seorang diri.

Pintu lif terbuka. Eera melangkah menghampiri meja Lisa yang terletak di hadapan pintu bilik Dato Azrul. Kelihatan wanita tersebut asyik sekali mengemaskini fail-fail dihadapannya. Mungkin ada kerja yang perlu diselesaikan ketika ini. Nampak sibuk sahaja.

“Kak Lisa.. Dato ada di dalam ke?” Eera menegur Lisa yang seperti tidak menyedarinya yang sudah beradi di hadapan wanita tersebut.

“Oh Sya dah sampai. Maaf kakak tak perasan tadi. Sya boleh terus masuk sahaja ke dalam bilik dato. Dato sedang tunggu Katika ini.” Kak Lisa menyampaikan pesanan. Eera hanya menganggukkan kepalanya tanda faham akan maksud wanita tersebut.

Pintu diketuk terlebih dahulu. Sayup-sayup kedengaran suara orang dari dalam menyuruhnya masuk. Siapa lagi kalau bukan Dato Azrul merangkap mertuanya itu. Pintu ditolak dengan penuh sopan. Sebaik sahaja pintu terbuka, kelihatan wajah Dato Azrul yang sedang menghadiahkan sekuntum senyuman kepadanya. Pintu bilik tersebut ditutup semula.

“Assalammualaikum Dato. Dato hendak jumpa dengan saya ke?” Eera bertanya untuk kepastian walaupun sudah berkali-kali disahkan oleh Lisa sebentar tadi.

“Ish Sya ni! Apa pula Dato, Dato. Panggil papa sudah. Bukan orang lain pun. Sya tu kan menantu papa juga.” Dato Azrul menegaskan panggilan yang perlu Eera memanggilnya sekarang. Lagipun mereka bukan orang lain lagi. Sudah menjadi menantu dan mertua pun.

Eera menghampiri Dato Azrul lalu bersalam dengannya. “Err.. bukan Sya maksudkan macam tu. Tetapi rasa macam tidak sesuai pula hendak memanggil di pejabat ini papa, ‘papa’. Rasa macam kurang formal.” Seboleh mungkin Eera menerangkan situasinya yang sebenar. Risau pula Dato Azrul bakal bekecil hati dengannya.

“Hmmm.. ikut suka kamu lah Sya.” Kedengaran seolah Dato Azrul enggan mengambil pusing akan hal tersebut. “Kamu dengan Haikal bagaimana sekarang?” Tiba-tiba sahaja soalan itu terpacul dari mulut Dato Azrul.

Terkelu lidah Eera seketika untuk menjawab. Entah jawapan apa yang harus dia berikan kepada bapa mertuanya itu pun dia tidak tahu. Hendak berbohong ataupun bersikap jujur sahaja? Eera kepeningan.

“Tak apa lah Sya. Sebenarnya papa tahu apa yang berlaku antara kamu dengan Haikal. Cuma papa agak terkilan kerana Haikal sanggup lakukan bergitu terhadap kamu. Padahal kamu tidak salah apa-apa pun. Yang salah cuma papa. Mugkin papa silap percaturan masa muda dahulu. Yang terpaksa menanggung akibatnya pula adalah kamu. Papa minta maaf.” Kedengaran suara Dato azrul semakin sayu. Suaranya kedengaran agak bergetar meluahkan kata. Eera sedikit terkejut. Dia tidak sangka yang Dato Azrul tahu akan hal tersebut.

“Tak apa lah papa. Papa tak salah apa-apa pun dengan saya. Mungkin semua ini sudah tersurat begini. Saya terima dengan redha sahaja.” Eera menjawab tenang. Sengaja dia tidak mahu Dato Azrul berasa serba salah. Biarlah dia yang menanggung semua ini. Pasti setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.

“Mungkin memang semuanya sudah tersurat. Tetapi papa tetap terkilan. Mungkin kalau papa tidak ikutkan hati dahulu, papa tidak akan tinggalkan Haikal terkontang kanting berseorangan dengan datuknya. Semua ini disebabkan papa sendiri terlalu mengejar kemewahan sampaikan anak dan isteri terabai. Nasib baiklah mama kamu itu seorang yang tabah. Walaupun tanpa suami, dia berusaha untuk berjuang untuk anak-anak sehinggakan kesihatan terabai.” Dato azrul mengambil nafas seketika. Kelihatan ada linangan air mata di kelopak mata tua itu. Eera hanya mampu mendengar sahaja. Sungguh sebenarnya dia tidak percaya yang keluarga suaminya itu terlalu konflik sejarahnya.

Selepas seketika, Dato Azrul menyambung kembali ceritanya. “Disaat itu, mama kamu bertarung dengan maut disebabkan kemalangan. Kerana kejadian itulah, arwah datuk Haikal mengambilnya untuk dijaga sementara mama kamu masih dalam koma. Alhamdulilah selepas seminggu mama kamu sedarkan diri kembali. Dalam tempoh itu juga, kasih sayang antara datuk dan cucunya itu terjalin kukuh. Bila mama hendak mengambilnya kembali, datuk kamu tidak izinkan. Dia ingin menjaga Haikal katanya. Lagipun kesihatan mama kamu belum pulih sepenuhnya ketika itu. Sebab itu datuk Haikal keberatan hendak melepaskannya.”

Dari linangan air mata, ia bertukar menjadi tangisan. Air mata Dato Azrul berjuraian jatuh ke pipi. Eera terkelu sekali lagi. Pantas dia menghampiri mertuanya itu dan menepuk perlahan bahunya. “Sabar papa. Kisah lama usah diungkit.” Hanya itu sahaja yang mampu Eera katakan.

“Papa tidak akan maafkan diri papa ini selagi Haikal tidak maafkan papa. Sebelum ini papa ingatkan dia sudah boleh memaafkan papa. Tetapi rupanya masih ada dendam didalam hatinya itu. Lagipun dia memang berhak marahkan papa. Ketika keluarga papa dalam kesusahan, di mana papa ketika itu? Dimana papa untuk menjadi perlindung mereka? Cuma peniagaan sahaja yang menjadi dunia papa.” Tidak tertahan-tahan lagi tangisan Dato Azrul sehinggakan menjadi sendu sedan. Eera yang mendengar sudah tidak tahu apa lagi yang harus dia lakukan ketika ini. Malah untuk berkata sebarang perkataan pun dia tidak mampu. Dia bukan seorang yang pandai memujuk.

Eera membiarkan Dato Azrul melepaskan segala perasaannya ketika ini. Biarkan diluahkan segalanya. Mungkin selepas ini, bapa mertuanya itu akan bertambah baik.

“Maafkan papa sebab meluahkan perasaan pada Sya.” Kedengaran suara serak-serak basah Dato Azrul sebaik sahaja tangisannya semakin reda. “Papa cuma tidak tahu hendak diluahkan kepada siapa lagi. Lagipun papa hendak minta izin daripada Sya untuk menebus segala silap yang telah papa lakukan. Mungkin tidak banyak yang dapat papa lakukan. Tapi cukuplah kalau Sya dapat maafkan Haikal. Dia tidak salah dalam hal ini. cuma disebabkan dendam dia kepada papa, Sya menjadi mangsa. Berikan dia peluang untuk berubah. Papa merayu kepada Sya buat kali ini.” Bersungguh-sungguh Dato Azrul merayu kepada Eera. Serba salah dibuatnya. Bohonglah kalau Eera katakan dia tidak terasa atas apa yang telah Haikal lakukan kepadanya. Tetapi dia juga tidaklah sampai hendak berdendam dengan suaminya itu. Lagipun benda sudah berlaku. Cuma dia harus beringat supaya perkara itu tidak akan berulang lagi di kemudian hari.

