Monday 20 February 2012

Kaulah Matahariku 20

Sejak akhir-akhir ini kelihata Eera sering mengelamun. Dia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja yang dilakukannya tidak kira di perjabat mahupun di rumah. Apalah nasib yang telah menimpanya? Eera merasakan masa hadapannya seolah-olah seperti sudah jatuh ditimpa tangga sahaja. Masakan tidak. Sudahlah dipaksa berkahwinlah katakan. Selepas itu dijodohkan pula dengan bakal suami yang beku serta kerjam seperti Haikal.
Sambil hanya duduk di meja kerjanya tanpa melakukan apa-apa, Eera teringatkan kembali kata-kata Haikal tempoh hari semasa mereka dalam perjalanan pulang dari vila Puan Sri Azizah. Lelaki itu sudah memberi amaran awal-awal lagi kepadanya dengan menyatakan dia tidak akan sama sekala melayannya seperti isteri yang sah apabila mereka berkahwin kelak. Mungkin tujuan Haikal berbuat bergitu adalah untuk mengelak dari pengetahuan rakan-rakannya nanti. Mana mungkin Haikal akan mengaku gadis kampung sepertinya ini sebagai isteri.
Sekiranya hanya perkara itu sahaja yang dirisaukan oleh Haikal, rasanya dia masih boleh menerimanya lagi. Tetapi ternyata lelaki itu merancang untuk berpindah rumah sebaik sahaja mereka sah menjadi suami isteri nanti tanpa meminta persetujuan darinya terlebih dahulu. Malah perpindahan mereka itu bukanlah perpindahan seperti pasangan biasa. Eera dipaksa oleh Haikal untuk mencari rumah sewanya sendiri. Tidak kisahlah sama ada dia ingin menyewa dimana pun. Yang pasti jangan sampai mama dan papa Haikal dapat tahu sudah. Kejam sungguh Haikal padanya kerana malu beristerikan gadis kampung.
Masih segar lagi didalam ingatan Eera yang dia terpaksa merayu-rayu kepada sahabatnya Jaja supaya menerima diri ini sebagai rakan serumah. Nampaknya Jaja berasa serbah salah pula dibuatnya kerana terpaksa memikirkan sama ada hendak menerima ataupun tidak. Bukan apa. Rumah Jaja sekarang ini sudahpun penuh. Yang tinggal cumalah bilik stor sahaja. Lagipun bilik itu terlalu kecil dan hanya mampu menampung seorang penghuni berserta sebuah katil sahaja.
Ternyata Eera langsung tidak kisah akan itu. Dia Cuma memerlukan tempat tinggal untuk berteduh. Lagipun dia sudah biasa. Biliknya di kampung pun tidaklah sebesar mana. Malah pembaringannya setiap malam pula hanyalah beralaskan tikar menkuang yang nipis sahaja.
Selepas mendapat persetujuan dari Jaja, Eera bercadang akan berpindah ke rumah gadis itu awal bulan hadapan. Ini berikutan tarikh perkahwinanya juga akan berlangsung pada bulan hadapan berdasarkan apa yang telah dirancangkan oleh Puan Sri Azizah. Lagipun Eera sudah mendapat persetujuan dari ayah dan ibunya di kampung. Puas juga diberi pelbagai alasan untuk meyakinkan Ayahnya itu. Pada mulanya, Encik Syamsudin memang menentang keras dan terkejut apabila mendengar khabar berita yang disampaikan oleh anak gadisnya itu. Tetapi akhirnya terpaksa bersetuju juga apabila diyakinkan oleh Eera yang megatakan pihak lelaki tidak mahu mereka bercinta terlalu lama. Bircintakah mereka? Eera ternyata berasa serba salah kerana terpaksa berbohong dengan keluarganya. Manakala perasaan selibihnya pula adalah risau akan pandangan orang kampung terhada perkahwinan mendadaknya itu.
Setelah selesai disebelah pihak Eera, tiba pula di sebelah Haikal untuk diselesaikan. Eera cuma menyerahkan sebulat-bulatnya masalah ini kepada Haikal untuk diselesaikan. Dia tidak mahu masuk campur langsung tentang hal perkahwinan tersebut. tetapi apakan daya. Apabila Datin Fauziah sudah bertanyakan kepadanya, nampaknya Eera tidak dapat mengelak lagi daripada memberi jawapan sepatutnya.
