Monday 20 February 2012

Kaulah Matahariku 21

Sebaik sahaja kaki melangkah keluar dari kereta, Eera terus mendongak keatas melihat ketinggian menara Kuala Lumpur. Dia seolah-olah tidak mempercayai yang dia akan berada di sini suatu hari nanti. Sudah lama juga dia ingin melihat menara Kuala Lumpur ini dengan mata kepalanya sendiri. Bagi anak-anak desa, ini merupakan peluang yang sangat berharga bagi mereka termasuklah dirinya sendiri.
“Wah! Cantiknya Encik.. macam tak percaya pula saya boleh ada dekat sini.” Eera meluahkan rasa gembira dan terharunya kepada Zakuan sebaik sahaja melihat lelaki itu sedang menghampirinya. Zakuan juga turut mendongakkan kepalanya mengikut arah pandangan Eera ketika ini lalu tersenyum kecil. Dia faham perasaan Eera ketika ini. Lainlah orang sepertinya, setakat menara Kuala Lumpur ini sudah tiada apa-apa baginya. Masakan tidak, dari kecil sampai ke besar memang bandar Kuala Lumpur inilah yang telah menjadi dunianya.
“Takkan hendak tengok sahaja? Jom lah..” Ajak Zakuan.
“Jom kemana Encik?” Eera mengerutkan keningnya kerana tidak faham dengan ajakkan Zakuan sebentar tadi.
“Lah awak ni. Kita kan dah ada dekat sini. Mestilah hendak naik keatas sana.” Zakuan sudah tergelak kecil, rupanya lembab juga pemikiran gadis comel ini. Eera melopong mendengar ajakan Zakuan tersebut. Biar betul? Dia naik keatas sana? Macam mimpi pula Eera rasakan. Rahang mulutnya di bahagian bawah terasa sedikit lari dari soketnya. “Err.. Biar betul Encik ni. Kita nak naik ke sana?” Eera masih lagi tidak mempercayainya.
“Aa.. Jom lah. Apa awak tunggu lagi? Kalau awak lambat nanti saya tinggalkan baru tahu.” Usik Zakuan sambil dia mengatur langkah meninggalkan Eera yang masih berdiri tegak di situ.
“Eh Encik! Nanti lah.. saya pun nak ikut juga.” Laung Eera dari belakang sambil terkedek-kedek berlari mengejar Zakuan yang sudah meninggalkannya jauh di hadapan. Peluang macam ini mana boleh lepas. Entah-entah inilah kali pertama dan terakhir dia naik ke atas sana.
Meletus juga akhirnya ketawa Zakuan apabila mendegar pekikan Eera dari belakang. Mesti cuak lah tu sebab takut tak dapat naik menara Kuala Lumpur.
****
Fuh! Terasa sedikit lega walaupun lutut masih lagi tidak hilang terketar-ketarnya. Bukan dia takut tinggi, tetapi entah mengapa kali ini dia terasa gayat pula. Sebaik masuk lif menuju keatas menara Kuala Lumpur ini sbentar tadi, Eera merasakan lemah pula lututnya. Hendak tidak hendak, terpaksa juga dia memegang hujung lengan baju Zakuan untuk mendapat sedikit sokongan semangat daripada lelaki tersebut. macam-macam difikirnya semasa didalam sana sebentar tadi. Ada juga fikiran-fikiran jahat yang telah menghasutnya mengatakan lif tersebut bakal terhempas menyembah tanah. Melampau betul fikirannya itu.
“Kita dah sampai pun. Kan saya dah cakap yang lif ini selamat.” Zakuan mengulangi kata-katanya sebelum mereka memasuki lif itu semasa di bawah tadi. Terasa bagaikan hendak ketawa pun ada apabila teringgat cara dia memujuk Eera sebentar tadi supaya masuk kedalam lif. Sudah seperti memujuk anak-anak kecil pula lagaknya. Tapi untuk memujuk Eera punya fasal, terpaksa juga dia buang jauh perasaan tersebut kerana risau rancanggannya tidak menjadi malam ini.
