Monday 28 May 2012

Kaulah Matahariku 28 & 29


Bab 28

Biasan wajah didalam cermin dipandang berkali-kali. Hendak dikatakan dia tidak memiliki wajah yang menarik rasanya lebih dari itu lagi. Tetapi kenapa lelaki itu tidak pernah tertarik padanya? yang pasti setiap perjumpaan mereka hanyalah sekadar ingin mengisi kekosongan. Ikatan pertunangan yang terjalin juga hanyalah disebabkan mengikut hati kecewa sahaja.

Pasu bunga yang terdapat diatas meja solek tersebut dicapai. Benci dia melihat biasan wajahnya sendiri. Kenapa dari dulu sampai sekarang dia tidak dapat memikat lelaki pujaannya itu? Bukan sekejap dia berusaha. Tetapi sudah bertahun-tahun dia mencuba. Hasilnya tetap sama.

Prangg!!! Cermin di hadapannya itu pecah berderai. Balingan pasu bunga yang menghentam permukaan cermin tersebut mengakibatkan cermin tersebut pecah. Puas hatinya dapat melakukan sebegitu. Tapi sakit di hati tetap tidak mahu menghilang.

Sara berjalan mundar mandir di hadapan meja solek tersebut. Nampaknya rancangannya kali ini gagal lagi. Ini semua angkara orang tua tidak guna tersebut. Berani-berani dia mencampuri urusannya itu. Berita tentang perkahwinan Haikal yang baru sampai padanya telah membuatkan hatinya menggelegak.

Hati Sara semakin panas. Nampaknya melepas juga dia untuk memikat Haikal dan sekaligus membolot kekayaan lelaki tersebut. Dia sudah tahu yang Haikal bakal memperolehi sebahagian besar harta dari datuknya yang sudah lama mampus itu.

Bunyi ketukan pada permukan pintu menghentikan pergerakkan Sara. Tersembul wajah orang gajinya di sebalik pintu tersebut dengan muka yang cemas. “Cik tak pa-apa ke? Tadi saya dengar ada bunyi kaca pecah.” Matanya meliar memandang keadaan sekeliling bilik anak tunggal majikannya itu. Risau juga ada benda yang tidak di ingini belaku.

Mata Sara mencerlung marah memandang orang gajinya itu. Menyampah benar kalau ada orang yang cuba mencampuri urusannya. Tambah-tambah orang gaji yang dianggap rendah darjatnya.

“Siapa yang benarkan kau masuk hah?” suara Sara melenting tinggi dan bergema ke segenab bilik tersebut. Ketinggian suaranya sememangnya sedia maklum oleh setiap orang yang mengenali dirinya. Tiada tandingan.

“Maaf… sebenarnya saya risau ada pekara yang tidak diingini belaku tadi.” Jujur gadis tersebut berbicara. Sesungguhnya dia yang hanya baru beberapa hari berkerja di sini tidak tahu apa-apa akan perangai anak majikannya itu. Tertunduk dia apabila melihat panahan tajam dari Sara.

“Oh.. kau nak tahu sebab apa kan? Kau masuk sini kejap.” Suaranya sudah sedikit kendur. Tetapi masih kedengaran seram. Perlahan-lahan gadis itu berjalan menghampiri Sara yang kelihatan sedang menahan bahang kemarahan.

“Kau nak tahu sangat kan?” tangan Sara pantas mencengkap rambut orang gajinya itu. Ditarik rambut tersebut sehingga wajah gadis tersebut rapat dengan mukanya. “Sekarang kau tengok cermin ni. dah pecah kan?” dipaksa pula gadis tersebut memandang cermin yang sudah percah. Kemudian ditolak kepala gadis tersebut sehinggakan terduduk di lantai jadinya.

“Aku nak kau kemas semua ni!” diarahnya gadis tersebut membersih biliknya dengan suara yang kasar. Baru puas hatinya kerana dapat melepaskan kemarahan kepada seseorang. Yang pasti orang itu tidak bersalah langsung. Sebelum dia melangkah keluar, sempat ditendang tubuh kecil orang gajinya itu. kemudian dipijak-pijak pinggang gadis tersebut yang hampir tertiarap disebabkan tendangannya sebentar tadi.

Akhirnya merembes keluar juga air mata gadis tersebut tanpa ditahan. Tidak sangka rupanya masih ada orang yang betul-betul kejam. Dia yang ingin mencari rezeki yang halal sanggup diperlakukan begitu. Kalau tahu begini jadinya. Sumpah dia tidak mahu berkerja di situ.

****

Dari jauh Eera memerhatikan Haikal yang sedang memasukkan beg pakaiannya kedalam boot kereta. Sekejap lagi mereka akan berangkat meninggalkan vila Puan Sri Azizah. Sehari pun sudah cukup baginya apabila tinggal sebilik dengan Haikal. Lelaki itu nampak berubah benar dari sebelum ini. Sikap angkuh dan sombongnya semakin melangit. Tambah-tambah selepas mengetahui segala harta milik keluaga sudah jatuh ke tangannya.

Beg pakaian di tangannya dipandang sepi. Nampaknya dia terpaksa mengangkatnya sendiri. Jangan haraplah Haikal akan menolong. Nanti habis kotor tangan lelaki tersebut menyentuh barang-barang miliknya. Maklumlah dia perempuan kampung yang kotor lagi jijik. Haila nasib…

“Kau buat apa lagi tu? Tak mahu naik ke?” Haikal sudah berada didalam kereta tanpa Eera sedari. Itulah akibat asyik sangat berangan. “Atau kau nak aku tolong usung kau masuk dalam kereta ni baru kau nak masuk?” Wajah Haikal makin tegang. Panas baran jugak mamat ni. Tidak reti sabar langsung.

Tanpa berlengah masa terus sahaja Eera masuk dan duduk di bahagian penumpang di hadapan. Begnya diletakkan di hujung kaki. Apa boleh buat. Hendak masukkan kedalam boot kereta begnya itu nampaknya macam sudah terlewat sahaja.

Tanpa sempat menutup pintu, kereta sudahpun berjalan. Kecut perut Eera jadinya. Nasib baik jugalah dia sempat berpaut pada pemegang yang berada di atas bumbung kereta tersebut. kalau tidak mahu tergolek dia keluar. Haikal pula terus sahaja memecut keretanya membelah jalan tanpa menoleh kearahnya lagi. Lelaki itu kalau hendak dikatakan kepala angin pun ada juga. Selepas itu suasana didalam kereta tersebut menjadi sunyi tanpa sebarang suara dari kedua-duanya.

Dalam asyik berangan tiba-tiba kereta yang dipandu Haikal semakin perlahan dan berhenti. Eera memandang ke luar. Hendak dikatakan sudah sampai nampaknya belum lagi. Tetapi kenapa pula Haikal berhenti di sini? Dia ada hendak membeli apa-apa agaknya. Tetapi macam sunyi pula tempat ini melainkan ada satu pondok menunggu bas sahaja. Pelik betul.

“Dah… kau turun di sini.” Haikal memberi arahan. Eera tersentak dengan arahan tersebut. Dipandangnya wajah Haikal. Tetapi wajah itu hanya kelihatan tiada perasaan. Kosong sahaja. Biar betul Haikal ni. Dah tak betul agaknya.

“Tapi kita tak sampai lagi kan?” Eera sudah serba salah sama ada hendak ikut kata-kata Haikal ataupun tidak. Seram juga kalau dia di sini berseoranggan kerana tempat ini kelihatan sunyi sahaja.

“Ish kau ni! kalau aku dah kata turun tu turun ajalah. Tak payah banyak soal.” Haikal sudah meninggikan suaranya. Mukanya berubah bengis dan menakutkan Eera. Habis hilang wajah kacak lelaki tersebut yang sebelum ini menjadi pujaan ramai gadis di syarikatnya.

“Tapi Encik…” Eera masih teragak-agak. Kalau boleh dia hendak balik bersama Haikal sampai ke rumah terlebih dahulu.

