Thursday 22 December 2011

Kaulah Matahariku 11


Bab 11
Pagi ini terasa begitu nyaman sekali. Eera terdampar di tepi jendela biliknya seketika sambil menghirup udara pagi yang nyaman di kotaraya Kuala Lumpur. Nyaman ke udara di Kuala Lumpur ni? kira boleh lah waktu-waktu pagi selepas subuh seperti ini. Tambah-tambah lagi sekeliling perkarangan Banglo Dato Azrul ini ditanam dengan tumbuhan-tumbuhan hijau.
‘Yes! Hari ini Hari sabtu.’ Jerit Eera didalam hati. Dia memikirkan aktiviti-aktiviti yang bakal dia lakukan sepanjang hari ini. Tetapi apa sangat yang boleh dia buat dekat rumah besar ini. Sungguh bosan sekali. Lain lah sekiranya di kampung. Paling kurang dia boleh bercucuk tanam di belakang rumah sambil menghirup udara segar.
Selepas terasa puas menghirup udara pagi yang segar Eera megatur langkah kakinya ke dapur. Dia ingin menolong Mak Siah melakukan kerja-kerja menyiapkan sarapan. Lagipun sepanjang dia di sini jarang-jarang sekali dia menunjukkan kepakaran memasaknya yang tak seberapa itu. Sekali sekala apa salahnya menolong. Mana lah nak tahu dapat tawan perut salah seorang penghuni rumah ini kan? Itu pun dah kira cukup. Hehehe...
“Mak siah masak apa tu?” Eera menegur Mak Siah sesampainya dia di muka pintu ruang dapur. Bau masak tumis sambal telur menusuk hidungnya. Kuat betul baunya! Sakit hidung Eera seketika dibuatnya.
“Eh Sya. Awal bangun hari ni? Mak siah masak nasi lemak sambal telur aja ni ha.” Jawab Mak siah yang berada di singki dan memuncungkan sedikit bibirnya menunjukkan kearah kuali yang sedang panas membakar sambal telur didalamnya.
“Wah! Tadi bau pun dah macam sedap. Ni dapat lihat lagi bertambah sedap lah ye? Boleh Sya tolong?” Eera berkata dengan nada riang. Sengaja dia memaniskan mulut memuji Mak Siah pagi-pagi begini. Tetapi apa yang dikatakan itu sememangnya benar. Sebab sudah lama dia tidak makan nasi lemak sepanjang berada di sini. Bau sambal tumis telur ini sahaja pun dah boleh buat kecur air liurnya.
“Ada-ada saja Sya tu. Mak Siah masak simple-simple aja pun. Sya nak tolong ke? Kalau macam tu tolong buatkan air je lah. Sebab semuanya dah hampir siap Mak Siah masak.” Kelihatan maksiah tersenyum. Rajin betul gadis ini hendak menolongnya di dapur. Selalu juga Eera menawarkan diri untuk membantu di dapur. Tetapi sengaja dia menghalang kerana ini semua tugasnya. Dia tidak mahu mengambil kesampatan keatas orang lain untuk kesenangan diri sendiri.
“Ok mak siah. Sya buat air milo ajalah ye? Asyik minum air kopi tiap-tiap hari pun tak elok untuk kesihatan.” Eera memberi pendapatnya. Kelihatan Mak Siah menghalakan pandangannya mencari wajah gadis itu sambil tersenyum dan menganggukkan kepala. Maksudnya boleh la tu. Tetapi hati Eera masih tidak puas kerana niat di hati nak tunjukkan kemahiran memasak sebentar tadi tidak kesampaian. Nampaknya dia akan jadi pembancuh air lah sepanjang hidupnya ini. Tambah-tambah lagi dengan orang tua seorang tu. Siapa lagi kalau bukan Haikal.