“Err.. saya rasa, saya pun tak pernah kata lif ni tak selamat.” Eera cuba melindungi perasaan cuaknya sebentar tadi dari pengetahuan Zakuan walaupun telahan lelaki itu benar berlaka.
“Lepas tu kenapa takut tadi?” sengaja Zakuan hendak menguji Eera yang tidak mahu mengaku perasaannya itu. kalau dah takut tu mengaku sahajalah. “Eh! Mana ada takut. Saya ok sahaja ni.” Eera masih lagi tidak mahu mengaku. Mana mungkin dia hanya mengiyakan sahaja. Mahu malu nanti.
“Ya ke? lepas tu kenapa tak lepas lagi baju saya ni?” Zakuan memuncungkan sedikit mulutnya menunjukkna jari-jemari Eera yang masih lagi memegang hujung lengan bajunya itu.
Ekkk?? Kantoi!
Baru Eera tersedar yang dia masih belum melepas lengan baju lelaki itu. Mukanya membahang sedikit disebabkan termalu sendiri. Baru sahaja dia ingat hendak cover perasaan gayatnya sebentar tadi dari diketahui oleh Zakuan.
Zakuan sudah tergelak kecil dengan tingkah Eera itu. Itulah akibat orang yang sudah tertangkap tetapi masih tidak mahu mengaku lagi. “Dah la.. jom pergi sana.” Zakuan menunjukkan meja makan yang terletak betul-betul bersebelahan dengan diding kaca yang boleh menampakkan pemandangan Kuala Lumpur di waktu malam.
Eera yang turut memandang kearah meja makan yang ditunjukkan oleh Zakuan sebentar tadi baru sahaja menyedari yang mereka rupanya sedang berada didalam sebuah restoran. Boleh dikatakan seperti restoran yang terdapat diatas awan pula rasanya. Teruja seketika Eera menikmati suasana ini.
Sebaik sahaja sampai di meja tersebut, Zakuan menarik sebuah kerusi dan mengarahkan Eera duduk di situ. Tiba-tiba sahaja muka Eera membahang lagi apabila dilayan bergitu. Mana pernah lagi ada orang lelaki melayannya sebergitu rupa. Inggatkan dalam cerita-cerita orang putih sahaja yang wujud layanan sebergitu.
Selepas Eera melabuh punggungnya diatas kerusi yang ditarik oleh Zakun sebentar tadi, kelihatan lelaki tersebut mengambil pula tempat betul-betul di hadapannya. Mata mereka bertentang seketika sebelum Eera melarikan pandangannya kearah lain. Tiba-tiba sahaja dia berasa malu dengan lelaki tersebut. Sudahlah malu sebentar tadi pun masih belum hilang lagi. Ditambah pula dengan malu yang ini lagi. Memang parah lah jawabnya.
“Eh encik. Nampak KLCC lah dari sini.” Sebaik sahaja pandangan Eera dialihkan kearah tingkap kaca yang besar di sebelahnya, dia tergamam seketika melihat pemandangan ibu kota Kuala Lumpur pada waktu malam. Cantik betul! Begitu banyak sekali simbahan cahaya dari lampu-lampu neon. Tambahan lagi, dari situ Eera dapat melihat menara KLCC.
“Aah. Itulah wajah KLCC waktu malam.” Kedengaran suara Zakuan menampar lembut cuping telinganya. Tiba-tiba sahaja Eera menjadi seram sejuk mendengar nada suara yang digunakan oleh lelaki tersebut yang sudah berubah. Pelahan-lahan Eera memalingkan wajahnya untuk mencari wajah Zakuan. Sebaik sahaja terpandang wajah itu, lidah Eera terus menjadi kelu. Rupanya Zakuan sedang memandang kearahnya dengan pandangan yang susah dimergetikan. Mata kuyu lelaki itu tepat menikam anak matanya. Sangkannya sebentar tadi Zakuan juga turut memandang pemandangan ibu kota Kuala Lumpur sepertinya juga.
