Thursday 22 December 2011

Kaulah Matahariku 3


Bab 3

Setahun kemudian

“Cik Syazeera?” terdegar lembut sapaan daripada seorang wanita yang berdiri di sebelahnya.
“Ya saya” Eera menyahut sapaan wanita tersebut sambil memanggungkan sedikit kepalanya dan memandang wajah pemilik suara tersebut.
Kelihatan wanita tersebut sedang memeluk beberapa file ke dadanya dan menghadiahkan senyuman yang agak menawan. Mugkin wanita tersebut sedang menggikuti saranan kerajaan supaya sentiasa senyum tampa berkata apa-apa.
“Saya Finaz. Cik Syazeera boleh ikut saya ke bilik Datin sekarang” wanita tersebut menghulurkan tangan untuk bersalam tanda pengenalan dan melangkah mendahului Eera sambil meminta supaya Eera mengikutinya.
Setelah tiba di hadapan salah sebuah bilik perjabat di dalam bangguna tersebut Finaz menolak pintu yang berada di hadapannya dan memberi isyarat supaya Eera memasuki ruang bilik tersebut.
“Cik boleh duduk dulu di situ. Sekejap lagi Datin datang. Kalau ada apa-apa cik boleh cari saya di luar.” Kata Finaz sambil menunjukkan ke arah sofa yang terletak di dalam ruang bilik tersebut.
Sambil menganggukkan kepala Eera melangkah menuju ke arah sofa yang ditunjukan oleh Finaz sebentar tadi. Finaz berlalu meninggalkan Eera berseorangan dan pintu dibiarkan terbuka. Eera memandang ke sekeliling ruang bilik tersebut. Cantik susunan perabut dan hiyasan bilik ini. Pasti orangnya bijak menghiyas bilik tersebut.
Tidak lama selepas itu kelihatan seorang wanita yang sedikit berumur memasuki ruang bilik tersebut. Walaupun agak berumur tetapi wajahnya masih lagi kelihatan anggun dan bijak menghiyas diri. Tidak terlalu keterlaluan.
“Awak dah lama sampai? Maaf saya sedikit lewat” soal wanita tersebut sambil berjalan menuju meja kerja di dalam bilik ini dan meletakkan beg bimbitnya diatas kerusi dan menyambung langkahnya ke arah sofa yang diduduki oleh Eera.
“Baru saja Datin. Tak sampai lima minit lagi pun.” Jawab Eera sambil memerhati wanita tersebut melabuhkan punggung diatas sofa yang bertentangan dengannya.
“Saya Datin Fauziah. Awak Syazeera kan? Saya dah lihat resume awak walaupun itu tak penting pun bagi jawatan yang bakal saya tawarkan ini.” Datin Fauziah menerangkan serba sedikit tujuan Eera diminta datang ke perjabatnya.
“Ya saya syazeera Datin. Apa maksud Datin dengan jawatan yang bakal ditawarkan? Bukankah Datin akan offer kepada saya jawatan yang telah saya apply dalam resume?” dengan sedikit kedutan di dahi Eera mengajukan soalan kepada Datin Fauziah.
“Tak. Saya akan bagi tugas lain kepada awak dan awak akan mendapat dua kali ganda gaji yang telah awak pohon dalam resume.” Sedikit senyuman terukir di bibir Datin Fauziah. Dia terpaksa menawarkan pulangan yang sedikit lumayan kerana gadis di hadapannya ini adalah calon yang terakhir selepas semua calon sebelum-sebelum ini menolak jawatan yang bakal diberinya ini.
Gulp! Eera menelan liur. Lumayan juga tawaran ini walaupun dia hanya mempunyai kelulusan STPM. Tapi dengan tawaran ini, gajinya boleh dikatakan menyamai gaji pelajar-pelajar lepasan Ijazah Saujana Muda. Dia merasakan sedikit kuatir degan tawaran ini. ‘Pasti ada udang di sebalik mee ni. Silap-silap mati aku.’ Gumam Eera dalam hati.