“Ni yang buat aku naik angin ni.” Haikal merengus. Pintu kereta sebelah pemandu dibuka kasar. Eera dapat melihat Haikal berjalan keluar dan menghampiri pintu sebelahnya pula. Dibuka pintu tersebut dan tangan Eera ditarik kasar sehingga terdorong keluar. Disebabkan tidak dapat mengimbangkan diri, terus sahaja Eera terjatuh diatas jalan. Kemudian beg pakaian pula dibaling kearah Eera tanpa belas kasihan. Haikal lakukan dia seperti kucing kurap sahaja. Eera merasakan maruahnya langsung tidak berharga di mata lelaki tersebut.

“Lepas ni ikut kau la nak pergi mana pun. Yang pasti kita ikut haluan masing-masing. Jangan sesekali kau cari aku.” Keras sahaja suara Haikal. Dia memandang tajam kearah Eera. “Lagi satu. Aku tak mahu kau sengaja-sengaja hebohkan perkahwinan kita ini. Kalau aku dapat tahu nahas kau. Aku tak ceraikankan kau ni pun kira dah cukup baik. Aku tahu kau nakkan harta aku. Betul kan?” ditunjal-tunjal kepala Eera. Puas dapat melakukan gadis tersebut tanpa belas kasihan. Orang kampung memang patut dilayan seperti ini. Sudah tentu-tentu gadis tersebut sanggup berkahwin dengannya kerana harta. Tambah-tambahan lagi dia sudah dapat membolot segala harta peninggalan arwah datuknya itu.

Eera tidak dapat menjawab segala tomahan Haikal padanya. Sebenarnya dia terkejut dan sebak. Air matanya mudah sahaja menitik ketika ini. Pandangannya sudah berbalam dan samar-samar sahaja dapat melihat Haikal di hadapannya.

“Nah! Ni untuk bayaran kau kerana sudi jadi isteri aku. Anggap sahaja ini sebagai saguhati sebab membantu aku peroleh harta datuk aku.” Ditarik beberapa keping nod seratus ringgit dan dibaling kepada Eera. Habis melayang kepingan-kepingan nod tersebut kerana ditiup angin. Selepas puas Haikal terus sahaja berlalu dari situ dan memasuki keretanya. Mengaum bunyi kereta yang dipandu Haikal meninggalkan Eera di tempat yang sunyi tersebut.

Eera hanya dapat memandang kereta Haikal yang semakin menjauh dan terus hilang. Dia benar-benar terguris dan terasa dengan apa yang dilakukan Haikal kepadanya. Sebelum ini dia masih mampu bertahan. Tetapi kali ini habis hancur luluh hatinya kerana dituduh Haikal sampai begitu sekali. Kalau dia tahu begini jadinya. Tidak sanggup dia berkorban demi keluarganya. Tetapi apa lagi pilihan yang dia ada? Kerana sayang akan keluarga Eera terpaksa mengikuti idea gila Puan Sri Azizah tersebut.

Nampaknya Eera sudah tidak tertahan lagi. Dia meraung semahu-mahunya. Tidak dipedulikan lagi keadaan sekelilingnya. Habis hilang perasaan takut sebentar tadi dan digantikan perasaan sedih yang tidak terhingga. Dia lebih rela nyawanya dicabut ketika ini. Sungguh berat sekali dugaan yang perlu dia tempuhi sehinggakan badan tersebut tidak dapat lagi menanggungnya. Ya Allah ya Tuhanku. Dugaan apakah yang telah kau berikan kepadaku?

“Ehem…” Pantas sahaja Eera memandang kearah sebelahnya. Berderau darah apabila kedengaran suara garau berhampiran dengannya.

“Cik ada masalah ke? Kalau ada boleh saya bantu?” Soal suara itu lagi. Mata Eera yang masih kabur dengan air mata cuba mengfokuskan kearah susuk tubuh seorang lelaki yang berdiri tidak jauh darinya. Dia pasti itu adalah lelaki kerana suaranya yang garau semacam.

Eera mengelap matanya yang kabur. Rimas pula apabila tidak dapat melihat dengan jelas. Sedangkan orang yang mengajukan soalan tersebut masih setia berdiri berhampiran dengannya menagih jawapan. Apa yang harus dia jawab? Risau juga orang yang bertanya itu akan mengambil kesempatan. Sudahlah kawasan ini sunyi sahaja. Kalau dia jawab tiada pula, manalah tahu yang lelaki ini mampu membantunya. Eera kepeningan.

“Kalau cik ada masalah, boleh saya bantu?” Lagi pertanyaan dari lelaki tersebut. Dia tahu yang gadis tersebut mempunyai masalah. Kalau tidak, masakan dia menangis sampai begitu sekali.

“Errr…” Apa aku nak jawab ini? Eera kepeningan.

Lelaki itu mula rasa bosan apabila soalannya tidak berjawab. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia pergi dari situ. Tetapi kasihan pula pada gadis tersebut yang kelihatan dalam kesusahan. Kalau boleh dia cuba bantu.

“Kenapa seorang sahaja dekat kawasan ni? Setahu saya kawasan ni banyak kes jenayah pernah belaku.” Lelaki itu berbicara lagi. Seboleh mungkin dia mahu memancing Eera berbual.

Berderau darah Eera mendengar penyataan lelaki tersebut. kalau dilihat mahu pucat mukanya ketika ini. “Errr.. boleh encik tolong hantar saya ke rumah kawan saya?” Tanpa segan silu Eera meminta pertolongan. Harap lelaki ini mahu membantunya. Lagipun kelihatan wajah lelaki tersebut seperti orang baik-baik sahaja.

“Hmmm.. kalau macam tu jom lah. Kereta saya kat sana.” Akhirnya gadis tersebut mahu berkomunikasi juga dengannya. Dia mempersilakan Eera berjalan mendahuluinya kearah kereta yang diparking tidak jauh dari situ. Sebaik tiba terus sahaja dia membukakan pintu kereta Porsche Cayman S miliknya. Perlahan-lahan Eera memasuki kereta tersebut tanpa sebarang kata. Hatinya masih rawan ketika ini.

“Cik nak saya hantar pergi mana ni?” Tanya lelaki itu lagi kepada Eera sebaik sahaja keretanya berjalan menyusuri jalan raya.

Eera baru tersedar yang lelaki itu tidak mengetahui arah destinasi mereka. Pelahan- lahan dia menyeluk beg bimbitnya mencari sesuatu. Nasib baiklah Jaja pernah memberi alamat rumah yang bakal disewa olehnya nanti. Dikeluarkan kertas yang bertulis dan diberi kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut memandang sekilas kertas yang diberi dan mengangguk kecil seperti tahu akan tempat yang hendak dituju oleh mereka.

“Emmm.. nama saya Zaalan Akif. Nama Cik siapa?” Akif cuba untuk mewujudkan suasana. Terasa sunyi pula apabila memandu tanpa sebarang kata darinya mahupun gadis di sebelah.

“Tak perlu ber cik-cik dengan saya. Panggil saja saya Eera pun boleh. Kalau nak panggil Sya pun boleh.” Pertanyaan Akif dijawab tanpa berminat. Bukan dia hendak sombong dengan lelaki tersebut. Tetapi dia tidak selesa dengan orang yang hanya baru dikenalinya beberapa minit yang lepas sahaja. Nama penuhnya pun dia tidak berani untuk memberi tahu.

“Kalau macam tu saya panggil Eera sahajalah. Macam sedap disebut. Kalau panggil macam panggil nama Erra Fazira pula.” Akif cuba membuat lawak. Tetapi macam janggal sahaja. Sebab bertentangan sekali dengan sikapnya yang sentiasa cool dan serius memanjang. Entah hantu apa yang merasuk entah tiba-tiba hendak bergurau dengan Eera pula. Mungkin dia kasihan melihat wajah gadis tersebut yang murung sejak dari tadi lagi.

Eera hanya mengukirkan senyum sinis. Dia tidak berasa lawak langsung dengan lawak Akif itu. Dihalakan pandangannya keluar tingkap sambil melihat pemandangan dari luar yang hanya mempunyai hutan batu yang kaku. Suasana menjadi sepi kembali.

“Terima Kasih Encik sebab sudi menolong saya.” Suara Eera memecah kesunyian selepas agak lama masa berlalu.