Selepas selesai membancuh air milo Eera membantu Mak Siah menyiapkan meja makan di ruang makan yang bersebelahan dengan ruang dapur. Tanggannya lincah menyusun pinggan dan mangkuk yang berisi sambal tumis telur, nasi lemak dan sedikit kuih muih. Setelah siap dia kembali ke dapur menolong mak siah mengemas apa yang patut sementara menunggu orang-orang didalam rumah ini turun menjamu selera. Yang pasti Haikal sudah tentu tidak akan turun menyertai mereka. Cuti-cuti seperti ini lelaki itu pasti sedang membuta sampai ke matahari menegak.
Nampaknya jangkaan Eera itu meleset sama sekali apabila wajah Haikal terpampang di meja makan dengan rambut yang kusut masai. Nampak sangat baru bangun tidur. Sudah tentu-tentulah dia belum mandi kalau berkeadaan seperti itu. Tak senonoh betul mamat seorang ini. Bangun pagi tanpa berus gigi terus makan sahaja. Tapi ya ke dia belum gosok gigi? Pandai-pandai je kau Eera!
Mereka bersarapan bersama-sama termasuklah Eera dan Mak Siah. Sememangnya apabila menjamu selera pasti mereka akan duduk bersama tak kira pekerja mahupun majikan. Dah seperti keluarga pula Eera rasakan suasana itu. Sambil menjamu selera mereka berbual-bual tentang isu semasa dan sebagainya.
“Mak siah. Kejap lagi tengah hari tolong masak lebih sikit ye? Sebab puan Sri nak datang makan sini.” Datin Fauziah bersuara tiba-tiba untuk memberitahu Mak Siah. Haikal memandang mamanya dan memuncungkan mulut.
“Nenek nak datang rumah kita buat apa mama? Ada hal penting ka?” Haikal menyoal mamanya. Malas dia hendak bersua muka dengan neneknya itu. Ibu kepada papanya itu amatlah cerewet orangnya. Dengan Haikal ada sahaja benda yang dia buat tidak kena di mata neneknya itu.
“Entah la kal. Nenek tak cakap apa-apa lah pulak. Dia kata nak datang makan tengah hari aja di sini. Lagipun apa salahnya dia nak datang. Ini kan rumah anak dia juga. Dah lama nenek tak datang sini.” Jelas Datin Fauziah. Dia tahu anaknya yang seorang ini tidak pernah menyenangi atas kedatangan neneknya itu.
“Alah... Kalau macam tu hari ni Haikal nak keluar dengan Nizam lah.” Haikal bersuara tidak puas hati. Mana mungkin dia dapat mengadap muka neneknya yang cerewet tu. Asalnya hari ini dia sudah bercadang nak habiskan masa cutinya di rumah sahaja. Tapi tak sangka pula neneknya hendak bertandang ke sini. Punah segala perancangannya.
“Kal jangan nak mengada-ngada. Hari ni kal kat rumah saja. Dah lama nenek tak tengok cucu-cucu dia. Semua asyik sibuk dengan urusan kerja yang tak pernah habis tu. Jangat kata cucu. Anak dia sendiri pun asyik sibuk memanjang.” Dalam member arahan kepada Haikal sempat lagi Datin Fauziah memerli Dato Azrul di sebelahnya. Tersedak orang tua itu dibuatnya.
“Aik? Saya pun kena jugak?” Dato Azrul menjawap pelahan sambil memandang Datin Fauziah. Dia mencapai tisu yang dihulurkan oleh isterinya itu dan mengelap bibirnya yang basah dengan air milo. Dia tersengeh seperti kerang busuk pula melihat jelingan tajam dari isteri tercinta.
“Ye lah. Abang tu sibuk sangat dengan kerja. Tak pernah langsung nak jenguk Mak kat rumah dia. Harap sahaja rumah tak sampai sebatu jaraknya. Tapi muka tak nampak-nampak jugak.” Datin Fauziah menegur perangai suaminya itu dengan tegas. Anak dengan Ayah sama sahaja. Tak pandai nak ambil hati orang tua langsung. Yang si Anak sibuk nak bersosial sana sini. Yang Ayahnya pula bila jumpa kawan-kawan tak ingat nak balik rumah. Alasannya yang selalu diberi main golf dengan kerja aja memanjang. Nasib Suaminya itu tidak pernah menipu kemana dia pergi. Lagipun tak nak lah dia terlalu megongkong hidup suaminya itu.