“Eer.. eer.. boleh saya tahu jawatan apa tu Datin?” Tanya Eera kepada Datin Fauziah dengan sedikit gagap. Kerana risau dia akan diperdaya. Baik hati-hati sebelum masuk perangkap.
“Awak jangan risau. Tiada agenda yang tersembunyi daripada saya. Cuma jawatan ini sedikit mencabar. Setimpal dengan apa yang saya tawaran itu.” Seolah dapat megesan riak kerisauan pada wajah gadis di hadapannya itu. Datin Fauziah cuba menenangkan perasaan gadis tersebut.
“Emm.. ok Datin. Jawatan apa yang Datin tawarkan kepada saya tu?” Eera bertanya buat kali ke dua dalam keadaan sedikit tenang selepas peneranggan Datin Fauziah sebentar tadi.
“Awak ditugaskan menjadi pembantu peribadi anak lelaki saya. Kalau awak bersetuju saya akan terangkan apa yang akan awak lakukan sepanjang tempoh awak berkerja.” Datin Fauziah cuba menilik wajah anak gadis yang berada di hadapannya itu. Wajahnya kelihatan agak positif. Ini mungkin berita gembira buatnya.
Aik? Tak kan itu saja? Macam tak la susah sangat pun jawatan dia ni. Gaji pun boleh tahan. Macam rezeki aku ja nih. Peluang hanya sekali Eera! Apa kau tunggu lagi tu? Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Hehe..
“Datin pasti ke ini jawatan yang datin akan beri kepada saya?” Eera inginkan kepastian daripada Datin Fauziah.
“Yup saya amat pasti. Dan tugas awak sebenarnya lebih lagi dari itu. Mungkin awak perlu berpindah sekali ke rumah saya bagi memastikan kerja awak berjalan dengan sempurna. Tapi awak tak perlu risau. Semua kebajikan dan keperluan akan ditanggung oleh pihak saya sepenuhnya.” Datin Fauziah merenung wajah Eera yang melihatkan sedikit kerutan di dahinya. Mungkin gadis ini merasakan sedikit pelik.
‘Rasa pelik pulak aku rasa. Tak kan sampai kena duduk satu rumah kot? Ni pembantu peribadi ke orang gaji ni? Hairan aku.’ Persoalan itu hanya terluah di dalam hatinya sahaja.
“Kenapa sampai perlu pindah datin?” soal Eera bagi mendapatkan kepastian.
“Sebab saya hendak awak sentiasa dekat dengan anak saya dan lakukan tugas mengikut keperluan yang akan saya tetapkan. Biar saya berterus terang di sini. Saya hendak awak pastikan anak saya itu jadi seorang insan yang lebih bertanggungjawab dan awak perlu bimbing dia selama lima bulan dari sekarang sehingga majlis penikahannya.” Terang Datin Fauziah dengan lebih jelas. Wajah gadis didepannya direnung untuk melihat tindak balasnya.
Eera sedikit melopong. Terasa seperti tidak percaya atas kehendak Datin Fauziah atas tugas yang bakal dia sandang. Benar dia memerlukan kerja ini. Tapi terasa sedikit berat untuk terima. Tapi janji pada ibu dan ayah di kampung perlu ditunaikan. Lagipun sudah bayak duit dia gunakan untuk ke sini. Tawaran yang diberipun agak lumayan.
“Awak ok? Sekiranya awak tak nak terima jawatan ini tak apa la. Saya faham.” Sedikit hampa wajah Datin Fauziah. Dia faham sekiranya gadis di depannya ini menolak kerana calon-calon yang sebelum-sebelum ini juga semuanya menolak.
“Err.. Bukan saya nak menolak. Tapi macam berat sahaja tanggungjawab yang bakal saya pikul ni. Saya takut saya gagal. Macam mana sekiranya saya gagal?” Tanya Eera selepas melihat wajah Datin Fauziah seperti sedikit kecewa.
“Hmm... yang itu awak tak perlu risau. Sekiranya gagal sekalipun saya tak kisah sangat. Tetapi sekiranya berjaya mungkin saya akan memberi sedikit saguhati kepada awak tanda terima kasih saya.” Umpan Datin Fauziah. Apa gunanya bayak duit tapi tidak tahu untuk menggunakannya?