Fikiran Eera ketika ini sudahpun melayang jauh sehinggakan kembali pada situasi dua hari lepas apabila Haikal tiba-tiba sahaja menyampaikan hasrat hati untuk berkahwin dengannya kepada Datin Fauziah.
****
“Mama. Kal ada benda nak cakap ni” Tiba-tiba Haikal yang duduk di atas kerusi batu didalam taman mini mamanya itu bersuara. Tangan Datin Fauziah yang ligat memotong ranting-ranting bunga mawar miliknya terberhanti seketika.
“Kal nak cakap apa?” Soala Datin Fauziah seraya mengalihkan pandangannya supaya dapat memandang wajah anak bujangnya itu. Eera yang turut berada di situ hanya meneruskan kerjanya mengutip ranting-ranting bunga mawar yang telah siap dipotong oleh Datin Fauziah sebentar tadi untuk dibuang nanti.
“Emm.. Kal.. kal..” Tergagap-gagap pula Haikal untuk menyampaikan ayat yang sudah berhari-hari dikarangnya itu. Dia mengaru seketika kepalanya yang tidak gatal. “Kal apa?!” Sergah Datin Fauziah apabila melihat anaknya itu seperti susah benar untuk meluahkan apa yang bersarang di dalam fikirannya. Suaranya juga sudah kedengaran sedikit tegas.
“Kal.. Kal nak kahwin, awal bulan hadapan.” Dalam satu nafas terkeluar juga apa yang ingin diperkatakan sejak tadi akibat terkejut. Walaupun terkejut, Haikal tetap masih boleh menarik nafas lega kerana akhirnya berjaya meluahkannya.
“Hah? Nak kahwin?” sedikit tersentak Datin Fauziah apabila mendengar luahan Haikal sebentar tadi. matanya membutang melihat Haikal. “Dengan siapa? Sara? Kan Kal dah janji dengan mama yang Kal akan kahwin dengan dia bila mama dah beri persetujuan nanti. Sekarang kenapa tiba tiba sahaja nak kahwin pula? Mama tak izinkan!” Datin Fauziah seolah-olah tidak berpuas hati dengan perkara yang baru didengarinya itu. Dia mengatur langkah kearah meja batu didalam taman tersebut lalu meletakkan gunting pencantas dahan di situ. Sekiranya Haikal ingin mengahwini Sara dalam masa terdekat ini, memang dia akan membantah keras keputusan tersebut.
“Err.. bukan dengan Sara la mama..” Pelahan sahaja sura Haikal itu sehinggakan hampir sahaja tidak didengari oleh telingga Datin Fauziah. Eera yang berada sedikit jauh sudah dapat mengagak apa yang bakal disebut oleh Haikal sebentar lagi.
“Habis tu dengan siapa pula?” Dahi Datin Fauziah sudah mengerut menampakkan beberapa lapis kedutan. Manakala suaranya sedikit meninggi seperti tidak berpuas hati dengan cara Haikal menyampaikannya. Dia sangkakan Haikal ingin menamatkan zaman bujangnya dengan Sara berdasarkan cara percakapannya tadi. Kalau itulah terjadi, memang dia amat tidak bersetuju sama sekali dengan keputusan tersebut. Lagipun Datin Fauziah merasakan Sara itu bukan calon menantu yang sesuai buat keluarganya. Dia seakan-akan dapat membaca apakah tujuan Sara mendekati anaknya itu.
“Kal nak kahwin dengan Sya.” Laju sahaja nama itu meluncur laju dari mulut Haikal. Eera yang dari tadi asyik mendengar hanya mampu berlakon seolah-olah terkejut. Bantai sahajalah Eera oi.. lagipun memang dia tak menyangka lelaki itu ingin berterus terang dengan mamanya semasa dia berada di sini. Lagipun tidak sangka juga yang Haikal bergitu berani sekali berterus terang depan mamanya walaupun sedikit tergagap-gagap.
“Ha? Dengan Sya?” Datin Fauziah terkejut lagi. Entah kali ini sudah berapa kali dia terkejut pun dia tidak pasti sebelum membisu seketika. “Betul ke ni Kal? Sya?” sambung Datin Fauziah lagi sambil memandang wajah Haikal dan Eera bersilih ganti sebelum mengukir senyuman kepada keduanya. Kalau dengan Eera dia amat bersetuju sekali. Memang tiada bantahan langsung dari pihaknya mahupun Dato Azrul.
“Betul lah mama.” Jawab Haikal. Manakala Eera pula hanya mampu menganggukkan kepalanya tanda mengiyakan. Lagipun Eera merasakan berat sahaja mulutnya untuk meluahkan sebarang jawapan.