“Err encik…” Eera gagahkan juga bersuara. Dia tidak selesa dipandang sebergitu rupa. “Hmm..?”
“Tadi sebelum kita ke sini, Encik kata ada perkara nak tanya dengan saya. Boleh saya tahu Hal apa?” Ya, memang itulah soalan yang ingin diajukan oleh Eera sejak tadi lagi. Lagipun lelaki itu sudah berjanji dengannya untuk memberitahunya apabila mereka sampai ke sini.
Riak wajah Zakuan terus berubah apabila mendengar soalan yang diajukan oleh Eera kepadanya sebentar tadi. Terus sahaja mati perasaan yang berbunga-bunga sebentar tadi kerana dapat merenung wajah gadis comel dan ayu di hadapannya itu. Tetapi apa boleh buat? Zakuan tahu, tidak sepatutnya dia melayan perasaannya seperti tadi lagi. Mungkin dulu boleh. Tetapi sekarang tidak lagi.
“Ehem.. Ehem..” Zakuan berdehem beberapa kali untuk menghilangkan rasa di hati.
“Kita makan dulu boleh? Lepas tu baru kita cakap. Lagipun saya tengah lapar ni.” Cadang Zakuan. Tapi gayanya tidak seperti mencadang pun. Lebih kepada arahan sahaja lagaknya. Eera yang masih tidak berpuas hati hanya menganggukkan kepalanya sahaja memberi persetujuan.
Zakuan membuka menu yang telah tersedia diatas meja mereka. Eera juga turut melakukan perkara yang sama. Gaya Eera seperti orang tahu-tahu sahaja apa yang hendak dipesannya sebentar nanti. padahal sebelum ini kalau hendak memesan tak perlu pun dia membuka menu segalanya. Cukuplah sekadar menyebut nama makanan apa yang hendak dipesan.
Ekk?? Sebaik sahaja melihat harga makanan yang tertera didalam menu tersebut terus sahaja Eera terasa kesat hendak menelan air liurnya ketika ini. Buatnya kalau dia yang kena bayar makan malam mereka sekejap lagi, sudah tentu dia tidak mampu. Mahu kena cuci pinggan juga lepas ini. Entah-entah cuci pinggan pun dia tidak layak agaknya.
“Awak nak makan apa?” Tanya Zakuan selepas menyedari yang Eera merenung menu masakan di tanggannya seperti hendak tembus sahaja. Manakala kening pula sudah berkerut-kerut seperti memikirkan sesuatu.
“Errr.. Saya makan apa yang Encik makan sajalah. Apa-apa pun tak kisah.” Eera membuat keputusan. Tak sanggup dia hendak memilih sendiri berdasarkan harga yang dilihatnya. buatnya makanan Zakuan lagi murah dari dia macam mana? Nanti dikatakan mengada-ngada pula memilih makanan yang mahal-mahal.
“Minum pula? awak nak air apa?”
“Emmm… Bagi Milo ais sahajalah.” Eera tidak tahu apa yang perlu di pesan olehnya. Hanya air itu sahaja yang terlintas di fikirannya. Lantaklah ada ataupun tidak air Milo di sini. Kalau tak ada nanti dia bawakan satu tin serbuk Milo dari rumah Dato Azrul datang ke sini baru tahu.
Selepas mendapat jawapan dari Eera, terus sahaja Zakuan membuat pesanan. Manakala Eera pula mengalihkan pandangannya kearah luar tingkap menikmati pemandanggan sekitar bandar Kuala Lumpur dari atas menara Kuala Lumpur ini. Sebenarnya Eera sengaja berbuat bergitu kerana dia tidak tahu apa yang patut dilakukan olehnya ketika ini. Semuanya diserahkan bulat-bulat kepada zakuan untuk membuat keputusan menu makanan mereka pada malam ini.
“So.. macam mana kerja?” Zakuan cuba untuk mengisi kesunyian di antara mereka dengan mencari topik perbualan.