“Oh.. kalau bergitu tak lah saya risau sangat. Tapi boleh saya Tanya sikit tak?”
“Awak nak Tanya apa? Kalaw boleh saya jawab saya akan jawab.”
“Anak Datin tu handsome tak? Hehe..” gatal kau ni Eera! Sedikit lepas tawanya apabila soalan itu yang keluar dari mulutnya. Apabila menyedari Datin Fauziah merenungnya dengan wajah sedikit terkejut dia sedikit tertunduk kerana berasa malu. Dia lupa. Lupa kerana sekarang ini dia bukan bersama Anis untuk dibuat lawak.
Kali ini Datin Fauziah pula yang terlopong. Agak terkejut dengan soalan yang baru diajukan oleh gadis tersebut. Tak sangka dalam muka sedikit kerisauan tadi boleh lagi dia buat lawak ye. Boleh tahan lepas jugak budak ni. Mata Datin Fauziah terus merenung wajah gadis tersebut.
Sedar atas renungan tersebut Eera menjadi salah tingkahnya. Agak berbahang wajahnya ketika ini. “err.. Datin. Saya lawak saja tadi. Tak bermaksud pun.”
“Eh tak apa. Saya faham tu. Lagipun mungkin awak nak kurangkan jurang kejanggalan antaran kita berdua.” Datin Fauziah mengukirkan senyuman di bibirnya. Biasa lah budak-budak muda sekarang ni. Bukan seperti dia dahulu. Nak angkat muka pun susah sebab malu untuk bincang akan hal-hal seperti ini.
“Kalau macam tu bila saya boleh mula kerja Datin?” pertanyaan Eera kali ini menambahkan lagi lebar senyuman Datin Fauziah lagi.
“Secepat mungkin. Awak cakap ja bila awak boleh. Nanti saya akan hantar orang jemput awak untuk ke rumah saya. Lagi cepat lagi bagus. Kerana kita dah kesuntukan masa.” Nampaknya kali ini tidak perlu lagi Datin Fauziah risau untuk mencari calon yang baru. Kerana gadis ini sudah menerima tawarannya. Tambahan lagi gadis tersebut tidak langsung mengesyaki sebarang kemungkinan akan berlaku atas rancangannya itu.
“Kalau begitu minggu depan sajalah. Saya perlu pulang ke kampung untuk mengambil beberapa barang keperluan sebelum memulakan kerja saya.” Selepas panjang berfikir Eera member keputusannya kepada Datin Fauziah.
“kampung awak di mana?”
“Kedah Datin”
“Oh jauh jugak tu.” jawab Datin Fauziah perihatin. “Ni kad saya. Nanti bila awak dah sampai sini awak boleh hubungi saya. Saya akan suruh pemandu saya ambil awak.” Sambung Datin Fauziah lagi.
“Ok datin. Kalau dah tak ada apa-apa saya mintak diri dulu ye datin.” Melihat Datin Fauziah yang seakan-akan tidak mempunyai apa-apa lagi untuk diperkatakan, Eera dengan senang hati meminta diri dahulu. Agak kekok juga dia berhadapan dengan wanita ini.
“Nanti awak dah sampai sini jagan lupa hubungi saya. Nanti di rumah saya, saya akan menerangkan apa yang perlu awak lakukan dalam tempoh awak berkerja. Saya akan uruskan segalanya yang berkaitan dengan tugas awak tu.” Kata Datin Fauziah sambil berdiri dan membenarkan Eera meninggalkan bilik tersebut.
“Terima kasih Datin sebab memilih saya berkerja dengan Datin.”
“Sama-sama.” Jawab Datin Fauziah sambil menghadiahkan senyuman kepadanya.
Selepas bersalam Eera melangkah meningalkan bilik tersebut. Dia akan pulang ke rumah maksunya dahulu sebelum bertolak pulang pada malam ini menaiki bas ekpress di Pudu Central. Rasa tidak sabar nak sampaikan berita gembira ini kepada ibu. Pasti ibu berasa gembira. Tidaklah mereka perlu merasa kesempitan hidup lagi di kampung nanti.

No comments:

Post a Comment