“Ha.. kalau dengan Sya mama tak halang. Bila-bila pun boleh. Kalau Kal nak kahwin esok pun mama tak kisah.” Laju sahaja Datin Fauziah menyuarakan pendapatnya itu. Eera dan Haikal yang mendengar sudah melopong lalu berpandangan sama sekali. Kelihatan wajah Haikal sudah bertukar menjadi pucat pula selepas itu. Mana tidaknya. Kalau boleh mamanya itu siap hendak mempercepatkan lagi tarikh perkahwinan mereka. Sudahlah perkahwinan itu bukan atas kehendaknya pun. ini tak mungkin!
“Ehem!! Ehem!!”
Hampir terlompat Eera apabila tiba-tiba sahaja dia terdengar suara garau seorang lelaki yang berdehem hampir di sebelah cuping telinganya. Segala lamunannya sebentar tadi serta merta berkecai entah kemana sebaik sahaja mendengar suara tersebut menerjah tanpa memberi salam terlebih dahulu. Kalau sedap tak apa lah juga. Ini kalah suara bapa kambing sahaja. Nasib baik jugalah kali ini dia tidak melatah seperti kebiasaannya. Kalau tidak mahu malu tujuh keturunan.
Eera menggumam tidak henti-henti didalam hati memarahi orang yang mengejutkannya sebentar tadi sebelum memalingkan wajahnya untuk memandag gerangan siapakah yang biadap sangat itu. Sebaik sahaja mata menangkap seraut wajah yang amat dikenalinya itu, terus sahaja lidahnya menjadi kelu untuk berkata-kata.
Bukan Eera menjadi kelu disebabkan wajah lelaki tersebut terlalu kacak ataupun terlalu segak walaupun itulah hakikatnya. Tetapi dia menjadi kelu disebabkan tertangkap oleh majikannya sendiri kerana mengelamun semasa waktu kerja. Sudahlah diatas mejanya pun masih lagi kosong tanpa sebarang fail atau kertas untuk menunjukkan dia sedang melakukan kerja.
“Dah sampai mana tadi?” Haikal menyoal sambil menjongket kedua belah keningnya meminta jawapan.
“Err.. err.. Encik buat apa kat sini?” Soalan berjawab dengan soalan juga. Sengaja Eera ingin mengubah topik perbualan mereka tadi. Tidak sanggup dia ingin berterus terang dengan Haikal walaupun dipaksa sama sekali.
“Saja saya datang ke sini sebab hendak tahu bakal isteri saya sedang buat apa.” Semasa menuturkan perkataan tersebut, mata Haikal sempat merenung tajam tubuh Eera dari atas sampai ke bawah seolah-olah ingin mengetahui keadaan gadis tersebut. Tetapi pandangan itu pula menyebabkan Eera menjadi termalu sendiri.
Sebaik sahaja Eera mendengar jawapan itu dari mulut Haikal, terus sahaja badannya menjadi seram sejuk seolah-olah hendak demam. ‘Biar betul Haikal cakap macam itu! buang tabiat ke apa lelaki ni? Tetapi kalau betul pun apa salahnya.’ sempat lagi Eera bersoal jawab didalam hati sambil dahinya berkerut-kerut memikirkan setiap patah perkataan yang keluar dari mulut bosnya itu. kalaulah betul apa yang dicakapkan oleh Haikal itu, dia akan cuba menanam benih-benih cinta didalam hati ini. Mungkin selepas kahwin kelak rasa cinta itu akan hadir diantara mereka. Siapa tahu?
“Dah! Dah! Kau tak payah perasan kat sini. Kau tak nampak fail yang aku tengah pegang ni? Aku nak kau tolong semak semua fail ni dan susun balik setiap muka surat didalamnya ikut tarikh.” Dengan tegas Haikal memberi arahan. Sengaja dia ingin membuli Eera supaya menyusun kembali kertas-kertas didalam setiap fail yang telah diselerakkannya sebentar tadi. Bukan apa. Ini kerana dia tidak berpuas hati dengan rancangan neneknya itu untuk menjodohkan mereka berdua. Tetapi apa boleh buat? hanya kepada Eera sahaja yang dia mampu menunjukkan tanda protesnya.