“Kerja? Kenapa dengan Kerja?” Tanya Eera kerana tidak memahami soalan Zakuan. Mana tidaknya. Dia asyik berfikir benda lain sahaja sebentar tadi.
“Maksud saya, macam mana awak kerja dengan Haikal sekarang? Ok tak?” Zakun mengulangi soalannya sebentar tadi dengan lebih jelas lagi.
“Oh.. ok sahaja sekarang ini. Cuma saya ni masih dalam peringkat belajar lagi. Maklumlah bukan bidang saya. Lagipun saya ni Cuma Layak jadi kerani sahaja dekat syarikat tu.” Eera merendah diri. Buka dia hendak meluahkan perasaan. Tetapi itulah hakikatnya. Dia mendapat jawatan sekarang ini pun disebabkan jasa baik Datin Fauziah yang memberi tawaran kepadanya.
“Eh.. Jangan la cakap macam tu! Setiap orang ada rezeki masing-masing. Lagipun ini mungkin rezeki awak. Lagipun sesuai apa jawatan sekarang ni dengan awak yang cantik manis ni.” Menyesal pula Zakuan rasakan apabila dia telah membangkitkan isu tersebut. Untuk memujuk gadis tersebut, diselitnya pujian ikhlas yang hadir dari hatinya tanpa dipinta.
Mendengar pujian itu, terus sahaja pipi Eera terasa membahang kerana malu. Sudah tentu pipinya itu telah bertukar warna kepada warna merah untuk menunjukkan yang dia sedang menahan perasaan malu. Mahu tidak malu, dipuji oleh jejaka kacak seperti Zakuan kut.
Zakuan menyedari yang wajah Eera telah bertukar ronanya. Pemalu juga rupanya gadis di hadapannya ini. Hatinya memberontak kerana setiap kali memandang wajah ini dia merasakan perasaannya mengebu tanpa dipinta. Tetapi apa boleh dia buat? Dia sudah terlewat.
“Ermmm.. Cantik kan pemandangan KL dari sini?” Zakuan cuba mengubah tajuk perbualan mereka. Lagipun dia cuba membuang jauh-jauh perasaan yang dirasanya sebentar tadi.
“Ye lah Encik. Ni petama kali saya lihat pemandangan macam ni. Cantik sangat.” Eera mengiyakan pendapat Zakuan tadi. Lagipun dia terasa lega kerana lelaki itu telah mengubah tajuk perbualan mereka. Dia tidak kisah kalau hendak bercerita tentang kerja. Tetapi janganlah diselitkan dengan hal perasaan sekali kerana dia kekok mendengar.
Sedang asyik masing-masing melayan perasaan sendiri, makanan yang dipesan sebentar tadi dihidangkan diatas meja mereka. Kelihatan pelayan yang ditugaskan itu melakukan kerja-kerjanya dengan cermat dan teratur seolah-olah mereka ini seperti tetamu istimewa sahaja. Mungkin ini semua telah dirancang khas oleh zakuan.
Eera menelan liur berkali-kali melihat hidangan didepannya. Memang makanan tersebut nampak sedap dan berselera. Namun bukan disebabkan itu yang membuatkannya menelan liur bekali-kali. Tetapi disebabkan hidangan itu terasa seperti sedikit sahaja. Baik makan di gerai Pak Leman depan rumahnya di kampung pun lagi kenyang. Nasi penuh pinggan kut. Tidak macam ini. Pinggan dua kali ganda besar dari masakan.
Dari tempat duduknya, Eera menjeling-jeling Zakuan yang berada di hadapannya untuk melihat cara lelaki tersebut menjamah makanannya. Kelihatan begitu teratur sekali Zakuan memasukkan makanan kedalam mulutnya menggunakan garfu yang telah dicucuk dengan daging yang telah dihiris. Manakala Eera pula? bagaimana hendak menjamah makanan ini? Dia tidak pandai untuk meniru gaya Zakuan itu.
“Eh.. tunggu apa lagi? Jemput lah makan.” Zakuan menegur sambil matanya merenung Eera. Dia perasan yang gadis tersebut asyik menjeling-jeling kearahnya sebentar tadi. Ada yang tidak kenakah?