“Eh..! papa tak perlulah minta maaf dengan Sya. Papa tak lakukan apa-apa salah dengan Sya pun. Lagipun tentang Haikal tu Sya tak ambil hati pun. Mungkin sebelum ini Sya juga terasa dengan apa yang dia lakukan. Tetapi masa tu Sya tak tahu apa-apa. Sekarang ini Sya akan cuba memahaminya.” Eera cuba memujuk Dato Azrul dan cuba meyakinkan bapa bertuanya itu. Lagipun dia terjebak di dalam hal keluarga ini juga adalah bersebab. Dia juga harus menebus kebahagiaan keluarganya sendiri. Mungkin semua ini memang sudah tersurat. Dan dia hanya mengikut laluannya sahaja.

“Terima kasih Sya kerana sudi memahami keadaan yang sebenar. Papa tak tahu macam mana hendak balas. Tapi papa akan doaakan kalian akan berbahagia suatu hari nanti.” Dato Azrul mula mengukirkan senyuman. Mungkin terasa sedikit lapang dengan penerimaan Eera ketika ini.

“InsyaAllah papa. Kalau ada jodoh dan kebahagian kami di situ, pasti kami akan bersatu. Tapi saya tidak berani hendak menaruh harapan yang tidak pasti. biarlah dia datang sendiri. Dan waktu itu pasti saya akan menerima dengan hati yang terbuka.” Eera hanya mampu tersenyum nipis kepada Dato Azrul. Bohonglah kalau dia katakan dia tidak inginkan kebahagiaan. Tetapi buat masa ini dia enggan memikirkan. Eera rasakan kebahagiaan yang ingin dia kecapi itu terlalu jauh darinya.

“Oh.. lupa pula papa. Asyik sangat meluahkan perasaan sampai terlupa.” Dato Azrul membuka laci meja kerjanya. Dia mengeluarkan sampul surat berwarna coklat dari dalam laci tersebut. Eera hanya memerhati. Tertanya-tanya juga apakah benda tersebut.

“Ni geran tanah kamu yang telah dibeli oleh nenek Haikal untuk mengugut kamu supaya berkahwin dengan Haikal.” Eera sedikit tersentak. Maknanya Dato Azrul sudah tahu akan hal sebenar. Eera menelan liur. “Sya tak perlu risau. Sekarang ini semuanya sudah menjadi hak mutlak kamu sekeluarga. Yang itu papa akan pastikan.” Sambung Dato Azrul lagi. “Dan ini.” Dato azrul meletakkan sepasang kunci diatas meja berserta sekeping kertas. “Papa Hadiahkan kamu sebuah kereta supaya kamu mudah berulang alik datang ke tempat kerja. Tapi kalau Sya hendak tinggal dengan papa dan mama pun kami tidak kisah. Hari ini juga kamu boleh berpindah masuk semula. Yang ini pula check yang Mak papa janjikan pada kamu dahulu kalau kamu sudi ikut cadangan gilanya itu.” Eera tertunduk malu. Risau sekiranya Dato Azrul memikirkannya seorang yang tamak. Berkahwin dengan Haikal adalah disebabkan wang.

“Terima Kasih papa. Tapi..” Eera tidak tahu hendak berkata apa. risau Dato Azrul akan menyalah ertikannya.

“Kamu tak perlu risau. Papa faham tindakkan kamu tu. Kalau papa pun, papa akan lakukan pekara yang sama.” Dato Azrul meyakinkan Eera yang kelihatan serba salah sahaja ketika ini.

Pelahan-lahan Eera mengangkat wajahnya dan memandang Dato Azrul. Sungguh dia terharu dengan perhatian Dato Azrul itu. “Terima kasih papa. Terima kasih sangat-sangat sebab memahami saya.”

“Dah lah. Usah difikirkan lagi. Ambil kunci kereta dan cek ni.” Dato Azrul mengarahkan Eera mengambil pemberiannya.

Teragak-agak Eera ingin mengambilnya. “Err.. tentang kereta ni.., sebenarnya Sya tak ada lesen.” Malu-malu Eera meluahkan. Risau pula dikatakan sudah diberi banyak songeh pula.

“Yang itu kamu tak perlu risau. Semuanya papa sudah uruskan. Kamu cuma perlu menghadirkan diri sahaja.” Kelihatan Dato Azrul tersenyum. Mungkin faham dengan apa yang Eera fikirkan ketika ini.

“Kalau macam itu tak apa lah. Susah-susahkan papa pula. tentang pindah balik ke rumah papa tu, nanti Sya fikirkan balik. Rasanya Sya lebih selesa dengan tempat tinggal sekarang.” Dengan baik Eera menolak perlawaan bapa mertuanya itu. Lagipun dia masih belum bersedia untuk bersemuka dengan Haikal sekiranya lelaki itu akan pulang ke rumah keluarganya nanti.

“Itu terpulang pada kamu. Papa..” Belum sempat Dato Azrul menghabiskan ayatnya, intercom diatas meja berbunyi. Dato Azrul memandang sekejap. “Sekejap Ye.” Dato Azrul meminta kebenaran. Eera hanya menganggukkan kepalanya memberi laluan kepada bapa mertuanya itu untuk menjawab panggilan tersebut.

“Ye. Ada apa Lisa?” Dato Azrul diam seketika. Mungkin memberi laluan kepada Lisa untuk bercakap. “Ok. Suruh dia masuk sekarang.” Kelihatan senyuman Dato Azrul melebar sebelum meletakkan ganggang telefon. Senyuman Dato Azrul itu seolah-olah mendapat berita gembira sahaja. Tetapi apakah berita gembira tersebut?

“Mari Sya. Papa hendak kenalkan Sya pada seseorang.” Dato Azrul sudah berdiri dan mengatur langkah kearah pintu masuk biliknya. Eera yang tidak tahu apa-apa hanya mengikuti langkah bapa mertuanya itu sahaja.

Belum sempat mereka menghampiri pintu, pintu tersebut sudah ditolak dari luar. Dato Azrul dan Eera mematikan langkah. Tersembul wajah seorang lelaki di sebalik pintu tersebut. serta merta wajah Eera menjadi pucat sebaik sahaja terpandang wajah lelaki itu. Dirinya dirasakan seolah-olah melayang tanpa berpijak pada bumi. Adakah ini suatu mimpi? Kenapa mereka harus berjumpa di sini?


p/s: sorry kali ni lambat sikit post. bz dengan final exam. lepas tu bz dengan Euro jugak. maklumlah pemainan bola tengah hangat sekarang ni. awal-awal pagi sudah bersengkang mata tengok bola. hehehe.. ni ada update KM untuk pembaca semua. harap enjoy baca bab baru ni. lupa pula. agak-agak siapa ye yang Eera jumpa tu dekat babak paling akhir dalam bab ini? cuba teka.. :)


Monday 28 May 2012

Kaulah Matahariku 28 & 29


Bab 28

Biasan wajah didalam cermin dipandang berkali-kali. Hendak dikatakan dia tidak memiliki wajah yang menarik rasanya lebih dari itu lagi. Tetapi kenapa lelaki itu tidak pernah tertarik padanya? yang pasti setiap perjumpaan mereka hanyalah sekadar ingin mengisi kekosongan. Ikatan pertunangan yang terjalin juga hanyalah disebabkan mengikut hati kecewa sahaja.