“No.. No… No… don’t call me Encik. Just call me Akif.” Lelaki itu tersenyum manis sambil memandang Eera sekilas. “Saya tak kisah. Kebetulan sahaja saya lalu situ. Nampak pula awak kat tepi jalan sambil menangis. Mula-mula tu memang pelik sikit nak bantu pun. Tapi tak salah kan kalau saya tolong. Mana lah tahu kalau awak memerlukan bantuan.” Panjang lebar Akif menerangkan niatnya. Lagipun apalah sangat dengan pertolongan yang sekecil ini. Tidak luak pun.

Kali ini Eera sudah mampu tersenyum manis. Tidak sangka ada juga orang yang sudi menolongnya saat dia dalam kesusahan. Tambahan lagi orang itu langsung tidak dikenalinya. Hilang sekejap pemikirannya terhadap Haikal.

Akif terpana melihat senyuman gadis di sebelahnya itu. Pertama kali hatinya berdetak sehebat ini hanya dengan melihat senyuman dari seorang gadis. Apa yang sudah jadi sebenarnya?

“Akif!!” Eera sudah terjerit kuat apabila terpandang kereta yang dipandu lelaki itu sudah melencong dan hampir terbabas dibahu jalan. Akif yang terkejut dengan jeritan itu terus sahaja memandang ke hadapan. Pantas sahaja dia mengawal pemanduannya. Nasib baik dia cepat bertindak. Kalau tidak memang boleh menyebabkan keretanya terbabas.

“Awak tak apa-apa?” wajah Eera yang kelihatan pucat dipandang. Pasti gadis tersebut tekejut dengan kejadian sebentar tadi. Eera masih mendiamkan diri. Dia cuba menenangkan diri.

“Maafkan saya.” Akif serba salah.

Eera menarik nafas panjang. Nasib baiklah tidak jadi apa-apa sebentar tadi. kus semangatnya. “Lain kali kalau hendak memandu tu pandang hadapan.” Sempat Eera memberi ceramah percuma kepada lelaki tersebut. Tidak kira lah siapa pun lelaki tersebut. Kalau dia dah marah semua dia sembur.

Akif tercengang. ‘uish.. garang juga minah ni..’ dia berkata didalam hati. Tetapi memang silapnya kerana tidak memberi tumpuan sebentar tadi ketika memandu. Tetapi yang hairannya sebelum ini bukan main berhemah lagi dia memandu. Kenapa sebentar tadi dia terlalu cuai sangat.

“Maaf.. Saya tak sengaja tadi.” Hanya itu yang mampu Akif katakan. Selepas itu keadaan kembali sunyi. Tiada apa yang mereka bualkan sehinggalah sampai di hadapan sebuah rumah teres satu tingkat. Eera tidak mengetahui itu rumah siapa. Tetapi yang pasti inilah rumah yang bakal dia sewa kelak. Pasti jaja berada di dalam.

Sebaik sahaja kereta diberhentikan, terus sahaja Eera membuka pintu kereta dan melangkah keluar. Ditinggalkan begnya didalam kereta buat sementara. Manalah tahu kalau tersilap rumah ke nanti. Dalam masa yang sama Akif juga melakukan tindakan yang sama.

Selepas beberapa kali memberi salam pintu rumah terbuka. Terjengul kepala Jaja di sebalik pintu untuk memastikan siapa yang datang sebelum melangkah kearah pintu pagar. “Eera.. kenapa kau tak call aku dulu sebelum ke sini?”

“Aku pun tak rancang nak datang hari ni. Tapi tak apa lah, dah sampai pun”

“ye lah kau dah sampai. Jom lah masuk. Takkan nak tunggu kat luar ni pula kan?” Jemput Jaja berseloroh.

“Sekejap-sekejap.. aku nak ambil beg aku dulu.” Eera terus berlari kearah kereta Akif dan mengambil begnya yang masih berada didalam kereta lelaki tersebut.

“Errr.. saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi tolong saya sebentar tadi.” Eera masih malu-malu ingin berbicara dengan lelaki tersebut. kelihatan Akif hanya tersenyum dan menganggukkan sedikit kepalanya seolah-olah dia ikhlas membantu.

“Saya masuk dulu. Terima Kasih sekali lagi.” Pelahan-lahan Eera memusingkan badannya dan berlalu kearah Jaja.

“Wow.. sapa tu? Hansomenya...” Terus telinga Eera disogok dengan soalan tersebut oleh Jaja. Eera terkelu seketika. Dia tidak tahu apa yang harus dia menjawab bagi soalan tersebut. Sedangkan baru kejap tadi sahaja dia mengenali lelaki tersebut.

Eera mengalih pandangannya kearah Akif sekali lagi. Lelaki itu sudah memasuki keretanya dan berlalu dari situ. Tetapi sungguh dia benar-benar terhutang budi dengan lelaki tersebut. Entah bila dia dapat balas pun dia tidak tahu.

“Entah la.” Pendek sahaja jawapan yang diberikan Eera bagi menjawab soalan Jaja sebentar tadi.

“Entah?” Dahi Jaja sudah berkerut. Dia tidak faham dengan maksud Eera itu.

“Eh dah la. Kau ni tak nak jemput aku masuk ka?” Eera mengubah tajuk perbualannya.

“Ops Sorry. Jom lah masuk.” Jaja sudah tersengih seperti kerang busuk kerana menyedari kesilapannya. Eera menarik nafas lega kerana berjaya menghilangkan tumpuan Jaja terhadap Akif.

****

Bab 29

Penjuru bilik dirapati sebaik sahaja kaki melangkah masuh kedalam bilik kecil yang hanya boleh memuatkan seorang sahaja. Beg pakaian diletak di situ. Kalau hendak diikutkan bilik stor ini memang sedikit berhabuk. Mungkin sudah lama tidak digunakan dan hanya diletakkan barang yang tidak digunakan di sini. Kata Jaja semua barang tersebut telah diubah. Cuma belum sempat mencuci bilik ini sahaja.

Hmm.. nampaknya dia terpaksa membeli sedikit peralatan keperluan untuk memenuhkan bilik tersebut. Tilam untuk baring pun masih belum ada. Almari untuk meletak pakaian pun rasanya perlu dibeli. Hai.. nampaknya gaji bulan ini banyak habis untuk membeli peralatan sahajalah. Nasib sempat juga dia memasukkan separuh dari gajinya kedalam akaun ayah untuk membuat pebelanjaan di kampung. Kalau tidak mahu boros dia bulan ini.

“Hah!”

“Oh mak kau tergolek melayang.” Terlompat Eera apabila disergah begitu. Siapa lagi yang melakukan kerja terkutuk seperti itu kalau bukan Jaja. Habis melayang apa yang telah diagendakannya sebentar tadi. tak guna punya kawan.

“Eeeee kau ni Jaja! Suka sangat kejutkan aku.” Eera menayangkan muka tidak puas hati. Sememangnya dia tidak suka orang mengejutkannya seperti itu. Bukan hendak diberi salam terlebih dahulu. Ini tidak. Terus disergahnya.

“Ops! Sorry.. Sorry.. aku lupa pula yang kau ni jenis melatah. Kau tengah buat apa tu?” Jaja bersila diatas lantai yang tidak mempunyai sebarang alas. Sepontan sahaja dia buat begitu tanpa berfikir yang habuk bakal melekat pada seluarnya.

“Sorry.. Sorry naik lori la! Aku tak buat apa pun. Tengah fikir nak beli barang apa untuk letak dalam bilik ni.” Cebikan bibir dihadiahkan buat Jaja sebelum memberitahu apa yang difikirkannya sebentar tadi.

“Emmm…” Jaja mengusap-usap dagunya seketika seolah berfikir sesuatu. “Kalau kau nak beli barang, Esok atau lusa kita keluar. Lagipun aku pun ada benda nak beli. Malam ni kau pinjam dulu toto aku buat lapik tidur ok.” Jaja mengibas-ngibas punggungnya sebaik berdiri untuk menghilangkan habuk yang melekat pada seluar. “Kejap aku pergi ambil toto.” Langkah diatur dan menghilang sebalik pintu bilik. Eera hanya memandang kelibat sahabatnya itu menghilang. Nasib baiklah ada Jaja. Kalau tidak entah apalah nasibnya.