Eera hanya memasang telinga sahaja mendegar perbualan anak beranak itu. Tak mungkin sama sekali dia ingin menyampuk. Lagipun bukan ada kaitan dengannya.
“Aik? Ni mak tak pernah merungut apa pun kat abang awak pulak yang lebih. Entah-entah mak dengan abah kat rumah tu lagi seronok kalau anak-anak dorang tak balik. Boleh dating selalu.” Usik Dato Azrul pada isterinya itu. Datin Fauziah memuncung mulutnya geram. Orang serius dia main-main pula. Haikal sudah tersengeh-sengeh seperti kerang busuk. Rambutnya yang serabai itu amatlah melucukan sesiapa yang memandang. Eera pula hanya menahan ketawanya memerhati telatah Dato dan Datin.
“Ish abang ni. Orang serius boleh pulak dia nak buat lawak. Ni yang buat saya geram ni” Marah Datin Fauziah. Mukanya dah kemerah-merahan menahan marah. Tetapi sebenarnya tak lah marah sangat pun. Selebihnya malu bila hal-hal seperti itu dibuat lawak oleh suaminya.
“Ha.. Lagi awak marah lagi comel saya tengok.” Sakat Dato Azrul sambil jarinya mencuit hidung isterinya. Dia tergelak kecil melihat muncung isterinya makin panjang dan muka sudah makin kemerahan. Datin Fauziah meregus.
“Ish awak ni. Dah tua-tua pun nak gatal-gatal lagi. Buat malu saja budak-budak ni tengok.” Datin Fauziah bertambah panas diperlakukan sebegitu. Mana tidaknya. Didepan Haikal dengan Eera pulak tu. Nasib Mak Siah dah bangun ke dapur.
“Alah mama. Macam tak biasa pulak. Selalu papa kan memang macam tu.” Kali ini giliran Haikal pula yang menyakat. Dia tersengeh pada mamanya.
“Dah la. Ayah dengan Anak sama aja. Semua nak kenakan saya. Geram betul!” Bentak Datin Fauziah. Dia berdiri dan ingin melangkah pergi dari ruang itu. Lagi lama dia di situ risau pula entah apa-apa lagi yang bakal terkeluar.
“Tu awak nak peri mana tu?” Soal Dato Azrul sengaja.
“Pergi mana-mana je lah!” Jawab Datin Fauziah geram.
Haikal dengan Eera sudah tergelak kecil apabila melihat gelagat Dato Azrul dengan Datin Fauziah. Telatah mereka sahaja boleh mengamatkan suasana. Eera benar-benar tidak menyangka keluarga ini bergitu ceria sekali. Sedangkan tanggapannya sebelum ini megatakan keluarga ini sentiasa dalam keadaan serius dan susah untuk bergelak ketawa sebegini. Mana tidaknya, lihat layanan Haikal terhadapnya pun sudah cukup membuktikan itu semua. Nampaknya sekarang ini dia terpaksa la mengubah pandangan itu kerana ternyata tanggapannya sebelum ini sudah terpesong jauh.
****
Eera bersantai di ruang rehat sambil menonton televisyen. Terasa bosan pula apabila berada di dalam rumah besar ini tanpa berbuat apa-apa. Hendak menolong Mak Siah di dapur awal-awal lagi sudah di tegah. Haikal dengan Dato Azrul sudah lama keluar entah kemana. Katanya ada urusan yang perlu diselesaikan. Manakala Datin Fauziah masih belum turun-turun lagi dari bilik sejak tadi. Tak kan marah lagi kot datin ni?
“Hmm... Dari aku duduk sahaja macam ni lebih baik aku kemas rumah ni pun bagus jugak kan?” Eera bersuara pelahan. Hanya sekadar boleh didengar pada telinganya sendiri.
Bulu ayam yang tergantung di pemukaan dinding berhampiran muka pintu yang memisahkan ruang rehat dengan ruang yang lain itu dicapainya. Segera dia melakukan kerja-kerja pembersihan habuk-habuk yang berani menghinggap pada perhiasan rumah banglo ini.
Kerja-kerjanya bermula dengan almari perhiasan barang-barang kristal. Bergitu cantik sekali bentuk-bentuk kristal ini. Ada pelbagai bentuk. Walaupun serdahana besar tetapi pasti mahal harganya. Kalau dia pecahkan satu pun cukup lah. Pasti sebulan gajinya melayang begitu sahaja. Dengan cermat dia melakukan kerja-kerja mengelap habuk. Agak berpuas hati dia menyusun pula majalah di atas meja kecil diruang itu. Bukan terlalu berselerak sangat pun. Tetapi disebabkan bosan dia buat juga sehingga kelihatan sempurna.
Selepas selesai mengemas majalah-majalah tersebut dia berjalan menuju ke arah almari yang tingginya hanya sama paras dengan pinggangnya itu dan diletak rapat dengan dinding rumah. Diatas almari itu terdapat beberapa buah pasu-pasu mahal tersusun cantik. Eera melakukan kerja membuang habuk pada permukaan pasu tersebut dengan cermat. Sambil itu matanya tepaku pada susunan album gambar yang tersusun elok diatas almari tersebut.
‘Wah ada album gambar la. Boleh juga aku ambil tahu tentang keluarga ni serba sedikit.’ Kata Eera didalam hati sambil tersengeh. Dia memandang sekeliling dahulu sebelum membuka album tersebut. Risau juga kalau album ini menjadi larangan untuk tatapannya.
Dia membuka kulit album yang paling atas. Kelihatan gambar perkahwinan Dato Azrul dengan Datin Fauziah. Kacak betul Dato Azrul masa muda-muda dulu ye? Datin Fauziah pun apa kurangnya. Mengalahkan model yang selalu dia tengok didalam kaca telivisyen. Sekarang pun masih cantik lagi.
Eera membuka helaian seterusnya pula. Gambar seterusnya adalah gambar dua orang bayi lelaki yang comel sedang duduk dan tersenyum riang memandang kehadapan. Muka mereka pun hampir sama. Adakah mereka ni kembar? Siapakah mereka ini? Adakah anak Dato dan Datin? Eera menjadi keliru seketika. Tangannya pantas sahaja ingin menyelak helaian seterusnya pula. Dalam masa yang sama, telinganya menangkap bunyi loceng rumah yang berbunyi beberapa kali. Pantas dia menutup kembali album tersebut dan menggantungkan kembali bulu ayam yang masih berada didalam gengamannya itu. Mengganggu betul lah!
Eera mengatur langkah dengan pantas menuju kearah pintu masuk banglo ini untuk melihat siapa yang datang. Setelah sampai, dengan pantas Eera menekan tombol pintu dan menarik daun pintu sehingga terbuka luas. Mata Eera terpandang wajah seorang wanita tua yang memandangnya dengan pandangan yang kehairanan. Kelihatan wanita tersebut sedang memimpin tangan seorang kanak-kanak yang dalam lingkungan setahun lebih. Comel sekali wajah kanak-kanak tersebut dan ia kelihatan tersenyum kepada Eera. Tiba-tiba wajah wanita tua tersebut berubah menjadi bengis pula.
‘Aik? Aku ada buat salah apa-apa ke? Macam nak telan orang aja pun wanita ni.’ gumam Eera didalam hati dan menundukkan mukanya memandang lantai. Dia kalah untuk melawan renungan mata wanita tersebut. Siapakah wanita ini yang sebenarnya? Eera menyoal dirinya sendiri.

No comments:

Post a Comment