Pasu bunga yang terdapat diatas meja solek tersebut dicapai. Benci dia melihat biasan wajahnya sendiri. Kenapa dari dulu sampai sekarang dia tidak dapat memikat lelaki pujaannya itu? Bukan sekejap dia berusaha. Tetapi sudah bertahun-tahun dia mencuba. Hasilnya tetap sama.

Prangg!!! Cermin di hadapannya itu pecah berderai. Balingan pasu bunga yang menghentam permukaan cermin tersebut mengakibatkan cermin tersebut pecah. Puas hatinya dapat melakukan sebegitu. Tapi sakit di hati tetap tidak mahu menghilang.

Sara berjalan mundar mandir di hadapan meja solek tersebut. Nampaknya rancangannya kali ini gagal lagi. Ini semua angkara orang tua tidak guna tersebut. Berani-berani dia mencampuri urusannya itu. Berita tentang perkahwinan Haikal yang baru sampai padanya telah membuatkan hatinya menggelegak.

Hati Sara semakin panas. Nampaknya melepas juga dia untuk memikat Haikal dan sekaligus membolot kekayaan lelaki tersebut. Dia sudah tahu yang Haikal bakal memperolehi sebahagian besar harta dari datuknya yang sudah lama mampus itu.

Bunyi ketukan pada permukan pintu menghentikan pergerakkan Sara. Tersembul wajah orang gajinya di sebalik pintu tersebut dengan muka yang cemas. “Cik tak pa-apa ke? Tadi saya dengar ada bunyi kaca pecah.” Matanya meliar memandang keadaan sekeliling bilik anak tunggal majikannya itu. Risau juga ada benda yang tidak di ingini belaku.

Mata Sara mencerlung marah memandang orang gajinya itu. Menyampah benar kalau ada orang yang cuba mencampuri urusannya. Tambah-tambah orang gaji yang dianggap rendah darjatnya.

“Siapa yang benarkan kau masuk hah?” suara Sara melenting tinggi dan bergema ke segenab bilik tersebut. Ketinggian suaranya sememangnya sedia maklum oleh setiap orang yang mengenali dirinya. Tiada tandingan.

“Maaf… sebenarnya saya risau ada pekara yang tidak diingini belaku tadi.” Jujur gadis tersebut berbicara. Sesungguhnya dia yang hanya baru beberapa hari berkerja di sini tidak tahu apa-apa akan perangai anak majikannya itu. Tertunduk dia apabila melihat panahan tajam dari Sara.

“Oh.. kau nak tahu sebab apa kan? Kau masuk sini kejap.” Suaranya sudah sedikit kendur. Tetapi masih kedengaran seram. Perlahan-lahan gadis itu berjalan menghampiri Sara yang kelihatan sedang menahan bahang kemarahan.

“Kau nak tahu sangat kan?” tangan Sara pantas mencengkap rambut orang gajinya itu. Ditarik rambut tersebut sehingga wajah gadis tersebut rapat dengan mukanya. “Sekarang kau tengok cermin ni. dah pecah kan?” dipaksa pula gadis tersebut memandang cermin yang sudah percah. Kemudian ditolak kepala gadis tersebut sehinggakan terduduk di lantai jadinya.

“Aku nak kau kemas semua ni!” diarahnya gadis tersebut membersih biliknya dengan suara yang kasar. Baru puas hatinya kerana dapat melepaskan kemarahan kepada seseorang. Yang pasti orang itu tidak bersalah langsung. Sebelum dia melangkah keluar, sempat ditendang tubuh kecil orang gajinya itu. kemudian dipijak-pijak pinggang gadis tersebut yang hampir tertiarap disebabkan tendangannya sebentar tadi.

Akhirnya merembes keluar juga air mata gadis tersebut tanpa ditahan. Tidak sangka rupanya masih ada orang yang betul-betul kejam. Dia yang ingin mencari rezeki yang halal sanggup diperlakukan begitu. Kalau tahu begini jadinya. Sumpah dia tidak mahu berkerja di situ.

****

Dari jauh Eera memerhatikan Haikal yang sedang memasukkan beg pakaiannya kedalam boot kereta. Sekejap lagi mereka akan berangkat meninggalkan vila Puan Sri Azizah. Sehari pun sudah cukup baginya apabila tinggal sebilik dengan Haikal. Lelaki itu nampak berubah benar dari sebelum ini. Sikap angkuh dan sombongnya semakin melangit. Tambah-tambah selepas mengetahui segala harta milik keluaga sudah jatuh ke tangannya.

Beg pakaian di tangannya dipandang sepi. Nampaknya dia terpaksa mengangkatnya sendiri. Jangan haraplah Haikal akan menolong. Nanti habis kotor tangan lelaki tersebut menyentuh barang-barang miliknya. Maklumlah dia perempuan kampung yang kotor lagi jijik. Haila nasib…

“Kau buat apa lagi tu? Tak mahu naik ke?” Haikal sudah berada didalam kereta tanpa Eera sedari. Itulah akibat asyik sangat berangan. “Atau kau nak aku tolong usung kau masuk dalam kereta ni baru kau nak masuk?” Wajah Haikal makin tegang. Panas baran jugak mamat ni. Tidak reti sabar langsung.

Tanpa berlengah masa terus sahaja Eera masuk dan duduk di bahagian penumpang di hadapan. Begnya diletakkan di hujung kaki. Apa boleh buat. Hendak masukkan kedalam boot kereta begnya itu nampaknya macam sudah terlewat sahaja.

Tanpa sempat menutup pintu, kereta sudahpun berjalan. Kecut perut Eera jadinya. Nasib baik jugalah dia sempat berpaut pada pemegang yang berada di atas bumbung kereta tersebut. kalau tidak mahu tergolek dia keluar. Haikal pula terus sahaja memecut keretanya membelah jalan tanpa menoleh kearahnya lagi. Lelaki itu kalau hendak dikatakan kepala angin pun ada juga. Selepas itu suasana didalam kereta tersebut menjadi sunyi tanpa sebarang suara dari kedua-duanya.

Dalam asyik berangan tiba-tiba kereta yang dipandu Haikal semakin perlahan dan berhenti. Eera memandang ke luar. Hendak dikatakan sudah sampai nampaknya belum lagi. Tetapi kenapa pula Haikal berhenti di sini? Dia ada hendak membeli apa-apa agaknya. Tetapi macam sunyi pula tempat ini melainkan ada satu pondok menunggu bas sahaja. Pelik betul.

“Dah… kau turun di sini.” Haikal memberi arahan. Eera tersentak dengan arahan tersebut. Dipandangnya wajah Haikal. Tetapi wajah itu hanya kelihatan tiada perasaan. Kosong sahaja. Biar betul Haikal ni. Dah tak betul agaknya.

“Tapi kita tak sampai lagi kan?” Eera sudah serba salah sama ada hendak ikut kata-kata Haikal ataupun tidak. Seram juga kalau dia di sini berseoranggan kerana tempat ini kelihatan sunyi sahaja.

“Ish kau ni! kalau aku dah kata turun tu turun ajalah. Tak payah banyak soal.” Haikal sudah meninggikan suaranya. Mukanya berubah bengis dan menakutkan Eera. Habis hilang wajah kacak lelaki tersebut yang sebelum ini menjadi pujaan ramai gadis di syarikatnya.

“Tapi Encik…” Eera masih teragak-agak. Kalau boleh dia hendak balik bersama Haikal sampai ke rumah terlebih dahulu.