Eera yang mendengar arahan Haikal itu berasa sedikit kecewa. Dia sangkakan apa yang dicakapkan oleh Haikal tadi adalah benar walaupun hatinya merasa sedikit pelik untuk mempercayainya. Tetapi, ternyata dia silap memahami maksud Haikal itu. Lelaki itu hanya ingin memerli sahaja rupanya. Nampaknya harapan hanya tinggal harapan sahajalah.
Tanpa sebarang syak, fail yang dihulurkan oleh Haikal itu diambil juga oleh Eera. Banyak juga fail yang diberikan kepada dia. Hampir empat buah kesemuanya. Nampaknya sepanjang hari ini dia pasti akan berasa sibuk menyiapkan kerja baru itu. “Encik hendak saya serahkan fail ini semua bila?” Sempat juga Eera menanyakan soalan sebelum Haikal mengatur langkah untuk beredar dari situ.
“Saya hendak petang ni. Petang ni sebelum balik, pastikan semua fail ni mesti ada atas meja saya.” Suaranya ditegaskan memberi arahan kepada Eera sambil menunjuk kearah fail yang telah diletakkan oleh Eera diatas meja.
Eera menelan liur. Biar betul Haikal ni.. “Tapi Encik…”
Belum sempat lagi Eera menghabiskan ayatnya, Haikal sudah memotong. “Tak ada tapi-tapi lagi. Buat kerja tu sekarang!”
Eera menarik muncung. Sudah seperti paruh itik pula kalau sekali pandang. Dua kali pandang sudah tentulah nampak seperti manusia. Malah gadis paling ayu dalam pejabat ini. Perasan kau Eera! Biarlah nampak seperti apa pun. Yang pasti Eera tidak berpuas hati dengan lelaki di hadapannya itu. Geram!
“Hah.. elok sangat buat mulut macam tu. Nanti saya ikat dengan tali kasut baru tahu. Mahu?” Terasa geram pula dia apabila melihat Eera memuncungkan mulutnya sebergitu. ‘Dah orang suruh buat tu, buat sajalah.’ Ayat itu hanya sekadar bermain didalam hatinya sahaja bagi menutup gelora yang tiba-tiba sahaja bertandang. Kenapa dia perlu rasa bergitu?
Cepat-cepat Eera menekup mulutnya dengan tapak tangan dan mengeleng-gelengkan kepalanya sebaik sahaja mendengar ugutan oleh Haikal itu. Manakala matanya pula sudah membulat kerana tidak percaya dengan kata-kata lelaki tersebut. Sampai hati betul Haikal hendak mengikat bibirnya yang seksi ini dengan tali kasut? Kalau tali lain boleh diterima lagi. Sengal punya bos!
“Ha.. kalau tak mahu buat kerja tu cepat!” Sengaja Haikal menekankan sedikit suaranya sebelum dia menghilangkan diri ke dalam bilik kerjanya berserta dengan senyuman jahat di bibir. Didalam hatinya sudah tergelak besar melihat wajah terkejut Eera sebentar tadi. ‘Rajin-rajinlah buat kerja ye sayang..’ Haikal memberi semangat sekadar didalam hatinya buat Eera walaupun gadis itu tidak mendengarinya.
****
Setelah hampir separuh hari Eera bergelumang dengan kertas-kertas kerja yang perlu disusun semula mengikut arahan Haikal sebentar tadi, akhirnya dia dapat juga menarik nafas lega apabila berjaya menyusunnya kembali. Rupanya tidak susah mana pun kerjanya itu. Namun Eera sedikit hairan apabila melihat kembali tarikh-tarik kertas kerja didalam fail yang telah disusunnya sebentar tadi. Rasanya semua tarik kertas kerja tersebut bertarikhkan sepuluh tahun yang lepas. Kenapa dia perlu susun kembali maklumat-maklumat yang sudah agak lama itu? Bukankah file yang sudah melebihi lima tahun keatas akan diletakkan didalam bilik simpanan maklumat sahaja? Itu kata Kak Lin. Tetapi dia tidak pasti lah pula kebenarannya.
Enggan memikirkan lagi persoalan tersebut, terus sahaja Eera mengemas meja kerjanya yang berselerak ketika ini. Selepas semuanya dalam keadaan agak tersusun, Eera terus sahaja mencapai fail-fail tadi untuk diserahkan kembali kepada Haikal. Lagipun waktu tamat bekerja untuk hari ini sudah setengah jam berlalu. Langkah pantas diatur menuju kearah bilik pejabat Haikal.