Cepat-cepat Eera mencapai garfu dengan pisau di sisi pinggan apabila ditegur begitu. Dia menjadi gelabah seketika. Sebenarnya Eera memerhati Zakuan sebentar tadi bukan apa. dia kurang arif apabila terpaksa makan menggunakan garfu dan pisau ini. Terasa kekok sebentar. Kan senang kalau makan dengan tangan sahaja. Tak payah susah-susah.
Apabila telihat Eera terkial-kial hendak memotong daging di hadapannya, barulah Zakuan menyedari yang gadis tersebut rupanya memerhatikan cara dia menjamah makanannya sebentar tadi. Kasihan pula apabila melihat Eera memotong daging didalam pinggannya seolah-olah memotong sayur pula lagaknya. Manakala garfu pula diletakkan di sebelah pinggan.
Tanpa membuang masa, pantas sahaja Zakuan menolong Eera memotong daging di dalam pinggan gadis tersebut menjadi kecil-kecil supaya mudah untuk disuap kedalam mulut nanti. Dia tahu Eera sedikit tersentak apabila dia menghulurkan bantuan ketika ini. Tetapi kalau tidak ditolong, kesian pula dia melihatnya. Sampai bila baru boleh menjamah makanan itu?
“Makan guna garfu tu macam ni..” Zakuan memberi arahan dan menunjukkan cara untuk menggunakan garfu pula. Dia mencucuk daging dengan garfu didalam pinggannya dan dimasukkan kedalam mulut. Eera hanya mengangguk faham.
“Terima kasih Encik.” Malu-malu Eera mengucapkan terima kasih kepada Zakuan kerana sudi menolongnya.
Setelah selesai menjamu selera, mereka menikmati pencuci mulut pula. kelihatan Zakuan seperti ada sesuatu yang ingin pekatakan kepada Eera. Namun mulutnya berat untuk menuturkannya.
“Err.. boleh saya tanya awak sesuatu tak?” Akhirnya Zakuan memulakan juga bicara. Namun dia masih lagi kelihatan gelisah.
“Encik nak tanya, tanya aja lah. Kalau saya boleh jawab, saya akan jawab.” Kening Eera sudah mula mengerut kerana pelik dengan gelagat Zakuan itu. Lagipun dia juga berasa berdebar-debar akan soalan yang bakal diajukan lelaki tersebut kepadanya. Jangan soalan-soalan senstive sudah lah.
“Hmmm..” Nafas panjang dilepas seketika selepas ditarik dalam-dalam sebentar tadi. “Saya dengar dari nenek yang awak hendak kahwin dengan Haikal. Betul ke?” Terlepas juga soalan itu selepas puas dia meyakinkan diri. Tetapi bukan soalan itu yang dia risaukan. Zakuan lebih risaukan jawapannya nanti. Harap apa yang diberi tahu neneknya adalah salah sama sekali.
Fikiran Eera menjadi bercelaru seketika. Dia tidak pasti apakah yang perlu dijawab. Memanglah jawapan yang perlu dijawabnya ialah ‘betul’. Tetapi dia tidak yakin lagsung dengan pekahwinannya dengan Haikal kelak. Adakah perkahwinan tersebut akan menemui kebahagiaan atau sebaliknya? Hanya takdir yang akan menentukannya nanti.
“Betul lah tu apa yang Encik dengar.” Dengan mulut yang berat, Eera menjawab pelahan. Dia memang tiada pilihan lain lagi untuk mengelak.
Riak wajah Zakuan berubah. Dia terasa terlalu terkilan dengan jawapan Eera tersebut. Nampaknya tidak dapatlah dia menjadikan Eera sebagai ibu Aiman serta permaisuri hidupnya seperti apa yang terbayang didalam fikirannya kebelakangan ini. Nampak sangat yang dia sudah terlewat.