“Ni yang buat aku naik angin ni.” Haikal merengus. Pintu kereta sebelah pemandu dibuka kasar. Eera dapat melihat Haikal berjalan keluar dan menghampiri pintu sebelahnya pula. Dibuka pintu tersebut dan tangan Eera ditarik kasar sehingga terdorong keluar. Disebabkan tidak dapat mengimbangkan diri, terus sahaja Eera terjatuh diatas jalan. Kemudian beg pakaian pula dibaling kearah Eera tanpa belas kasihan. Haikal lakukan dia seperti kucing kurap sahaja. Eera merasakan maruahnya langsung tidak berharga di mata lelaki tersebut.

“Lepas ni ikut kau la nak pergi mana pun. Yang pasti kita ikut haluan masing-masing. Jangan sesekali kau cari aku.” Keras sahaja suara Haikal. Dia memandang tajam kearah Eera. “Lagi satu. Aku tak mahu kau sengaja-sengaja hebohkan perkahwinan kita ini. Kalau aku dapat tahu nahas kau. Aku tak ceraikankan kau ni pun kira dah cukup baik. Aku tahu kau nakkan harta aku. Betul kan?” ditunjal-tunjal kepala Eera. Puas dapat melakukan gadis tersebut tanpa belas kasihan. Orang kampung memang patut dilayan seperti ini. Sudah tentu-tentu gadis tersebut sanggup berkahwin dengannya kerana harta. Tambah-tambahan lagi dia sudah dapat membolot segala harta peninggalan arwah datuknya itu.

Eera tidak dapat menjawab segala tomahan Haikal padanya. Sebenarnya dia terkejut dan sebak. Air matanya mudah sahaja menitik ketika ini. Pandangannya sudah berbalam dan samar-samar sahaja dapat melihat Haikal di hadapannya.

“Nah! Ni untuk bayaran kau kerana sudi jadi isteri aku. Anggap sahaja ini sebagai saguhati sebab membantu aku peroleh harta datuk aku.” Ditarik beberapa keping nod seratus ringgit dan dibaling kepada Eera. Habis melayang kepingan-kepingan nod tersebut kerana ditiup angin. Selepas puas Haikal terus sahaja berlalu dari situ dan memasuki keretanya. Mengaum bunyi kereta yang dipandu Haikal meninggalkan Eera di tempat yang sunyi tersebut.

Eera hanya dapat memandang kereta Haikal yang semakin menjauh dan terus hilang. Dia benar-benar terguris dan terasa dengan apa yang dilakukan Haikal kepadanya. Sebelum ini dia masih mampu bertahan. Tetapi kali ini habis hancur luluh hatinya kerana dituduh Haikal sampai begitu sekali. Kalau dia tahu begini jadinya. Tidak sanggup dia berkorban demi keluarganya. Tetapi apa lagi pilihan yang dia ada? Kerana sayang akan keluarga Eera terpaksa mengikuti idea gila Puan Sri Azizah tersebut.

Nampaknya Eera sudah tidak tertahan lagi. Dia meraung semahu-mahunya. Tidak dipedulikan lagi keadaan sekelilingnya. Habis hilang perasaan takut sebentar tadi dan digantikan perasaan sedih yang tidak terhingga. Dia lebih rela nyawanya dicabut ketika ini. Sungguh berat sekali dugaan yang perlu dia tempuhi sehinggakan badan tersebut tidak dapat lagi menanggungnya. Ya Allah ya Tuhanku. Dugaan apakah yang telah kau berikan kepadaku?

“Ehem…” Pantas sahaja Eera memandang kearah sebelahnya. Berderau darah apabila kedengaran suara garau berhampiran dengannya.

“Cik ada masalah ke? Kalau ada boleh saya bantu?” Soal suara itu lagi. Mata Eera yang masih kabur dengan air mata cuba mengfokuskan kearah susuk tubuh seorang lelaki yang berdiri tidak jauh darinya. Dia pasti itu adalah lelaki kerana suaranya yang garau semacam.

Eera mengelap matanya yang kabur. Rimas pula apabila tidak dapat melihat dengan jelas. Sedangkan orang yang mengajukan soalan tersebut masih setia berdiri berhampiran dengannya menagih jawapan. Apa yang harus dia jawab? Risau juga orang yang bertanya itu akan mengambil kesempatan. Sudahlah kawasan ini sunyi sahaja. Kalau dia jawab tiada pula, manalah tahu yang lelaki ini mampu membantunya. Eera kepeningan.

“Kalau cik ada masalah, boleh saya bantu?” Lagi pertanyaan dari lelaki tersebut. Dia tahu yang gadis tersebut mempunyai masalah. Kalau tidak, masakan dia menangis sampai begitu sekali.

“Errr…” Apa aku nak jawab ini? Eera kepeningan.

Lelaki itu mula rasa bosan apabila soalannya tidak berjawab. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia pergi dari situ. Tetapi kasihan pula pada gadis tersebut yang kelihatan dalam kesusahan. Kalau boleh dia cuba bantu.

“Kenapa seorang sahaja dekat kawasan ni? Setahu saya kawasan ni banyak kes jenayah pernah belaku.” Lelaki itu berbicara lagi. Seboleh mungkin dia mahu memancing Eera berbual.

Berderau darah Eera mendengar penyataan lelaki tersebut. kalau dilihat mahu pucat mukanya ketika ini. “Errr.. boleh encik tolong hantar saya ke rumah kawan saya?” Tanpa segan silu Eera meminta pertolongan. Harap lelaki ini mahu membantunya. Lagipun kelihatan wajah lelaki tersebut seperti orang baik-baik sahaja.

“Hmmm.. kalau macam tu jom lah. Kereta saya kat sana.” Akhirnya gadis tersebut mahu berkomunikasi juga dengannya. Dia mempersilakan Eera berjalan mendahuluinya kearah kereta yang diparking tidak jauh dari situ. Sebaik tiba terus sahaja dia membukakan pintu kereta Porsche Cayman S miliknya. Perlahan-lahan Eera memasuki kereta tersebut tanpa sebarang kata. Hatinya masih rawan ketika ini.

“Cik nak saya hantar pergi mana ni?” Tanya lelaki itu lagi kepada Eera sebaik sahaja keretanya berjalan menyusuri jalan raya.

Eera baru tersedar yang lelaki itu tidak mengetahui arah destinasi mereka. Pelahan- lahan dia menyeluk beg bimbitnya mencari sesuatu. Nasib baiklah Jaja pernah memberi alamat rumah yang bakal disewa olehnya nanti. Dikeluarkan kertas yang bertulis dan diberi kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut memandang sekilas kertas yang diberi dan mengangguk kecil seperti tahu akan tempat yang hendak dituju oleh mereka.

“Emmm.. nama saya Zaalan Akif. Nama Cik siapa?” Akif cuba untuk mewujudkan suasana. Terasa sunyi pula apabila memandu tanpa sebarang kata darinya mahupun gadis di sebelah.

“Tak perlu ber cik-cik dengan saya. Panggil saja saya Eera pun boleh. Kalau nak panggil Sya pun boleh.” Pertanyaan Akif dijawab tanpa berminat. Bukan dia hendak sombong dengan lelaki tersebut. Tetapi dia tidak selesa dengan orang yang hanya baru dikenalinya beberapa minit yang lepas sahaja. Nama penuhnya pun dia tidak berani untuk memberi tahu.

“Kalau macam tu saya panggil Eera sahajalah. Macam sedap disebut. Kalau panggil macam panggil nama Erra Fazira pula.” Akif cuba membuat lawak. Tetapi macam janggal sahaja. Sebab bertentangan sekali dengan sikapnya yang sentiasa cool dan serius memanjang. Entah hantu apa yang merasuk entah tiba-tiba hendak bergurau dengan Eera pula. Mungkin dia kasihan melihat wajah gadis tersebut yang murung sejak dari tadi lagi.

Eera hanya mengukirkan senyum sinis. Dia tidak berasa lawak langsung dengan lawak Akif itu. Dihalakan pandangannya keluar tingkap sambil melihat pemandangan dari luar yang hanya mempunyai hutan batu yang kaku. Suasana menjadi sepi kembali.

“Terima Kasih Encik sebab sudi menolong saya.” Suara Eera memecah kesunyian selepas agak lama masa berlalu.

“No.. No… No… don’t call me Encik. Just call me Akif.” Lelaki itu tersenyum manis sambil memandang Eera sekilas. “Saya tak kisah. Kebetulan sahaja saya lalu situ. Nampak pula awak kat tepi jalan sambil menangis. Mula-mula tu memang pelik sikit nak bantu pun. Tapi tak salah kan kalau saya tolong. Mana lah tahu kalau awak memerlukan bantuan.” Panjang lebar Akif menerangkan niatnya. Lagipun apalah sangat dengan pertolongan yang sekecil ini. Tidak luak pun.

Kali ini Eera sudah mampu tersenyum manis. Tidak sangka ada juga orang yang sudi menolongnya saat dia dalam kesusahan. Tambahan lagi orang itu langsung tidak dikenalinya. Hilang sekejap pemikirannya terhadap Haikal.

Akif terpana melihat senyuman gadis di sebelahnya itu. Pertama kali hatinya berdetak sehebat ini hanya dengan melihat senyuman dari seorang gadis. Apa yang sudah jadi sebenarnya?

“Akif!!” Eera sudah terjerit kuat apabila terpandang kereta yang dipandu lelaki itu sudah melencong dan hampir terbabas dibahu jalan. Akif yang terkejut dengan jeritan itu terus sahaja memandang ke hadapan. Pantas sahaja dia mengawal pemanduannya. Nasib baik dia cepat bertindak. Kalau tidak memang boleh menyebabkan keretanya terbabas.

“Awak tak apa-apa?” wajah Eera yang kelihatan pucat dipandang. Pasti gadis tersebut tekejut dengan kejadian sebentar tadi. Eera masih mendiamkan diri. Dia cuba menenangkan diri.

“Maafkan saya.” Akif serba salah.

Eera menarik nafas panjang. Nasib baiklah tidak jadi apa-apa sebentar tadi. kus semangatnya. “Lain kali kalau hendak memandu tu pandang hadapan.” Sempat Eera memberi ceramah percuma kepada lelaki tersebut. Tidak kira lah siapa pun lelaki tersebut. Kalau dia dah marah semua dia sembur.

Akif tercengang. ‘uish.. garang juga minah ni..’ dia berkata didalam hati. Tetapi memang silapnya kerana tidak memberi tumpuan sebentar tadi ketika memandu. Tetapi yang hairannya sebelum ini bukan main berhemah lagi dia memandu. Kenapa sebentar tadi dia terlalu cuai sangat.

“Maaf.. Saya tak sengaja tadi.” Hanya itu yang mampu Akif katakan. Selepas itu keadaan kembali sunyi. Tiada apa yang mereka bualkan sehinggalah sampai di hadapan sebuah rumah teres satu tingkat. Eera tidak mengetahui itu rumah siapa. Tetapi yang pasti inilah rumah yang bakal dia sewa kelak. Pasti jaja berada di dalam.

Sebaik sahaja kereta diberhentikan, terus sahaja Eera membuka pintu kereta dan melangkah keluar. Ditinggalkan begnya didalam kereta buat sementara. Manalah tahu kalau tersilap rumah ke nanti. Dalam masa yang sama Akif juga melakukan tindakan yang sama.

Selepas beberapa kali memberi salam pintu rumah terbuka. Terjengul kepala Jaja di sebalik pintu untuk memastikan siapa yang datang sebelum melangkah kearah pintu pagar. “Eera.. kenapa kau tak call aku dulu sebelum ke sini?”

“Aku pun tak rancang nak datang hari ni. Tapi tak apa lah, dah sampai pun”

“ye lah kau dah sampai. Jom lah masuk. Takkan nak tunggu kat luar ni pula kan?” Jemput Jaja berseloroh.

“Sekejap-sekejap.. aku nak ambil beg aku dulu.” Eera terus berlari kearah kereta Akif dan mengambil begnya yang masih berada didalam kereta lelaki tersebut.

“Errr.. saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi tolong saya sebentar tadi.” Eera masih malu-malu ingin berbicara dengan lelaki tersebut. kelihatan Akif hanya tersenyum dan menganggukkan sedikit kepalanya seolah-olah dia ikhlas membantu.

“Saya masuk dulu. Terima Kasih sekali lagi.” Pelahan-lahan Eera memusingkan badannya dan berlalu kearah Jaja.

“Wow.. sapa tu? Hansomenya...” Terus telinga Eera disogok dengan soalan tersebut oleh Jaja. Eera terkelu seketika. Dia tidak tahu apa yang harus dia menjawab bagi soalan tersebut. Sedangkan baru kejap tadi sahaja dia mengenali lelaki tersebut.

Eera mengalih pandangannya kearah Akif sekali lagi. Lelaki itu sudah memasuki keretanya dan berlalu dari situ. Tetapi sungguh dia benar-benar terhutang budi dengan lelaki tersebut. Entah bila dia dapat balas pun dia tidak tahu.

“Entah la.” Pendek sahaja jawapan yang diberikan Eera bagi menjawab soalan Jaja sebentar tadi.

“Entah?” Dahi Jaja sudah berkerut. Dia tidak faham dengan maksud Eera itu.

“Eh dah la. Kau ni tak nak jemput aku masuk ka?” Eera mengubah tajuk perbualannya.

“Ops Sorry. Jom lah masuk.” Jaja sudah tersengih seperti kerang busuk kerana menyedari kesilapannya. Eera menarik nafas lega kerana berjaya menghilangkan tumpuan Jaja terhadap Akif.

****

Bab 29

Penjuru bilik dirapati sebaik sahaja kaki melangkah masuh kedalam bilik kecil yang hanya boleh memuatkan seorang sahaja. Beg pakaian diletak di situ. Kalau hendak diikutkan bilik stor ini memang sedikit berhabuk. Mungkin sudah lama tidak digunakan dan hanya diletakkan barang yang tidak digunakan di sini. Kata Jaja semua barang tersebut telah diubah. Cuma belum sempat mencuci bilik ini sahaja.

Hmm.. nampaknya dia terpaksa membeli sedikit peralatan keperluan untuk memenuhkan bilik tersebut. Tilam untuk baring pun masih belum ada. Almari untuk meletak pakaian pun rasanya perlu dibeli. Hai.. nampaknya gaji bulan ini banyak habis untuk membeli peralatan sahajalah. Nasib sempat juga dia memasukkan separuh dari gajinya kedalam akaun ayah untuk membuat pebelanjaan di kampung. Kalau tidak mahu boros dia bulan ini.

“Hah!”