Sambil menunggu Jaja kembali kedalam biliknya, Eera ingin mencuci segala habuk yang berada didalam bilik tersebut. Penyapu di penjuru bilik dicapai dan kerja-kerja mengemas dijalankan. Kalau hendak selesa haruslah bilik ini sentiasa kemas. Kalau tidak mahu sesak nafasnya menyedut udara yang dicemari dengan debu dan habuk.

****

“Kau dah siap?” kepala dijengulkan kedalam bilik Eera untuk melihat sama ada kawan serumahnya itu sudah bersiap ataupun belum. Sekejap lagi mereka hendak keluar ke pasaraya untuk dibeli barang-barang keperluan Eera.

“Dah siap dah. Jom la.” Beg tangan dicapai lalu disandang ke bahu. Langkah diatur menghampiri Jaja.

“Sekejap, sekejap.. Kau nak pergi macam ini aja ka?” Tanya Jaja seolah-olah tidak mempercayai cara pemakaian Eera ketika ini.

“Ye lah. Macam ini ajalah. Habis tu kau nak aku buat apa lagi?” Eera kehairanan apabila mata Jaja tidak lepas-lepas memandangnya dari atas sampai ke bawah. Dah kenapa pula minah ni?

Jaja memandang cara pemakaian sahabat baiknya itu. Baju kurung lusuh yang bertanah putih dan bunga-bunga kecil berwarna merah jambu tersebut benar-benar tidak kena dengan Eera. Manakala tudung berwarna merah jambu lusuh juga turut dipadankan dengan kedua hujung tudung tersebut diselempangkan kebahu. Huh.. sebiji macam orang kampung. Orang kampung sekarang ini pun sudah pandai bergaya tahu Eera oi! Rungut Jaja didalam hati.

“Dah, dah.. kau pergi tukar baju lain. Baju ni dah nampak lama sangat dah. Dah boleh jadi kain buruk dah pun.” Tangan Eera ditarik memasuki semula biliknya dan menghampiri beg pakaian gadis tersebut. Maklumlah almari belum dibeli lagi. Tanpa segan silu pantas sahaja Tangan Jaja menyelongkar untuk mencari pakaian yang sesuai.

“Wah… Cantik baju ni.” Jaja menarik keluar sepasang jubah labuh berwarna hitam yang dihiasi labuci lalu dipadankan kepada badannya. Eera membutangkan matanya melihat Jaja mengeluarkan baju tersebut. baju yang dipegang oleh jaja tersebut sebenarnya hadiah dari Datin Fauziah kepadanya ketika sebelum dia pulang ke kampung tempoh hari. Jangan Jaja suruh dia pakai sudah.

“Nah… pergi pakai baju ni.” Kan sudah cakap. Jaja pasti menyuruhnya memakai baju tersebut. Huluran baju tersebut tidak bersambut. Eera keberatan hendak memakai baju itu. Terasa tidak kena dengan citarasanya.

“Tak mahu lah aku. Over sangat la baju ni.” Eera menolak. Hendak keluar pergi beli barang sahaja pun. Bukan hendak pergi dinner. Lebih-lebih sahaja Jaja ni.

“Aku tak kira. Kau pakai juga baju ni. kalau tidak aku tak mahu keluar dengan kau.” Jaja mengugut. Liat sungguh Eera hendak mengikut kata-katanya itu. Padahal bukan susah pun.

“Ye lah, ye lah..” sudah muncung sedepa akhirnya bibir Eera. Dalam tidak mahu, terpaksa juga dia mengikuti cakap Jaja. Sengaja kawannya itu hendak mengenakannya.

“Macam tu lah. Ok aku keluar sekejap. Hendak cari tudung yang sesuai untuk kau pakai. Nanti aku makeup kau sekali.” Jaja berlalu dari bilik Eera. Dia menuju biliknya untuk mengambil peralatan makeup dan tudung yang sesuai. Dia pasti Eera tidak mungkin punyai tudung yang sesuai untuk dipakai.

****

Perlahan-lahan Eera mengatur langkah mengikuti Jaja yang jauh di hadapan. Minah seorang itu kalau berjalan tidak toleh kebelakang langsung. Hendak mengejar risau pula dia akan jatuh tergolek di sini. Mana tidaknya. Jaja memaksanya supaya memakai kasut bertumit tinggi. Entah berapa inci pun dia tidak tahu. Kalau jatuh boleh retak tulang pinggul ni.

Itu baru kasut. Tidak lagi lihat keseluruhan dirinya. Boleh dikatakan seratus peratus Jaja dah mengubahnya. Dengan muka disolekkan tebal sehinggakan segala parut-parut jerawat tidak kelihatan. Kemudian dibahagian bibir pula dikenakan gincu yang warna merah menyala. Seingat Eera lah. Inilah pertama kali dia memakai gincu seperti ini. Semasa majlis kahwin dia dahulu pun cuma dipakaikan gincu yang tidak terang warnanya. Kemudian bahagian matanya pula dipakaikan pula dengan bulu mata palsu. Bukan main panjang lagi bulu matanya. Dah boleh buat perangkap hambuk agaknya.

Pintu pasaraya dimasuki oleh mereka berdua. Ahhh… terasa lega apabila badan merasa kesejukkan daripada penghawa dingin didalam pasaraya tersebut. Mana tidak begitu kalau sudah baju dengan tudung mengalahkan ‘super model’ muslimah. Tudung dikepala entah berapa kali Jaja tolong belitkan pun dia tidak tahu. Yang pasti banyak kali belitan jugalah. Senang kata kalau orang yang mengenalinya melihat, sudah tentu tidak akan kenal punyalah. Dia berani jamin!

“Ish kau ni… jalan tu laju lah sikit.” Jaja menghentikan langkah sebaik sahaja menyedari Eera tiada di belakangnya. Dipandang kebelakang dan melihat sahabatnya itu pelahan-lahan mengatur langkah dengan penuh berhati-hati. Didalam hati dia mahu tergelak sahaja melihat Eera begitu. Tetapi ditahan juga kerana nanti pasti Eera sudah tidak mahu berpakaian sebegitu lagi. Bukan apa. Nampak cantik dan ayu sahaja kalau Eera berpakaian seperti ini. Pada mulanya dia sendiri seakan-akan susah hendak percaya apabila melihat kejelitaan yang dimiliki oleh Eera. Dia sebagai perempuan yang melihat pun tidak habis-habis memuji akan kejelitaan sahabatnya itu. Inikan pula lelaki yang melihat. Mahu terkeluar biji mata memandang.

Eera memuncungkan bibirnya tanda protes. Jaja sengaja hendak kenakannya. Bukan sahabatnya itu tidak tahu yang dia sebelum ini tidak pernah memakai kasut tumit tinggi. Geramnya dengan minah seorang ini.

“Hai adik manis.. nak pergi mana tu?” Seorang pemuda yang melintasi mereka menegur Eera dengan bertujuan untuk mengusik. Mata pemuda tersebut tidak lepas dari memandang Eera yang sudah berhenti mengatur langkah di hadapan Jaja. Merona merah wajah Eera apabila diusik seperti itu. Jaja yang melihat hanya tersenyum lebar. Kan betul apa yang dia katakan sebentar tadi. Lihat anak muda yang melintasi mereka sebentar tadi sudahlah. Matanya masih setia memandang kearah mereka sampaikan tiang di hadapan pun boleh tidak nampak. Sebesar-besar tiang tu. Boleh pula dilanggarnya.

“Dah.. jomlah. Aku nak pergi kedai buku sekejap.” Tangan Eera ditarik perlahan supaya mereka berjalan beriringan. “Lepas ni baru kita pergi beli barang-barang kau pula. Tapi…” Jaja seolah-olah berfikirkan sesuatu. “Aku rasa lepas beli buku kita singgah mana-mana butik dahulu lah. Kita beli baju baru. Bagi sesuai sikit dengan penampilan kau ni. Yang lama tu kau simpan dalam almari sahaja. Tak kena langsung dengan gaya kau ni.”

“Ish kau ni. Tak perlulah. Aku rasa baju yang lama-lama pun masih elok lagi.” Eera memprotes.