“Tahniah saya ucapkan kalau macam tu.” Zakuan memaksa bibirnya mengukir senyuman walaupun dia sendiri terasa tawar sahaja. Biarlah. Asalkan dia dapat menutup perasaannya ketika ini pun sudah cukup.
“Terima Kasih Encik.. nanti jemputlah datang.” Ucap Eera lemah. Kenapalah Zakuan perlu menyoal soalan seperti itu ketika ini? Mood Eera terus terasa berubah. Dia sudah letih memikirkan hal tersebut. biarkanlah masa sahaja yang menentukannya.
“Saya Harapkan nanti awak bahagia dengan Haikal. Lagipun sebagai sepupu Haikal, saya memang kenal sangat perangai dia. Cuma… sejak setahun yang lepas sikap Haikal susah sikit nak baca.” Zakuan mula bercerita. Dia yakin yang Eera sudah mengetahui cerita tersebut. Kalau tidak, masakan Haikal boleh bercinta dengan Eera sekiranya hatinya masih belum sembuh.
“Ha? Apa maksud Encik dengan susah nak baca perangai Enc.. Err.. Abang Haikal?” Nasib baik Eera tidak tersasul menyebut perkataan ‘Encik’ sebentar tadi. kalau tidak mahunya Zakuan mengetahui perkara sebenar. Inipun kalau diketahui oleh Haikal yang dia memanggilnya ‘abang’ mahu termuntah lelaki tersebut.Tetapi apa yang dimaksudkan oleh Zakuan sebentar tadi? Rasa seperti ada sesuatu yang disembunyikan sahaja.
“Haikal tak cerita apa-apa dekat awak ke?” Tanya Zakuan kehairanan. Keningnya sudah bercantum seperti memikirkan sesuatu. Mungkin Haikal ingin melupakan kisah silamnya itu dan memulakan kehidupan yang baharu.
“Tak ada pun Encik.” Jawab Eera pantas. Mana Tahu Zakuan mahu berkongsi cerita dengannya sekejap lagi.
“Oh.. kalau macam tu awak kena tanya dia sendiri lah.” Zakuan membuat keputusan. Lagipun dia tidak mahu masuk campur. Tentang hatinya terhadap Eera pula, biarlah dia cuba melupakan sahaja. Mungkin gadis ini bukan jodohnya. Lagipun biarlah diberi laluan kepada orang yang masih bujang terlebih dahulu.
Eera kecewa. Dia ingatkan Zakuan sudi bercerita. Boleh jugalah dia mengorek serba sedikit rahsia tentang bakal suaminya yang beku itu. Kalau hendak mengharapkan Haikal, jawabnya sampai kesudah pun dia tidak akan tahu apa-apa.
“Jom lah kita balik. Nanti marah pula aunty Fauziah kalau tahu bakal menantu dia ni balik lewat-lewat malam.” Ajak Zakuan apabila melihat Eera menyedut habis baki minumannya. Disebabkan Zakuan sudah berjanji dengan Datin Fauziah yang mereka akan pulang awal malam ini, jadi dia hendaklah menunaikannya. Lagipun Zakuan hanya ingin mendapatkan kepastian sahaja tentang berita yang baru didengari oleh mulut neneknya petang kelmarin. Tenyata berita tersebut adalah benar sama sekali.
Eera mengangguk memberi persetujuan. Lagipun matanya sudah semakin memberat sekarang ini. Maklumlah letih dibuli oleh Haikal siang tadi. tetapi buka berat mana pun kerjanya itu. sahaja ingin mengada-ngada lebih.
Selepas Zakuan membuat bayaran, mereka terus mengatur langkah untuk pulang. Didalam fikiran Eera ketika ini hanya memikirkan katilnya sahaja. Minta-mintalah perjalanan mereka sekejap lagi tidak terasa jauh. Risau juga dia tertidur didalam kerata pula nanti. Manakala Zakuan pula masih lagi melayan perasaan kecewanya itu. Tetapi dalam masa yang sama juga dia yakin sepupunya Haikal mampu mengembirakan Eera nanti.

No comments:

Post a Comment