“Oh mak kau tergolek melayang.” Terlompat Eera apabila disergah begitu. Siapa lagi yang melakukan kerja terkutuk seperti itu kalau bukan Jaja. Habis melayang apa yang telah diagendakannya sebentar tadi. tak guna punya kawan.

“Eeeee kau ni Jaja! Suka sangat kejutkan aku.” Eera menayangkan muka tidak puas hati. Sememangnya dia tidak suka orang mengejutkannya seperti itu. Bukan hendak diberi salam terlebih dahulu. Ini tidak. Terus disergahnya.

“Ops! Sorry.. Sorry.. aku lupa pula yang kau ni jenis melatah. Kau tengah buat apa tu?” Jaja bersila diatas lantai yang tidak mempunyai sebarang alas. Sepontan sahaja dia buat begitu tanpa berfikir yang habuk bakal melekat pada seluarnya.

“Sorry.. Sorry naik lori la! Aku tak buat apa pun. Tengah fikir nak beli barang apa untuk letak dalam bilik ni.” Cebikan bibir dihadiahkan buat Jaja sebelum memberitahu apa yang difikirkannya sebentar tadi.

“Emmm…” Jaja mengusap-usap dagunya seketika seolah berfikir sesuatu. “Kalau kau nak beli barang, Esok atau lusa kita keluar. Lagipun aku pun ada benda nak beli. Malam ni kau pinjam dulu toto aku buat lapik tidur ok.” Jaja mengibas-ngibas punggungnya sebaik berdiri untuk menghilangkan habuk yang melekat pada seluar. “Kejap aku pergi ambil toto.” Langkah diatur dan menghilang sebalik pintu bilik. Eera hanya memandang kelibat sahabatnya itu menghilang. Nasib baiklah ada Jaja. Kalau tidak entah apalah nasibnya.

Sambil menunggu Jaja kembali kedalam biliknya, Eera ingin mencuci segala habuk yang berada didalam bilik tersebut. Penyapu di penjuru bilik dicapai dan kerja-kerja mengemas dijalankan. Kalau hendak selesa haruslah bilik ini sentiasa kemas. Kalau tidak mahu sesak nafasnya menyedut udara yang dicemari dengan debu dan habuk.

****

“Kau dah siap?” kepala dijengulkan kedalam bilik Eera untuk melihat sama ada kawan serumahnya itu sudah bersiap ataupun belum. Sekejap lagi mereka hendak keluar ke pasaraya untuk dibeli barang-barang keperluan Eera.

“Dah siap dah. Jom la.” Beg tangan dicapai lalu disandang ke bahu. Langkah diatur menghampiri Jaja.

“Sekejap, sekejap.. Kau nak pergi macam ini aja ka?” Tanya Jaja seolah-olah tidak mempercayai cara pemakaian Eera ketika ini.

“Ye lah. Macam ini ajalah. Habis tu kau nak aku buat apa lagi?” Eera kehairanan apabila mata Jaja tidak lepas-lepas memandangnya dari atas sampai ke bawah. Dah kenapa pula minah ni?

Jaja memandang cara pemakaian sahabat baiknya itu. Baju kurung lusuh yang bertanah putih dan bunga-bunga kecil berwarna merah jambu tersebut benar-benar tidak kena dengan Eera. Manakala tudung berwarna merah jambu lusuh juga turut dipadankan dengan kedua hujung tudung tersebut diselempangkan kebahu. Huh.. sebiji macam orang kampung. Orang kampung sekarang ini pun sudah pandai bergaya tahu Eera oi! Rungut Jaja didalam hati.

“Dah, dah.. kau pergi tukar baju lain. Baju ni dah nampak lama sangat dah. Dah boleh jadi kain buruk dah pun.” Tangan Eera ditarik memasuki semula biliknya dan menghampiri beg pakaian gadis tersebut. Maklumlah almari belum dibeli lagi. Tanpa segan silu pantas sahaja Tangan Jaja menyelongkar untuk mencari pakaian yang sesuai.

“Wah… Cantik baju ni.” Jaja menarik keluar sepasang jubah labuh berwarna hitam yang dihiasi labuci lalu dipadankan kepada badannya. Eera membutangkan matanya melihat Jaja mengeluarkan baju tersebut. baju yang dipegang oleh jaja tersebut sebenarnya hadiah dari Datin Fauziah kepadanya ketika sebelum dia pulang ke kampung tempoh hari. Jangan Jaja suruh dia pakai sudah.

“Nah… pergi pakai baju ni.” Kan sudah cakap. Jaja pasti menyuruhnya memakai baju tersebut. Huluran baju tersebut tidak bersambut. Eera keberatan hendak memakai baju itu. Terasa tidak kena dengan citarasanya.

“Tak mahu lah aku. Over sangat la baju ni.” Eera menolak. Hendak keluar pergi beli barang sahaja pun. Bukan hendak pergi dinner. Lebih-lebih sahaja Jaja ni.

“Aku tak kira. Kau pakai juga baju ni. kalau tidak aku tak mahu keluar dengan kau.” Jaja mengugut. Liat sungguh Eera hendak mengikut kata-katanya itu. Padahal bukan susah pun.

“Ye lah, ye lah..” sudah muncung sedepa akhirnya bibir Eera. Dalam tidak mahu, terpaksa juga dia mengikuti cakap Jaja. Sengaja kawannya itu hendak mengenakannya.

“Macam tu lah. Ok aku keluar sekejap. Hendak cari tudung yang sesuai untuk kau pakai. Nanti aku makeup kau sekali.” Jaja berlalu dari bilik Eera. Dia menuju biliknya untuk mengambil peralatan makeup dan tudung yang sesuai. Dia pasti Eera tidak mungkin punyai tudung yang sesuai untuk dipakai.

****

Perlahan-lahan Eera mengatur langkah mengikuti Jaja yang jauh di hadapan. Minah seorang itu kalau berjalan tidak toleh kebelakang langsung. Hendak mengejar risau pula dia akan jatuh tergolek di sini. Mana tidaknya. Jaja memaksanya supaya memakai kasut bertumit tinggi. Entah berapa inci pun dia tidak tahu. Kalau jatuh boleh retak tulang pinggul ni.

Itu baru kasut. Tidak lagi lihat keseluruhan dirinya. Boleh dikatakan seratus peratus Jaja dah mengubahnya. Dengan muka disolekkan tebal sehinggakan segala parut-parut jerawat tidak kelihatan. Kemudian dibahagian bibir pula dikenakan gincu yang warna merah menyala. Seingat Eera lah. Inilah pertama kali dia memakai gincu seperti ini. Semasa majlis kahwin dia dahulu pun cuma dipakaikan gincu yang tidak terang warnanya. Kemudian bahagian matanya pula dipakaikan pula dengan bulu mata palsu. Bukan main panjang lagi bulu matanya. Dah boleh buat perangkap hambuk agaknya.

Pintu pasaraya dimasuki oleh mereka berdua. Ahhh… terasa lega apabila badan merasa kesejukkan daripada penghawa dingin didalam pasaraya tersebut. Mana tidak begitu kalau sudah baju dengan tudung mengalahkan ‘super model’ muslimah. Tudung dikepala entah berapa kali Jaja tolong belitkan pun dia tidak tahu. Yang pasti banyak kali belitan jugalah. Senang kata kalau orang yang mengenalinya melihat, sudah tentu tidak akan kenal punyalah. Dia berani jamin!

“Ish kau ni… jalan tu laju lah sikit.” Jaja menghentikan langkah sebaik sahaja menyedari Eera tiada di belakangnya. Dipandang kebelakang dan melihat sahabatnya itu pelahan-lahan mengatur langkah dengan penuh berhati-hati. Didalam hati dia mahu tergelak sahaja melihat Eera begitu. Tetapi ditahan juga kerana nanti pasti Eera sudah tidak mahu berpakaian sebegitu lagi. Bukan apa. Nampak cantik dan ayu sahaja kalau Eera berpakaian seperti ini. Pada mulanya dia sendiri seakan-akan susah hendak percaya apabila melihat kejelitaan yang dimiliki oleh Eera. Dia sebagai perempuan yang melihat pun tidak habis-habis memuji akan kejelitaan sahabatnya itu. Inikan pula lelaki yang melihat. Mahu terkeluar biji mata memandang.

Eera memuncungkan bibirnya tanda protes. Jaja sengaja hendak kenakannya. Bukan sahabatnya itu tidak tahu yang dia sebelum ini tidak pernah memakai kasut tumit tinggi. Geramnya dengan minah seorang ini.

“Hai adik manis.. nak pergi mana tu?” Seorang pemuda yang melintasi mereka menegur Eera dengan bertujuan untuk mengusik. Mata pemuda tersebut tidak lepas dari memandang Eera yang sudah berhenti mengatur langkah di hadapan Jaja. Merona merah wajah Eera apabila diusik seperti itu. Jaja yang melihat hanya tersenyum lebar. Kan betul apa yang dia katakan sebentar tadi. Lihat anak muda yang melintasi mereka sebentar tadi sudahlah. Matanya masih setia memandang kearah mereka sampaikan tiang di hadapan pun boleh tidak nampak. Sebesar-besar tiang tu. Boleh pula dilanggarnya.

“Dah.. jomlah. Aku nak pergi kedai buku sekejap.” Tangan Eera ditarik perlahan supaya mereka berjalan beriringan. “Lepas ni baru kita pergi beli barang-barang kau pula. Tapi…” Jaja seolah-olah berfikirkan sesuatu. “Aku rasa lepas beli buku kita singgah mana-mana butik dahulu lah. Kita beli baju baru. Bagi sesuai sikit dengan penampilan kau ni. Yang lama tu kau simpan dalam almari sahaja. Tak kena langsung dengan gaya kau ni.”

“Ish kau ni. Tak perlulah. Aku rasa baju yang lama-lama pun masih elok lagi.” Eera memprotes.

“Takboleh, takboleh.. aku nak kau kekalkan penampilan macam ni. Serius aku cakap. Sesuai sangat dengan kau.”

“Aku malas la.” Eera menayangkan muka masam. Sebenarnya dia tidak selesa berpakaian macam ini. Hendak buat apa pun mesti kena ikut tertip.

“Kau kena ikut cakap aku juga. Kalau kau tak mahu, aku heret kau nanti. Tengok la….” Jaja bertegas. Diugutnya Eera supaya mengikut cakapnya. Kalau tak boleh, kita bagi boleh juga.

“Yelah, ye lah…” Dengan lemah Eera akur juga dengan pemintaan Jaja tersebut.

****

“Eh bro. ko nampak tak apa yang aku nampak?”

“Apa yang ko nampak aku tak nampak pula ni?” dahi berkerut kerana tidak memahami maksud si sahabat.

“Tu yang dekat depan tu. Dekat pintu nak masuk Popular tu.” Bibir dijuihkan kearah yang dimaksudkan.

“Mana?” kepala dipusingkan seratus lapan puluh darjah memandang kearah yang dimaksudkan. “Tak nampak apa pun.”

“Ish kau ni. Lembab la. Selalunya kau yang paling laju bab-bab ni.” Sepontan sahaja diperli kawannya itu. Selalu bukan main lagi laju kalau nampak bunga cantik sedikit. Siapa tak kenal buaya darat macam mamat di sebelahnya ini.

“Kau jangan sebarangan hendak mengata aku.” Dia berang apabila dikutuk seperti itu. Berani-berani pula kawannya itu megatakan dia lembab. Ni tidak boleh jadi ni. Tidak belanja baru tahu. Sudahlah setiap kali keluar kawannya itu asyik hendak mengikis duitnya sahaja.

“Sorry, sorry.. Aku maksudkan tadi dua orang gadis kat sana tu. yang pakai baju warna hitam. Cuba kau pandang. Cun beb.” Nizam menunjukkan sekali lagi kearah gadis tersebut yang sudah hampir hendak melepasi pintu masuk kedai buku Popular.

“Ya ka? Mana?” mata pantas meliar mencari gadis yang dimaksudkan oleh sahabatnya tadi. tetapi sayang. Cuma kelihatan bahagian belakang sahaja. Itupun sudah masuk kedalam kedai buku tersebut. Ish melepas.

“Eh nanti dulu. Sejak bila pula kau berminat dengan perempuan bertudung ni?” Nizam disoal dengan penuh curiga. Setahunya sahabatnya itu hanya berminat dengan gadis-gadis yang mendedahkan sana sini sahaja.

“Entah la. Mungkin sejak sebentar tadi kot. Aku tengok perempuan tadi memang cun gila. Macam tak percaya pula aku boleh jumpa dekat tempat-tempat macam ni. kalau aku tahu tiap-tiap hari aku nak datang sini.” Nizam bercakap dengan penuh perasaan. Matanya bercahaya dengan penuh pengharapan akan bertemu gadis itu lagi.

“Eh kau. Tadi aku ajak datang sini seboleh-boleh tak mahu. Ni pun nasib aku ada hal kat sini. Kalau tidak jangan harap kita akan datang sini.” Langkah diatur meninggalkan kawannya itu yang kelihatan seolah-olah sedang mengelamun membayangkan kekasih hati yang baru ditemui sebentar tadi. ‘Hai la Nizam. Nasib aku kena melawat kedai Emas cawangan sini. Kalau tidak harapan lah kau hendak jumpa gadis tersebut.’ Haikal berbicara didalam hati. Tujuan dia datang ke sini adalah kerana ingin melawat salah satu kedai Emas yang baru sahaja menjadi miliknya.

“Eh kejap la.” Nizam mengejar Haikal yang sudah menjauh darinya.

****

Langkah diatur meninggalkan kedai yang baru dilawatinya sebentar tadi. Sebaik sahaja memperkenalkan diri pada staf-staf di situ dan melihat apa yang patut, Haikal menghembuskan nafas lega. Nampaknya inilah kerja barunya sebagai pemegang saham yang terbesar syarikat milik datuknya. Mungkin lawatan ini tidak begitu formal. Tetapi dia harus juga melihat setiap perkembangan peniagaan yang dijalankan. Dia masih pegang kemas akan pesanan-pesanan dari datuknya suatu ketika dahulu semasa arwah masih ada. Semenjak dari dulu lagi datuknya ingin dia meneruskan legasi peniagaan ini. Tetapi ditentang keras oleh neneknya yang sangat membenci dirinya.

“Aduh!”

Sedang asyik berfikir, Haikal tidak menyedari dia telah melanggar seseorang.

“Ops maaf.” Haikal memohon maaf. Dipandangnya wajah gerangan yang dilanggarnya sebentar tadi. seorang gadis. Tetapi gadis itu masih dalam keadaan tertunduk memegang bahunya. Mungkin sedang menahan sakit akibat belanggar dengan tubuh sasanya.

“Eh Encik Haikal. Buar apa dekat sini?” Seorang gadis di sebelah gadis yang dilanggarnya sebentar tadi menegur. Haikal cuba mengingati wajah gadis tersebut.

“Err.. Jaja. Awak pula buat apa dekat sini?” Soalan berbalas soalan. Bukan apa. dia tidak sangka akan berjumpa dengan bekas pekerjanya di sini.

Tubuh Eera serta merta menjadi kaku apabila nama Haikal disebut. Mukanya menjadi pucat seolah-olah terlihat hantu sahaja. Mampuslah dia nampaknya. Pasti bakal dimaki hamun oleh lelaki itu sekejap lagi. Cepat-cepat tangan Eera menarik sedikit bahagian atas tudung supaya menutupi separuh mukanya sebelum menegakkan badan yang membongkok sebentar tadi.

“Saya saja jalan-jalan sambil beli barang sikit. Maklumlah masa-masa cuti ni lah nak berjalan.” Jaja beramah mesra dengan bosnya itu. Jarang-jarang sekali boleh jumpa Haikal di tempat awam sebegini.

“Ok jom Kal. Sorry lambat sikit. Kau tunggu apa lagi ni?” Ada suara menegur mereka bertiga dari belakang. Nizam yang baru keluar dari tandas menghampiri Haikal.

“Ni aku berbual sekejap dengan pekerja papa aku ni.” Haikal menerangkan kepada Nizam yang sedang meminta penjelasan. “Kenalkan ni Jaja. Jaja, ni kawan saya Nizam.” Haikal memperkenalkan Jaja kepada Nizam. Manakala Eera disebelah Jaja sudah tidak diperdulikan.

“Kal. Ni la gadis yang aku kata tadi. Yang sebelum masuk ke kedai emas kau tu. Yang baju hitam sebelah Jaja ni.” Nizam bebisik ke telinga Haikal. Sempat dia memandang gadis di sebalah Jaja itu.

“Ni siapa ni?” Terus Haikal bertanya kepada Jaja sebaik sahaja Nizam membisikkan tentang pekara tersebut kepadanya.

Jaja tercengang. ‘Eh? Takkan bosnya tidak kenal Sya?’  Jaja berfikir seketika sebelum idea nakalnya menjengah. Dia rasa ingin mengenakan Haikal ketika ini. Pasti Haikal tidak mengenali Eera selepas diubah penampilannya. Padahal Eera ini pekerja dia juga.

“Oh lupa pula saya. Ni kawan saya dari kampung. Dia baru datang ke KL ni hendak cari kerja.” Sekali lagi Eera tercengang apabila diperkenalkan begitu kepada Haikal. Dah kenapa pula dengan Jaja ini? Tapi bagus juga seperti itu. Harap Haikal percaya cakap Jaja.

“Eh.. Kenapa tudung kau tu?” Jaja bertanya kepada Eera pula sebaik sahaja menjawab soalan dari Haikal sebntar tadi. Tangannya pantas memperbetulkan tudung yang dipakai Eera yang kelihatan sudah senget. Haikal yang memandang tergamam seketika apabila melihat kejelitaan yang dimiliki gadis tersebut. Petama kali dia mengiakan apa yang diperkatakan Nizam sebentar tadi.

“Hai.. Nama siapa?” Nizam memulakan langkahnya menegur si rupawan tersebut. untung-untung nasib mungkin gadis tersebut sangkut padanya. tangan dihulur untuk berjabat. Tetapi gadis tersebut tidak menyambutnya. Dia termalu sendiri.

“Err.. Eera.” Suara dilunakkan dengan harapan Haikal tidak mengenalinya.

“Oh ya. Tadi kata hendak cari kerja kan? Kalau macam tu ambil lah kad nama saya ni. Mungkin ada kerja kosong yang boleh saya tengok-tengokkan untuk awak nanti.” Haikal menghulurkan kad namanya kepada Eera. Matanya masih lagi tertumpu pada seraut wajah ayu di hadapannya. Wajah itu seolah-olah pernah dilihatnya. Tetapi dimana?

“Err… Terima Kasih.” Jawab Eera lalu mengambil kad yang dihulurkan Haikal lalu ditarik tangan Jaja untuk beredar dari situ. Risau juga nanti Haikal merjaya mengecamnya. Dia berharap sangat Haikal tidak menyedari yang ini adalah dia. Hendak disalahkan jaja, rasanya sahabatnya itu tidak tahu menahu tentang hal ini. Nasib baiklah sahabatnya itu bertindak sepontan mereka cerita sebentar tadi.

“Eh.. tak sangka kan aku tadi. Boleh pula Encik Haikal tak perasan kau langsung.” Sebaik sahaja mereka menjauhi dua orang lelaki tersebut, terus sahaja Jaja meluahkan apa yang dirasakannya. Lawak betul bosnya itu. Baru Eera berhias sedikit sudah tidak kenal. Lepas itu pandang macam hendak terkeluar biji mata sahaja. Kawannya pula usah dikata. sudah seperti ulat bulu naik daun. Bukan main gatal lagi tersengeh sana sini memandang anak dara orang.

“Tah la.. aku pun tak faham. Lain sangat ke muka aku ni?” Eera menyoal Jaja pula untuk kepastian.

“Lain sangat la. Memang lain betul dari sebelum ni. kalau bukan aku yang solekkan kau tadi. Dah sah-sah aku pun tak kenal kau.” Jujur Jaja memberi kritikan terhadap penampilan Eera yang baru ini.

“Errr… kau nanti jangan bagi tau Encik Haikal yang ini aku tau. Kalau boleh jangan cakap langsung. Aku tak mahu dia tahu ini aku.” Eera berpesan. Kalau boleh biarlah Haikal menganggap dia adalah orang lain.

“Eh kenapa pula?” Kening Jaja bertaut sambil memandang wajah Eera.

“Saja.”

“Pulak. Macam-macam lah kau ni.” Mereka melangkah beriringan kearah kereta tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Sedangkan dalam masa yang sama, mata Haikal dan Nizam masih lagi terpaku pada mereka berdua.

“Kal. Aku rasa aku nak takel awek tu lah.” Tiba-tiba Nizam bersuara meluahkan rasanya kepada Haikal.

Haikal yang mendengar terus sahaja memandang wajah sahabatnya itu. sebenarnya dia sedikit terkejut dengan luahan Nizam sebentar tadi. “kau biar betul? Sejak bila kau minat gadis bertudung ni?” Haikal cuba menengkan hati yang tiba-tiba sahaja berdebar mendengar luahan Nizam itu.

“Sejak tadi aku bertemu pandang dengan dia. Lagipun kalau hendak cari pasangan hidup, memang perempuan macam ni lah aku nak cari.” Mata Nizam masih lagi menghalakan kehadapan memandang kearah wanita kesukaannya berlalu walaupun hakikat orang yang dipandang sudah menghilang dari pandangan.

Haikal menelan liur. Dia pasti selepas ini pasti Nizam akan memburui isterinya itu sampai dapat. Sahabatnya itu kalau sudah membuat keputusan, dia akan berusaha bersungguh-sungguh. Macam mana kalau Nizam tahu yang wanita tersebut adalah isterinya? Mahu kucar kacir jadinya. Nampaknya dia perlu bertindak terlebih dahulu dari Nizam. Haikal menanam tekat. Apa-apa pun yang berlaku, rahsianya tidak perlu terbongkar.


p/s: kali ni saya masukkan dua bab sekali sebab dah lama rasanya tak update. harap semua pembaca berpuas hati. jangan lupa tinggalkan comment juga ye :)