Pintu bilik Haikal diketuk beberapa kali sebaik sahaja Eera tiba dihadapan bilik lelaki tersebut. Agak lama menunggu, namun tiada sebarang jawapan kedengaran dari dalam. Kemana pula lelaki ini pergi? Untuk mendapatkan kepastian, terus sahaja Eera mengintai di bahagian dinding kaca bilik lelaki itu. Namun kehampaan juga ditemuinya kerana tirai di bahagian dalam bilik tersebut ditutup bagi menghalang pelinghatannya tembus ke ruang dalam.
Selepas lama berfikit di hadapan pintu bilik kerja majikannya itu, akhirnya Eera membuat keputusan untuk meredah masuk sahaja. Biarlah apa pun hendak berlaku. Asalkan tujuan dia datang ke sini dapat dilaksanakan sampai ke akhirnya. Kalau tidak terasa sia-sia pula penat lelahnya menyiapkan kerja yang diberikan sebentar tadi.
Sebaik pintu ditolak, dia sedikit hairan apabila melihat keadaan bilik tersebut. ‘Aik? Kenapa gelap pula ni?’ Hanya soalan itu sahaja yang mampu terluahkan dari lubuk hatinya. Selalunya apabila dia masuk ke dalam bilik Haikal tidak pernah pula gelap seperti ini melainkan… ‘Ish! Takkan dia dah balik pula? Tak mungkin lah.’ Eera cuba menenangkan hatinya yang sudah mula berfikir bukan-bukan. Tetapi bisikan Hatinya itu menjadi semakin kuat pula apabila hanya itu sahaja yang difikirkannya sejak tadi lagi.
Cepat-cepat Eera melangkah mendapatkan meja kerja Haikal lalu meletakkan kesemua fail yang dibawanya tadi di situ. Sempat juga dia memerhati keadaan sekeliling. Nampaknya keadaan bilik tersebut telah memberitahunya bahawa penghuninya sememangnya sudah pulang.
Eera menjadi pucat serta merta apabila memikirkan bagaimana dia ingin pulang nanti. Hendak menggunakan perhikmatan teksi, rasanya dia tidak mempunyai keyakinan lagi untuk mengguna perkhidmatan awam tersebut sepanjang dia berada di Kuala Lumpur ini. Mana tidaknya, pelbagai cerita yang bukan-bukan telah didengari dari mulut-mulut orang. Hendak naik bas pula rasanya lagilah dia tidak pandai. Entah mana ditujunya nanti dia pun tidak tahu. Apa-apa pun baik dia turun ke bawah dahulu. Mungkin Haikal ada tunggu di sana. Yang lelaki ini pun satu. Sejak bila dia keluar dari bilik ini pun Eera tidak pasti. Mungkin semasa dia tengah sibuk sebentar tadi kut.
Sebaik sahaja kaki melangkah keluar dari lif, pantas sahaja mata Eera menjalar ke seluruh pelusuk ruang legar bagunan perjabat tersebut mencari kelibat Haikal. Manalah tahu lelaki tersebut menunggunya di sini dan sengaja ingin membuatkannya berasa sedikit kecut perut memikirkannya. Kalau itu sebabnya, mahu disekeh-sekeh kepala lelaki itu seperti yang selalu dia lakukan kepada adik lelakinya Syafiq. Biar Kali ini Haikal pula yang merasakannya.
Rasanya sudah setiap pelusuk ruang ini sudah dijengah olehnya. Tetapi batang hidung Haikal pun langsung tidak dijumpai olehnya. Jangan dikatakan batang hidung, bayang-bayangnya pun tidak kelihatan. Biar betul Haikal ni? Ini sudah kes betul-betul kena tinggal nampaknya. Macam mana dia hendak balik? Eera sudah merasa sedikit gusar didalam hati. Manakala kelopak matanya pula sudah mula berasa panas. Inilah susahnya apabila menjadi seperti rusa masuk kampung. Hendak berdikari pun susah. Uhuk.. Uhuk.. “Dah lama tunggu ke?” Satu suara menegur Eera dari belakang.
Eera yang terpinga-pinga dengan soalan tersebut merasa sedikit hairan. suara itu bertanyakan kepadanya kah? Tetapi sejak bila pula dia menunggu orang? Cepat-cepat Eera mengalihkan pandangannya untuk melihat pemilik suara tersebut. Sebaik sahaja terpandang seraut waja tersebut lagilah buat dia bertambah kebingungan.
“Maaf.. tadi saya tergi toilet kejap. Dah lama tunggu ke?” Tanya lelaki itu lagi apabila soalannya sebentar tadi tidak berjawab.