“Takboleh, takboleh.. aku nak kau kekalkan penampilan macam ni. Serius aku cakap. Sesuai sangat dengan kau.”

“Aku malas la.” Eera menayangkan muka masam. Sebenarnya dia tidak selesa berpakaian macam ini. Hendak buat apa pun mesti kena ikut tertip.

“Kau kena ikut cakap aku juga. Kalau kau tak mahu, aku heret kau nanti. Tengok la….” Jaja bertegas. Diugutnya Eera supaya mengikut cakapnya. Kalau tak boleh, kita bagi boleh juga.

“Yelah, ye lah…” Dengan lemah Eera akur juga dengan pemintaan Jaja tersebut.

****

“Eh bro. ko nampak tak apa yang aku nampak?”

“Apa yang ko nampak aku tak nampak pula ni?” dahi berkerut kerana tidak memahami maksud si sahabat.

“Tu yang dekat depan tu. Dekat pintu nak masuk Popular tu.” Bibir dijuihkan kearah yang dimaksudkan.

“Mana?” kepala dipusingkan seratus lapan puluh darjah memandang kearah yang dimaksudkan. “Tak nampak apa pun.”

“Ish kau ni. Lembab la. Selalunya kau yang paling laju bab-bab ni.” Sepontan sahaja diperli kawannya itu. Selalu bukan main lagi laju kalau nampak bunga cantik sedikit. Siapa tak kenal buaya darat macam mamat di sebelahnya ini.

“Kau jangan sebarangan hendak mengata aku.” Dia berang apabila dikutuk seperti itu. Berani-berani pula kawannya itu megatakan dia lembab. Ni tidak boleh jadi ni. Tidak belanja baru tahu. Sudahlah setiap kali keluar kawannya itu asyik hendak mengikis duitnya sahaja.

“Sorry, sorry.. Aku maksudkan tadi dua orang gadis kat sana tu. yang pakai baju warna hitam. Cuba kau pandang. Cun beb.” Nizam menunjukkan sekali lagi kearah gadis tersebut yang sudah hampir hendak melepasi pintu masuk kedai buku Popular.

“Ya ka? Mana?” mata pantas meliar mencari gadis yang dimaksudkan oleh sahabatnya tadi. tetapi sayang. Cuma kelihatan bahagian belakang sahaja. Itupun sudah masuk kedalam kedai buku tersebut. Ish melepas.

“Eh nanti dulu. Sejak bila pula kau berminat dengan perempuan bertudung ni?” Nizam disoal dengan penuh curiga. Setahunya sahabatnya itu hanya berminat dengan gadis-gadis yang mendedahkan sana sini sahaja.

“Entah la. Mungkin sejak sebentar tadi kot. Aku tengok perempuan tadi memang cun gila. Macam tak percaya pula aku boleh jumpa dekat tempat-tempat macam ni. kalau aku tahu tiap-tiap hari aku nak datang sini.” Nizam bercakap dengan penuh perasaan. Matanya bercahaya dengan penuh pengharapan akan bertemu gadis itu lagi.

“Eh kau. Tadi aku ajak datang sini seboleh-boleh tak mahu. Ni pun nasib aku ada hal kat sini. Kalau tidak jangan harap kita akan datang sini.” Langkah diatur meninggalkan kawannya itu yang kelihatan seolah-olah sedang mengelamun membayangkan kekasih hati yang baru ditemui sebentar tadi. ‘Hai la Nizam. Nasib aku kena melawat kedai Emas cawangan sini. Kalau tidak harapan lah kau hendak jumpa gadis tersebut.’ Haikal berbicara didalam hati. Tujuan dia datang ke sini adalah kerana ingin melawat salah satu kedai Emas yang baru sahaja menjadi miliknya.

“Eh kejap la.” Nizam mengejar Haikal yang sudah menjauh darinya.

****

Langkah diatur meninggalkan kedai yang baru dilawatinya sebentar tadi. Sebaik sahaja memperkenalkan diri pada staf-staf di situ dan melihat apa yang patut, Haikal menghembuskan nafas lega. Nampaknya inilah kerja barunya sebagai pemegang saham yang terbesar syarikat milik datuknya. Mungkin lawatan ini tidak begitu formal. Tetapi dia harus juga melihat setiap perkembangan peniagaan yang dijalankan. Dia masih pegang kemas akan pesanan-pesanan dari datuknya suatu ketika dahulu semasa arwah masih ada. Semenjak dari dulu lagi datuknya ingin dia meneruskan legasi peniagaan ini. Tetapi ditentang keras oleh neneknya yang sangat membenci dirinya.

“Aduh!”

Sedang asyik berfikir, Haikal tidak menyedari dia telah melanggar seseorang.

“Ops maaf.” Haikal memohon maaf. Dipandangnya wajah gerangan yang dilanggarnya sebentar tadi. seorang gadis. Tetapi gadis itu masih dalam keadaan tertunduk memegang bahunya. Mungkin sedang menahan sakit akibat belanggar dengan tubuh sasanya.

“Eh Encik Haikal. Buar apa dekat sini?” Seorang gadis di sebelah gadis yang dilanggarnya sebentar tadi menegur. Haikal cuba mengingati wajah gadis tersebut.

“Err.. Jaja. Awak pula buat apa dekat sini?” Soalan berbalas soalan. Bukan apa. dia tidak sangka akan berjumpa dengan bekas pekerjanya di sini.

Tubuh Eera serta merta menjadi kaku apabila nama Haikal disebut. Mukanya menjadi pucat seolah-olah terlihat hantu sahaja. Mampuslah dia nampaknya. Pasti bakal dimaki hamun oleh lelaki itu sekejap lagi. Cepat-cepat tangan Eera menarik sedikit bahagian atas tudung supaya menutupi separuh mukanya sebelum menegakkan badan yang membongkok sebentar tadi.

“Saya saja jalan-jalan sambil beli barang sikit. Maklumlah masa-masa cuti ni lah nak berjalan.” Jaja beramah mesra dengan bosnya itu. Jarang-jarang sekali boleh jumpa Haikal di tempat awam sebegini.

“Ok jom Kal. Sorry lambat sikit. Kau tunggu apa lagi ni?” Ada suara menegur mereka bertiga dari belakang. Nizam yang baru keluar dari tandas menghampiri Haikal.

“Ni aku berbual sekejap dengan pekerja papa aku ni.” Haikal menerangkan kepada Nizam yang sedang meminta penjelasan. “Kenalkan ni Jaja. Jaja, ni kawan saya Nizam.” Haikal memperkenalkan Jaja kepada Nizam. Manakala Eera disebelah Jaja sudah tidak diperdulikan.

“Kal. Ni la gadis yang aku kata tadi. Yang sebelum masuk ke kedai emas kau tu. Yang baju hitam sebelah Jaja ni.” Nizam bebisik ke telinga Haikal. Sempat dia memandang gadis di sebalah Jaja itu.

“Ni siapa ni?” Terus Haikal bertanya kepada Jaja sebaik sahaja Nizam membisikkan tentang pekara tersebut kepadanya.

Jaja tercengang. ‘Eh? Takkan bosnya tidak kenal Sya?’  Jaja berfikir seketika sebelum idea nakalnya menjengah. Dia rasa ingin mengenakan Haikal ketika ini. Pasti Haikal tidak mengenali Eera selepas diubah penampilannya. Padahal Eera ini pekerja dia juga.

“Oh lupa pula saya. Ni kawan saya dari kampung. Dia baru datang ke KL ni hendak cari kerja.” Sekali lagi Eera tercengang apabila diperkenalkan begitu kepada Haikal. Dah kenapa pula dengan Jaja ini? Tapi bagus juga seperti itu. Harap Haikal percaya cakap Jaja.

“Eh.. Kenapa tudung kau tu?” Jaja bertanya kepada Eera pula sebaik sahaja menjawab soalan dari Haikal sebntar tadi. Tangannya pantas memperbetulkan tudung yang dipakai Eera yang kelihatan sudah senget. Haikal yang memandang tergamam seketika apabila melihat kejelitaan yang dimiliki gadis tersebut. Petama kali dia mengiakan apa yang diperkatakan Nizam sebentar tadi.

“Hai.. Nama siapa?” Nizam memulakan langkahnya menegur si rupawan tersebut. untung-untung nasib mungkin gadis tersebut sangkut padanya. tangan dihulur untuk berjabat. Tetapi gadis tersebut tidak menyambutnya. Dia termalu sendiri.

“Err.. Eera.” Suara dilunakkan dengan harapan Haikal tidak mengenalinya.

“Oh ya. Tadi kata hendak cari kerja kan? Kalau macam tu ambil lah kad nama saya ni. Mungkin ada kerja kosong yang boleh saya tengok-tengokkan untuk awak nanti.” Haikal menghulurkan kad namanya kepada Eera. Matanya masih lagi tertumpu pada seraut wajah ayu di hadapannya. Wajah itu seolah-olah pernah dilihatnya. Tetapi dimana?

“Err… Terima Kasih.” Jawab Eera lalu mengambil kad yang dihulurkan Haikal lalu ditarik tangan Jaja untuk beredar dari situ. Risau juga nanti Haikal merjaya mengecamnya. Dia berharap sangat Haikal tidak menyedari yang ini adalah dia. Hendak disalahkan jaja, rasanya sahabatnya itu tidak tahu menahu tentang hal ini. Nasib baiklah sahabatnya itu bertindak sepontan mereka cerita sebentar tadi.

“Eh.. tak sangka kan aku tadi. Boleh pula Encik Haikal tak perasan kau langsung.” Sebaik sahaja mereka menjauhi dua orang lelaki tersebut, terus sahaja Jaja meluahkan apa yang dirasakannya. Lawak betul bosnya itu. Baru Eera berhias sedikit sudah tidak kenal. Lepas itu pandang macam hendak terkeluar biji mata sahaja. Kawannya pula usah dikata. sudah seperti ulat bulu naik daun. Bukan main gatal lagi tersengeh sana sini memandang anak dara orang.

“Tah la.. aku pun tak faham. Lain sangat ke muka aku ni?” Eera menyoal Jaja pula untuk kepastian.

“Lain sangat la. Memang lain betul dari sebelum ni. kalau bukan aku yang solekkan kau tadi. Dah sah-sah aku pun tak kenal kau.” Jujur Jaja memberi kritikan terhadap penampilan Eera yang baru ini.

“Errr… kau nanti jangan bagi tau Encik Haikal yang ini aku tau. Kalau boleh jangan cakap langsung. Aku tak mahu dia tahu ini aku.” Eera berpesan. Kalau boleh biarlah Haikal menganggap dia adalah orang lain.

“Eh kenapa pula?” Kening Jaja bertaut sambil memandang wajah Eera.

“Saja.”

“Pulak. Macam-macam lah kau ni.” Mereka melangkah beriringan kearah kereta tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Sedangkan dalam masa yang sama, mata Haikal dan Nizam masih lagi terpaku pada mereka berdua.

“Kal. Aku rasa aku nak takel awek tu lah.” Tiba-tiba Nizam bersuara meluahkan rasanya kepada Haikal.

Haikal yang mendengar terus sahaja memandang wajah sahabatnya itu. sebenarnya dia sedikit terkejut dengan luahan Nizam sebentar tadi. “kau biar betul? Sejak bila kau minat gadis bertudung ni?” Haikal cuba menengkan hati yang tiba-tiba sahaja berdebar mendengar luahan Nizam itu.

“Sejak tadi aku bertemu pandang dengan dia. Lagipun kalau hendak cari pasangan hidup, memang perempuan macam ni lah aku nak cari.” Mata Nizam masih lagi menghalakan kehadapan memandang kearah wanita kesukaannya berlalu walaupun hakikat orang yang dipandang sudah menghilang dari pandangan.

Haikal menelan liur. Dia pasti selepas ini pasti Nizam akan memburui isterinya itu sampai dapat. Sahabatnya itu kalau sudah membuat keputusan, dia akan berusaha bersungguh-sungguh. Macam mana kalau Nizam tahu yang wanita tersebut adalah isterinya? Mahu kucar kacir jadinya. Nampaknya dia perlu bertindak terlebih dahulu dari Nizam. Haikal menanam tekat. Apa-apa pun yang berlaku, rahsianya tidak perlu terbongkar.


p/s: kali ni saya masukkan dua bab sekali sebab dah lama rasanya tak update. harap semua pembaca berpuas hati. jangan lupa tinggalkan comment juga ye :)


Thursday 17 May 2012

Kaulah Matahariku 27


Bab 27


Nampaknya majlis menyambut menantu benar-benar dibuat secara kecil-kecilan sahaja. Lagipun ini adalah pemintaan Haikal juga. Majlis tersebut diadakan di kediaman Puan Sri Azizah sendiri. Maklumlah dia yang menaja majlis tersebut. Hadirin yang hadir cumalah sanak saudara dan jiran-jiran yang terdekat.

Walaupun tetamu yang hadir tidaklah ramai, tetapi keletihan tetap juga terasa. Hendak dikatakan letih fizikal tidak lah sangat. Tetapi letih otak itu memang teramat sangat. Maklumlah terpaksa mencari pelbagai alasan untuk menjawab segala persoalan dari tetamu yang hadir. Rata-rata banyak menyoal bagaimana dia boleh berkenalan dengan Haikal dan terpikat dengan suaminya itu. sesungguhnya Eera memang tidak punyai jawapan bagi soalan-soalan sebegitu. Hendak tidak hendak, terpaksalah dia mencipta pembohongan.

Sebaik sahaja majlis selesai, terus sahaja Eera menghilangkan diri kedalam bilik yang disediakan buatnya dan Haikal di vila Puan Sri Azizah tersebut. Ditinggalkan Haikal berseorangan melayani tetamu yang masih berbaki. Bukan dia tidak mampu lagi bertahan. Tetapi hatinya pedih dengan layanan Haikal yang menunjukkan kemesraan didepan tetamu dan penuh kepura-puraan itu. Hati siapa yang tidak sakit kalau mengetahui yang orang itu membencinya tetapi masih berlakon baik?

Eera membuka satu persatu pin yang terdapat pada tudungnya dan menanggalkan eksesori yang sejak tadi hanya memberatkan kepalanya sahaja. Lagipun dia ingin cepat ke bilik air untuk menyucikan dan menyegarkan diri dengan air pancuran. Sekejap lagi seluruh keluarga suaminya itu akan berkumpul. Dia sebagai isteri Haikal sudah tentu harus menyertainya. Kata Puan Sri Azizah sebentar tadi, perjumpaan ini adalah penting bagi mereka sekeluarga. Apa yang bakal disampaikan nanti, itu Eera tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Bukan ada sangkut paut dengannya pun.

Sebaik sahaja Eera melangkah keluar dari bilik air, kelihatan susuk tubuh Haikal yang sedang berdiri dihadapan cermin meja solek sambil menanggalkan samping dan tengkolok di kepala. Nasib baiklah sebentar tadi sebelum masuk ke bilik air hatinya tergerak untuk membawa sekali pakaian salinan. Kalau tidak mahu dia buat ‘free show’ sambil berkemban dihadapan suaminya itu. Bukan dia tidak sudi. Tapi sebenarnya Haikal yang tidak sudi terhadapnya. Tidak apa lah. Kalau boleh dia tidak mahu Haikal jatuh cinta padanya berdasarkan nafsu. Biarlah suaminya itu cintakannya disebabkan hati. Itu lagi bagus.

Eera menyidaikan tualanya yang lembab di ampai yang telah disediakan didalam bilik tersebut. Dengan ekor matanya dia dapat melihat Haikal mengatur langkah kedalam bilik air tanpa sepatah kata. Sombong betul suaminya itu. Tahulah mereka berdua ini bagaikan enggang dengan pipit. Jauh perbezaannya. Tetapi mereka kan sudah diikat dengan satu ikatan yang suci lagi sah. Tak apa lah Eera. Dah nasib badan terpaksa berkorban dengan cara ini.

Eera baring seketika diatas katil sambil menunggu Haikal selesai mandi. Baring sekejap di sini tidak apa kot. Selepas ini mereka sudah hendak turun ke bawah pula. Pasti Haikal tidak akan memarahinya kerana mengambil kesempatan berbaring di situ. Maklumlah sepanjang mereka sudah berkahwin ini katilnya adalah sofa sahaja. Lagipun kalau dia hendak turun ke bawah sekarang macam janggal pula kerana tidak ditemani Haikal. Pasti keluarga lelaki itu kehairanan.

Cepat-cepat Eera bangun dari pembaringannya sebaik sahaja mendengar pintu bilik air terkuak dari dalam. Pasti Haikal sudah selesai mandi dan akan keluar bila-bila masa sahaja. Ingatkan tadi ada lah juga sedikit keberanian untuk berdepan dengan suaminya itu. Tetapi tenyata tidak. Pantas Eera menapak kearah sofa dan duduk di situ sambil menunggu Haikal bersiap. Sambil itu sempat juga dia melihat jelingan tajam dari Haikal. Sungguh tajam lagi membunuh.

****

“Semua dah ada?” Tanya Puan Sri Azizah kepada semua yang berada di ruang tamu di tingkat bawah vila miliknya itu.

“Rasanya semuanya dah ada.” Jawab Dato Azrul kepada ibunya itu sambil memandang satu-persatu wajah yang ada ketika ini. Eera yang duduk disebelah Haikal sedikit gelisah. Bukan disebabkan Puan Sri Azizah. Tetapi kerana Haikal. Kerana tangan lelaki itu tanpa segan silu mendarat diatas bahunya. Hendak menunjukkan kemesraan lah tu. huh! Menyampah betul.

Tidak lama selepas itu, kelihatan seorang yang berpakaian kemas siap dengan tali leher dan berkot segalanya menghampiri kearah mereka semua. Lelaki itu kelihatan sedang memegang sebuah file menggunakan tangan kanan dan beg bimbit dengan sebelah lagi tangan.

“Kenalkan. Ini Encik Hamid. Peguam syarikat dan juga peguam keluarga ini.” Puan Sri Azizah mengenalkan lelaki tersebut kepada semua anak menantunya. Lelaki itu pula bersalaman dengan semua yang berada di situ sebelum melabuhkan punggungnya diatas kerusi yang disediakan disebelah Puan Sri Azizah.

“Tujuan kita berkumpul ini sebenarnya ada hal penting yang akan dibincangkan.” Puan Sri Azizah memulakan bicaranya. “Pekara ni juga ada bersangkut rapat dengan perkahwinan Haikal.” Sambung puan Sri Azizah lagi. Haikal yang mendengar ayat itu seolah-olah tidak senang duduk. Pantas sahaja tangan diangkat dari bahu Eera. manakala yang lain juga yang turut berada di situ saling pandang-memandang antara satu sama lain.

“Untuk maklumat lanjut, biarlah Encik Hamid yang teruskan. Hamid..” Puan Sri Azizah memandang kearah Hamid dan memberi arahan supaya lelaki itu meneruskan apa yang akan disampaikan sebentar nanti.

“Assalammualaikum semua.” Hamid memulakan bicara. Selepas semua menjawab salam darinya, pantas fail di tangan dibuka. “Sebenarnya saya berada di sini adalah bertujuan untuk menyampaikan wasiat yang telah lama tertangguh.” Ruangan tersebut menjadi kecoh seketika dengan suara-suara orang bercakap.

“Wasiat? Wasiat dari siapa?” Tanya Dato Azrul untuk mendapatkan kepastian.

“Sebenarnya macam ni. Wasiat ni dibuat sebelum pemergiannya allahyarham Tan Sri Khairul Abdullah. Dia telah mewasiatkan sejumlah besar hartanya buat cucu kesayangannya Haikal.” Percakapan Hamid terganggu seketika apabila semua yang berada disitu membingitkan suasana dengan suara-suara mereka. Semua seolah-olah tidak memberi tumpuan kepada Hamid lagi. Kesempatan itu Eera gunakan untuk melihat riak wajah suaminya. Kelihatan wajah itu seolah tercengang dan kaku.

“Kenapa sebelum ni kami semua tidak tahu apa-apa akan wasiat tersebut?” Soal salah seorang dari yang berada di situ. Lelaki tersebut adalah adik kepada Puan Sri Azizah.

“Sebab allahyarham sendiri yang meminta dirahsiakan sehinggakan Haikal memenuhi syarat yang telah ditetapkan.” Hamid menjelaskan persoalan tadi sebelum menyambung kembali bicaranya. “Sebab apa beliau berbuat begitu saya sendiri kurang pasti. Saya cuma ikut arahan.”

Ruangan tersebut menjadi bertambah kecoh lagi apabila mendengar pendengaran dari Hamid itu. Semua di situ seolah-olah tidak berpuas hati dengan apa yang didengarinya. Cuma Dato Azrul dan Datin Fauziah sahaja yang diam memberi tumpun tanpa sebarang kata.

“Diam!” Suara Puan Sri Azizah bergema segenap ruang tamu tersebut. semua yang bercakap-cakap sebentar tadi terus sahaja terdiam. Suasana menjadi lengang serta merta apabila mendengar Puan Sri Fauziah meninggikan suaranya sehinggakan bergema didalam vila tersebut. Boleh tahan juga kuatnya suara orang tua ini.

“Ok. Teruskan Hamid. Yang lain minta dengar apa yang Hamid nak sampaikan ni.” Puan Sri Azizah bertegas. Sebenarnya dia sendiri baru tahu akan wasiat tersebut setahun yang lalu. Itupun disebabkan dia terbaca diari tinggalan suaminya. Patutlah Hamid sentiasa ambil tahu tentang Haikal selama ini.

“Sebenarnya wasiat ini punyai syaratnya. Segala harta yang telah diwasiatkan kepada Haikal itu akan berpindah milik sekiranya cucunya itu sudah mendirikan rumah tangga. Jadi sekarang ini harta yang dijagakan oleh Puan Sri buat Haikal telah berpindah milik disebabkan syarat yang diletakkan sudah dipenuhi.” Hamid memandang satu persatu wajah-wajah di hadapannya. “Semua saham Tiara Zee Holding yang dipegang Puan Sri Azizah sebelum ini serta merta akan diserahkan kepada Haikal. Jadi..”

“Apa ni mak..?!” Pantas Dato Azmi menyoal ibunya itu. Dia tak boleh mendengar lagi penjelasan daripada Hamid. Baginya ini semua adalah mengarut. Dato Azmi, ayah kepada Zakuan itu berdiri menghampiri ibunya untuk mendapatkan penjelasan daripada wanita tersebut. Terasa penat lelahnya dengan isteri tidak berbaloi langsung selepas puas menggampu ibunya selama ini. Ingatkan segala harta tersebut akan jatuh kepada tangan mereka sekeluarga selepas abangnya Dato Azrul sememangnya tidak layak dan pernah mengecewakan hati papa mereka suatu ketika dahulu.

Haikal yang mendengar protes dari pak ciknya itu serta merta mengukir senyuman. Sebentar tadi dia sendiri agak terkejut akan berita tersebut. tetapi tidak sangka gadis kampung yang dikahwininya ini membawa tuah sehinggakan dia memperolehi kekayaan keluarga tersebut dalam masa yang singkat. Rupanya neneknya begitu pandai memegang rahsia yang dia sendiri tidak pernah ketahui. Kalau dia tahu, awal-awal lagi dia sudah berkahwin. Tidak kisahlah dengan siapa pun. Asalkan dia mendapat harta tersebut.

Pelahan-lahan senyuman Haikal tersebut bertukar menjadi sengihan dan seterusnya bertukar menjadi ketawa kemenangan. Seluruh ruangan tersebut bergema dengan ketawa jantannya. Semua pasang mata yang berada di ruangan tersebut menumpu kearah Haikal ketika ini. Begitu juga dengan Eera. Apa dah jadi dengan Haikal ni?

“Hahaha… Terima kasih Atuk! Haikal memang sayang atuk.” Luah Haikal dengan ketawa yang masih bersisa. Dia segera berdiri dan mengatur langkah untuk menuju kearah bilik yang dihuni sementara didalam vila tersebut dengan harta yang baru dia perolehi ini, bolehlah dia gunakan untuk bersuka ria kelak. Tidak perlu lagi bergantung pada harta papanya. Semasa melintas dihadapan Dato Azmi, sempat Haikal menghadiahkan senyuman sinis tanda kemenangan. Serta merta wajah orang tua tersebut berubah kelat.

“Macam mana boleh jadi macam ni mak?” Tanya Dato Azmi lagi sebaik sahaja kelibat Haikal menghilang dari pandangan.

“Macam mana apa? Mak rasa kau pun tahu kan jawapannya?” Puan Sri Azizah malas lagi ingin mengulas akan hal tersebut. Lagipun bukannya anaknya itu tidak tahu yang Haikal adalah cucu kesayangan arwah suaminya sendiri. Dari kecil lagi Haikal dijaga oleh suaminya walaupun dibantah keras oleh dirinya sendiri. Kalau hendak terkejut, dia sebagai isteri arwah lagi-lagilah terkejut. Harta yang ditinggalkan untuknya sekarang ini cumalah vila yang didudukinya sekarang.

Eera yang tidak tahu apa-apa akan hal tersebut hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Yang dia tahu, suaminya itu bakal jadi orang kaya baru a.k.a OKB. Sebab itulah sebentar tadi Haikal ketawa bagaikan dirasuk jin sahaja. Orang tengah seronok lah katakan.

****

Haikal mengoyang-goyangkan kakinya yang disilangkan sambil berbaring secara melentang mengadap siling. Bibirnya tidak habis-habis mengukir senyuman. Hari ini adalah hari yang paling mengembirakannya sepanjang hidupnya. Tidak sangka pula nasibnya begitu baik sekali. Sangkanya lepas kematian datuknya dan diusir keluar dali vila tersebut hidupnya sudah berakhir. Rupanya masih ada yang ditinggalkan olehnya selama ini. Kenapalah dia tidak tahu akan hal tersebut?

Enam tahun yang lepas selepas kematian arwah datuknya, masih segar lagi didalam ingatan Haikal bagaimana neneknya menyingkirkan dirinya dari rumah tersebut. Dia sedar selama ini neneknya tidak pernah suka terhadap dirinya. Tetapi sebagai seorang cucu, dia wajib menghormatinya.

Saat itu dia terkapai-kapai untuk mencari tempat bergantung. Nasib baiklah ada seorang wanita yang berhati tulus bernama Saleha yang masih sudi membantu dirinya dengan memberi tempat tinggal sebelum dia ketemu dengan keluarganya sendiri. Masa itu papa dan mamanya masih lagi berada di UK menguruskan peniagaan sendiri. Jadi terpaksalah dia menumpang kasih di rumah wanita yang baru dikenalinya itu.

Sepanjang dia berada di rumah Saleha, dia belajar menjadi seorang yang pemaaf. Pemaaf kepada keluarganya sendiri walaupun sejak kecil lagi dia berdendam dengan mereka. Masakan tidak, dari kecil lagi dia tidak pernah merasakan kasih sayang dari mereka. Yang ada cumalah kasih sayang yang diberikan oleh datuknya sahaja. Hati mana yang tidak sakit?

Selama empat tahun Haikal bengantung harap dengan Saleha sekeluarga. Walaupun wanita tersebut hanyalah sahabat datuknya, tetapi dia menganggap Saleha seperti ibu kandungnya sendiri. Hari demi hari membuatkan hubungan Saleha sekeluarga makin erat dengannya.

Syarifah Nasuha. Itulah suatu nama yang bertahta di hati Haikal dan akan sentiasa kekal di situ. Nasuha merupakan anak kepada Saleha yang berjaya mencuri hati lelakinya. Selama masa lima tahun mereka bersama telah berjaya menimbulkan rasa kasih dan sayang Haikal terhadap gadis tersebut. Keayuannya dan kelembutannya sentiasa memukau.

Lamunan Haikal terhadap masa silamnya terganggu apabila kedengaran pintu bilik tersebut ditolak dari luar. Kelihatan susuk tubuh Eera tersembul di sebalik pintu tersebut. Haikal mencebikkan mulutnya sebaik sahaja terpandang cara pemakaian isterinya itu. Kain batik dengan baju kurung kedah benar-benar buat anak tekaknya loya sahaja. Hendak pandang pun tidak berselera. Kenapalah teruk sangat pemakaian isterinya itu?

“Kau sini kejap.” Haikal memanggil isterinya yang menapak kearah sofa bilik tersebut. Eera yang sudah hampir dengan sofa berpatah balik kearah Haikal dan berdiri tegak di sebelah katil dan memandang Haikal yang sedang terbaring.

Haikal bangun dan duduk bersila diatas katil. “Aku rasa selepas ni kita tak payah belakon lagi. Buat macam biasa sahaja.” Pandangan Haikal jatuh pada wajah mulus isterinya itu apabila berkata-kata. Dia rasakan selepas ini mereka tidak perlu lagi berpura-pura bahagia. Untuk apa lagi mereka berpura-pura sedangkan dia telah perolehi segalanya. Neneknya tidak dapat menyekat lagi harta yang sememangnya miliknya.

Terkebil-kebil Eera memandang Haikal. Sungguh dia tidak faham akan maksud lelaki tersebut. “Maksud Encik?”

“Ye lah. Sebelum ni aku belakon disebabkan risau yang nenek aku akan tarik segalanya daripada aku. Tapi sekarang dah terang-terang harta tu semua milik aku, jadi tak perlu la aku risau lagi.” Haikal menerangkan lebih terperinci. Sekali fikir lembab juga pemikiran Eera ini.

“Lepas ni kita buat hal masing-masing.” Sambung Haikal lagi. Bicaranya terhenti seketika. “Err.. lagi satu. Disebabkan kau jugalah aku boleh dapat harta ni, jadi aku dah buat keputusan. Aku tidak akan ceraikan kau. Anggap sahaja status kau sebagai isteri aku ini adalah ganjaran yang aku berikan.” Dengan angkuh Haikal berkata. Dia merasakan kalau semua gadis mengetahui yang dia bakal menjadi jutawan sudah pasti berebut-rebut ingin menggantikan tempat Eera tersebut.

Eera tercengang apabila mendengar bicara Haikal itu. Apa maksud Haikal berkata seperti itu? Cara percakapannya seolah-olah ingin menggantungnya tanpa tali. Adakah itu maksud yang cuba disampaikan?

“Err.. maksud Encik apa? Takkan Encik hendak gantung saya ni tanpa tali?” Terluah juga persoalan itu. Eera merasakan masa hadapannya sudah semakin kelam selepas mendengar bicara Haikal itu.

“Tanpa Tali? Apa tu? Ahhh! Tak kisah la apa-apa pun. Janji kau faham maksud aku sudah la.” Haikal kembali terbaring. Sempat dia melihat wajah Eera seolah-olah merundung malang. Tekumat kamit mulut gadis tersebut seolah-olah ingin perkatakan sesuatu.

“Apa yang kau tunggu lagi tu?” Soala Haikal apabila melihat Eera seolah-olah tidak mahu berganjak dari situ. “Dah-dah! Pergi sana. Tak payah tunjuk muka kesian kat sini.” Sambung Haikal lagi dengan menyakitkan hati Eera.

Eera sebak. Terasa tersiat hatinya mendengar kata-kata dari Haikal. Setiap patah kata dari laki tersebut benar-benar merobek hatinya. Apakah silap diri ini sampaikan boleh terlibat dengan lelaki tersebut? Eera merasakan Haikal adalah orang yang paling kejam yang pernah dia jumpa. Pantas Eera berlari menuju kearah bilik air dan menutup pintu dengan sekuat hati. Rasa hiba didalam hati tidak tertahan lagi. Semahu-mahunya dia menagis didalam bilik air tersebut.

‘Ya Allah ya Tuhanku. Kalau inilah dugaan yang kau turunkan bagi aku, maka kau sertakanlah kekuatan bagi hambamu ini untuk menempuhi dugaan tersebut. Sesungguhnya pengorbanan yang telah aku buat ini benar-benar mendatangkan derita kepadaku.’ Tidak henti-henti Eera merintih meratapi nasibnya. Air mata tanpa segan silu turun membasahi pipinya.


p/s: Plssss comment. Baik buruk saya terima.. :)