“Err.. Tak lah. Saya baru turun sahaja ni. Encik buat apa kat sini?” Tanya Eera untuk mendapatkan kepastian. Dia sudah mula berasa sedikit hairan apabila melihat Zakuan berada di sini.
“Eh? Haikal tak bagi tahu apa-apa ke? Tadi saya ada call dia untuk minta kebenaran nak bawa awak keluar sekejap.” Beritahu Zakuan sebaik sahaja terpandang wajah Eera yang sarat dengan pelbagai persoalan. Lagipun dia perlu merungkaikan segala pekara yang kini membebankan akal fikirannya itu.
“Hah? Encik Haikal tak ada cakap apa-apa pun dengan saya tadi. Emmm.. Encik nak jumpa saya buat apa? Kenapa tak bagi tahu saya terus sahaja?” Rupanya sebab inilah yang membuatkan Haikal menghilangkan diri tanpa dikesan. Mentang-mentanglah ada orang hendak menjemputnya pulang. Boleh pulak lelaki itu mengambil kesempatan hendak meninggalkannya. Tak ada kerja lain lah tu. Mesti hendak keluar berfoya-foya dengan rakan-rakannya yang sudah lama tidak dijumpai. Sebelum ini mana berkesempatan Haikal berbuat bergitu kerana terpaksa menghantarnya pulang terlebih dahulu. Sampai di rumah pula pasti akan ditahan oleh Datin Fauziah supaya dia tidak boleh keluar lagi melaikan ada hal penting. Itu pun banyak kali juga lelaki itu mengelat.
“Saya tak ada nombor telefon awak, Sebab tu saya maklumkan kepada Haikal terlebih dahulu. Lagipun saya juga ada bagitahu aunty Fauziah tadi.” Jelas Zakuan lagi. Lagipun dia tahu Eera ini bagaimana orangnya. Tidak mungkin sesenang itu sahaja gadis tersebut akan mengikuti mana-mana lelaki yang kurang rapat dengannya. “Oh macam itu…” Hanya itu sahaja yang keluar dari mulut Eera. Dia tidak tahu berkata apa-apa lagi selepas itu.
“Kalau awak dah sedia marilah kita bertolak sekarang. Nanti lewat pula sampai.” Ajak Zakuan sambil mendepakan lengan kanannya kearah pintu keluar seolah-olah memberi laluan untuk Eera melangkah kearah yang dimaksudkannya itu.
“Errr.. Kita nak kemana ini Encik? Tak boleh ke kita terus balik sahaja?” Eera meminta kepastian. Dia kurang selesa berdua-duan dengan lelaki kacak ini walaupun mereka boleh dikatakan agak rapat kebelakangan ini.
“Nope.. Hari ini awak kena ikut saya. Nanti awak lihat sendiri tempat yang kita hendak pergi tu. lagipun ada benda saya nak tannya dengan awak nanti.” Zakuan masih berahsia akan destinasi yang bakal mereka tujui sebentar lagi. Lagipun dia pasti yang Eera semestinya akan sukakan tempat tersebut.
“Encik nak tanya apa dengan saya? penting ke?” Sambil mengatur langkah, sempat lagi Eera menjeling kearah Zakun yang lengkap berpakaian kemeja berwarna biru muda dan berseluar slack hitam. Ringkas sahaja cara pemakaiyan lelaki tersebut tetapi ketampanannya tetap terselah apabila rambut ikal yang sederhana panjang itu disisir rapi ke belakang.
“Tentang pekara tu nanti sahaja kita bercakap di sana. Lagipun tak sesuai lah di sini.” Kelihatan lelaki itu sedang mengaru sedikit kening dengan jari telunjuk tangan kanannya seperti sedang memikirkan sesuatu. Wajahnyapun sudah kelihatan sedikit gelisah apabila menyuarakan pendapatnya tadi. Hal apakah agaknya ye?
Selepas sampai di tempat meletak kereta, pantas Zakuan menekan alarm keretatanya lalu dibukakan pintu di sebelah kiri bahagian penumpang hadapan. Sempat juga Eera memerhati kereta lelaki tersebut sebelum dia melangkah masuk kedalamnya. Nampaknya kereta Zakuan ini pun tidak kurang hebatnya seperti kereta Haikal juga. Tapi hendak menyebut apakah jenis dan model kereta tersebut dia tidak pandai. Maklumlah orang kampung sahaja. Kalau jenis motor itu boleh lah lagi dia bercerita. Huhu…

1 comment: